Anda di halaman 1dari 2

Tips Duduki Rumah Yang Baru

samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi
bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam
sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya
sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa
penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai
Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w.
bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur
(hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan
Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca
Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca
apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran


Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan
yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu
dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat AlBaihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas


Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama
anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak
satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi
sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam


Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di
penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki
dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara

keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.


Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling
rumah.

Ikut panduan berikut:


Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, AlFalaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga
habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah
dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru
seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.