Anda di halaman 1dari 6

ISL 15: Huraikan lima prinsip Islam Hadhari yang seterusnya.

Prinsip 6 : KEHIDUPAN BERKUALITI


Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada
pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan
yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama.
Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan
kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah
hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari
kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.
Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi
keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan
memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki
harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.
Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan
mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam
kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa
semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.
Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga.
Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang
seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan
jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.
Dalam

konteks mencapai

kehidupan

yang

berkualiti,

kemudahan

persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan


beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan
bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup


masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.
Prinsip 7 : PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA
Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu
diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan
majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara.
Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam
Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid asSyariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan
menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas
hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang.
Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan
Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat
peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).
Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan
wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.
Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati
apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam
pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu
mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan
dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.
Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah
dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira
kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah manamana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila
timbul

pertikaian

ia

boleh

diselesaikan

oleh

mahkamah

atau

badan

seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa:
58. maksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis


amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu
menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar,
lagi sentiasa melihat.
Prinsip 8: KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL
Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah
wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara
tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian
budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang
kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi
akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat
majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani.
Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan
berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat
berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti
dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran
besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari.
Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu
sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat
ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada
nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan
bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan
ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat
dan negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan


nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke
arah kebudayaan tinggi.
Prinsip 9 : PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI
Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama
manusia,

tetapi

juga

hubungan

manusia

dengan

alam

persekitaran.

Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan


yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses
pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan
mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan
teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan.
Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid,
pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya
semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh
aktiviti manusia. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam
sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan
yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997)
merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya.
Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan
pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.Untuk mengatasi semua ini
alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih
seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada
kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan
alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang
bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan
kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh
peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu
dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak
mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia


menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha
untuk terus maju.
Prinsip 10 :KEKUATAN PERTAHANAN
Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi
kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri,
fizikal dan spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-quran
surah al-Anfal: 60 maksudnya:
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda
yang lengkap sedia, untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan
pada jalan Allah akan disempurnakan balasanya kepada kamu,dan kamu tidak
akan dianiayai.
Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri
dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan
ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan
untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain.
Kekuatan

pertahanan

akan

menjamin

kestabilan,

keamanan

dan

keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara


berterusan.
Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta
penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita
menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara
perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk
menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri,

bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan


umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Anda mungkin juga menyukai