Anda di halaman 1dari 31

Pemantapan Tarannum Al-Quran

PENGENALAN
Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan
besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukumhukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara
bertarannum. Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian
lain, bahkan tidak sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak
ada kitab-kitab agama lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan AlQuran, kerana tarannum Al-Quran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum
bacaan yang sesuai dengan kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.
Justeru, penulisan ini berusaha untuk mengupas kaedah-kaedah penyusunan
tarannum

yang

berkesan

dan

membicarakan

berkaitan

pengukuhan

dan

pemantapan persembahan bacaan Tarannum Bil Quran dengan sempurna. Kertas


kerja ini juga cuba menggabungjalinkan perkaitan tajuk ini dengan penguasaan
seseorang qari terhadap ilmu tajwid, fasohah dan tartil dalam pembacaan, serta
keelokan suara (tahsin al-saut) dalam kemahiran bertarannum. Pentadabburan
uslub-uslub Al-Quran melalui cabang ilmu ini diharapkan mencapai wawasan dunia
dan akhirat sehingga segala maksud dapat difahami dan dihadamkan pada akal,
hati, roh serta dapat beramal dengannya.

PENGERTIAN TARANNUM
Tarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan
keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya didalam bidang ilmu pembacaan AlQuran.
Istilah Tarannum, al-Maqaamat, al-Han dan al-Ghinadi sebut seiring dalam
ilmu seni suara. Sebutan Tarannum dan Maqamat agak sinonim dan sering
diguna pakai dalam ilmu seni pembacaan al-Quran. Istilah Tarannum bi al-Quran
yang dipopularkan penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di

Nusantara, menunjukkan wujud hubungan erat dengan seni memperelokkan suara


dalam pembacaan ayat-ayat suci al-Quran .

KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN BERTARANNUM


Banyak hadith yang menggesa umat Islam membaca al-Quran dengan berlagu,
antaranya ialah:
1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
: ( ):
.
2. Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan
bacaan Al-Quran.
3. Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu
disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari
Muammar dari Ibn Syihab yang berbunyi :

Dengan

adanya

qari-qari

yang

membaca

al-quran

secara

berlagu

dapat

menambahkan lagi kesenian dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda


Rasulullah s.a.w.:
.
Maksudnya:
Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih
menambahkan keelokan al-Quran.

Imam al-Tabari menjelaskan bahawa tarannum atau lagu itu tidak berlaku kecuali
dengan suara yang membolehkan qari memperelok dan mengalunkan suaranya
ketika membaca al-Quran.
Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya
Fadhail al-Quran, bahawa membaca al-Quran secara berlagu sesuai dengan
kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat al-Quran itu sendiri.
Adalah difahamkan dari beberapa hadis sahih, bahawa sejarah tarannum bi al-Quran
bermula sejak penurunan wahyu pertama di Gua Hira dan Rasulullah s.a.w sendiri
membaca Al-Quran dengan baik,cantik dan elok. Baginda pernah menyuruh
umatnya supaya membaca Al-Quran dengan bertaranum, bertazyin (kaedah
bertarannum) dan bertahsin (kaedah mengelokkan suara).

3. KAITAN TAJWID, FASOHAH, TARANNUM DAN SUARA


Zaid bin Thabit RA telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda
yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai seseorang membacakan Al-Quran
itu sebagaimana ia diturunkan. Menurut hukum, bahawa membaca Al-Quran secara
bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacaanya, manakala
pembacaan tanpa tajwid secara bacaan yang salah adalah berdosa.
Setelah mendalami ilmu tajwid, secara tidak langsung pembacaan ayat Al-Quran
akan menjadi lebih jelas, sempurna dan fasih mengikut lahjah-lahjah Arabiah dan
lahjah

Quraniah

yang

ditetapkan

dalam

bidang

fasohah

sekaligus

akan

menyelaraskan rentak-rentak (tartil, tadwir, tahdir) yang menjadi sebahagian dari


fasohah.
Setelah bidang fasohah dikuasai, nescaya seseorang itu akan dapat melagukan
bacaan ayat Al-Quran mengikut kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya
mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan
keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa pembaca al-quran yang baik itu bukan saja
lidahnya menyebut kalimah-kalimah al-quran dengan betul, bahkan akalnya juga
mentadabburkan makna dan memahami pengertiannya, sementara perasaannya
turut sama menghayati tuntutan al-quran tersebut dan jiwanya khusyuk kepada
Allah Taala. .

PERSEMBAHAN TARANNUM YANG BERKESAN


Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan sangat
diimpikan oleh seorang qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran.Pakar-pakar
tarannum di dalam dan luar negara sentiasa berusaha menggembelingkan tenaga
ke arah pemantapan seni tarannum al-quran agar ia dialunkan menepati kehendak
bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW , para sahabat dan tabien serta
generasi selepasNya.
Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir adalah
merupakan kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan Kalam
Allah walaupun dewasa kini kita dibanjiri oleh ledakan kemajuan ICT . Ia tidak boleh
menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan.
Dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum tidak boleh
menolak secara total terhadap segala inisiatif yang lebih moden dalam pengajaran
al-Quran melalui media elektronik. Rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di
TV9 merupakan salah satu daripada usaha murni untuk mendidik generasi cilik cara
mengasah bakat membaca al-Quran dengan alunan tarannum yang pelbagai. Lebih
istimewa lagi apabila proses mentahsinkan suara diajar dengan latihan vocal .
Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, seorang pakar tarannum terkemuka tanah air
menggariskan beberapa perkara penting mesti difahami oleh seseorang qari dalam

usaha mencapai tahap penguasaan tarannum yang berkesan. Perkara-perkara


penting tersebut ialah sebagaimana berikut ;

1. Memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu
ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu tarannum.
Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan yang amat
rapat dalam penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang qari mesti mengenal
sifat-sifat suara yang dimiliki bagi menyesuaikan tobaqat qarar, nawa, jawab dan
jawabul jawab. Persembahan tarannum yang berkesan dan mantap akan lebih
terserlah jika suara dialunkan menepati kesemua tingkatan-tingkatan suara tersebut
termasuklah tobaqat suara yang paling tinggi iaitu suara mustar atau otak.
Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain bagi setiap orang Islam
terutamanya seorang qari atau qariah. Seseorang qari semestinya mendalami ilmu
tajwid demi memelihara lidah dari kesalahan semasa membaca kalam Allah. Ia juga
bertujuan menyelamatkan seorang qari daripada tersasar dalam menyebut makharij
al-huruf dan sifat-sifatnya.

Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :



Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa tidak
memperelokkan bacaan.

Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih adalah tidak kurang
pentingnya bagi seseorang qari. Ketartilan pada setiap persembahan amat
dititikberatkan bagi memenuhi piawaian tilawah yang berkualiti tinggi sehingga
memberi keinsafan kepada pembaca dan pendengar dalam menghayati maksud
ayat ,bahkan ia adalah tuntutan daripada Allah SWT sebagaimana firman Nya:





Maksudnya: Bacalah Al-Quran itu dengan tartil.

)


(






Maksudnya: Bacalah dengan perlahan dan hati-hati kerana hal itu akan membantu
pemahaman serta tadabbur terhadap Al-Quran.
Ulama

telah

bersepakat

bahawa

ayat

ini

merupakan

dasar

pokok

yang

memerintahkan Al-Quran dibaca dengan berhati-hati sehingga baik pengucapannya


serta memenuhi ketentuan hukum bacaan, perintah mana yang mengandungi
hukum wajib.
Ironinya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara satu sama
lain yang melahirkan kombinasi korikulum bersepadu yang mantap. Hasilnya
tergubal sistem pemarkahan dan penghakiman tilawah al-quran di Malaysia bagi
menilai setiap kategori ini secara sistemetik demi memartabatkan persembahan
tarannum yang berkualiti tinggi sesuai dengan kemuliaan mukjizat terunggul.

2. Memahami Fungsi Tarannum Bi al-Quran.


Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, ianya terbahagi kepada dua
kategori bagaimana berikut:1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada
tarannum lain iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi,
tarannum Saba, tarannum Hijaz, tarannum Nahwand, tarannum Rast, tarannum
Sikah, dan tarannum Jiharkah.
2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai
menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum Ajami, tarannum
Nawa asar atau tarannum Ushaq dan tarannum Syuri.
Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati oleh qari-qari
yang mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifat, As-Sheikh

Taha Af-Fashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi
sebagai tarannum selingan atau sebagai wuslah kepada mana-mana persembahan
bacaan untuk menambahkan kecanggihan tarannum.
MEMAHAMI CARA PENGHAKIMAN TILAWAH AL-QURAN
Bagi melahirkan penguasaan tarannum yang berkesan, seseorang qari juga perlu
mengetahui kaedah penilaian dan perkara-perkara yang dititikberatkan oleh jemaah
hakim semasa penghakiman. Ia adalah sebagaimana berikut.
Markah-markah dibahagikan seperti berikut:
a) Tajwid - 40 markah
b) Lagu - 25 markah
c) Suara - 15 markah
d) Fasohah -20 markah
Tajwid (40 markah)
i. Menjaga segala hukum tajwid dengan sempurna terutama mengenai perkaraperkara yang dihuraikan selanjutnya.
ii. Menyebut dengan betul setiap makhraj huruf seperti: sod (), dod (), to(), zo
(), fa(), qaf ( )dari segi tebal dan nipisnya.
iii. Menjaga hukum-hukum tarqiq dan tafkhim terutama pada huruf lam ( )dan ra
)).
iv. Mad Asli (Mad Tabii) dan Mad Badal tetap dengan kadar panjang 2 harkat.
v. Pada Mad Munfasil boleh dibaca dengan 2 atau 4 atau 5 harakat.Setiap pembaca
boleh memilih salah satu daripada wajah yang empat itu. Sekiranya ia memilih salah
satu daripadanya hendaklah ia meneruskan bacaannya di atas wajah itu tanpa
berpindah ke wajah yang lain. Sekiranya terdapat dalam suatu ayat 2 Mad Munfasil
atau lebih maka hendaklah disamakan kadar panjang mad itu, iaitu jika dibaca
dengan 2 harakat pada mad Munfasil pertama, maka hendaklah dibaca dengan 2

harakat juga pada Mad Munfasil kedua, demikian seterusnya. Pada Mad Muttasil
bolehlah dibaca dengan kadar panjang 4 harakat atau 5 harakat atau 6 harakat
ketika waqaf.
vi. Mad Lazim Kalimi dan Harfi Muthaqqal begitu juga Mad Istifham hendaklah
panjang bacaannya dengan kadar 6 harakat.
vii. Mad Arid dibaca dengan kadar 2 atau 4 atau 6 harakat ketika waqaf sahaja.
viii. Mad Silah hendaklah dibaca dengan kadar panjang 2 harakat. Tetapi sekiranya
selepas Mad Silah terdapat sebab (yakni Hamzah) hendaklah dibaca dengan Qasar,
Tawassut dan Isyba. Dengan itu ia termasuk di dalam bab Mad Munfasil.
ix. Ghunnah dibaca dengan kadar 2 harkat sama ada ia di dalam keadaan waqaf
atau wasal.
x. Bagi musabaqah peringkat kebangsaan riwayat yang dijadikan asas pegangan
ialah Riwayat Hafas.

Tarannum (25 markah)


i. Menggunakan maqam-maqam Arab (irama lagu Arab) dengan sekurangkurangnya empat jenis lagu di dalam satu-satu bacaan, tanpa mengira lagu apa
yang dimulakan.
ii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah disempurnakan secara teratur dan
beransur-ansur (tadriji) sekurang-kurangnya empat harakat.
iii. Setiap lagu (maqam atau nughmah) hendaklah dibawa dalam tiga tingkatan
(tobaqat) suara, iaitu rendah, sederhana dan tinggi.
iv. Lagu (maqam) yang dibawa pada ayat yang akhir hendaklah sama dengan lagu
yang dibawa pada ayat pertama.
Peringatan:

Lagu yang dianggap istimewa ialah lagu yang mengandungi ciri-ciri berikut:
i. Setiap lagu yang dibawa mengandungi lebih dari empat harakat yang teratur dan
tersusun.
ii. Sesuatu lagu dianggap teristimewa sekiranya lagu itu mempunyai unsur tersendiri
tanpa meniru sepenuhnya bacaaan qari yang masyhur.
iii. Dapat menyesuaikan lagu dengan kehendak makna ayat tanpa lari dari kaedah
tajwid dan usul.
iv. Membawa bunga-bunga lagu yang menarik.
v. Dapat mengawal lagu sepenuhnya ketika nyaring dan perlahan (tinggi, rendah,
dan sederhana).
vi. Menambah lagi beberapa lagu lain selain daripada lagu-lagu wajib, dengan tidak
melebihi tempoh bacaan yang ditentukan.
vii. Menggunakan empat (nughmah) di dalam bacaan.

Suara (15 markah):


i. Bersih (kebersihan suara).
ii. Licin dan lancar (kelicinan suara).
iii. Terang, nyata dan lantang (suara yang keluar dengan nyata dan jelas serta
lantang).
iv. Suara yang tidak berubah-ubah dari mula bacaan hingga ke akhirnya disebabkan
tekanan suara turun naik semasa tengah membaca.

Peringatan:

Suara yang dianggap istimewa ialah suara yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Suara yang indah merdu dan dapat menghidupkan renik-renik suara.
b) Suara yang licin dan lembut serta terang dan jelas semasa tekanan suara tinggi,
rendah dan sederhana.
c) Penyesuaian suara: suara lelaki hendaklah sesuai dengan sifat-sifat kelelakiannya
dan suara wanita sesuai dengan unsur-unsur kewanitaannya.
d) Dapat mengawal suara hingga kepada tiga tingkatan (tobaqat ).
e) Dapat mengawal dengan sepenuhnya alunan suara masa nyaring dan masa
perlahan.
f) Suara bergerak dan hidup.

Fasohah (20 markah):


Kesempurnaan fasahah tercapai dengan perkara-perkara berikut:
i. Cermat dan halus dalam bacaaan serta fasih dalam sebutan.
ii. Lancar menyebut perkataan-perkataan dan ayat-ayat.
iii. Terpelihara segala harkah (baris) dan tasydid.
iv. Betul melakukan tempat waqaf dan ibtida termasuk Jibril dan Nabawi.
v. Bacaan menurut lahjah Arab Fasaha.
vi. Bacaan sederhana tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

Berpandukan tulisan Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, keempat-empat bidang ilmu
ini dihuraikan dengan panjang lebar bagi seseorang qari dan pencinta seni

tarannum al-Quran agar dapat difahami secara mendalam dan mempraktikkan


dalam persembahan tarannum .

PENYUSUNAN TARANNUM YANG BERKESAN


Untuk menyusun tarannum yang hendak dipersembahkan perlulah diambil kira
perkara-perkara berikut:1. Hendaklah terlebih dahulu memilih jenis-jenis tarannum yang bersesuaian.
Contohnya : Tarannum Bayati dan Husaini.
1.1 Sifat-sifat Tarannum Bayati
Tarannum Bayati ini mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifatnya yang tersendiri, iaitu :
Mempunyai gerak lembut dan tegas.
Sesuai dengan tabii rendah dan sederhana.
Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.

1.2 Peranan Harakat Bayati


Untuk mempelbagaikan corak dan bunyi.
Untuk memberi tenaga dan peningkatan yang sesuai.
Untuk memberi pengukuran kepada lagu yang akan dibaca seterusnya.
Lagu-lagu Bayati ini amat menarik dengan sifatnya yang halus dan lembut, sesuai
dengan keadaan orang-orang Mesir yang berada di Lembah Nil. Peranannya dapat
menenangkan jiwa orang yang mendengarnya.

1.3 Sifat Tarannum Husaini

Mempunyai gerak cergas dan tegas.


Mempunyai kesesuaian dengan tabaqah yang lebih tinggi
1.4 Peranan Tarannum Husaini
Tarannum Husaini mempunyai peranannya yang tertentu iaitu:
Memberi tenaga kepada persembahan bacaan yang agak lembab dan lemah.
Menjadi penggerak semangat kepada harakat-harakat yang berikut.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

1.5 Mengenal Harakat Husaini :

Harakat Husaini biasanya bersambung kepada harakat Bayati.


Harakat Husaini diwasalkan kepada harakat Bayati.
Harakat Husaini juga boleh dibaca dan disusun secara berasingan.

2. Penukaran satu tarannum kepada satu tarannum yang lain, hendaklah cermat
dan canggih, termasuklah sistem wuslah dan sebagainya.
3. Penyusunan dari satu tarannum kepada satu tarannum yang lain hendaklah
dipertingkatkan kecermatannya, kehangatannya, kecanggihannya dan sebagainya.
4. Tarannum penutup hendaklah sama dengan tarannum permulaan.

MENGENAL KATEGORI TARANNUM AL-QURAN


Setiap tarannum mempunyai kategorinya yang tertentu sepertimana berikut:1. Kategori lembut seperti tarannum Jiharkah, Iraqi, Nahwand dan Saba.
2. Kategori sederhana seperti tarannum Bayati, Husaini, Rast, Sikah, Usshaq dan
Syuri.
3. Kategori keras dan tegas seperti tarannum Ajami, Hijjaz dan Kurdi.
Jika seseorang qari mengenal kategori tersebut, ia boleh membantu menyenangkan
penyusunan tarannum ke dalam suatu persembahan dengan lebih tepat dan lebih
berkesan lagi.

PENYUSUNAN HARAKAT LAGU YANG BERKESAN


Harakat-harakat

tarannum

itu

hendaklah

disusun

secara

sistematik

supaya

persembahan lebih berkesan. Antara teknik penyusunan yang digunakan ialah:1. Harakat-harakat yang dialunkan adalah cermat, mempunyai ciri menghangatkan
persembahan serta menggunakan harakat yang canggih.
2. Harakat yang dihiasi dengan alunan lahjah arab dan gabungan lagu-lagu cabang
serta gerak suara pelbagai seperti gaya Iraqi, Kurdi dan Syuri, nakriz, bustanjar,
kuflah mahur, usysyaq, zinjiran dan mayyah.
3. Harakat yang dihiasi dengan wuslah iaitu gabungan dua bunyi atau lebih dari
mana-mana angin lagu dalam satu harakat.
4. Harakat yang mempunyai salalim, iaitu harakat-harakat yang dialunkan mengikut
sistem tangga menurun atau menaik.
5. Harakat yang mempunyai Ikhtilalulahni, iaitu harakat-harakat yang dialunkan
dengan nada suara yang disumbangkan sama ada secara menurun atau mendaki.

Harakat-harakat

tersebut

perlu

disusun

secara

sistematik

dan

menarik.

Persembahan yang tidak menepati teknik-teknik di atas akan menyebabkan


kecacatan dan melencong dari sasaran sebenar yang akan dicapai. Latih tubi yang
berterusan dengan cara talaqqi dan musyafahah akan memberi keberkesanan
mendalam terhadap satu-satu persembahan bacaan.
PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN PERSEMBAHAN TARANNUM
Seorang sarjana dalam bidang Al-quran telah menampilkan lima tahap proses
pembelajaran secara berskala untuk memantapkan penguasaan persembahan
tarannum secara berkesan dan sempurna, sebagaimana berikut ;
ASPEK TARANNUM
Tahap 1 : Proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten,
tanpa timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum
tersebut.
Tahap 2 : Proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun
mengikut

keutamaan

berdasarkan

kepada

teknik

pengolahan,

pengurusan,

perimbangan dan lain-lain.


ASPEK SUARA
Tahap 3 : Proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara
serta kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.
ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)
Tahap 4 : Proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan
gerak sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada
burdah kasar atau halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan
dalam sesebuah jumlah harakat dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5 : Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan
sempurna dari awal hingga akhir.

Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah
melalui 5 tahap yang disebutkan dan melalui latihan yang berterusan.

TEKNIK PEMBAYANG LAGU ATAU MAQAM TARANNUM


Mohd Ali bin Abu Bakar (1997 ) mengemukakan teknik pengukuhan persembahan
tarannum dengan mengggunakan seni kata pembayang daripada syair-syair arab.
Haji Qasim bin Haji Ahmad,qari dari Kedah telah menyusun panduan bertarannum
menggunakan seni kata nasyid,berzanji dan marhaban sebagai pembayang untuk
diterapkan dalam persembahan. Seseorang qari akan cuba menghayati irama,
rentak

dan

nada

berbantukan

bait-bait

syair

ini

untuk

diterapkan

persembahan tarannum tertentu. Di antara bait-bait tersebut yang ialah :


1. Maqam tarannum nahawand

#
#
2. Maqam Tarannum Rast




3. Maqam Tarannum Hijaz

dalam

4. Maqam Taranum Sikah)


#
#

PEMANTAPAN LAGU CABANG

Seorang qari yang mahir dalam selok belok lagu dan tarannum bukan sahaja dapat
mempersembahkan lagu asas mengikut rentak dan irama tertentu, tetapi mampu
menguasai lagu-lagu cabang. Menurut Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail , terdapat
lebih tiga ratus cabang lagu lain yang boleh diselitkan dalam persembahan lagu
asas.
Mohd Ali bin Abu Bakar(1997) cuba menyusun bai-bait seni kata pembayang bagi
maqam lagu Nkris dan Usysyaq sebagaimana berikut.
(1) Maqam Lagu Nakriz
Cawangan dari lagu nahwand
#
#

(2) Maqam Lagu Usyshaq


Dari lagu nahawand
#
#
#
.

KAEDAH LATIH TUBI YANG BERTERUSAN


Dalam usaha memantapkan suatu persembahan taraannum, seorang qari perlu
menjalani latihan-latihan berterusan mengikut potongan ayat atau surah yang
pelbagai. Latih tubi tersebut perlu mengambil kira perkara-perkara berikut :
1- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat pilihan ujian tilawah dengan
mempraktikkan ke semua jenis lagu dan dihiasi dengan wuslah al-mumathalah,
ikhtilal al-lahn, salalim nuzul dan suud serta mahattah yang canggih .
2- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang dimulakan dengan huruf
muqathoah dan diwakafkan dengan Mad Asli atau Mad Fari menerusi susunan lagu
yang pelbagai.
3- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang diwakafkan dengan Ta
Marbutoh menerusi susunan Bayati, Saba, Hijjaz, Nahwand dan Rast.
4- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi bacaan
khusus bagi riwayat Hafs seperti bacaan imalah, tashil dan ibdal, isymam dan
ikhtilas ,saktah, bacaan naqal dan silah .
5- Latihan mempersembahkan bacaan pada ayat-ayat yang mengandungi Mad
Lazim Kalimi Muthaqqal, Harfi Muthaqqal serta Mad Istifham yang memerlukan
kadar panjang bacaannya dengan 6 harakat.

Latihan-latihan pengukuhan dan pemantapan seperti ini diharapkan member natijah


yang terbaik bagi setiap qari dan qariah demi melahirkan generasi quranik yang
berkualiti tinggi, mahir dari sudut tajwid dan fasohah, memiliki nafas yang panjang
dan mampu mengalunkan alunan suara berlahjah Arab.

Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa seseorang qari yang
berhasrat mengusai persembahan tarannum bi al-Quran yang berkesan sewajarnya
menitikberatkan beberapa perkara berikut :
1- Berusaha sedaya upaya untuk memnguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah dan
mahir menggabungkan kalimah tersebut dalam potongan ayat al-Quran mengikut
lahjah Arab.
2- Mendalami ilmu tatabahasa Arab dan merujuk guru-guru yang memahami bahasa
al-Quran supaya menepati kehendak bacaan pada wakaf dan ibtida.
3- Menerapkan tarannum yang sesuai dengan pengisian harakat yang canggih
berdasarkan kefahaman pada maksud kalimah dan potongan ayat yang akan
dipersembahkan.
4- Memastikan susunan tarannum yang rapi dan tingkatan suara yang bersesuaian
dengan kemampuan nafas yang dimiliki.
5- Menghiaskan setiap harakat tarannum dengan pengisian ikhtilal, salalim, dan
burdah yang berkualiti dalam usaha mencapai persembahan yang bermutu tinggi
dan mencuit jiwa pendengar.
6- Sentiasa menjalani latih tubi yang berterusan di samping merujuk guru-guru dan
pakar tarannum secara talaqqi dan mushafahah bagi mendapat gubahan seni yang
terkini dan kontemporari kerana sifat suatu seni itu sentiasa maju dan berubahubah.

Rujukkan:

1. Al-Quran al-Karim

2. Al-Hadith al-Syarif.

3. Sedek Ariffin (2009).Jurnal Darul Quran JAKIM : Kepentingan Talaqqi dan


Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Disember 2009 . bil. Ke 13. Melaka:
Percetakan Surya Sdn.Bhd.

5. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu, Darul Fikr,
Kuala Lumpur.

6. Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Darul Fikir, Kuala
Lumpur.
7. Muhammad Al-Ghazali, ( 1996 ), Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran
Penerjemah Muhammad Rivai Batubara, Selangor : Budaya Ilmu Sdn.Bhd.
8. Abu Mardhiyah,( 2004),Tajwid al-Quran. Cetakan Pertama ,Kuala Lumpur:
Perniagaan Normahs
9. Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran, Kedah.
10. http://mytarannum.blogspot.com/

11.

http://pcbukm.blogspot.com/2009/10/tahap-tahap-pembelajaran-ilmu-

tarannum.html

12. Nota-nota Kuliah Pengajaran STTQ 2010


Pertandingan Peringkat Antarabangsa Kali Pertama

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa kali pertama diadakan


pada 22 Ramadhan 1380 bersamaan 9 Mac 1961. Hasrat dan cita-cita untuk
mengadakan majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa ini telah diluahkan
oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj semasa majlis penutup Pertandingan
Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Pertama.

Pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh


Malaysia (Malaya pada ketika itu) ialah majlis tilawah yang julung-julung kalinya
dianjurkan di dunia. Belum ada negara yang menganjurkan majlis seumpama ini
sebelumnya. Dalam majlis kali pertama ini, sebanyak tujuh buah negara dengan 13
orang peserta telah mengambil bahagian. Negara yang menyertai majlis kali
pertama ini adalah seperti berikut :

Singapura
Brunei DS
Thailand
Sarawak
Indonesia

Filipina
Malaya
Ketika Majlis Perasmian Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Antarabangsa
kali pertama, YTM Tunku abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri sedang
menghadiri Persidangan Menteri Negara-negara Komanwel di London. Oleh yang
demikian YAB Tun Abdul RAzak, timbalan Perdana Menteri ketika itu mengambil
tempat beliau mengalu-alukan kedatangan kumpulan pertama qari yang menyertai
majlis ini. Dalam ucapannya, YAB Tun Abdul Razak telah menyebutkan bahawa
Kerajaan Malaya terus menggalakkan rakyatnya membaca al-Quran. Kursus-kursus
mempelajari dan menghafaz al-Quran juga diadakan. Masjid Negara yang sedang
dibina ketika itu akan dijadikan pusat untuk tujuan tersebut.

Johan Qari dan Qariah

Sejak mula diperkenalkan, peserta negara Malaysia telah mengungguli kejuaraan


majlis tilawah al-quran peringkat antarabangsa ini. Di bahagian qari peserta
Malaysia telah memenanginya sebanyak 27 kali, manakala di bahagian qariah
sebanyak 33 kali.

Penyertaan

Penyertaan majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa pada awalnya dibuka


kepada Negara-negara asia Tenggara sahaja. Namun begitu Negara-negara di luar
Asia Tenggara menyatakan hasrat ingin mengambil bahagian.

1381H

1962M

YTm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah menyatakan dukacitanya kerana belum
lagi dapat memenugi hajat beberapa buah Negara Afrika yang menyatakan
keinginan mereka untuk menyertai majlis ini. Pada masa itu juga penyertaan belum
dibuka kepada near-negara Arab. Pandangan Jawatankuasa Pusat bahwa majlis
tilawah al-Quran peringkat antarabangsa belum boleh dibuka kepada Negara Arab
sehinggalah mutu bacaan peserta Negara-negara bukan Arab dapat menyaingi
bacaan qari Negara Arab kalaupun tidak melebihi mereka.

1381H

1962M

Negara-negara yang mengambil bahagian dalam majlis ini menurun kepada enam
buah sahaja. Negara-negara tersebut ialah Brunei, Pakistan, Sarawak, Singapura,
Thailand dan tuan rumah Malaya. Dalam majlis ini peserta Malaya, iaitu En.Mhd
Yusof bin Abdullah Berjaya menjadi johan. Beliau yang merupakan naib johan
peringkat kebangsaan mengalahkan Encik Ismail bin Hashim, johan peringkat
kebangsaan di tempat kedua.

1382H

1963M

Filipina dan Indonesia tidak mengambil bahagian kerana berselisih faham mengenai
pembentukan Negara Malaysia. Indonesia juga melancarkan konfrontasi dengan
Malaysia pada tahun tersebut. Akibatnya Republik Indonesia tidak menghantar
peserta hingga tahun

1965. Namun

demikian,

berkat hubungan

baik

dan

persaudaraan antara rakyat kedua-dua Negara dan adanya alat-alat media


elektronik, maka rakyat Indonesia dapat juga mengikuti majlis tilawah dalam tahuntahun konfrontasi tersebut melalui Radio Malaysia dan kemudiannya siaran
Televisyen Malaysia.

1383H

1964M

Buat kali pertama kalinya peserta qariah mengambil bahagian dalam majlis tilawah
al-Quran peringkat antarabangsa. Negara-negara yang menghantar peserta qariah
ialah Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja (Kampuchea), Thailand dan Malaysia.
Johan qariah dimenangi oleh Puan Hajah Faridah binti Mat Saman dari Malaysia, naib
johan dimenangi oleh Puan Fatimah binti Abdullah dari Thailand dan tempat ketiga
ialah Puan Siti Asma dari Kemboja. Joahan qari dimenangi oleh peserta dari
Malaysia, iaitu Encik Hassan bin Musa.

1383H

1964M

Perubahan telah berlaku bagi penyertaan peserta dari negari Sarawak, Sabah dan
Singapura. Buat kali pertamanya dari negeri-negeri tersebut dijemput menyertai
majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan selaras dengan pembentukan
Malaysia. Sebelum ini negeri-negeri berkenaan telah menyertai mejlis ini di
peringkat antarabangsa.

1384H

1965M

Johan dan naib johan dimenangi oleh peserta Malaysia. Encik Ismail bin Hashim dan
Encik Saidin bin Abdul Rahman, kedua-duanya dari Malaysia telah mendapat
markahtertinggi dan sama jumlahnya.walau bagaimanapun Encik Ismail telah
diisytiharkan menjadi johan kerana beliau memperoleh markah lagu dan suara yang
lebih tinggi daripada Encik Saidin. Bagaimanapun, peraturan ini kemudiannya
dipinda, iaitu jika timbul persamman markah, maka markah tajwid akan dirujukkan
untuk pemenang pertama. Pemenang tempat ketiga ialah Encik Wan Hasan Kelopa
dari Thailand.

11 OGOS

1966

perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia dengan Indonesia ditandatangani dan


kontrontasi antara Malaysia dengan Indonesia tamat pada tahun 1967. Dengan
pemulihan hubungan diplomatic antara dua buah Negara dimulai pada 31 Ogos

1967, maka Indonesia mula menyertai kembali majlis tilawah al-Quran peringkat
antarabangsa.

1387H

1967M

Mencatat sejarah kerana penyertaan qari dan qariah dalam majlis tilawah al-Quran
peringkat antarabangsa mengatasi jumlah peserta peringkat kebangsaan. Sebanyak
13 buah Negara menghantar pesertaw yang terdiri daripada 27 orang qari da 10
qariah. Negara-negara tersebut ialah Brunei, Filipina, India, Indonesia, Iran,
Kemboja, Pakistan, Malawi, Singapura, Thailand, Turki, Vietnam Selatan dan
Malaysia. Somalia tidak sempat menhantar wakilnya, sementara Sudan hanya
mengirinkan pemerhati sahaja. Pada tahun itu juga satu pembaharuan telah
diadakan, iaitu perbarisan mengarak bendera Negara-negara peserta telah diadakan
sebelum istiadat perasmian dilakukan.

1389H

1969M

Negara

menyambut

ulang

tahun

kesepuluh

majlis

tilawah.

Di

peringkat

antarabangsa, Negara-negara yang dijemput mengirimkan peserta ialah Afganistan,


Brunei, Burma, Fiji, Filipina, India, Indonesia, Iran, Kemboja, Laos, Maldives, Nigeria,
Pakista, Somalia, Singapura, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Turki dan Vietnam
Selatan. Sementara itu Hong Kong, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Mali, Magribi,

Sudan, Syria, Taiwan, Tunisia dan Jerman Barat telah dijemput menghantar
pemerhati mereka.

1390H

1970M

Negara Brunei mengirim dua orang qari dan seorang qariah; Kemboja, dua qari dan
seorang qariah; Indonesia, dua qari dan seorang qariah; Singapura, dua qari dan
seorang qariah; Thailand juga dua qari dan seorang qariah; India, seorang qari dan
aeorang qariah; Iran, seorang qari sahaja; Pakistan, seorang qari; Republik
Persekutuan Jerma, seorang qari dan Malaysia, dua orang qari dan seorang qariah.

1392H

1972M

Menarik peserta luar negeri yang paling besar berbanding sebelumnya. Sejumlah 22
negera telah hadir dalam majlis tilawah anatarabangsa ini, anataranya yang baru
ialah Yugoslavia dan Bangladesh. Pakistan pula pertama kali menghantar peserta
qariahnya. Sementara Negara-negara yang menghantar pemerhati termasuklah
Algeria, Magribi dan Qatar.

1395H

1975M

Negara yang mengambil bahagian 12 buah Negara, iaitu seramai 28 peserta


termasuk tujuh orang qariah. Pada tahun tersebut Negara-negra yang dijemput
masih boleh menghantar dua orang qari dan seorang qariah.

1396H

1976M

Penyertaan dibuka kepada peserta dari negara-negara yang menggunakan bahasa


Arab sebagai bahasa pengantar. Sebelum ini mereka tidak dibenarkan mengambil
bahagian, cuma hadir sebagai pemerhati.

1397H

1977M

Sebanyak 17 buah negara termasuk Malaysia menyertai majlis tilawah peringkat


antarabangsa. Negara-negara berkenaan ialah Afghanistan, Arab Saudi, Bangladesh,
Brunei Darussalam, Filipina, India, Indonesia, Iraq, Iran, Jordan, Kuwait, Pakistan,
Thailand, Singapura, Sri Lanka, Somalia dan Malaysia.

1398H

1978M

Mesir ( sebelum 1971 dikenali sebagai Republik Arab bersatu) buat pertama kali
menyertai majlis tilawah anjuran Malaysia. Mesir yang selama ini menghantar
hakim-hakim sahaja, tetapi pada tahun ini telah menghantar seorang qari. Turki
yang tidak mengambil bahagian sejak beberapa tahun sebelumnya, pada tahun
berkenaan telah menyertai semula dengan menghantar seorang qari. Sebanyak 25
buah negara telah menyertai majlis tilawah pada tahun berkenaan.

1080an

-2000

Penyertaan negara-negara luar semakin bertambah, meliputi negara-negara Asia,


Afrika, negara-negara bekas taklukan Soviet Union serta benua Eropah dan Amerika.

Email
Print
Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan
Majlis Tilawah Yang Terawal

Pertandingan Membaca al-Quran se-Melaya pertama kali diperkenalkan oleh


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) pada 4 September 1947 yang
diadakan di Masjid Jami' Abu Bakar, Johor Baharu, Johor. Majlis ini telah dirasmikan
oleh Encik Ahmad bin Yaakob, Ketua Majlis Pertandingan Membaca al-Quran seMalaya pada ketika itu. Dalam majlis tersebut hanya peserta qari sahaja yang
mengambil bahagian. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Johor
dalam satu majlis jamuan teh di Istana Besar Johor pada 5 September 1947.

Pada tahun 1951 pula, YTM Tunku Abdul Rahman mengambil inisiatif mengadakan
pertandingan membaca al-Quran di negeri Kedah. Majlis ini kemudiannya menjadi
tradisi tahunan di negeri jelapang padi itu. Apabila YTM TUnku menjadi Perdana
Menteri

selepas

menganjurkan

negara

majlis

mencapai

tilawah

ini

kemerdekaan,

sebagai

acara

beliau

peringkat

berusaha
kebangsaan

untuk
dan

antarabangsa. Langkah awal yang diambil ialah YTM Tunku telah menganganjurkan
pertandingan membaca al-Quran antara negeri Kedah dan Johor pada bulan
Ramadhan tahun 1378 bersamaan tahun 1959.

Pertandingan Peringkat Kebangsaan Kali Pertama

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaaan kali pertama telah


diadakan pada 20 Rmadhan 1379 bersamaan 18 Mac 1960. Tarikh ini telah
memahatkan satu sejarah penting kepada negara kerana selepas tiga tahun
mencapai kemerdekaan, di Stadium Merdeka, tempat pengisytiharan negara
Malaysia yang merdeka, majlis tilawah al-Quran diadakan.

Hakikatnya, majlis tilawah ini telah dapat dianjurkan oleh Kerajaan sejurus selepas
merdeka, ketika banyak urusan negara yang lain harus diselesaikan dengan segera.
Ini membuktikan keazaman Kerajaan untuk mendaulatkan al-Quran, kitab suci yang
menjadu sumber segala hukum Islam. Ini juga membuktikan betapa kuatnya hasrat

dan cita-cita Kerajaan untuk meninggikan syiar Islam yang menjadi agama rasmi
bagi negara ini.

Majlis kali pertama ini disertai oleh 44 peserta dari 11 buah negeri Persekutuan
Tanah Melayu. 11 peserta membaca setiap malam selama empat malam berturutturut. Pada malam kelima dikhaskan untuk upacara penyampaian hadiah kepada
pemenang.

Pada malam bersejarah itu berlaku satu peristiwa, iaitu kebetulan keempa-empat
buah lampu limpah dari empat penjuru Stadium Merdeka tiba-tiba terpadam
seketika semasa salah seorang peserta sedang memperdengarkan bacaan. Namun
demikian kelunakan suara merdu yang mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci
al-Quran terus memukau dan memecah kesepian malam, mempesona beribu-ribu
orang yang membanjiri stadium bersekarah itu. Peserta itulah yang telah menjuarai
bahagian qariah pada majlis kali pertama itu.

Tugas menyelenggarakan majlis ini diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang


dikenali pada masa itu sebagai Jawatankuasa Pengelola. Jawatankuasa ini terdiri
daripada 15 orang ahli yang dipengerusikan oleh YB Tuan Syed Jaafar Albar, Menteri
Muda Penerangan dan Penyiaran pada masa itu dan Encik Ahmad Nordin bin Haji
Mohamad Zain, seorang pegawai kanan Jabatan Penerangan sebagai setiausaha
yang pertama. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang merancang pelaksanaan
majlis tilawah sulung ini telah mengadakan mesyuarat pada 9 Januari 1960 di Kuala
Lumpur bersana wakil-wakil Kerajaan Negeri.

Dalam pertandingan membaca al-Quran peringkat kebangsaan yang pertama ini


Encik Abdul Hamid bin Desa seorang guru agama yang berasal dari Kedah telah
menjadi johan bahagian qari dengan mendapat 89 markah. Naib johan dimenangi
oleh Encik Ishak bin ayub dari Pulau Pinang yang mendapat 87 markah. Manakala

johan qariah pula disandang oleh Cik Saodah binti Hanafi dengan mendapat 90
markah, dan naib johan dimenangi oleh Cik Zahrah binti Awang dari Kelantan yang
mendapat markah 83 markah.

Penyertaan

Sebelum

majlis

peringkat

kebangsaan

ini

diadakan,

tiap-tiap

negeri

telah

mengadakan pertandingan membaca al-Quran di negeri masing-masing bermula


daripada peringkat mukim, daerah hinggalah ke peringkat negeri bagi memilih wakil
negeri ke peringkat kebangsaan. Pada majlis peringkat kebangsaan kali pertama,
setiap negeri dibenarkan menghantar tiga orang peserta, iaitu dua orang qari dan
seorang qariah. Mulai tahun 1961, apabila pertandingan membaca al-Quran
peringkat antarabangsa dilaksanakan, wakil negeri dalam pertandingan membaca
al-Quran peringkat kebangsaan dikurangkan. Hanya johan qari dan qariah peringkat
negeri sahaja boleh mengambil bahagian.

Pada tahun-tahun berikutnya syarat-syarat penyertaan dalam majlis tilawah alQuran peringkat kebangsaan ini telah diperkemaskan. Mengikut peraturan yang
ditetapkan pada masa ini, peserta majlis ini hendaklah terdiri daripada :

Qari dan qariah yang mewakili negeri-negeri di Malaysia iaitu johan qari dan qariah
majlis tilawah al-Quran peringkat negeri berkenaan dan johan menunggu bahagian
masing-masing,
Peserta hendaklah beragama Islam dan warganegara Malaysia,
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada hari pertama majlis dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai