Anda di halaman 1dari 6

ESEI

2. Prinsip Rukun Negara merupakan hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN)
yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.
Huraikan setiap prinsip Rukun Negara dan bincangkan usaha-usaha yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam usaha ke arah mewujudkan semangat
perpaduan di negara ini. ( 30 Markah )
Kepercayaan Kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu
bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi


Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang
sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan


kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran


agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran
atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk


memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara.

Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami


maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak
boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.
Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di
negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem
pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara
Malaysia.

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu


diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu


masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undangundang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hakhak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak
menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang
rakyat.

Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu
dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku
atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Fakta : menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis

membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik


ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam
mata pelajaran tertentu.
nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek
semangat perpaduan prlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi
dan moral para pelajar
Contoh: melalui subjek pendidikan moral, belajar nilai-nilai moral yang berkaitan
perpaduan, subjek bahasa melayu- menulis esei yang berlkaitan dengan semangat patriotik

Fakta : aktiviti kokurikulum

pelajar dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti sukan, kelab, persatuandan badan
beruniform
contoh : aktiviti menganjurkan pertandingan dalam sesuatu kelab. setiap kaum saling
bekerjasama untuk menjayakannya.
contoh : semasa perkhemahan- saling bekerjasama dalam kumpulan
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi JERIS
memupuk semangat patriotic yang tinggi dan perpaduan

Fakta : menganjurkan aktiviti yang boleh memupuk perpadduan seperti kempen, kem atau
pameran di sekolah

Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan


kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita
contoh kempen : kem jati diri, pameran mengenai sejarah Malaysia

Fakta : menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan


kebangsaan.
Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan
dalam kalangan murid.
Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa
dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang
kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan
sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum.
Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid.

Fakta : menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah

terdiri daripada murid yang berbilang kaum


mendedahkan mereka mengenai sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh
murid mempunyai kesedaran mengenai kepentingan perpaduan kaum di Negara kita
contoh tempat bersejarah : A-Famosa- kisah penwujudan A-famosa

Fakta : menganjurkan program semasa Bulan kemerdekaan

pertandingan deklamasi sajak, penulisan esei, nyanian lagu patriotisme, melukis poster,
pementasan drama dan pameran yang bertemakan semangat kebangsaan dan sebagainya
memberikan satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara kita.
menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara
lebin mendalam.
secara tidak langsung dapat memupuk semangat perpaduan

ESEI
3. Dasar Ekonomi Baru merupakan program sosioekonomi di Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Dato
Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan
integrasi nasional. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong perlaksanaan DEB dan
huraikan strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat
serampang dua mata dalam DEB tersebut.
Faktor-faktor yang mendorong perlaksanaan DEB
Fakta 1

Peristiwa 13 Mei 1969. Terdapat kekurangan dari segi pengagihan dan keseimbangan
ekonomi mengikut etnik. Hal ini memberi kesan negatif sosial terhadap kaum-kaum di
Malaysia yang menyumbang kepada kesan negatif yang memungkinkan timbulnya rasa
tidak puas hati terhadap pengagihan hasil ekonomi. Ketidakpuasan hati tersebut
kemudiannya membawa kepada berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Contoh,
orang Melayu bekerja dalam pertanian tradisional di kampung dan Orang Cina bekerja

dalam perlombongan, perindustrian, dan perkhidmatan dalam bandar.


Faktor 2
Dasar pecah dan perintah penjajah British. Wujud keadaan permetakan antara kaum
dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berbeza. Setiap komuniti jarang berkomunikasi
dengan komuniti yang lain. Di samping itu, keadaan ini menyebabkan jurang perbezaan
antara kaum dari segi ekonomi, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Contoh, orang Melayu bekerja dalam pertanian tradisional di kampong, Orang Cina bekerja
dalam perlombongan, perindustrian, dan perkhidmatan dalam Bandar, Orang India bekerja
dalam perladangan di ladang.

Strategi
Faktor 1
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Bagi mencapai salah satu objektif DEB,
iaitu mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf
pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia,
kerajaan berusaha meningkatkan taraf pendapatan rakyat. Contoh, menambahkan daya
pengeluaran dan pendapatan melalui teknik moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih
baik, dengan program-program tananman padi dua kali setahun; tanaman padi luar musin;
kemudahan parit dan tali air; kemudahan pasaran dan kredit
Faktor 2
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Kerajaan turut mengambil langkah
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan sebagai salah satu strategi dalam
membasmi kemiskinan. Contoh, menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang
mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancangan tanah
FELDA, FELCRA; projek perikanan dan ternakan moden; kegiatan perniagaan, pembuatan
dan perkhidmatan moden; kemudahan bantuan kewangan dan teknik; serta peluang
pendidikan dan latihan
Faktor 3
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara bandar dengan luar
bandar dan antara wilayah. Kerajaan mengambil langkah mengurangkan jurang
perbezaan pendapatan antara kaum melalui peningkatan peluang masyarakat Melayu dan
golongan

Bumiputera

dalam

perindustrian.

Kerajaan

turut

mengambil

langkah

mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar melalui langkah
memodenkan kawasan luar Bandar. Contoh, kerajaan telah melaksanakan pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan
air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk
mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku
teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.

Anda mungkin juga menyukai