Anda di halaman 1dari 47

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PENGENALAN KEPADA
GERAK KERJA KOKURIKULUM

PENGENALAN

Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang


termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997)
HURAIAN DI ATAS BERMAKSUD PERLAKSANAAN KOKURIKULUM ADALAH
WAJIB DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
(AKTA PENDIDIKAN 1996). SEBARANG KEGAGALAN DAN KEENGGANAN
MELAKSANAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM MERUPAKAN SUATU DAN
APABILA DISABITKAN BOLEH DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU ATAU
DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU
KEDUA-DUANYA SEKALI (Akta Pendidikan, 1996)
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

KONSEP KURIKULUM
Konsep kokurikulum merupakan kepelbagaian aktiviti atau gerak
kerja terancang atas lanjutan dari proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk memberi
murid peluang menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari dalam
bilik darjah.

(Akta Pendidikan, 1996)


KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
ADALAH
SALING LENGKAP MELENGKAPI
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

MATLAMAT KOKURIKULUM
Matlamat Kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua
murid, warga guru/IPG serta anggota masyarakat dan berhasrat
mencapai matlamat berikut:
Menyemai perasaan muhibbah, perpaduan, integrasi nasional
dikalangan generasi muda dan peningkatan disiplin pelajar.
Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan
dengan pendidikan formal
Menyemai nilai pendidikan
Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek
kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.
Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya
dan tempat belajar yang menarik dan menyeronokkan.
Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.
4
Hj Ruslan
Saad - IPG KSAH 2012
Mengisi masa lapang dengan
berfaedah.

OBJEKTIF KOKURIKULUM
Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan

kepada tuhan
Menyumbang perkembangan JERIS
Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid
Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam
aktiviti diceburi.
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok
Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua
hala antara sekolah dan masyarakat.
Mewujudkan sekolah berwatak
Menyediakan murid untuk program PLKN dan integrasi nasional

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

STRATEGI PERLAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM


Bagi mencapai matlamat dan objektif tersebut, beberapa
strategi boleh dilakukan:
Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
Menambah bilangan pasukan beruniform, persatuan / kelab,

kelab sukan dan permainan dan mempelbagaikan aktiviti


supaya memberi peluang kepada semua murid melibatkan
aktiviti mengikut minat dan hobi mereka.
Aktiviti disesuaikan bagi melibatkan murid semua kaum
untuk tujuan pemupukkan perpaduan
Melibatkan murid, guru-guru, PIBG dalam perancangan dan
perlaksanaan aktiviti kokurikulum

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

Samb

Memberi penekanan penghayatan agama dan nilai-nilai

murni dalam setiap aktiviti


Merancang aktiviti dengan teliti bagi mencapai objektif.
Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang
dijalankan
Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan
semua murid
Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan
berterusan.
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua
pihak dari semasa ke semasa

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

KOMPONEN ATAU BIDANG GERAK KERJA KOKURIKULUM


(GERKO)

TIGA BIDANG UTAMA


KELAB DAN
PERSATUAN

SUKAN DAN
PERMAINAN

UNIT BERUNIFORM

GERAK KERJA
KOKURIKULUM

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

UNIT BERUNIFORM
Unit beruniform boleh ditubuh mengikut:
Keperluan IPG/Sekolah
Peralatan yang ada
Tenaga pengajar atau jurulatih
Kemudahan yang ada di IPG /sekolah
Antara pasukan Unit Beruniform yang boleh ditubuhkan ialah:
PENGAKAP, KADET PANDU PUTERI, BULAN SABIT MERAH, ST
JOHN AMBULAN, KADET REMAJA SEKOLAH, PERSATUAN
PUTERI ISLAM.
WATANIAH, KADET BOMBA, KADET POLIS DAN BAND
RANJER DITAMBAH DI SEKOLAH MENENGAH.
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

KELAB DAN PERSATUAN


Terdapat dua jenis Kelab atau Persatuan yang
boleh ditubuhkan :
i) Berasakan akademik
ii) Berasaskan minat, kecenderungan, hobi atau
perkhidmatan
PERSATUAN DAN KELAB

BERASAKAN AKADEMIK

BERASAKAN MINAT
PERKHIDMATAN
KECENDERUNGAN DAN
HOBI

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

10

Samb
Persatuan berasakan Akademik

Persatuan Bahasa
Sains
Matematik
Seni Lukis
Muzik
Komputer
Agama
Geografi
Sejarah
Perdagangan
Ekonomi (Sekolah Menengah shj)
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

11

Samb..
Persatuan dan Kelab berasakan Minat,Perkhidmatan dan
Hobi

Persatuan Perpustakaan
Persatuan Koperasi Sekolah
Persatuan Pencinta Alam
Persatuan Pengguna
Kelab Koir
Bimbingan dan Kaunseling
Rakan sebaya,
Kembara
Seni Foto

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

12

SUKAN DAN PERMAINAN


Sukan dan permainan dibahagikan pada dua iaitu
i) Sukan dan Olahraga
ii) Permainan
i ) Sukan dan olahraga
- Acara balapan
- Acara padang

ii) Permainan
Permainan boleh dibahagikan pada dua iaitu
- Permainan antarabangsa
- Permainan tradisional
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

13

Samb
Permainan antarabangsa
Bola sepak, badminton, bola jaring dsb
Permainan tradisional
Wau, gasing, batu seremban dll

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

14

PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH


PENGETUA /GURU BESAR
GPK KOKURIKULUM

GPK HAL EHWAL MURID

GPK AKADEMIK

SETIAUSAHA KO-KU

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

SETIAUSAHA
SUKAN/OLAHRAGA SEKOLAH

PENYELARAS KELAB/PERSATUAN

GURU RUMAH SUKAN


GURU PASUKAN SEKOLAH

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

GURU-GURU PENASIHAT

PENGERUSI PASUKAN BADAN BERUNIFORM, KELAB/PERSATUAN, KELAB/PERMAINAN,


KETUA RUMAH SUKAN, GURU-GURU DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH
Carta Organisasi Gerak Kerja Ko Kurikulum Sekolah
(Struktur ini boleh diubahsuai mengikut Pentadbiran Sekolah)
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

15

SENARAI TUGAS AHLI JAWATAN KUASA PENGURUSAN


KOKURIKULUM
Merancang aktiviti sekolah (jangka panjang dan pendek)
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun
Menentukan peraturan kokurikulum sekolah
Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti
Kokurikulum Daerah
Menentukan takwim dan jadual aktiviti tahunan
Menentukan tarikh Kejohanan olahraga, Merentas Desa, Hari
Kokurikulum dll
Menilai aktiviti kokurikulum dan buat laporan tahunan
Membuat anggaran perbelanjaan dan peruntukkan kewangan
Membuat pilihan dan pengiktirafan kepada guru dan pelajar
yang cemerlang dalam kokurikulum
Memastikan semua kemudahan dan peralatan ada dan selamat
digunakan
16
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

TUGAS GPK KOKURIKULUM


Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah
Memilih dan melantik guru-guru dalam bidang kokurikulum
Memastikan setiap unit kokurikulum berjalan dengan lancar

dan berkesan
Menyelesaikan masalah berbangkit dalam pengendalian
aktiviti kokurikulum
Menyelaras dengan sekolah tentang peruntukan dan
kewangan
Menerima kedudukan stok dan inventori peralatan
kokurikulum
Menerima laporan pada akhir tahun tentang aktiviti
kokurikulum
Memutuskan anugerah kecermerlangan kokurikulum
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

17

TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM


Menyelaras semua aktiviti kokurikulum
Membantu mengagihkan tugas dan memilih guru dalam unit

kokurikulum
Memilih dan mengagihkan pelajar dalam bidang
kokurikulum
Memastikan kemudahan dan keselamatan perlaksanaan
kokurikulum
Memastikan sekolah dan data diselenggarakan dengan baik
Memastikan borang-borang dan rekod dikemaskini dan
mencukupi
Mengadakan aktiviti tambahan kepada guru dan pelajar

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

18

TUGAS SETIAUSAHA SUKAN


sMenyelaras semua aktiviti sukan sekolah

Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang bersesuaian dengan

aktiviti MSSD, MSSN, MSSM


Membantu Setiusaha Kokurikulum mengagihkan tugas dalam

olahraga dan permainan


Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan
peralatan.
Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah
Mengurus dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan
Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah
dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod

Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam


Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

19

TUGAS PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/PASUKAN BADAN UNIFORM


Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan kelab/badan

beruniform
Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat
Menyelaras aktiviti perjumpaan mingguan
Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar
menyertai persatuan/kelab/pasukan beruniform
Memastikan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat
difailkan dengan baik
Memastikan aktiviti, mesyuarat agung dan pemilihan AJK
diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan
Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
Menyediakan borang /buku yang diperlukan untuk aktiviti :
- Borang penyertaan persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku laporan aktiviti
- Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan
pencapaian kokurikulum sekolah
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

20

TUGAS GURU PENASIHAT /PEMIMPIN PESURUHJAYA


Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun

pada tarikh yang ditetapkan


Memastikan ada perlembagaan dan peraturan Persatuan
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah
Memastikan AJK menjalankan tugas mereka
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama guru penasihat lain
Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan
Merancang strategi untuk meningkatkan kecermerlangan pasukan
Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda diurus dengan baik
Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan
Mendaftar pasukan Badan Beruniform /Kelab/Persatuan/Permainan
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli
Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah, zon,
daerah, negeri dan kebangsaan
Menandatangani buku kehadiran pelajar
Menghadiri perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan dengan unit lain
Menentukan papan kenyataan digunakan dengan sepenuhnya
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

21

TUGAS GURU KELAB/PERSTAUAN/PERMAINAN/UNIT BERUNIFORM

Menyertai mesyuarat dan membentuk AJK


Merancang aktiviti tahunan
Mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar
Memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi
Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim
sekolah
Menganjurkan perlawanan antara rumah/pasukan
Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah
Mengurus surat menyurat dengan ibu bapa dan pihak lain
Melapor dan merekodkan keputusan pertandingan
Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan sukan
Menilai prestasi pasukan sekolah dan cara meningkatkannya
Menghadiri kursus, seminar, majlis sukan, perkhemahan dan
sebagainya
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

22

AKTA/SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN


PERATURAN AM PERLAKSANAAN GERAK KERJA
KOKURIKULUM
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21 Mei 1998,Jilid 42. No
11 Tambahan No 41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA
PENDIDIKAN 1996 ada dinyatakan:
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
( PERSATUAN SEKOLAH ) 1998.

Pada masa menjalankan kuasa yang diberikan oleh


Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pelajaran
membuat Peraturan-peraturan yang berikut :
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

23

1. Peraturan-peraturan ini dinamakan peraturanperaturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 dan


hendaklah mula berkuat kuasa pada 21 Mei 1998
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah

Kerajaan dan Sekolah bantuan kerajaan


3. Dalam peraturan-peraturan ini

Guru besar atau pengetua ertinya Pegawai dalam


Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh ketua pengarah
pendidikan untuk menguruskan sekolah
Jawatakuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau
dipilh untuk menjalankan tugas Persatuan/Kelab sekolah
Penasihat ertinya guru yang dilantik Guru Besar atau
Pengetua untuk memberi nasihat kepada Persatuan/Kelab
sekolah
Persatuan ertinya apa-apa Kelab atau Persatuan muridmurid dan guru
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

24

Samb.

4. Guru besar dan Pengetua setelah menerima


permohonan secara bertulis hendaklah menubuhkan
persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana
yang dinyatakan dalam peraturan pendidikan
(kurikulum kebangsaan 1997)
Hobi dan rekreasi
Sukan dan permainan
Badan beruniform
Apa-apa persatuan yang diluluskan oleh pendaftar

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

25

Samb

5(a) Jawatan kuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah


mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau
pengetua laporan lengkap mengenai perkara-perkara berikut.
Perlembagaan Persatuan
Senarai ahli Jawatankuasa
Senarai aktiviti utama/Kelab/Persatuan
(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam masa 14 hari
berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini atau dalam hal
persatua/kelab yang ditubuhkan selepas peraturan-peraturan ini
berkuatkuasa dalam tempoh 14 hari selepas mensyuarat
pertama Persatuan/Kelab tersebut.
(c) Perlembagaan dan perubahan dalam perlembagaan,

peraturan, jawatakuasa atau ahli persatuan hendaklah


diluluskan oleh guru besar atau pengetua.
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

26

Samb
6. (a) Jawatakuasa tiap-tiap persatuan /Kelab sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada guru besar atau
pengetua laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan
dalam Perlembagaan, Peraturan, Jawatankuasa atau ahli
Persatuan
(b) Laporan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas
hari dari tarikh laporan tentang perubahan itu dibuat, dan
hendaklah disahkan dengan tandatangan Pengerusi dan
Setiausaha persatuan/ Kelab berkenaan

(c) Guru Besar atau Pengetua boleh menerima atau enggan


menerima perubahan yang dinyatakan dalam subperaturan (1)

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

27

Samb.

7. Guru besar dan pengetua hendaklah menyimpan atau


menyebabkan disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli
persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas
berkuatkuasannya peraturan-peraturan ini dan
hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pendaftar
8. Guru besar atau pengetua hendaklah melantik seorang
atau beberapa orang guru untuk bertindak sebagai
penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap
persatuan/kelab dan disimpan satu rekod tentang
maklumat itu dan hendaklah sedia ada menyimpan
untuk pemeriksaan oleh pendaftar

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

28

Samb.
9.(a) Akaun bagi tiap-tiap persatuan/kelab sekolah hendaklah di
bawah kawalan Guru Besar atau Pengetua dan Guru
Penasihat
(b) Guru Besar atau Pengetua hendkalah menyimpan atau
menyebabkan supaya disimpan suatu akaun dibawah
jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan
setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh pendaftar.
10. Pendaftar , Guru Besar dan Pengetua boleh mengarahkan
mana-mana Persatuan/Kelab sekolah mematuhi peraturan
tentang pengurusan, aktiviti keahlian atau selainnya
berkenaan dengan Persatuan /Kelab itu.

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

29

Samb.

11.(a) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh secara bertulis


mengarah mana-mana Persatuan /Kelab sekolah dibubarkan jika dia
tidak berpuashati bahawa Persatuan /Kelab itu mungkin digunakan
bagi maksud:
- yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru
- propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia
atau awam
- yang memudaratkan kepentingan murid
- yang melanggar mana-mana peraturan atau peruntukan
peraturan- peraturan ini
(b) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau
peraturan 10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan
mengenainya dipapan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat
yang boleh dilihat di premis ekolah

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

30

12. Peraturan-peraturan di Bawah Seksyen 92


Ordinan Pelajaran 1952 Dibatalkan Dibuat
8 April 1998 (KP (PUU) S 10075/07/1/Jld. IV
(25): PN. (PU2) 569.

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

31

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PERLAKSANAAN DASAR


PELAJARAN 7 HB NOVEMBER 1979 TELAH MEMPERAKUKAN

PERKARA 50
Semua murid hendaklah mengambil bahagian secara aktif
dalam kegiatan kokuirkulum. Guru-guru hendaklah
didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam
pengendalian kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila
mereka menjalani kursus perguruan. Guru-guru yang banyak
berjasa hendaklah diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
PERKARA 51
Untuk meningkatkan lagi mutu pasukan beruniform di sekolah
maka adalah diperakukan guru-guru yang memimpin
pasukan tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang
menerima latihan kepimpinan dan pengendalian dalam
pergerakan-pergerakan tersebut.
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

32

PERKARA 52
Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet
Polis adalah sangat berfaedaha untuk menyemai semangat disiplin
dan berdikari yang tinggi maka diperakukan supaya pasukanpasukan tersebut hendaklah diperluaskan seberapa banyak yang
boleh.

PERKARA 53
Untuk menjamin persatuan-persatuan dan kelab-kelab di sekolah dapat
memainkan peranan dalam pembentukkan perpaduan dikalangan
murid-murid adalah diperakukan :
(a) Sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab atau kelab-kelab
yang boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan
persatuan/kelab hendaklah berasaskan kemudahan-kemudahan
yang ada dengan suasana dan persekitaran serta keperluan
tempatan
(b) Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan sebagainya hendaklah ditubuhkan
dengan tujuan menyemai memupuk dan menanam minat murid dan
meningkatkan kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu
bahasa.
(c) Murid-murid dari pelabagai kaum hendaklah digalakkan
menyertainya selain persatuan berasaskan bahas a Ibunda mereka
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

33

PERATURAN 54
Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga
dapat mencapai matlamat yang ditentukan
adalah perakuan :
(a) Sekolah hendaklah mengadakan senaman
beramai-ramai yang melibatkan penyertaan
semua murid. Pertandingan senaman beramairamai diantara pasukan disesebuah sekolah dan
antara sekolah hendaklah dijalankan.
(b) Permainan-permainan disekolah seberapa yang
boleh hendaklah melibatkan penyertaan murid
yang ramai seperti dalam perlumbaan merentas
desa.
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

34

PERKARA 55
Adalah diperakukan bahawa semua sekolah
memperkemaskan lagi program-program
kokurikulum dan dalam perlaksanaan programprogram ini keutamaan hendaklah diberikan
kepada kegiatan-kegiatan yang boleh memupuk
disiplin dikalangan murid-murid. Di samping itu
guru-guru yang mengendaklikan kegiatan
kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan
yang sewajarnya supaya mereka lebih bergiat
lagi terutama dari segi penyeliaan .

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

35

GARIS PANDUAN UNTUK PERMOHONAN MELANCONG DI BAWAH


PERATURAN (MELANCONG) SEKOLAH 1957 (THE SCHOOL
TOURS REGULATIONS 1957)
TAKRIF PELANCONGAN ADALAH SEBAGAIMANA YANG
DITERANGKAN DALAM PERATURAN 2 (1) DAN 2(2) THE
SCHOOLS (TOURS) REGULATIONS 1957.
Cara memohon
a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang
JPN . Borang-borang ini hendaklah disediakan sendiri oleh pihak
sekolah
b) Bagi dalam Negeri permohonan hendaklah dibuat dalam 4
salinan
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

36

Samb..

c) Bagi lawatan keluar keluar negeri tiap-tiap permohonan


hendaklah dalam 6 salinan. Tambahan satu salinan bagi
tiap-tiap satu negeri yang dilawati. Contoh ke Bandaraya
Melaka, Port Dickson di Negeri Sembilan, 3 negeri Kuala
Lumpur dan Wilayah Persekutuan (6+3=9 salinan)
d) Tentukan semua maklumat yang dikehendaki diisi dengan
lengkap
e)Borang permohonan yang telah lengkap diisi diserahkan
kepada Guru Besar/ Pengetua 6 minggu sebelum tarikh
lawatan
f) Guru besar dan Pengetua hendaklah menyampaikan borang
tersebut kepada pendaftar sekolah-sekolah negeri, jabatan
pendidikan negeri 5 minggu sebelum tarikh lawatan
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

37

Samb..
g) Sertakan sampul surat beralamat sendiri
h) Surat kebenaran bertulis ibu bapa /penjaga tidak
perlu dihantar kepada pendaftar sekolahsekolah negeri.

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

38

PANDUAN MENGISI BORANG

a) Permohonan ditandatangani sendiri oleh Guru


Besar/Pengetua
b) Bahagian butiran wang hendaklah mengandungi :
- jumlah wang yang dipungut
- punca wang (murid/guru/PIBG/subsidi/Tajaan

- catatkan semua pendapatan dan kemana


wang tersebut dibelanjakan
c) Catatkan semua tempat yang dilawati secara

terperinci
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

39

Samb
d) Senarai peserta hendaklah mengandungi maklumat
- nama penuh
- jantina
- bangsa
- darjah/tingkatan
- alamat
e) Hal-hal lain

-persetujuan bertulis ibu bapa /penjaga murid


- perakuan kebenaran bertulis mengikut format
yang dilampirkan
- kebenaran bertulis Guru Besar/Pengetua

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

40

Rujukan
Dr.Tam Yeow Kwai (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kumpulan Budiman Sdn
Bhd KL.
Wee Eng Hoe (1996). Gerak kerja Kokuirkulum (sukan). Fakar Bakti Sdn Bhd.

Helen Ten Hong Beng (1992). Pengelolaan dan Pengurusan Pertandingan


Sukan. Fajar Bakti Sdn Bhd
Wee Eng Hoe (2003). Panduan Pengajaran Olahraga. KarismaPublication Sdn
Bhd.
Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Pearson Education
Malaysia Sdn Bhd.

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan.


Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

41

SOALAN TUGASAN ESEI:


Sebagai seorang Setiausaha rancangkan satu
program kegiatan kokurikulum bagi
a) Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah anda

Atau
b) Lawatan ke Pusat Sains Negara
Atau
c) Perkhemahan Agung Unit Beruniform Sekolah Anda
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

42

SOALAN OBJEKTIF

1. Kementerian Pendidikan Malaysia

mengasaskan program Kokurikulum di sekolah


atas beberapa pertimbangan. Yang manakah
bukan pertimbangan tersebut?
A. Perkembangan menyeluruh semua murid
dan pelajar.
B. Potensi murid /pelajar boleh dimajukan
C. Sekolah adalah tempat belajar dan
mendidik
D Masyarakat tidak perlu libatkan diri dalam
hal-hal kokurikulum .
Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

43

2. Gerak kerja kokurikulum meliputi programprogram intramural, ekstramural dan antara


sekolah. Yang manakah yang dimaksudkan
dengan intramural?
A. Pertandingan antara kelas
B. Pertandingan antara sekolah
C Pertandingan antara zon
D Pertandingan antara daerah

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

44

3. Program gerak kerja kokurikulum extramurals


mempunyai banyak objektif . Antaranya ialah:
A. Membekalkan aktiviti kepada semua pelajar
B. Memenuhi kehendak persaingan individu
C.Memberi peluang pelajar berbakat bersaing
sesama tahap kebolehan dengan sekolah
lain.
D. Memotivasikan pelajar menceburi diri
dalam kegiatan selepas sekolah

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

45

4.pemilihan aktiviti gerak kerja ko-kurikulum di


sesebuah sekolah bergantung kepada:

A. penglibatan masyarakat luar


B. saiz dan gred sesebuah sekolah
C. bilangan pelajar lelaki dan perempuan
D. kemampuan kewangan dan kemudahan

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

46

5. Pentadbiran gerakerja ko-kurikulum di


sesebuah sekolah ditadbirkan oleh pihak sekolah
dari masyarakat luar melalui :
A. Jawatankuasa Persatuan Ibubapa (PIBG)
B. Jawatankuasa Bimbingan pelajar sekolah
C. Jawatankuasa Belia Daerah
D.Jawatankuasa Unit Kurikulum dan Kokurikulum
sekolah

Hj Ruslan Saad - IPG KSAH 2012

47

Anda mungkin juga menyukai