Anda di halaman 1dari 16

Topik 4 X Rentak Asli 

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti ciri-ciri rentak masri, inang dan zapin berdasarkan
detik, meter, tekanan dan warna ton;
2. Menyanyikan lagu-lagu berentak masri, inang dan zapin; dan
3. Memainkan alat perkusi yang sesuai untuk mengiringi lagu-lagu
berentak masri, inang dan zapin.

X PENGENALAN
Rentak asli adalah rentak yang terdapat dalam lagu-lagu tradisional Melayu.
Rentak yang lazim dijumpai dalam lagu-lagu tersebut adalah seperti masri, inang
dan zapin. Rentak-rentak ini boleh dibezakan antara satu dengan yang lain
melalui corak irama, tekanan dan warna ton alat-alat muzik yang
memainkannya. Dalam lagu-lagu tradisional, rentak-rentak ini biasanya
dimainkan dengan alat-alat perkusi tradisional seperti rebana, kompang,
marwas, gendang, gong dan lain-lain. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, alat-alat perkusi moden telah digunakan dengan
meluas untuk memainkan rentak-rentak asli ini. Terdapat juga lagu-lagu bukan
tradisional yang boleh diiringi dengan rentak-rentak asli. Meter yang lazim
digunakan untuk rentak-rentak ini adalah 44 .
60 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

AKTIVITI 4.1

Sila dengar keratan lagu yang dimainkan oleh tutor anda untuk
mengenal pasti rentak yang dimainkan.

4.1 RENTAK MASRI


Rentak masri dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan
alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik,
tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama
asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam
rentak masri. Sambil mendengar petikan di atas, sila lakukan perkara-perkara
berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak masri dalam petikan tersebut.

4.1.1 Corak Irama Rentak Masri


Lihat rajah di bawah:

Dalam corak irama asas masri di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit
pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat
daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan
bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada
tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan
not-not lain melalui corak irama di bawah.
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 61

Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan
apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat
perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama tadi menghasilkan rentak
masri. Rentak masri juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi yang
dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana,
gendang dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton
tertentu dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan
menghasilkan rentak masri.

4.1.2 Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu


Berentak Masri
Dengan bantuan tutor anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak masri
sambil melakukan aktiviti berikut.

(a) Menepuk detik

(b) Menepuk tekanan

(c) Menepuk corak irama

(d) Menepuk corak irama rentak masri


62 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

4.1.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk


Mengiringi Lagu-lagu Berentak Masri
Rentak masri boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional
seperti rebana, kompang marwas dan gendang. Alat-alat ini boleh dimainkan
secara tunggal atau dalam himpunan yang menggabungkan alat-alat terdisional
yang lain. Di samping itu rentak masri juga boleh dimainkan dengan
menggunakan gabungan alat-alat perkusi moden tanpa merubah struktur asal
corak irama rentak tersebut. Setiap alat perkusi yang dipilih akan memainkan
corak irama yang berbeza bagi mewakili detik, tekanan dan pola-pola irama
tertentu yang akan digabungkan untuk membentuk rentak masri seperti di
bawah. Sambil mendengar lagu-lagu berentak masri, sila buat tepuk irama
untuk corak-corak irama di bawah ini.

(a) Detik

(b) Tekanan

(c) Pola irama 1

(d) Pola irama 2 (pilihan)

Setelah selesai latihan irama di atas, mari kita cuba mainkan irama-irama tersebut
dengan menggunakan alat-alat perkusi untuk mengiringi sebuah lagu.
Perhatikan setiap corak irama dan jenis alat perkusi yang berkaitan dengannya.
Anda boleh menukar alat-alat perkusi tersebut mengikut kesesuaian.
Anda boleh menggunakan rentak masri berikut ini untuk mengiringi lagu-lagu
masri yang lain.
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 63
64 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

AKTIVITI 4.2

Sila dengar keratan lagu yang dimainkan oleh tutor anda untuk mengenal
pasti rentak yang dimainkan.

4.2 RENTAK INANG


Dalam petikan tadi, rentak inang dimainkan dengan beberapa alat perkusi
tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah
untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat
perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk
mengiringi lagu-lagu dalam rentak inang. Sambil mendengar petikan di atas, sila
lakukan perkara-perkara berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak inang dalam petikan tersebut.

4.2.1 Corak Irama Rentak Inang


Lihat rajah di bawah:

Dalam corak irama asas inang di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit
pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat
daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan
bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada
tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan
not-not lain melalui corak irama berikut di bawah.
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 65

Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan
apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat
perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama di atas menghasilkan
rentak inang. Rentak inang juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi
yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana
dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu
dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan
rentak inang.

4.2.2 Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu


Berentak Inang
Dengan bantuan tutor anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak inang
sambil melakukan aktiviti berikut.

(a) Menepuk detik

(b) Menepuk tekanan

(c) Menepuk corak irama

(d) Menepuk corak irama rentak inang


66 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

4.2.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk


Mengiringi Lagu-lagu Berentak Inang
Rentak inang boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional
seperti rebana, kompang marwas dan gendang. Alat-alat ini boleh dimainkan
secara tunggal atau dalam ensembel yang menggabungkan alat-alat terdisional
yang lain. Di samping itu rentak inang juga boleh dimainkan dengan
menggunakan gabungan alat-alat perkusi moden tanpa merubah struktur asal
corak irama rentak tersebut. Setiap alat perkusi yang dipilih akan memainkan
corak irama yang berbeza bagi mewakili detik, tekanan dan pola-pola irama
tertentu yang akan digabungkan untuk membentuk rentak inang seperti di
bawah. Sambil mendengar lagu-lagu berentak inang, sila buat tepuk irama
untuk corak-corak irama dibawah ini.

(a) Detik

(b) Tekanan

(c) Pola irama 1

(d) Pola irama 2

Setelah selesai latihan irama di atas, mari kita cuba mainkan irama-irama tersebut
dengan menggunakan alat-alat perkusi. Perhatikan setiap corak irama dan jenis
alat perkusi yang berkaitan dengannya. Anda boleh menukar alat-alat perkusi
tersebut mengikut kesesuaian.
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 67

Anda boleh menggunakan rentak inang di bawah ini untuk mengiringi lagu-lagu
masri yang lain.
68 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

AKTIVITI 4.3

Sila dengar keratan lagu yang dimainkan oleh tutor anda untuk mengenal
pasti rentak yang dimainkan.

4.3 RENTAK ZAPIN


Rentak zapin dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat
perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan
dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas
membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak
zapin. Sambil mendengar sesebuah lagu zapin, sila lakukan perkara-perkara
berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak zapin dalam petikan tersebut.
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 69

4.3.1 Corak Irama Rentak Zapin


Lihat rajah di bawah:

Dalam corak irama asas zapin di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit
pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat
daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan
bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada
tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan
not-not lain melalui corak irama berikut di bawah.

Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan
apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat
perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama di atas menghasilkan
rentak zapin. Rentak zapin juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi
yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana
dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu dapat
dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan rentak
zapin.

4.3.2 Mendengar dan menyanyikan Lagu-lagu


Berentak Zapin
Dengan bantuan tutor anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak zapin
sambil melakukan aktiviti berikut.

(a) Menepuk detik


70 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

(b) Menepuk tekanan

(c) Menepuk corak irama 1

(d) Menepuk corak irama 2

(e) Menepuk corak irama rentak zapin

4.3.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk


Mengiringi Lagu-lagu Berentak Zapin
Rentak zapin boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional
seperti rebana, kompang marwas dan gendang. Alat-alat ini boleh dimainkan
secara tunggal atau dalam himpunan yang menggabungkan alat-alat terdisional
yang lain. Di samping itu rentak zapin juga boleh dimainkan dengan
menggunakan gabungan alat-alat perkusi moden tanpa mengubah struktur asal
corak irama rentak tersebut. Setiap alat perkusi yang dipilih akan memainkan
corak irama yang berbeza bagi mewakili detik, tekanan dan pola-pola irama
tertentu yang akan digabungkan untuk membentuk rentak zapin seperti di
bawah. Sambil mendengar lagu-lagu berentak zapin, sila buat tepuk irama
untuk corak-corak irama dibawah ini.
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 71

(a) Detik

(b) Tekanan

(c) Pola irama 1

(d) Pola irama 2

Setelah selesai latihan irama di atas, mari kita cuba mainkan irama-irama tersebut
dengan menggunakan alat-alat perkusi. Perhatikan setiap corak irama dan jenis
alat perkusi yang berkaitan dengannya. Anda boleh menukar alat-alat perkusi
tersebut mengikut kesesuaian.

Anda boleh menggunakan rentak zapin berikut untuk mengiringi lagu-lagu


zapin yang lain.
72 X TOPIK 4 RENTAK ASLI
TOPIK 4 RENTAK ASLI W 73

• Dalam topik ini anda telah pelajari berkaitan dengan rentak lagu-lagu Melayu
iaitu rentak masri, inang dan zapin.
• Rentak masri, inang dan masri boleh dimainkan dengan menggunakan alat-
alat muzik tradisional seperti rebana, kompang marwas dan gendang.
• Rentak adalah satu pola irama yang diulang-ulang bagi mengiringi sesebuah
lagu.
• Rentak masri, inang dan zapin begitu sinonim dengan lagu-lagu Melayu yang
dimainkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu sehingga kini.
• Walaupun begitu, genre muzik ini telah digunakan dalam lagu-lagu popular
bagi tujuan komersial.

Detik empatan Rentak Zapin


Rentak Inang Tekanan
Rentak Masri

Glosari seni muzik. (1996). Kuala Lumpur: DBP.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Kumpur: DBP.

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed). New York: McGraw-Hill


Companies, Inc.

Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Matusky, P. & Tan, S. B. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
74 X TOPIK 4 RENTAK ASLI

Mohamed Ghouse Nasuruddin (1989. Muzik tradisional Malaysia: Edisi baharu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rogayah A. Hamid (2006). Lagu rakyat: Memupuk kesantunan Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai