Anda di halaman 1dari 13

Objektif :

1)

Memahami dan mendalami mengenai penyakit bawaan Difteria.

2)

Mengkaji punca atau etiologi penyakit dan juga segala tanda dan gejala yang
ditunjukkan oleh pesakit yang mendapat jangkitan penyakit ini.

3)

Mengenalpasti segala tindakan dan tanggungjawab sebagai Penolong


Pegawai Perubatan yang berkaitan dengan penyakit ini.

Pengenalan Difteria
Difteria adalah merupakan sejenis penyakit bawaan bacteria yang pernah
menjadi penyebab utama pada suatu ketika dahulu. Ianya adalah merupakan
penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis bacteria yang diberi nama
Corynebacterium Diphtheriae yang ditemui buat pertama kalinya oleh F. Loeffler
pada tahun 1880an. Mempunyai symptom klinikal seperti selsema, asma, demam,
disfagia, hoarseness, pembengkakan kelenjar nodus limfa, batuk dan juga dispnea.
Penyakit berjangkit ini adalah kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak dan bayi
kerana golongan ini mempunyai daya ketahanan badan yang sangat rendah dan
masih membangun.
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa individu yang berisiko tinggi
untuk mendapat jangkitan daripada bacteria jenis Gram positif ini. Antaranya adalah
individu yang tidak mendapat imunisasi yang lengkap untuk penyakit difteria ini,
kerap berada di kawasan yang sesak dengan manusia, pesakit yang mempunyai
tahap imuniti badan yang rendah seperti pesakit HIV, SLE (Systemik Lupus
Erythromatosus, dan juga individu yang berhubung secara langsung atau kontak
langsung dengan individu yang telah terjangkit dengan bacteria ini.
Bakteria

jenis

Corynebacterium

ini

kebiasaannya

menyerang

salur

pernafasan atas (Upper Respiratory Tract) terutamanya tisu yang melapisi bahagian
tekak. Jangkitan bacteria ini menjadi teruk apabila adanya pembebasan exotoxin
daripada Corynebacterium Diphtheria di mana exotoksin yang dirembeskan akan
menyebabkan terhasilnya lapisan membrane palsu ataupun pseudomembrane
yang ditemui semasa penyiasatan fizikal ke atas pesakit iaitu dibahagian tekak
khususnya trakea, tonsil dan uvula pesakit akan kelihatan seperti satu lapisan tebal
yang berwarna kelabu. Kehadiran pseudomembran ini akan menyebabkan suatu
keadaan di mana pesakit akan mengalami kesesakan nafas dan sekiranya tidak

dirawat

akan

menyebabkan

komplikasi

yang

lebih

teruk

sehingga

boleh

menyebabkan kematian.
Vaksin difteria yang pertama kalinya ditemui adalah pada tahun 1920an yang
dikenali sebagai Difteria Toxoid Vaksin. Langkah pencegahan bagi mencegah
penyakit difteria ini tidak lain tidak bukan adalah dengan menjalani vaksinasi atau
imunisasi dimana diberikan secara rutin wajib oleh Kerajaan Malaysia kepada semua
warganegara Malayisa. Walaubagaimanapun, bagi mengurangkan komplikasi,
terdapat juga rawatan lain iaitu dengan pengambilan antibiotic ataupun antitoksin
yang boleh digunakan bagi meneutralisasikan exotoksin corynebacterium diphtheria
yang tidak melekat pada lapisan tisu mukosa ataupun yang berada di dalam
peredaran sistemik.

Etiologi Difteria
Penyebab utama penyakit ini adalah jangkitan daripada sejenis bacteria Gram Positif
dari spesies Corynebacterium Diphteriae.

Patofisiologi Difteria
Organisma ini boleh direbakkan melalui titisan(droplet) seperti bercakap, batuk,
bersin, menyanyi dan sebagainya melalui sekresi salur penafasan. Corynebacteruim
diphtheriae akan membentuk koloni pada pemukaan yang akan dijangkiti :1.

Tonsil Tonsillar Diptheria

2.

Larink Laryngeal Diphtheria

3.

Hidung Nasal Diptheria

4.

Kulit Cutaneous Diptheria

Bakteria tersebut mengeluarkan toksin dimana menyebabkan kematian tisu


epitelium.

Membran

berwarna

keputihan

atau

kekelabuan

akan

kelihatan.

Seterusnya, membran yang terhasil memboleh bakteria tersebut terus merebak yang
akan menghasilkan lebih banyak toksin. Toksin ini akan memasuki salur darah dan
akan terus ke jantung dan tisu saraf. Kelumpuhan pada otot-otot jantung dan saraf
akan terjadi,yang boleh menyebabkan kematian kepada pesakit.

Manifestasi Klinikal DIfteria


Tanda dan gelaja penyakit Dipteria akan mula kelihatan pada hari kedua
hingga kelima selepas seseorang itu dijangkiti. Antara tanda-tanda tersebut ialah
pemeriksaan kaviti oral menunjukkan terdapat membran putih kekelabuan melekat di
kawasan yang mengalami keradangan serta halitosis yang ketara. Membran ini
boleh merebak ke uvula, farinks dan seterusnya larinks jika tidak dirawat. Nodus
limfa juga kelihatan membengkak dan pesakit akan berasa sakit. Jika larinks sudah
dijangkiti, pesakit akan mengalami suara yang serak, batuk, dispnea dan sekatan
larinks. Sekiranya rawatan segera tidak dilakukan sinosis, resesi intercostal dan
penafasan eksesori akan terjadi kerana pesakit sudah mula menghadapi kesukaran
untuk bernafas akibat salur pernafasan telah ditutup. Pada peringkat ini komplikasi
pada paru-paru mungkin terjadi.
Selain itu juga, pesakit akan mengalami demam yg sederhana (38oC 39oC),
kerana badan cuba melawan organisma yang masuk ke dalam badan. Pesakit juga
akan kelihatan tidak bermaya (malaise),sakit kepala dan sakit tekak. Nadi pesakit
juga akan berada dalam keadaan takikardia kerana kekurangan oksigen yang masuk
ke dalam paru-paru. Maka jantung terpaksa mengepam darah dengan laju untuk
menghantar bekalan oksigen ke organ-organ di badan.

Penyiasatan / investigasi Difteria


Pelbagai kaedah penyiasatan dibuat bagi mengesan kehadiran penyakit difteria
antaranya ialah swab tekak untuk direct smear dan culture and sensitivity(

C& S )

digunakan bagi mengenalpasti dan mengesan mikroorganisma penyebab dan


antbodi yang sesuai untuk digunakan bagi rawatan penyakit ini. Disamping itu,
Electrocardiogram ( ECG ) dan X-Ray dada turut dilakukan bagi mendapat bacaan
dan mengesan keabnormalan pada jantung pesakit.

Diagnosa Perbezaan Difteria

Tonsilitis akut

Pada bahagian belakang tekak, terdapat dua tisu dipanggil tonsil bertindak sebagai
penapis, memerangkap kuman yang

memasuki saluran pernafasan dan

menyebabkan jangkitan. Tonsil juga menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan.


Namun tonsil juga boleh mendapat jangkitan bakteria atau virus yang menyebabkan
tonsil tersebut membengkak dan menjadi radang, keadaan yang dikenali sebagai
tonsillitis.

Faringitis

Sakit tekak disebabkan oleh bengkak di bahagian belakang tekak (farink) antara
tonsil dan larinks. Kebanyakan sakit tekak adalah disebabkan oleh virus coxsackie.

Laringitis

Laryngitis adalah radang kotak suara(peti suara) dan terjadi kerana Overuse atau
jangkitan.

Trakeitis

Tracheitis adalah jangkitan bakteria. Jenis jangkitan ini biasanya melibatkan kanakkanak yang lebih muda. Namun tracheitis bakteria adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak lelaki

Demam kelenjar (glandular fever)

Demam glandular adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan


jangkitan virus dipanggil mononucleosis berjangkit. Virus yang menyebabkan demam
kelenjar dikenali sebagai virus Epstein-Barr. Demam kelenjar paling biasa
menjejaskan orang dewasa muda dan membawa kepada demam, sakit tekak dan
bengkak kelenjar limfa.

Rawatan Difteria
Penyakit ini boleh kekal, tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, nodus limfa di
leher mungkin membengkak, dan bernafas dan menelan akan menjadi lebih sukar.
Orang di peringkat ini perlu mendapatkan rawatan segera, sebagai halangan dalam
tekak mungkin memerlukan intubasi atau trakeotomi satu. Ritma jantung tidak normal
boleh berlaku pada awal perjalanan yang sakit atau minggu kemudian, dan boleh
menyebabkan kegagalan jantung. Difteria juga boleh menyebabkan lumpuh di mata,
leher, tekak, atau otot pernafasan.
Rawatan difteria terbahagi kepada dua iaitu rawatan am dan rawatan spesifik.
Antaranya ialah mengambil tanda-tanda vital seperti mengambil tekanan darah,
suhu, denyutan nadi dan pernafasan kerana ia adalah untuk melihat pesakit tersebut
berada dalam keadaan baik atau tidak. Selain daripada itu, memberikan makanan
kepada pesakit yang berdiet lembut dan diet cecair kerana pesakit yang mendapat
penyakit difteria tidak boleh memakan makanan yang keras disebabkan oleh
kebengkakan pada tekak. Seterusnya ialah memberi rehat yang sepenuhnya kepada
pesakit di atas katil selama empat hingga lapan minggu supaya ia tidak berjangkit
kepada orang lain dan supaya penyakit tersebut cepat sembuh dan yang terakhir
bagi rawatan am ialah memberi infuse intravena kepada pesakit jika perlu kerana ia
adalah untuk memelihara elektrolit badan.
Bagi rawatan spesifik pula ialah, memberi human diphtheria immune
globulins seperti antitoksin. Bagi kes pharyngeal, dos ubat antitoksin adalah 20,000
hingga 40,000 unit untuk tempoh 2 hari atau kurang dan manakala kes yang
melibatkan nasopharyngeal yang teruk pula adalah dos 80,000 hingga 100,000 units
antitoksin yang diberi secara intra vena selama tiga hari. Selain daripada itu,
memberikan ubat antipiretik dan analgesic seperti tablet paracetamol 125mg hingga
500mg prn atau tds. Seterunya pula ialah memberi ubat antibiotik suntikan IV

benzypenisilin sebanyak 600mg stp selama 6 jam selama 7 hari. Seterusnya ialah
memberi ubat Erythromycin secara lisan atau melalui suntikan selama 14 hari
sebanyak sebanyak 40 mg / kg sehari dengan maksimum 2 g / d atau
Procaine penisilin G diberi otot selama 14 hari senayak 300000 U / d untuk
pesakit dengan berat kurang daripada 10 kg dan 600,000 U / d untuk mereka yang
berat melebihi 10 kg. Pesakit dengan alahan kepada penisilin G atau erythromycin
boleh menggunakan rifampin atau clindamycin.

Komplikasi Difteria
Sekiranya penyakit dipteria ini tidak dirawat, pesakit akan menghadapi
masalah kesihatan yang lebih teruk seperti Abscess Peritonsillar dimana berlakunya
pengumpulan pus(nanah) dibahagian imflamasi. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya penyekatan di bahagian leher. Selain itu juga, pesakit juga boleh
mengalami Diphtheria Myocarditis dimana akan melibatkan jantung pesakit menjadi
tersumbat dan boleh membawa kepada kematian. Pesakit juga boleh mengalami
kelumpuhan sistem saraf periferi akibat dari toksin yang dikeluarkan oleh bakteria
Corynebacterium Diphtheriae. Komplikasi lain seperti sekatan laring akut dan
Pneumonia juga boleh terjadi sekiranya penyakit ini tidak dirawat dengan segera.
Sebagai perawat, tugas kita adalah untuk memastikan pesakit tidak mendapat
komplikasi lain sekiranya penyakit yang dihadapi itu boleh dirawat dengan segera.

10

Peranan Penolong Pegawai Perubatan


Antara peranan penolong pegawai perubatan dalam pencegahan penyakit
Difteria ialah penolong pegawai perhidmatan harus memberikan pendidikan
kesihatan kepada masyarakat supaya masyarakat lebih berwaspada terhadap
penyakit berjangkit seperti difteria. Penolong pegawai perubatan berperanan
mempromosikan kesihatan melalui pameran yang di anjurkan di tempat-tempat
awam, risalah-risalah kesihatan, serta kaunseling.
Selain itu, tugas penolong pegawai perubatan juga harus mennotifikasikan
penyakit berjangkit seperti difteria dalam tempoh kurang 24 jam kepada pejabat
kesihatan daerah ( PKD ) dan pejabat kesihatan negeri ( PKN ) di bawah akta
kawalan penyakit berjangkit 1988 supaya penularan penyakit ini dapat disekat dan
dicegah awal daripada menjangkiti individu yang lain. Di samping itu penolong
pegawai kesihatan bertangungjawab memberi vaksin atau imunisasi kepada setiap
lapisan masyarakat supaya dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai antibodi
yang kuat dan sukar untuk mendapat penyakit.
Seterusnya, penolong pegawai perubatan berperanan bagi memberi rawatan
yang sewajarnya kepada pesakit dengan pemberian ubat dan rawatan yang
berkesan supaya pesakit dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

11

Penutup
Difteria merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria
spesies Corynebacterium yang kebiasaannya menyebabkan infeksi pada saluran
pernafasan atas seperti sakit tekak, demam, penyempitan salur pernafasan
disebabkan oleh pseudomembran pada tonsils dan nasofarink. Jangkitan bacteria ini
akan mendatangkan komplikasi yang teruk sekiranya dibiarkan tanpa sebarang
rawatan atau imunisasi semenjak dari awal sebagai contoh penyakit jantung dan
system saraf. Jesteru itu, sebagai pegawai kesihatan awam, adalah menjadi
kewajipan untuk memastikan bahawa insiden yang disebabkan oleh jangkitan
bacteria ini berkurangan. Langkah-langkah pencegahan harus dititik beratkan oleh
pegawai kesihatan bagi memastikan masyarakat dapat dilindungi daripada sebarang
jangkitan penyakit berjangkit seperti difteria ini. Pendidikan kesihatan dan
sebagainya boleh diterapkan bagi emmberikan pendedahan kepada masyarakat
untuk lebih menghargai dan tidak bersikap sambil lewa bagi memastikan penularan
wabak penyakit berjangkit boleh diminimakan.

12

Rujukan :
1. www.webmd.com/oral-health/guide/peritonsillar-abcess
2. www.nhs.uk/Conditions/Diphtheria/Pages/Complications.aspx
3. www.mayoclinic.org/diseasesconditions/diphtheria/basics/complications/con20022303
4. www.nlm.nih.gov/medlineplus/diphtheria.html
5. http://en.wikipedia.org/wiki/Diphtheria

13