Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
aria "udara busuk"; dan penyakit ini sebelumnya dikenali sebagai ague atau
demam paya kerana kaitannya dengan paya.
Kajian saintifik berkenaan malaria mencapai kemajuan pertama pada 1880,
apabila seorang doktor Perancis yang berkhidmat di Algeria bernama Charles Louis
Alphonse Laveran memerhati parasit dalam sel darah merah pesakit malaria. Dia
dengan itu mencadangkan bahawa malaria disebabkan oleh protozoa ini, pertama kali
protozoa dikenal pasti sebagai punca penyakit. Protozoa ini dinamakan Plasmodium
oleh pakar sains Itali Ettore Marchiafava dan Angelo Celli.
Rawatan berkesan pertama bagi malaria merupakan kulit kayu pokok
cinchona, yang mengandungi kuini (quinine). Pokok ini tumbuh di lereng
pergunungan Andes, terutamanya di Peru. Hasil semulajadi ini digunakan oleh
penduduk tempatan Peru bagi mengawal malaria, dan (Jesuit) memperkenalkan
amalan ini ke Eropah semasa 1640-an di mana ia diterima dengan pantas.
Bagaimanapun, hanya pada 1820 bahan aktif kuini (quinine) dihasilkan dari kulit
kayu, diasingkan dan di beri nama oleh ahli sains Perancis Pierre Joseph Pelletier dan
Jean Bienaime Caventou.
Sungguhpun tahap darah dan tahap nyamuk dalam kitaran hidup malaria telah
diketahui pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, ia hanya pada tahun 1980-an parasit
pendam dalam hati diketahui. Jumpaan bentuk pendam parasit ini akhirnya
menjelaskan kenapa mereka yang kelihatannya telah disembuhkan dari malaria tetapi
kembali sakit sungguhpun bertahun selepas parasit telah lenyap dari salur darah
mereka.
OBJEKTIF TUGASAN
DEFINISI MALARIA
3
VEKTOR MALARIA
Vektor malaria yang boleh membawa agen jangkitan mempunyai lima jenis seperi
contoh di kawasan pendalaman adalah vektor anopheles macutus dan anopheles b.
balabecensis manakala di kawasan tepi pantai atau di kawasan kampung nelayan
adalah vektor anopheles campestris. Selain daripada itu, ia juga terdapat di kawasan
hutan iaitu vektor anopheles letifer dan di kawasan paya atau bendang pula adalah
vektor anopheles sundaicus. Seterusnya adalah di kawasan pembalakan, iaitu vektor
anopheles nigerrimus, anopheles dirus dan anopheles leucosphyrus.
Plasmodium Falcifarum
:- 12 hari
Plasmodium Vivax
:- 14 hari
2.
3.
bermula secara akut atau secara kronik. Tanda dan gejala penyakit malaria ini adalah
pesakit akan merasa letih dan lesu semasa demam dan ia juga akan menyebabkan
anoreksia iaitu pesakit akan merasa kurang selera untuk makan. Ia akan menyebabkan
berat pesakit susut atau menurun kerana kurang vitamin atau zat-zat yang diambil
oleh pesakit. Selain daripada merasa lesu dan kurang selera makan, pesakit juga akan
merasa sakit kepala sebelum terjadinya demam malaria. Demam malaria atau dikenali
sebagai demam Malarial Febrile Paroxyms. Ia terdiri kepada 4 peringkat. Pesakit
biasanya mengalami demam dengan empat peringkat seperti peringkat sejuk ,
peringkat panas , peringkat peluh dan peringkat demam berselang-selang.
Pada peringkat pertama iaitu peringkat sejuk , pesakit akan merasa amat sejuk
walaupun suhu badan meningkat dengan mendadak dan kemudiannya pesakit akan
mengigil kesejukan. Bulu roma pesakit akan menjadi tegak dan seram sejuk kerana
untuk memerangkap haba supaya pesakit merasa tidak sejuk. Kulit pesakit akan
menjadi kering serta kaki dan tangan terasa kebas serta gigi juga menjadi berketar dan
rasa kaku kerana dalam keadaan ini badan pesakit merasa sangta sejuk walaupun suhu
badan pesakit adalah panas atau pun tinggi. Pesakit akan berselimut dengan apa
sahaja yang ada tetapi masih juga berasa sejuk kadang-kadang ia di ikuti dengan sakit
kepala, berasa loya dan muntah- muntah, nadi pesakit akan menjadi kencang.
Keadaan peringkat ini akan hilang dalam masa 15 minit hingga 1 atau 2 jam selepas
tanda-tanda tersebut berlaku.
Seterusnya adalah peringkat panas iaitu apabila keadaan sejuk dan menggigil
telah hilang, pesakit mula berasa panas dan membuang semua selimut kerana suhu
badan mula naik dan nadi pesakit menjadi kencang. Disebabkan oleh suhu badan
pesakit naik, muka pesakit kelihatan merah dan merasa sakit kepala yang amat sangat.
Selain daripada itu , pesakit juga akan merasa tekak yang perit dan merasa haus
7
kerana dehidrasi disebabkan oleh kenaikan suhu badan. Salain daripada itu , pesakit
juga akan merasa loya dan kadang-kadang pesakit akan muntah-muntah. Keadaan ini
akan berakhir dalam masa 1 hingga 8 jam selepas kejadian tanda-tanda tersebut.
Peringkat seterusnya adalah peringkat berpeluh di mana pada peringkat ini
pesakit akan mula berpeluh dan beransur-ansur pulih apabila panas badan telah
hilang. Pada peringkat ini juga sakit kepala akan hilang dan muntah-muntah akan
terhenti. Denyutan nadi pesakit juga akan menjadi normal. Disebabkan berpeluh, suhu
badan peaskit akan menjadi normal kerana akibat daripada perpeluhan itu
mengeluarkan haba-haba yang ada pada badan pesakit. Disebabkan tanda-tanda
tersebut, pesakit akan merasa letih dan tidak bermaya dan biasanya pesakit akan tidur
untuk seketika kerana pesakit ini mengalami dehadrasi atau kekurangan air. Peringkat
ini akan berakhir dalam masa 1 - 5 jam selepas keajadian tanda tersebut.
Peirngkat yang terakhir malaria adalah demam yang berselang-selang. Apabila
selepas tempoh berpeluh itu tamat, seseorang itu akan berasa seperti keadaan biasa
dan pesakit ingin membuat kerja-kerja biasa tetapi pesakit tersebut adalah dalam
keadaan yang lemah, tidak bermaya dan pucat. Keadaan ini hanyalah buat seketika
sahaja dan pesakit akan mengalami lagi demam dan keadaan seperti di atas dan
serangan yang berulang-ulang ini boleh berlaku pada setiap hari, berselang satu hari
atau selang dua hari. Selain daripada tanda-tanda tersebut, pesakit juga akan
mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah, jaundis, hepatomegali,
splenomegali, septisemia, perdarahan retina dan kegagalan ginjal.
mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas
meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat
yang akan dilawati.
Langkah-langkah pencegahan penyakit malaria adalah elakkan daipada di gigit
oleh nyamuk tiruk atau anopheles tersebut dengan menggunakan kelambu semasa
tidur dan memasang kawat kasa di tingkat dan pengudaraan rumah. Selain itu, kita
juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan daripada di gigit oleh
nyamuk tersebut. Ia kerana dengan menggunakan ubat nyamuk , ia dapat membunuh
nyamuk-nyamuk yang ada di sekelilig kita. Apabila kita berada di kawasan paya atau
pingiran Bandar yang mempunyai banyak sawah, tambak ikan atau paya, kita
disarankan memakai baju lengan panajang dan seluar panjang terutama pada waktu
malam.
Langkah yang seterusnya pula ialah membunh jentik-jentik dan malaria
dewasa. Untuk membunuh jentik-jentik dan nyamuk malaria dewasa, kita hendakalah
membuat semburan di rumah kerana semburan nyamuk di rumah akan dapat
membunuh nyamuk malaria tersebut. Yang berada di kawasan endemik malaria,
semburan DDT sebanyak dua kali setahun dengan selang masa enam bulan sekali.
Selain daripada menggunakan racun serangga, kita juga boleh menggunakan
larvaciding iaitu merupakan aktiviti semburan di paya atau di tempat yang
berpotensi pembiakan nyamuk malaria. Seterunya ialah menggunakan biological
conrol. Ia adalah suatu aktiviti stok ikan kepala timah atau ikan guppy di lopak-lopak
air yang mengalir di persawahan. Ikan-ikan tersebut adalah berfungsi sebagai
pemangsa kepada jentik-jentik yang ada dalam saliran sawah tersebut.
10
11
13
masyarakat akan mempunyai peratusan yang rendah untuk mendapatkan penyakitpenyakit berjangkit mahupun malaria.
Memperkenalkan kaedah pencegahan penyakit berjangkit yang lebih berkesan
kepada masyarakat kerana ia akan dapat menambahkan pengetahuan kepada
masyarakat tentang cara untuk mencegah penyakit berjangkit kerana dengan itu ia
dapat memudahkan masyarakat mencegah penyakit berjangkit. Dengan itu, ia akan
dapat meminimakan peratusan penyakit malaria. Selain daripada itu, mengadakan
pemberian ubat anti malaria kepada penduduk yang pergi ke tempat endemik malaria
kerana ia akan dapat mencegah penduduk yang melawat kawaasn endemik malaria
daripada mendapat infeksi malaria.
Menghalang pesakit suspek demam malaria daripada menderma darah kerana
ia boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain yang menerima darah daripada
seorang yang suspek menpunyai demam denggi. Apabila kita dapat mengawal suspek
demam malaria daripada menderma darah, ia akan dapat mengelakkan daripada orang
awam yang tidak berdosa terkena jangkitan malaria tanpa kita sengajakan.
15
kes-kes malaria di sesuatu kawasan supaya dapat mengetahui dimana kawasan yang
endemik malaria atau kawasan yang bebas daripada malaria. Apabila penolong
pegawai perubatan mengetahui dimana kawaan yang endemik malaria, ia akan mudah
untuk melakukan pencegahan dan kawalan kes malaria.
Yang seterusnya pula ialah memberi rawatan iaitu penolong pegawai perubatan
memberi rawatan kepada masyarakat seperti ubat anti malaria kepada pelawat yang
mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas
meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat
yang akan dilawati. Selain daripada itu, memberi rawatan simptomatik kepada pesakit
iaitu memberi ubat antipiretik seperti paracetamol 1000mg TDS. Penolong pegawai
perubatan juga akan membuat penjagaan pesakit seperti mengambil tanda-tanda vital,
kawal carta i/o dan memberi pesakit rehat di atas katil sepenuhnya.
Kemudian, Membuat promosi dan memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat
seperti membuat promosi secara umum tentang malaria supaya masyarakat dapat
mengetahui tentang tanda-tanda, kebahayaan dan cara pencegahan kawalan malaria.
Selain daripada itu, memberi pendidikan kepada pesakit tentang cara untuk merawat
atau menghindarkan daripada penyakit tersebut.
Peranan penolong pegawai perubatan yang lain adalah membuat rekod dan statistik
tentang penyakit malaria setiap masa kerana dengan membuat rekod, ia akan dapat
mengetahui sebanyak mana kes yang berlaku pada setiap masa. Dengan membuat
statistik, penolong pegawai perubatan akan mengetahui tentang statisik sama ada
penyakit malaria meningkat atau menurun kerana dengan statistik akan dapat
mengetahui keberkesanan pencegahan dan kawalan.
17
Pernan penolong pegawai perubatan lain pula ialah kuarantinkan pesakit demam
malaria jauh daripada pesakit yang biasa kerana dengan menguarantin pesakit demam
malaria, ia akan dapat menghindarkan ia daripada menjangkiti kepada orang yang
tidak berdosa tanpa sengaja. Apabila penolong pengawai perubatan menguarantinkan
pesakit tersebut, ia akan memudahkan perawat merawat pesakit tersebut kerana ia
telah menyediaka tempat yang disediakan. Peranan penolong perubatan yang terakhir
ialah melaporkan kes malaria kepada pejabat daerah kerana apabila kita melaporkan
kes malaria tersebut, pihak pejabat daerah akan membuat pemantauan atau mengesan
kes malaria di sesebuah tempat atau mencari kawasan endemik malaria.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan tentang malaria ini, walaupun vektor malaria adalah kecil
dan Nampak seperti tidak merbahaya, tetapi penyakit ini amat merbahaya sehingga
mendatangkan maut ramai nyawa masyarakat di luar sana dan malaria juga
mempunyai agen-agen,masa pengeraman,vektor malaria dan tanda-tanda gejala yang
18
tersendiri. Walaupun penyakit malaria tidak mempunyai vaksin atau ubat yang khusus
untuk merawat penyakit tersebut, kita mempunyai banyak cara untuk menghindarkan
diri kita daripada terkena penyakit berjangkit ini dengan melakukan pelbagai
pencegahan dan kawalan. Kita dengan bekerjasama melakukan pencegahan dan
kawalan, kita akan dapat menyelamatkan ramai orang ramai yang berada di luar sana
dan kita juga akan mendapat kesihatan yang baik dan terjamin. Sebagai penolong
pegawai perubatan juga, kitan hendaklah melakukan tugas kita dengan sempurna dan
pantas kerana dengan adanya anggota kesihatan seperti penolong pegawai perubatan
kita akan dapat membanteras dan mengurangkan penyakit berjangkit di negara kita
dan kita juga boleh mengajar tentang pendidikan kesihatan atau promosi kesihatan
kepada masyarakat dan menjadikan diri kita sebagai panduan kepada masyarakat
dalam membanteras kes-kes penyakit berjangkit seperti malaria dan lain-lain.
RUJUKAN
1) http://www.myhealth.gov.my/index.php/malaria
2) http://obattradisionalpenyakitamandel.blogspot.com/2014/05/langkahpencegahan-penyakit-malaria.html
19
3) http://carapencegahan.blogspot.com/2013/06/cara-pencegahan-penyakitmalaria.html
4) http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/keluarga/tips/tips.mencegah.penyakit.mal
aria/001/005/218/1/1
5) http://vektorpendang.tripod.com/malaria.html
6) http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaria
7) http://waspadamedan.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=18927:memberantasmalaria&catid=59:opini&Itemid=215
20