Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasankawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar
masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di
sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar
seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa
sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu,
untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam
sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan
surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih
banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah
satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di
setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.
Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan
tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu
mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan
internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut
berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempenkempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam
sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen
kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam
kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok
bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan.
Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua kepada para pelajar. Oleh itu,
pihak sekolah juga berperanan besar dalam usaha mengatasi pencemaran alam
sekitar. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah termasuklah
mengadakan kem kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar
dalam kalangan para pelajar. Melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, pendidikan alam sekitar secara
langsung dapat diberi kepada para pelajar. Contohnya, guru-guru boleh memberi
tugas tertentu kepada pelajar seperti meminta mereka mencari artikel-artikel
yang berkaitan dengan isu pencemaran alam sekitar dan menyuruh mereka
membaca artikel tersebut di dalam kelas. Secara tidak langsung, mereka dapat
disedarkan tentang kesan buruk yang dibawa oleh pencemaran alam sekitar.
Dengan wujudnya kesedaran ini, barulah mereka akan mencurahkan usaha
untuk menjaga alam sekitar ini. Semasa di sekolah, usaha ini juga boleh
dilakukan melalui penubuhan Kelab Alam Sekitar. Tamsilnya, Kelab Alam Sekitar
boleh mengadakan pelbagai program seperti ceramah dan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah dengan tujuan mendedahkan pelajar dengan
aktiviti alam sekitar secara intensif. Lantaran itu, tidaklah keterlaluan jika
dikatakan bahawa usaha pihak sekolah juga dapat membantu mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar.
Perancangan dan pengurusan sisa yang sistematik juga merupakan salah satu
langkah yang dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dengan
efektif. Masyarakat perlulah mempraktikkan program 3R dalam kehidupan
seharian iaitu program yang dikenali sebagai Reduce, Reuse, Recycle. Reduce
ialah usaha mengurangkan penggunaan bahan sumber yang terhad. Dalam erti
kata lain, masyarakat haruslah berjimat cermat dalam menggunakan bahan
sumber yang saban hari kian berkurangan seperti petroleum dan arang batu.
Reuse pula ialah usaha menggunakan semula bahan-bahan buangan secara
terus atau mengubah fungsi bahan tersebut dengan mereka cipta barangan
baru. Hal ini dilakukan untuk menjimatkan bahan sumber sekali gus
mengurangkan sampah sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar. Dalam pada itu, masyarakat perlu mempraktikkan amalan kitar semula
iaitu mengguna semula bahan baru. Contohnya, masyarakat boleh menjual surat
khabar dan majalah lama untuk dikitar semula. Hal ini bukan sahaja dapat
mengurangkan sampah malah dapat menjimatkan kos untuk pelupusan sampah.
Bak kata pepatah, berjimat sebelum kena, ingat sebelum habis. Oleh itu,
masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap isu-isu pencemaran alam sekitar
untuk mengelakkan pencemaran daripada menjadi semakin serius.