Anda di halaman 1dari 3

CONTOH KARANGAN SPM

Latihan 2: (Dimensi Keluarga)


Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya
masyarakat kita?
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam
kehidupan. Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus
terus bergerak ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu
berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan
menabuing ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat
menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak
jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan
bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam
memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan
berjimat-cermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai
budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan
efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa
yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa merupakan orang yang
pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia
ini oleh ibu bapa. Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang
kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anakanak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anakanak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan menyimpan sebahagian daripada
wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak
membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan
kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanakkanak sebelum kudis menjadi tokak.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak
bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu
anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu
bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan
menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan
mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak.
Sekiranya didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah
muda tidak akan mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun
keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini,
sekiranya mangajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu

CONTOH KARANGAN SPM


bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit
demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuknunjuk. Anak-anak perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir.
Sebagai contohnya, jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling
senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana
dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa
berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan
perkakas rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan"orang berada oleh orangorang di sekeliling walaupun hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan .Mereka
inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang
menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar perspektif
tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang
dengan cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara
penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat
menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang
boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh
diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk
menabung dengan meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan
untuk masa depan mereka kelak. Kata orang tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan
hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang
baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu,
mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar
pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa
harus memuji anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapkan amalan menabung
sudah terang seperti murai berkicau hari siang.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka
harus menabung wang bersama dengan anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh
tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga.
Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya
ibu bapa mereka sendir iseorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini
jelas menunjukkan betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anakanak. Pepatah Melayu juga mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan
api; jika berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum, kawan
merupakan magnet sakti yang boleh mempengaruh anak-anak yang berusia seumur jagung.
Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan

CONTOH KARANGAN SPM


mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya
kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan
golongan tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak
hanya tahu menghabiskan wang dan tidak tahu betapa susah payahnya ibu bapa memperoleh
wang untuk perbelanjaan anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan
diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan
dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam
memastikan amalan menabung manjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan
Jikalau tiada wang semua kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada
padii semua jadi, ada beras semua deras. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya
wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus
menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sabagai satu tabiat hidup.
Pembentukan generasi muda barakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui
negara pada masa depan amat diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani.
Air bersih, ikannya jernih.

Anda mungkin juga menyukai