Anda di halaman 1dari 1

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

MATEMATIK DAN SAINS

PENDAHULUAN
Persatuan Sains dan Matematik ditubuhkan seiring dengan pebubuhan paniatia
sains dan juga panitia Matematik. Ia adalah bertujuan membantu murid-murid
dalam pembelajaran di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Persatuan ini mendapat khidmat dari guru-guru penasihat yang terdiri daripada
guru-guru mata pelajaran sains dan metmatik.
Semenjak tertubuhnya persatuan ini, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.
Aktiviti- aktiviti ini diharapkan dapat membantu anak didik di dalam mata pelajaran
sains dan matematik khasnya dan di dalam kehidupan seharian amnya.
MOTTO
Sains dan Matematik Teras Alaf Siber
MISI

Mempunyai guru-guru cemerlang, berdedikasi dan berketrampilan dalam


menghasilkan murid-murid berkualiti.
Bekerja dalam kumpulan yang dapat menghasilkan produk yang gemilang.
Melahirkan murid-murid yang aktif dan cergas.
Memberikan pendedahan kepada murid tentang aktiviti-aktiviti luar kelas yang
melibatkan Sains dan Matematik.

VISI
Menghasilkan murid-murid yang berkualiti dalam bidang sains dan matematik
yang dapat memenuhi cabaran wawasan 2020.
PERATURAN

Setiap murid hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang
akan dijalankan.
Setiap murid diwajibkan membawa alat tulis dan buku catatan semasa
menghadiri perjumpaan.
Setiap ahli wajib mengikuti segala aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.
Surat amaran akan dikeluarkan kepada ibu bapa ahli yang tidak menghadiri
perjumpaan sebanyak tiga kali berturut-turut.

Anda mungkin juga menyukai