Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
: KUMPULAN 31
AMBILAN
NAMA PENGAJAR
BILANGA
PERKARA
MUKA SURAT
N
1.
PENGENALAN
2.
PERNYATAAN MASALAH
3.
PENCARIAN LITERATUR
2-3
4.
PENEMUAN
5.
PERBINCANGAN
6.
CADANGAN/PENYELESAIAN
7.
KESIMPULAN
8.
SENARAI RUJUKAN
PENGENALAN
4
5-6
Neonatal Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang
disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin dalam darah akibat perpecahan sel
darah merah. Kandungan bilirubin yang tinggi tidak boleh diproses oleh hati bayi yang
kurang matang. Keadaan ini biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran dan
pasti akan terjadi pada semua bayi baru lahir. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang
berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir. Seorang bayi dilahirkan tidak cukup
bulan berumur 3 hari mengalami kekuningan pada kulit atau neonatal jaundis
dengan keputusan 230 nmol/L (normal kurang daripada 220nmol/L) apabila
dijalankan ujian Serum Bilirubin Capilary (SBC). Lokasi yang biasa dan mudah untuk
jaundis neonatal ini dikesan adalah pada mata,kulit atau pada bahagian muka. Ini
adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir, tetapi si ibu harus sentiasa mengawasi
keadaan bayinya supaya tidak membawa kematian bayi tersebut. Oleh itu, ibu
harus mengikuti rawatan yang disediakan oleh Klinik Ibu dan Anak.
PENYATAAN MASALAH
Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bakar Bata didapati kes ini adalah yang paling
kerap berlaku dan dianggap satu kes yang perlu diberi perhatian kerana penyakit ini
berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kematian.Berdasarkan rekod,kebanyakkan
bayi yang baru lahir akan menghadapi masalah ini namun dengan kerjasama ibu bapa
untuk mendapatkan rawatan tentang masalah ia mampu mengelakkan sebarang
komplikasi yang mungkin terjadi kepada bayi
Pengesanan neonatal jaundice yang lewat pada bayi boleh menyebabkan kerosakan
pada otak terutamanya bayi pramatang menyebabkan kecacatan seperti penyakit
Kernicterus.
Menurut ibu, bayi diberi susu badan sepenuhnya tetapi bayi berkenaan banyak
menghabiskan masa untuk tidur dan menyusu hanya enam kali dalam masa 24 jam.
Kekerapan penukaran lampin hanya 6 kali dalam 24 jam.
Tahap kebersihan bayi kurang memuaskan dan berdasarkan keputusan diperoleh, bayi
A telah dirujuk ke hospital untuk kemasukan ke wad untuk rawatan susulan.