Anda di halaman 1dari 11

Resipi Chocolate Cupcake

(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat
Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Segenggam chocolate chips
Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang.
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup.
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit
Ataupun
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat

Vanilla Muffins with Kismis


Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam
Bahan C
Kismis - Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.
Cara-caranya

Panaskan oven pada suhu 180c-190c

Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk

Buatkan lubang di tengah-tengahnya

Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul
rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu
pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.

Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi

Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak
berketul-ketul sedikit - tak mengapa)

Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.

Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup

Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)

Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada
oven masing-masing)
Sedia dihidangkan.

Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3/4 cawan butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour (saya guna tepung
gandum)
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sk vanilla (boleh lebihkan)
1 1/4 cawan susu (saya guna buttermilk)
2 1/2 sk baking powder
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking
powder. Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar
sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit
sehingga kekuningan atau sehingga masak. Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan
dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.
Perfect Vanilla Frosting
Bahan bahan:
3/4 cawan butter - lembut
2 pounds powdered sugar (dalam 8 cawan)
1/3 cawan susu
2 sk vanilla
Cara cara:
Putar butter pada kelajuan sederhana sehingga ringan. Masukkan gula ising dan putar lagi.
Masukkan 1/3 cawan sus dan vanilla. Masukkan baki gula selebihnya dan susu. Sedia untuk
digunakan.

Pandan Muffin
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak
jagung)
11/4 cawan susu fresh milk
1 sudu kecil pandan paste (Nina blend 3/4 helai
daun pandan bersama susu - tapis 2kali)
sedikit pewarna hijau
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
secubit garam
Cara-caranya
Panaskan oven pada suhu 180c-190c.
Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan pandan
paste & pewarna hijau pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga
kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.
Tuangkan Bahan A ditengah-tengah lubang mangkuk yang berisi tepung tadi . Kacau rata kaup balik
TIDAK lebih 20kali guna senduk je (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa)
Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.
Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masingmasing)
Sedia dihidangkan....

MUFFIN COKLAT
Bahan A
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe (Nina tak letak punn , tak
der stok nescafe kat rumah)
sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick (optional)
Bahan C
3/4 cawan air panas (Nina kurangkan 1/2
cawan ajer)
Cara-caranya
1-. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
2-. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua
bahan A di dalam mangkuk besar.
3-. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
4-. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
5-. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.
Selamat mencuba !!

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE


MUFFIN
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
1 cawan gula perang
1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon atau orange sunquick
Cara penyediaannya
1- Panaskan oven pada suhu 160c (oven Nina suhu 180c)
2- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dalam
bekas besar.
3- Kemudian masukkan susu tepung, garam dan gula perang. Kacau rata kesemuanya.
4- Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan coffee emulco/chocolate emulco.
Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul-ketul.
5- Akhir sekali, masukkan cuka atau jus orange. Terus dikacau serta-merta hingga sebati.
6- Tuangkan adunan dalam loyang 6/7 inch yang telah digris ataupun dalam papercup
7- Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. (Nina bakar dalam papercup dalam
18minit)
8- Sedia dihidangkan ataupun boleh juga deco dengan topping kegemaran
Selamat mencuba!

Cheese Muffin
Bahan kering
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan cheddar cheese - diparut
Cara penyediannya
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Panaskan oven pada suhu 200c


Ayak bahan kering tepung gandum, baking powder, gula kastor dan garam. Satukan
kesemuanya dan ketepikan
Dimangkuk lain, satukan satu persatu bahan basah. Telur, minyak dan susu. Pukul
dengan hand whisk hingga bercampur
Tuangkan campuran telur tadi ke campuran tepung gandum dan gaul rata. Sekadar
bercampur sahaja sudah cukup. Tak perlu lama-lama
Kemudian masukkan cheddar cheese yang diparut tadi ke dalam adunan tadi. Gaul
lagi hingga rata
Sudukan adunan ke dalam acuan muffin ataupun paper cup kegemaran. Taburkan
cheddar cheese diatasnya.
Bakar pada suhu 200c selama 20-25 minit atau sehingga muffin masak.

Muffin Pisang Choc Chips


Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum - di ayak
2 sudu kecil baking powder - di ayak
1 biji telur
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan pisang yang di lecek/lenyek
Choc chips - untuk hiasan atas muffin
Cara-caranya
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pisang dilecek (1 cawan) dan diketepikan


Masukkan gula dalam mangkuk bersama bahan yang di ayak dan kacau rata
Dalam mangkuk lain, pukul telur kemudian masukkan esen vanilla dan seterusnya
minyak, pukul rata
Masukkan adunan telur ke dalam mangkuk tepung dan gula tadi - kacau rata
Kemudian masukkan pula pisang yang sudah dilenyek tadi - kacau rata
Masukkan adunan 3/4 ke dalam paper cup
Letakkan choc chip kat atas adunan
Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven
masing-masing.

Vanilla Muffins with Corn & Almond


Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1cawan gula
secubit garam
Bahan C
Corn - Nina beli yang ready made ajer
Almond.
Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 180c
2. Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
3. Buatkan lubang di tengah-tengahnya
4. Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata .
5. Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
6. Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk/spatula ajer (Adunan akan nampak
berketul-ketul sedikit - tak mengapa)
7. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
8. Letakkan corn dan almond kat atas muffin tadi.
9. Bakar muffin selama 18 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven
masing-masing)

Vanilla Muffins with


Almond
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna
minyak jagung)
3/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula
secubit garam
Bahan C
Almond slice - Nina letak kat atas dan dalam sikit.
Cara-caranya
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Panaskan oven pada suhu 180c


Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
Buatkan lubang di tengah-tengahnya
Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata .
Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul
sedikit - tak mengapa)
7. Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup
8. Letakkan almond slice kat atas muffin tadi.
9. Bakar muffin selama 25 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven
masing-masing)
Sedia dihidangkan.

Orange Muffins
Bahan A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak
jagung)
3/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
3/4 cawan gula
secubit garam

Bahan C
jam Orange tanpa gula

Cara-caranya
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Panaskan oven pada suhu 180c


Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk
Buatkan lubang di tengah-tengahnya
Dalam mangkuk yang lain, satukan Bahan A, kacau rata .
Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi
Kacau rata TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak
mengapa)
Tuangkan adunan ke dalam muffin cup separuh
Letakkan orange jam dalam sesudu
Tutupkan adunan jam tadi sehingga paras 3/4 muffin cup
Bakar muffin selama 25 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masingmasing)

Sedia dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai