Anda di halaman 1dari 7

6.

CARA PENGUMPULAN DATA

Bagi mendapatkan maklumat terperinci dan mengumpul data mengenai murid yang
bermasalah dalam kajian ini. Pengkaji telah membuat senarai semak pemerhatian berstruktur,
temubual dan ujian diognastik iaitu ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi.

6.1

Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur

Pengkaji telah melakukan senarai semak pemerhatian berstruktur dalam proses


pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid kajian pengkaji bagi mengetahui minat
mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu serta bahan bacaan.
Pengkaji telah merangka dan menyediakan borang senarai semak pemerhatian
berstruktur berhubung dengan perkara-perkara yang ingin diperhatikan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran secara konvensional berlaku. Pemerhatian pengkaji tertumpu
kepada lima item dengan menggunakan borang skala kadar untuk melihat maklum balas
peserta kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilalui.
Pengkaji mendapati sebilangan besar peserta kajian tidak memberi tumpuan terhadap
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Peserta kajian suka berkhayal dan tidak fokus
terhadap pelajaran yang disampaikan. Mereka juga suka memencilkan diri

dan pasif

sepanjang pengajaran berlangsung. Ini kerana guru tidak merangsang peserta kajian dengan
bahan bantu mengajar yang menarik untuk mencetuskan rasa ingin belajar dan sekaligus
mencetuskan suasana yang kondusif di dalam kelas. Ini secara tidak langsung dapat
mengalakkan peserta kajian melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran.
Peserta kajian juga dilihat bersikap terlalu bergantung kepada guru untuk mendapatkan
jawapan menyebabkan mereka dilihat malas berfikir serta tidak kreatif untuk mencetuskan
idea sendiri bagi mengemukakan jawapan. Mereka takut untuk mengeja kerana tidak lancar
mengeja dan sering diejek oleh rakan-rakan sekiranya ejaan yang dieja salah. Ini
menyebabkan rasa rendah diri wujud dalam diri peserta kajian.

Kesimpulannya, pengkaji bersetuju bahawa peserta kajian bukan tidak ada keinginan
untuk menguasai kemahiran membaca tetapi mereka perlu dirangsang dengan suatu bahan
bantu mengajar yang menarik agar dapat mencetuskan rasa minat untuk belajar. Sudah
menjadi lumrah sikap kanak-kanak yang mudah bosan dan tidak dapat fokus kepada sesuatu
yang formal dalam jangka masa yang lama.

Peserta kajian A
Bil

Item

Skor
1

1.

Respon murid semasa guru mengajar.

2.

Penglibatan murid semasa PnP

3.

Tumpuan murid ketika aktiviti PnP

5.

Murid berminat membatangkan suku kata


yang diberikan oleh guru.

Peserta kajian B
Bil

Item

Skor
1

1.

Respon murid semasa guru mengajar.

2.

Penglibatan murid semasa PnP

3.

Tumpuan murid ketika aktiviti PnP

5.

Murid berminat membatangkan suku kata


yang diberikan oleh guru.

2
/

Peserta kajian C
Bil

Item

Skor
1

1.

Respon murid semasa guru mengajar.

2.

Penglibatan murid semasa PnP

3.

Tumpuan murid ketika aktiviti PnP

5.

Murid berminat membatangkan suku kata


yang diberikan oleh guru.

Peserta kajian D
Bil

Item

Skor
1

1.

Respon murid semasa guru mengajar.

2.

Penglibatan murid semasa PnP

3.

Tumpuan murid ketika aktiviti PnP

5.

Murid berminat membatangkan suku kata


yang diberikan oleh guru.

2
/

Peserta kajian D
Bil

Item

Skor
1

1.

Respon murid semasa guru mengajar.

2.

Penglibatan murid semasa PnP

3.

Tumpuan murid ketika aktiviti PnP

5.

Murid berminat membatangkan suku kata


yang diberikan oleh guru.

Jadual 1: Dapatan Skala Kadar Pemerhatian Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran


Konvensional.

6.2

Temubual

Kaedah temubual telah menjadi pilihan kedua buat pengkaji ke atas peserta kajian.
Menurut Walker & Burnhill (1988) pengumpulan data melalui temubual boleh dilaksanakan
dalam pelbagai kajian tinjauan. Temu bual ini dilakukan untuk mendapatkan maklumbalas
dari peserta kajian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh
pengkaji. Ia dilakukan untuk membandingkan situasi pembelajaran, reaksi serta prestasi
peserta kajian sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan
oleh pengkaji.
Pengkaji telah menyoal beberapa soalan melalui temubual berstruktur dan separa
struktur. Dapatan yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan peserta kajian tertarik dengan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Peserta melahirkan perasaan

gembira semasa melibatkan diri dalam aktiviti dan memberi respon yang mengujakan kepada
pengkaji.
Tahap yakin diri dan semangat untuk belajar dalam diri peserta kajian telah dapat
dilihat oleh pengkaji melalui maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian sepanjang temu
bual dilaksanakan. Sebelum ini peserta kajian tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti
bacaan di dalam kelas kerana dibelenggu dengan perasaan rendah diri serta kurang yakin diri.
Pengkaji turut mendapati peserta kajian tidak mendapat perhatian semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sebelum ini kerana sikap mereka yang suka memencilkan diri
menyebabkan kewujudan diri mereka sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung
kurang disedari guru. Ia berlaku disebabkan faktor bilangan murid yang besar di dalam kelas
biasa serta desakan masa pengajaran dan pembelajaran.

Transkip Temubual Berstruktur Selepas Pasca.


___________________________________________________________________
Pengkaji

Adakah awak suka belajar mengeja suku kata ?

Peserta kajian A

ya.

Peserta kajian B

Suka sangat cikgu.

Peserta kajian C

Suka tapi nanti kita belajar lagi ye, cikgu.

Peserta kajian D

Suka.

Peserta kajian E

ya, nak belajar lagi.

Jadual 2 : Transkrip temubual berstruktur bersama peserta kajian selepas aktiviti


pengajaran dan pembelajaran sesi intervensi.

Transkrip Temubual Separa Berstruktur Selepas Pemerhatian Pasca


___________________________________________________________________
Peserta kajian A
Pengkaji

Awak seronok tak belajar tadi ?

Peserta kajian A

Seronok.

Pengkaji

Seronok macam mana ?

Peserta kajian A

Seronok macam nak belajar lagi.

___________________________________________________________________
Peserta kajian B
Pengkaji

Awak seronok tak belajar tadi ?

Peserta kajian B

Seronok.

Pengkaji

Seronok macam mana ?

Peserta kajian B

Seronok dapat belajar sambil main.

___________________________________________________________________
Peserta kajian C
Pengkaji

Awak seronok tak belajar tadi ?

Peserta kajian C

Seronok.

Pengkaji

Seronok macam mana ?

Peserta kajian C

Senang nak eja.

___________________________________________________________________
Peserta kajian D
Pengkaji

Awak seronok tak belajar tadi ?

Peserta kajian D

Seronok.

Pengkaji

Seronok macam mana ?

Peserta kajian D

Seronok dapat main.

___________________________________________________________________
Peserta kajian E
Pengkaji

Awak seronok tak belajar tadi ?

Peserta kajian E

Seronok.

Pengkaji

Seronok macam mana ?

Peserta kajian E

Seronok dapat belajar sambil main.

Jadual 3 : Transkrip temubual separa berstruktur bersama peserta kajian selepas


aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesi intervensi.