Anda di halaman 1dari 7

Perkhemahan Antarabangsa Pertama Bulan Sabit Merah

Malaysia 2015
Tempat perkhemahan : Pusat Kokurikulum Johor, Kem Tasek
Utara
Tarikh dan tempoh lawatan : 19/3/2015 22/3/2015

Pada cuti semester yang lepas, anggota BSMM Cabang IPGKDA seramai
35 orang peserta telah menyertai perkhemahan antarabangsa di Johor Bahru.
Kontigen ini telah mewakili IPG Kampus Darulaman dan menjadi wakil tunggal
kontigen dari negeri Kedah. Cabaran dan bebanan yang besar dipikul oleh
kontigen ini sejak dari awal kerana merasa penyertaan dalam perkhemahan dan
pertandingan ini mewakili negeri Kedah. Namun, kehadiran pensyarah atau
jurulatih yang mengiringi iaitu Encik Ahmad Sharani Bin Abdul Seliban, Encik Md
Nasir bin Hamid, Puan Zetty Akhmar bt Amran dan Tuan Haji Azmi bin Ahmad
banyak membantu. Dalam perkhemahan ini, kontigen ini telah menyertai
kesemua pertandingan yang diadakan dalam kategori Pasukan Badan Sukarela
(PBS). Pertandingan yang telah disertai ialah pertandingan kawad kaki,
kebudayaan, pintu gerbang dan casualty make up.

Dalam pertandingan kawad kaki, 16 orang sepasukan, kontigen ini telah


mendapat tempat pertama menewaskan pasukan PBS lain yang kebanyakkan
terdiri dari pasukan dari IPG-IPG.

Pasukan Kawad Kaki bergambar bersama jurulatih-jurulatih setelah pertandingan tamat.

Pertandingan seterusnya pula adalah pertandingan casualty makeup.


Pertandingan ini mengkehendaki peserta untuk menyolek mangsa mengikut
soalan yang diberi. Bagi Kontingen IPDA, peserta melakukan tugasan dengan
baik dan mendapat tempat ke-3 pertandingan casualty makeup (PBS).

Para peserta berusaha gigih sehingga membakar baju supaya kelihat seperti benar-benar berlaku

Malam terakhir diadakan pertandingan persembahan malam kebudayaan.


Saingan sengit dari setiap kontingen dapat disaksikan walaupun demikian,
kontingen IPDA sekali lagi melakukan persembahan memukau dengan
menarikan tarian silat yang ditarikan hampir keseluruhan berbangsa cina dan
dua orang dari Sabah.Kontingen ini dinobatkan selaku juara persembahan
malam kebudayaan.

Peserta tarian malam kebudayaan kekal beraksi walaupun pertandingan melabuhkan tirai

Hari terakhir, pemeriksaan tapak perkhemahan meliputi Pintu Gerbang,


gajet-gajet yang dihasilkan dan kebersihan tapak khemah dinilai. Amat
mengejutkan, kontingen BSMM IPGKDA mengungguli johan keseluruhan
pertandingan pintu gerbang menewaskan kesemua kontigen yang hadir
termasuk dari kontingen Link (sekolah rendah), Belia (sekolah menengah) dan
PBS. Walaupun ini merupakan perkhemahan antarabangsa yang pertama, kita
telah mendapatkan pencapaian yang baik. Semua peserta telah berusaha untuk
membuat yang terbaik. Usaha perserta-peserta amat dihargai. Tahniah
diucapkan kepada semua peserta dan juga pensyarah serta jurulatih kita.
Sekiranya terdapat peluang untuk menyertai pertandingan antarabangsa lagi,
kami akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan kami dan cuba untuk
menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Jurulatih dan peserta bergambar dihadapan tapak perkhemahan.

Penerimaan

Penerimaan sijil penghargaan

Menerima anugerah Johan pertandingan pintu gerbang

Menerima anugerah Johan pertandingan kawad kaki

Menerima anugerah tempat ketiga dalam pertandingan casualty make up

Anugerah pertandingan malam kebudayaan

Penerimaan cenderamata

Anda mungkin juga menyukai