Perlembagaan Persatuan Matematik Dan Sains1
Perlembagaan Persatuan Matematik Dan Sains1
PENDAHULUAN
Persatuan Sains dan Matematik ditubuhkan seiring dengan pebubuhan paniatia
sains dan juga panitia Matematik. Ia adalah bertujuan membantu murid-murid
dalam pembelajaran di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Persatuan ini mendapat khidmat dari guru-guru penasihat yang terdiri daripada
guru-guru mata pelajaran sains dan metmatik.
Semenjak tertubuhnya persatuan ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.
Aktiviti- aktiviti ini diharapkan dapat membantu anak didik di dalam mata pelajaran
sains dan matematik khasnya dan di dalam kehidupan seharian amnya.
MOTTO
Sains dan Matematik Teras Alaf Siber
MISI
VISI
Menghasilkan murid-murid yang berkualiti dalam bidang sains dan matematik
yang dapat memenuhi cabaran wawasan 2020.
PERATURAN
Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang
akan dijalankan.
Setiap murid diwajibkan membawa alat tulis dan buku catatan semasa
menghadiri perjumpaan.
Setiap ahli wajib mengikuti segala aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.
Surat amaran akan dikeluarkan kepada ibu bapa ahli yang tidak menghadiri
perjumpaan sebanyak tiga kali berturut-turut.