Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
JAUNDIS
PENGENALAN
Jaundis adalah satu keadaan kuning yang berlaku pada kebanyakan
bayi baru lahir. Lokasi yang biasa dan mudah untuk jaundis dikesan adalah
pada mata,kulit dan muka. Jaundis berlaku disebabkan oleh kandungan paras
bilirubin yang tinggi dalam darah akibat dari perpecahan sel darah merah.
Kandungan bilirubin yang tinggi tidak boleh diproses oleh hati bayi yang
kurang matang. Keadaan ini biasanya berlaku pada minggu pertama kelahiran
dan pasti akan terjadi pada semua bayi baru lahir.
PENYATAAN MASALAH
Di unit kesihatan ibu dan anak Pejabat Kesihatan Daerah Pendang,
saya mendapati kes ini adalah yang paling banyak dan dianggap satu kes
yang perlu diberi perhatian lebih kerana penyakit ini berisiko tinggi untuk
menyebabkan kematian bayi. Jika mengikut rekod hampir keseluruhan bayi
yang baru lahir akan menghadapi masalah ini tetapi dengan pengurusan yang
cekap dan kerjasama ibu-bapa masalah ini mampu dibendung dan kematian
bayi akibat jaundis telah berkurangan.
PENCARIAN LITERATUR
DEFINISI
Jaundis juga dikenali sebagai icterus yang bermaksud pigmentesi
kuning yang terjadi pada kulit dan ruang sklera disebabkan oleh
hiperbilirubinemia dan yang boleh menyebabkan peningkatan bilirubin dalam
cecair ekstraselular. Jaundis biasanya dianggap serius jika kandungan
bilirubin melebihi 1.5mg/dL dan ia akan dapat dikesan pada warna kulit dan
sklera mata atau lebih dikenali icterusscleral.
(wikipedia, 2011)
JENIS
DEFINISI
PostHepatic
JAUNDIS NEONATAL
Jaundis neonatal biasanya tidak bahaya jika ia terkawal, ia biasa
berlaku selepas hari ke-2 kelahiran hingga hari ke-8 pada kelahiran normal
atau hari ke-14 untuk kelahiran pramatang. Bagi jaundis yang teruk, ia boleh
menyebabkan kerosakan otak dan bayi akan menunjukkan tanda-tanda
kernicterus. Ia boleh menyebabkan kecacatan yang kekal. Jaundis neonatal
boleh diberi rawatan awal dengan cara fototerapi dan perlu menjalani proses
monitor Serum Bilirubin Count melalui sampel darah atau pembuangan air
besar dan kecil bayi secara berkala.
(jayamerry, 2010)
PATOFISIOLOGI
Jaundis terjadi apabila peningkatan kadar pemecahan darah akibat
berbagai sebab pengkonjugatan bilirubin oleh hepar terjejas. Pengumpulan
bilirubin yang tidak konjugat ini akan berada di dalam darah. Selepas itu,
bilirubin yang tidak larut air gagal di buang melalui urin dan najis. Bilirubin
yang terkandung didalam darah menyebabkan pigmentasi kuning pada kulit,
mukosa serta sklera mata. Disamping itu, bilirubin yang berlebihan akan
termendap di dalam tisu otak bayi dan boleh menyebabkan nekrosis otak
yang teruk. Di dalam sistem pencernaan pula, usus yang mengalami proses
pemecahan bilirubin yang tinggi akan menyebabkan peningkatan urobilinogen
dalam urin dan sterkobilin dalam najis bayi.
(Goljan, 2007)
KOMPLIKASI
Jaundis boleh menyebabkan komplikasi yang bahaya antaranya sepsis
kolangitis, serosis hempedu, pankreatitis, kerosakan ginjal dan hilang
kefungsian hati. Tahap keterukan jaundis bergantung kepada cara
pengurusan, jika pesakit mendapat rawatan yang tepat dan segera, pesakit
akan berjaya sembuh sepenuh nya dengan cepat tanpa serangan berulang.
(Schreiber, 2001)
PENEMUAN
BULAN
Bilangan
Bilangan
Pulih
Pulih
Pulih
Bayi Lahir
Bayi
Semulajadi
Selepas
Selepas
Fototerapi
Tranfusi
5
3
3
2
4
1
4
4
2
-
Darah
2
2
3
1
4
4
3
Jaundis
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
17
15
13
8
9
17
21
14
19
6
8
9
17
14
13
6
9
15
19
10
19
4
5
6
10
9
7
6
7
11
14
6
11
4
3
3
Mengikut statistik yang saya perolehi di unit kesihatan ibu dan anak PKD
Pendang, bayi yang di lahirkan kebanyakannya berisiko untuk mendapat
jaundis tetapi prognosis untuk pulih sepenuhnya adalah amat cerah dengan
teknologi perubatan yang canggih pada hari ini. Kesemua bayi yang di
lahirkan dan di jangkiti jaundis akan pulih dengan cara semulajadi atau
dengan teknik fototerapi. Bagi bayi yang mengalami jaundis yang teruk, bayi
ini terpaksa menjalani tranfusi darah untuk pulih dari jaundis.
PERBINCANGAN
FAKTOR RISIKO JAUNDIS
1. Menpunyai sejarah jaundis pada kelahiran anak-anak sebelum ini.
Cara yang mudah untuk mengesan bayi jaundis adalah bawa bayi ke
tempat yang cerah di bawah cahaya kekuningan akan mudah kelihatan.
Selain itu, jaundis boleh di lihat pada mata, untuk kesan yang lebih jelas tekan
sedikt pada tulang pipi,dahi atau dada selama 5 saat untuk lihat warnanya.
PENGESAHAN JAUNDIS
Jaundis boleh disahkan dengan cara melakukan ujian paras bilirubin
darah. Ujian ini sangat mudah,cepat dan tepat, bayi hanya perlu dirujuk
segera ke klinik kesihatan, hospital kerajaan atau swasta.
CADANGAN DAN PENYELESAIAN
Jaundis boleh dirawat dengan rawatan fototerapi dan dengan cara
transfusi darah. Amalan penyusuan ibu sebaik sahaja lahir amat membantu
untuk mengurangkan jaundis. Pengesanan tanda jaundis yang awal pada bayi
berisiko amat penting untuk merawat jaundis antara yang berisiko adalah bayi
pra-matang dan bayi yang kurang berat badan.
Antara amalan yang perlu dielakan jika bayi jaundis adalah dengan
menjemur bayi dibawah cahaya matahari, mandian air teh,daun dan buah
keranda cina. Selain itu,memberi bayi minum susu kambing juga boleh
memudaratkan bayi yang jaundis.
Jika jaundis berterusan melebihi 14 hari, sila dapat rawatan segera dari
pusat kesihatan berhampiran.
RUMUSAN
Jaundis mampu dipulihkan jika ibu-bapa dan anggota kesihatan cepat
mengesan dan bekerjasama berusaha memberi rawatan yang betul. Jadi
jaundis mempunyai prognosis yang baik untuk pulih namun jika lambat
bertindak bayi mungkin akan mengalami banyak masalah kesihatan dan tidak
terkecuali melibatkan kematian pada bayi.
SENARAI RUJUKAN
1. Goljan. (2007). jaundice. In E. Frued, Rapid Review Pathology 2nd
edition (pp. 368369). chicago: adams health books.
2. jayamerry, d. (2010). jaundis. malaysia: kementerian kesihatan
malaysia.
3. Schreiber, D. (2001). Jaundice in older children and adolescents. In
Pashankar, Pediatrics (pp. 219226). ireland: pediatrics press.
4. wikipedia. (2011, february 1). wikipedia. Retrieved february 3, 2011,
from wikipedia encyclopedia: wikipedia.org/wiki/jaundice
5. wikipedia. (2011, february 1). wikipedia encyclopedia. Retrieved
february 3, 2011, from wikipedia:
wikipedia.org/wiki/jaundice#signs_and_symptoms