Anda di halaman 1dari 2
MODEL ADDIE Model reka bentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan Tujuan: Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE fait A (Analysis) - Analisis D (Design) ~ Reka bentuk D (Development) - Pembangunan | (Implementation) - Pelaksanaan E (Evaluation) - Penilaian Fasa Analisis (Analysis) Melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti masalah yang ingin diselesaikan. Proses analisis ini melibatkan berbagai aspek antaranya i. Analisis terhadap pengguna. il. Analisis terhadap persekitaraan pembelajaran il, Kenalpasti matlamat pengajaran Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalan memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa Rekabentuk (Design) Menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan teori Jenis media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses: i. Pembentukan abjektif yang khusus untuk pengajaran. il, Pembinaan item-item untuk ujian il, Pemilinan strategi pengajaran. Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta menggariskan cara bagaimana mencapai matiamat pengajaran Fasa Pembangunan (Development) Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperiuan Tujuan: Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini akan dibangunkan, langkah pengajaran serta media yang bakal digunakan dalam pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan Fasa Perlaksanaan (Implementation) Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah distapkan akan diyji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk digunakan. Fasa Penilaian (Evaluation) Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian format dan penilaian sumatit Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatit seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya Penilaian sumatif pula hanya melibatian rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memeriukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujan. Penilaian sumatit biasanya berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai