Anda di halaman 1dari 12

ELEMEN ELEMEN KONTRAK

i.

CARLILL LWN CARBOLIC SMOKE BALL CO. LTD. (1892) SEKSYEN 2(A) AKTA
KONTRAK 1950
Defendan adalah pengeluar sejenis ubat yang diberi nama The Carbolic
Smoke Ball diiklankan dalam Illustrated London News. Iklan tersebut
menyatakan sekiranya mana mana yang masih dijangkiti selesema setelah
pengambilan ubat tersebut berhak untuk menuntut 100 dari pihak syarikat.
Keputusan Mahkamah: Pihak plaintif berhak mendapat 100 kerana dia telah
menerima tawaran yang ditawarkan kepada pihak umum / dunia dengan
luasnya / secara terbuka.

ii.

PHARMACEUTICAL SOCIETY OF GREAT BRITIAN LWN BOOTS CASH CHEMIST


LTD (1953) SEKSYEN 4 (1) AKTA KONTRAK 1950
Pihak defendan dituduh di bawah Akta Ubatan dan Racun, 1933 yang
mengatakan adalah salah menjual racun racun tertentu kecuali di bawah
penyeliaan ahli farmasi yang berdaftar.
Keputusan Mahkamah: Mahkamah memutuskan bahawa peragaan itu hanya
merupakan pelawaan tawaran. Cadangan untuk membeli berlaku apabila
pelanggan meletakkan barang tersebut di dalam bakul. Oleh itu, kontrak
hanya berlaku di meja juruwang atau membawa barangan ke kaunter
pembayaran. Oleh yang demikian, tuan punya kedai tidak melakukan jualan
yang menyalahi undang jualan.

iii.

HYDE LWN WRENCH (1840)


Pada 6 Jun, defendan membuat tawaran kepada plaintif untuk menjual
tanahnya dengan harga 1,000. Pada 27 Jun, plaintif bersetuju membeli
tetapi dengan harga 950. Defendan telah menolaknya. Pada 29 Jun, plaintif
menyatakan persetujuan membeli tanah itu pada harga asal iaitu 1,000.
Defendan enggan menjualkannya kepada plaintif.
Keputusan Mahkamah: Tiada kontrak yang sah wujud kerana apabila plaintif
menyatakan persetujuan membeli dengan harga 950, dia dianggap
membuat tawaran balas yang membatalkan tawaran asal.

iv.

RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD VSMONTEFIORE (1866)


8 Jun, defendan membuat cadangan untuk membeli saham. Pada 23
November, plaintif telah membuat penerimaan dengan memperuntukkan
sejumlah saham kepada defendan. Defendan menolak pembelian tersebut
atas alasan bahawa beliau tidak lagi memerlukan saham itu.
Keputusan Mahkamah: Defendan tidak terikat dengan penerimaan plaintif
kerana cadangan defendan dianggap telah luput waktu. Ini kerana
penerimaan defendan tidak dilakukan dalam tempoh masa yang munasabah.

v.

FELTHOUSE LWN BINDLEY


Pelelong membuat tawaran untuk menjual seekor kuda milik Df. Pf setuju
untuk membeli kuda itu dengan menghantar sepucuk surat mengatakan jika
saya tidak mendengar apa-apa, maka saya menganggap kuda itu milik saya
pada harga 30.15. Df setuju menerima tawaran itu dan tidak menjawab
surat tersebut. Kekeliruan telah berlaku di mana kuda itu teah dijual kepada
orang lain. Pf menuntut kontrak kuda dari Df.
Mahkamah: sikap berdiam diri dengan tidak menjawab surat itu bukan
merupakan penerimaan. Kontrak tidak wujud antara mereka.

vi.

IGNATIUS LWN BELL (1913)


Df menawarkan sebidang tanah kepada Pf. Tawaran dibuka sehingga 20
Ogos. Pf menerima tawaran lalu menghantar notis penerimaan melalui surat
berdaftar pada 16 Ogos. Surat itu sampai kepada Df pada 25 Ogos.
Isu: adakah kontrak terbentuk?
Mahkamah: komunikasi penerimaan adalah dianggap lengkap apabila notis
penerimaan diposkan iaitu pada 16 Ogos walaupun Df tidak mengetahui
tentang penerimaan itu.

vii.

VENKATA CHINNAYA VS VERIKATARAMAYA (1881)

viii.

PHANG SWEE KIM VS BEH I HOCK (1964)


Responden (Pf) memindahkan sebahagian haknya ke atas tanah kepada
suami perayu (Df), si mati. Balasan atas tanah itu adalah 20,000 mata wang
Jepun. Pindah milik itu tidak pernah didaftarkan tetapi si mati telah
menduduki rumah itu sehingga dia meninggal. Isteri si mati terus menduduki
tanah itu. Tanah itu kemudiannya telah dibahagikan kepada dua lot yang
mana bahagian yang diduduki oleh perayu adalah milik responden.
Responden mendakwa bahawa tanah itu telah dicerobohi oleh perayu lalu
menuntut pemilikan kosong (vacant possession)
Mahkamah: seksyen 26, huraian 2 Akta Kontrak telah dirujuk. Walaupun
balasan yang dibuat tidak mencukupi, perjanjian adalah sah.

ix.

BALFOUR VS BALFOUR (1919)


Suami yang ditugaskan di Ceylon telah membuat perjanjian dengan isterinya
bahawa dia akan membayar 30 setiap bulan selama mana isterinya tinggal
di England. Apabila suami gagal bayar, isterinya telah membuat tuntutan di
mahkamah.

Mahkamah: Perjanjian itu bukan suatu kontrak kerana mereka tiada niat
untuk mewujudkan sebarang kesan di sisi undang-undang
x.

MERRIT VS MERRIT (1970)


Suami telah membuat perjanjian dengan isterinya bahawa jika isteri
menjelaskan semua gadaian (pinjaman) rumah mereka, pindah milik rumah
itu akan diberikan kepada isteri. Setelah selesai semua hutang, suaminya
enggan menepati janji itu atas alasan perjanjian itu tidak mengikat di sisi
undang-undang.
Mahkamah: perjanjian itu boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang.
Berdasarkan kepada fakta kes, perhubungan kekeluargaan tidak wujud lagi
antara suami isteri itu kerana mereka tinggal berasingan semasa perjanjian
itu dibuat.

xi.

KARUPPAN CHETTI LWN SUAH THIAN (1916)


Pihak-pihak yang berkontrak telah bersetuju memberi pajakan sebanyak
RM35 sebulan seberapa lama yang disukai.
Mahkamah: kontrak adalah batal kerana ketaktentuan (tempoh tidak dapat
dipastikan)

xii.

TAN HEE JUAN LWN THE BOON KEAT (1934)


Seorang remaja telah memindahkan hak milik tanahnya kepada pihak lain.
Setelah pindah milik sempurna, pindah milik itu ingin dibatalkan.
Mahkamah: pindah milik tanah itu adalah batal dan tanah itu perlu
dipulangkan semula kepada remaja itu.

xiii.

KERAJAAN MALAYSIA LWN GURCHARAN SINGH (1971)


GS telah diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Menurut perjanjian GS
dikehendaki berkidmat dengan kerajaan selama 5 tahun setelah tamat
pengajian. GS berkhidmat selama 3 tahun 10 bulan sahaja. Tuntutan dibuat
oleh kerajaan terhadapnya.
Persoalan yang timbul adalah: adakah pelajaran dianggap sebagai satu
keperluan?
Menurut hakim Chang Min Tat, pelajaran juga adalah satu keperluan hidup
untuk kanak-kanak.

KONTRAK BOLEH BATAL


i.

KESARMAL A/L LETCHUMANAN DAS LWN VALIAPPA CHETIAR (1954) MLJ 119
Ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia dahulu, satu pindah milik
harta telah dilaksanakan atas perintah Sultan. Perintah Sultan itu dilakukan
atas paksaan dua orang pegawai tentera Jepun.
Keputusan Mahkamah: Memandangkan persetujuan tidak diberikan secara
sukarela, perjanjian itu menjadi boleh batal atas kehendak atau opsyen pihak
yang persetujuannya diperolehi sedemikian.

ii.

CHIN NAM BEE DEVELOPMENT SDN. BHD. LWN TAI KIM COO & 4 ORS (1988) 2
MLJ 117
Empat orang responden telah bersetuju membeli rumah yang dibina oleh
perayu dengan harga RM 29 000 sebuah. Responden mendakwa bahawa
perayu meminta bayaran tambahan sebanyak RM 4000.
Keputusan Mahkamah: Bayaran tambahan yang diminta oleh perayu adalah
dengan cara ugutan, mereka tidak perlu membayar dengan kerelaan sendiri.
Perjanjian tersebut menjadi boleh batal kerana pihak yang satu lagi dalam
kontrak itu tidak perlu menjalankan sebarang perjanjian yang terkandung
dalam kontrak tersebut atau wang yang diterima oleh mana mana pihak
dikembalikan sebagaimana Seksyen 73 Akta 1950.

iii.

SALWATH HANEEM LWN HADJEE ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348


Plaintif memohon untuk mengenepikan dua dokumen yang diuruskan dengan
pihak defendan, iaitu dua orang saudara lelaki bekas suaminya. Dokumendokumen tersebut adalah bukti penyerahan secara rela semua harta plaintif
kepada defendan. Plaintif mendakwa wujud pengaruh tak berpatutan. Suami
plaintif, Arshad, berada di luar negeri selama 10 tahun. Semasa ketiadaan
beliau, defendan telah bertindak sebagai wakil beliau dan menguruskan
segala perniagannya, termasuk menjaga keluarga Arshad. Semasa keduadua dokumen itu dilaksanakan,Arshad sudah kembali tetapi terbaring sakit
teruk. Selepas kematian suaminya, plaintif membuat tindakan menuntut
supaya diketepikan kedua-dua dokumen tersebut.
Keputusan Mahkamah : Telah wujud pengaruh tak berpatutan di antara
plaintif dan defendan. Oleh itu, beban pembuktian terletak di atas defendan
bahawa pemindahan tersebut telah dilakukan secara sukarela dan tidak
wujud pengaruh tak berpatutan. Walaubagaimanapun, mereka gagal
membuktikan yang transaksi tersebut sesuatu yang adil dan jujur, maka
kedua-dua dokumen telah dibatalkan oleh mahkamah.

iv.

CHAIT SINGH LWN BUDIN BIN ABDULLAH (1918) 1 FMSLR 348


Seorang pemberi pinjaman wang (ceti) telah mengeluarkan satu pinjaman
dengan kadar bunga 36% setahun kepada seorang peminjam yang buta

huruf. Si peminjam telah menyerahkan dokumen hak milik tanahnya kepada


ceti tersebut untuk simpanan dan sebagai jaminan ke atas hutang itu.
Keputusan Mahkamah: Disebabkan jaminan yang baik telah diberi, kadar
faedah yang melebihi 18% setahun terhadap seorang yang buta huruf telah
menimbulkan andaian bahawa pengaruh tak berpatutan telah berlaku.
v.

SENANANYAKE LWN ANNIE YEO (1965)


Keputusan Mahkamah : Defendan telah menyalahnyatakan kedudukan
kewangan dan masa depan firma defendan dalam urusniaga saham sehingga
menyebabkan plaintif membayar $20,000 untuk membeli lima saham milik
defendan. Kedudukan kewangan dan masa depan firma ternyata tidak
seperti yang dikatakan oleh defendan, dan plaintif mengambil tindakan
untuk menuntut kembali wangnya.
Keputusan Mahkamah : Plaintif berhak untuk mendapat kembali wangnya
kerana kontrak yang dimasuki bersama defendan telah dibuat atas fraud
oleh defendan terhadap plaintif.

vi.

R LWN KYLSANT (1932)


Sebuah syarikat telah mengeluarkan prospektus untuk mendapatkan
pelaburan wang orang ramai. Prospektus ini mengandungi kenyataan
bahawa pada setiap tahun syarikat itu telah membayar dividen kepada
pemegang sahamnya. Perkara ini benar tetapi syarikat gagal menyebut
berkenaan kerugian perdagangan yang dialami oleh syarikat dalam tempoh
yang sama. Dividen yang dibayar bukan diambil daripada keuntungan
syarikat tetapi daripada bahagian wang yang tidak akan berulang seperti
pelarasan cukai, simpanan dan duti untung yang berlebihan.
Keputusan Mahkamah: Prospektus bersifat memperdaya dan mengelirukan.
Pengarah yang mengetahui hal ini didapati bersalah kerana fraud.

vii.

RAFFLES LWN WICHELHAUS (1864)


Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay.
Muatan tersebut akan dibawa oleh kapal Peerless. Tanpa pengetahuan
kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama Peerless yang akan belayar dari
Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala yang satu lagi
akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu
membeli kapas yang dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober,
sedangkan plaintif mahukan kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan
Disember.
Keputusan Mahkamah: Kontrak antara mereka adalah batal kerana keduaduanya telah silap fakta tentang kapal berkenaan.

PELEPASAN KONTRAK
i.

BOLTON LWN MAHADEWA (1972) 1 WLR 1009


Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah
siap dipasang, defendan mendapati alat tersebut tidak boleh digunakan dan
enggan membuat pembayaran.
Keputusan Mahkamah: Plaintif tidak berhak mendapat apa-apa bahagian
daripada pembayaran yang dipersetujui antara mereka.

ii.

SENG DJIT HIN LWN NAGURDAS PUSHOTUMDAS & CO. (1924) 14 SSLR 181
Keputusan : Satu perjanjian pengangkutan laut menjadi kecewa apabila kapal
berkenaan diambil milik oleh kerajaan selepas peperangan meletus.
( Kontrak batal )

iii.

HADLEY LWN BAXENDALE (1854) 9 EX 341


Huraian : Plaintif telah membuat pesanan satu jentera dari Greenwich tetapi
disebabkan kelewatan defendan untuk menghantar jentera tersebut ke
kilang plaintif, menyebabkan plaintif mengalami kerugian.
Keputusan : Defendan bertanggunggan untuk membayar satu jumlah
gantirugi yang munasabah kepada defendan.

iv.

THAM CHEOW TOH LWN ASSOCIATED METALS SMELTERS LTD (1972) 1 MLJ
171
Defendan telah bersetuju menjualkan sebuah dapur pelebur logam kepada
plaintif dan telah memberi jaminan bahawa dapur itu bersuhu tidak kurang
daripada 2,600F. Spesifikasi ini tidak dipenuhi. Plaintif mengambil tindakan
dan mendakwa berlakunya kemungkiran kontrak, serta menuntut ganti rugi
khas kerana telah hilang keuntungan.
Keputusan Mahkamah: Defendan tidak akan dikenakan bayaran ganti rugi
kerana kehilangan keuntungan tersebut melainkan ada bukti yang
menunjukkan bahawa tujuan khusus dapur itu telahpun diterangkan kepada
mereka, dan mereka berkontrak atas dasar bahawa sekiranya mereka lewat
menghantar dapur tersebut, mereka terpaksa membayar ganti rugi kerana
hilang keuntungan. Dalam kes ini, defendan tahu betapa pentingnya dia
menghantar dapur itu secepat mungkin dan dapur itu mestilah berupaya

mengeluarkan suhu 2,600F. Oleh itu, mereka dikehendaki membayar ganti


rugi berjumlah RM7,501.38 kepada plaintif kerana kehilangan keuntungan
berkenaan.
Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut apa-apa kehilangan atau kerugian
yang jauh dan tidak langsung yang dialami akibat daripada kemungkiran
kontrak itu.

v.

UPTON RDC LWN POWELL (1942) 1 ALL ER 220


Huraian : Terdapat satu kontrak termaklum di antara defendan dan plaintif
bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh plaintif kepada
defendan.
Keputusan : Ganjaran yang munasabah dan berpatutan perlu dibayar oleh
defendan bagi perkhidamatan-perkhidmatan yang diterimanya.

vi.

DE BERNADY LWN HARDING

vii.

MUSTAPHA BIN MOHAMED NOH LWN OSMAN BIN SHAHIDAH & ORS (1986)
Defendan bersetuju menjual tanah kepada plaintif dengan harga RM8,000.
Wang pendahuluan sebanyak RM2,000 telah dibayar kepada defendan.
Apabila defendan enggan meneruskan kontrak, wang deposit itu
dikembalikan sebagai memenuhi kehendak perjanjian mereka yang
menyatakan bahawa sekiranya penjual gagal melaksanakan penjualan tanah
tersebut, wang pendahuluan hendaklah dikembalikan. Plaintif memohon
arahan pelaksanaan spesifik.
KM: Plaintif berhak mendapat arahan tersebut.

viii.

PERTAMA CABERAT NITE CLUB SDN BHD LWN ROMAN TAN (1981)

TERMA SYARAT TERSIRAT DAN WARANTI TERSIRAT


a) ROWLAND LWN DIVALL (1923) SEKSYEN 14(1) (A)
Rowland membeli sebuah kereta daripada Divall dan menggunakannya
selama beberapa bulan. Rowland kemudiannya mendapati bahawa Divall
tidak mempunyai hak milik yang sah terhadap kereta tersebut dan beliau
terpaksa menyerahkan kembali kereta itu kepada tuan punya yang sah.
Rowland memohon untuk menamatkan kontrak dan menuntut agar wang
yang yang telah dibayar kepada Divall dikembalikan sepenuhnya.
Keputusan Mahkamah: Rowland berhak mendapat kembali wang itu
meskipun dia telah menggunakan kereta tersebut selama 4 bulan.
b) MOORE LWN LANDAUER & CO (1921) SEKSYEN 15 AJB 1957
Pembeli berkontrak untuk mendapatkan bekalan buah-buahan yang ditinkan
daripada penjual. Mengikut perjanjian, tin buah-buahan tersebut akan
dihantar dalam sebuah bekas yang mengandungi 30 tin setiap satu. Apabila
barangan itu dihantar, pembeli mendapati sebahagian bekas mengandungi
30 tin manakala sebahagian bekas pula hanya mengandungi 24 tin.
Keputusan Mahkamah: Oleh kerana barangan yang dihantar tidak menepati
deskripsi yang diberikan semasa tempahan dibuat, pembeli berhak menolak
keseluruhan barangan tersebut.
c) GRIFFITH LWN PETER CONWAY LTD. (1939) SEKSYEN 16 AJB 1957
Seorang wanita telah membeli sepasang pakaian yang diperbuat daripda
tweed, iaitu sejenis bahan untuk membuat pakaian. Wanita itu sebenarnya
alah kepada bahan tersebut dan setelah memakainya dia mengalami gatal
kulit.
Keputusan Mahkamah: Memandangkan keadaan alah itu tidak diberitahu
kepada penjual dan bahan itu secara umumnya sesuai bagi orang ramai,
tidak berlaku pelanggaran syarat tersirat mengenai kesesuaian maksud.
Kegagalan pembeli mendedahkan tentang masalah kulit yang dihidapinya
kepada penjual menunjukkan bahawa dia tidak bergantung langsung kepada
kepakaran dan perhitungan penjual dalam memilih pakaian, sebaliknya
hanya bergantung kepada pengetahuannya sendiri.

GRANT LWN AUSTRALIAN KNITTING MILLS LTD. (1936) SEKSYEN 16 AJB 1957

Seorang pembeli telah membeli pakaian dalam yang mengandungi


campuran sulfat. Pembeli yang memakai pakaian dalam tersebut tanpa
terlebih dahulu mencucinya, telah mengalami sakit kulit (dermatitis).
Keputusan Mahkamah: Pakaian dalam tersebut tidak bermutu dagangan
walaupun penjual mengatakan bahawa sulfat itu boleh hilang sekiranya
pembeli mencucinya terlebih dahulu sebelum memakainya. Pembeli tidak
semestinya boleh dianggap membasuh kesemua pakaian yang baru dibeli.
Mahkamah mengandaikan sudah termaklum bahawa setiap pengilang /
penjual akan menggunakan kepakaran yang munasabah dalam penyediaan
barangan keluarannya dan pengguna boleh bergantung kepada andaian
tersebut.
d) GODLEY LWN PERRY (1960) SEKSYEN 17 AJB 1957
Sebelah mata seorang kanak-kanak telah menjadi buta kerana lastik yang
dibeli daripada seorang penjual patah semasa beliau menggunakannya.
Lastik itu dibeli oleh penjual secara sampel daripada seorang pemborong,
yang mana penjual tersebut telah menguji sampel lastik itu dengan menarik
talinya.
Keputusan Mahkamah: Walaupun penjual telah membuat pemeriksaan yang
munasabah ke atas lastik tersebut, kecacatannya masih belum ketara atau
belum dapat didedahkan pada waktu pemeriksaan itu. Pemborong telah
pecah kontrak kerana tidak mematuhi syarat tersirat berkenaan jualan
mengikut sampel / contoh.

PINDAH MILIK BARANGAN


1. RE RC GOLDCORP EXCHANGE LTD. (1994) SEKSYEN 18 AJB 1957
Pembeli membeli sejumlah kuantiti jongkong emas daripada RC Goldcorp
Exchange Ltd (RCG) untuk dihantar serah pada masa akan datang. Telah
dipersetujui bahawa jongkong-jongkong emas itu hendaklah disimpan
dengan baik oleh RCG. Jongkong-jongkong itu disimpan bersama-sama
dengan jongkong-jongkong emas yang dibeli oleh pembeli-pembeli lain.
Pembeli dalam kes ini diberi hak untuk mengarahkan RCG membuat hantar
serahan pada bila-bila masa yang dikehendaki pembeli. RCG kemudiannya
diisytiharkan bankrap dan pembeli menuntut jongkong-jongkong emas yang
telah dibeli itu.
Keputusan Mahkamah: Pembeli gagal dalam tuntutannya kerana jongkongjongkong emas itu merupakan barangan yang belum dikenal pasti kerana ia
masih belum diasingkan daripada longgokan jongkong emas yang terdapat
dalam stor RCG. Justeru, hak milik ke atas jongkong emas itu masih belum
berpindah kepada pembeli.
2. UNDERWOOD LTD.VS BURGH CASTEL BRICK AND CEMENT SYNDICATE (1922)
SEKSYEN 20 AJB 1957
Penjual menjual jentera seberat 30 tan yang melekat secara tetap di lantai
kilangnya. Bagi tujuan penyerahan, jentera itu perlu ditanggalkan dari lantai
kilang dan dinaikkan ke atas gerabak kereta api. Jentera itu rosak sewaktu
kerja-kerja ini dilakukan. Pembeli enggan menerima penyerahan. Penjual
mendakwa atas alas an hak milik ke atas jentera tersebut telahpun
berpindah dan pembeli mestilah menjelaskan harga jentera itu.
Keputusan Mahkamah: Oleh kerana jentera itu telahpun rosak apabila tiba ke
tangan pembeli, jentera itu tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah.
Justeru, hak milik tidak berpindah kepada pembeli dan masih kekal pada
penjual.
3. CHOP WHY JOO LEE LWN OFFICIAL ASSIGNEE (1928 41) SEKSYEN 21 AJB
Perayu menjual 102 beg lada pada harga 99.25 sen sepikul. Beg-beg lada itu
telah disimpan di gudang X setelah diturunkan dari kapal perayu. Malangnya,
X telah dijatuhkan hukuman bankrap dan hartanya termasuklah beg-beg lada
apellan yang berada digudangnya telah diambil alih oleh Official Assignee.
Perayu menuntut beg-beg lada itu diserahkan kepadanya semula atas alasan
hak milik masih kekal padanya kerana lada-ladam itu belum diperiksa oleh
merinyu kerajaan bagi tujuan menentukan tahap kelembapannya sebelum
satu sijil pengesahan boleh dikeluarkan.
Keputusan Mahkamah: Memandangkan pemeriksaan itu belum dilakukan,
hak milik tidak berpindah kepada pembeli. Justeru, perayu berhak
mendapatkan kembali beg-beg lada berkenaan.

4. KIRKHAM LWN ATTENBOROUGH (1987) SEKSYEN 24 (A) AJB


Plaintif telah menyerahkan barangan kemas kepada X atas urus niaga untuk
dijual / dikembalikan. X, walaupun tidak menyatakan penerimaannya, telah
menggadaikan barangan kemas tersebut kepada defendan.
Keputusan Mahkamah: Perbuatan menggadaikan barangan kemas itu oleh X
menunjukkan bahawa X bersetuju untuk membelinya. Justeru, hak milik
berpindah kepada X dan kemudiannya berpindah kepada defendan.
5. POOLE LWN SMITHS CAR SALES (BALHAM) LTD (1962) SEKSYEN 24 (B) AJB
1957
Seorang peniaga kereta kereta telah membekalkan dua buah kereta atas
jualan atau pemulangan kepada Smiths Car Sales (Balham) Ltd (SCSB) yang
juga seorang peniaga kereta. Salah satu kereta telah dijual tetapi kereta
yang tidak dijual telah dikembalikan oleh SCSB kira-kira tiga bulan kemudian
dalam keadaan yang teruk dan akibatnya peniaga pertama telah enggan
menerima kereta itu dan menuntut harga kereta itu.
Keputusan Mahkamah: Masa yang munasabah telah tamat dan kereta itu
masih tidak dikembalikan. Oleh itu, harta dipindah milik kepada SCSB yang
sepatutnya membayar harga kereta tersebut.
6. LIM CHUI LAI LWN ZENO LTD (1964) SEKSYEN 27 AJB 1957
Seorang kontraktor telah ditugaskan membina pembentungan bagi pihak
berkuasa Petaling Jaya. Untuk tujuan tersebut, kontraktor itu telah
mendapatkan bekalan bahan-bahan pembinaan daripada Zeno Ltd. Walau
bagaimanapun, disebabkan oleh masalah tertentu, pihak berkuasa
kemudiannya telah membatalkan kontrak dengan kontraktor tersebut.
Dengan pembatalan ini, Zeno Ltd menuntut daripada pihak berkuasa bahawa
barang-barang yang ada di tempat pembinaan adalah kepunyaan mereka.
Apabila Zeno Ltd cuba menjual barang-barang itu, didapati barang-barang
tersebut telah dijual oleh kontraktor berkenaan kepada Lim Chui Lai. Lim
Chui Lai merayu dalam tuntutan hak milik ke atas barangan tersebut.
Keputusan Mahkamah: Kontraktor tersebut hanyalah penerima / baili dan
bukannya pemilik barangan itu semasa menjualnya kepada Lim Chui Lai.
Oleh kerana dia tidak mempunyai hak ke atas barangan / kuasa untuk
menjual barangan itu, maka dia tidak boleh memindah milik apa-apa hak
kepada Lim Chui.

Anda mungkin juga menyukai