Anda di halaman 1dari 24

GURU DAN PERUNDANGAN

AKTA OKU 2008


Disediakan oleh Kumpulan 3
- Siti Zahrah Mohd Yatim
- Ummi Madihah Ahmad

TAFSIRAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Mengikut akta OKU 2008


mereka yang mempunyai kekurangan
jangka panjang dari segi fizikal,
mental, intelektual atau deria yang
menyebabkan mereka menghadapi
pelbagai halangan lalu menyekat
penyertaan mereka yang sepenuh dan
berkesan dalam masyarakat.

PENGENALAN
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta OKU
2008) diperkenalkan berasaskan kepada
konsep hak asasi manusia.
Untuk memastikan hak orang kurang upaya
seperti

masalah fizikal,
penglihatan,
pendengaran,
percakapan
masalah pembelajaran

PENGENALAN
Akta ini memperuntukkan perihal berkaitan
dengan pendaftaran, perlindungan,
pemuliharaan, pembangunan dan
kesejahteraan OKU serta penubuhan
Majlis Kebangsaan bagi OKU.
Akta ini telah telah diluluskan oleh
parlimen pada 10 Disember 2007.
Dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

MATLAMAT AKTA OKU 2008

satu langkah yang berkesan untuk


menyediakan polisi kebangsaan bagi
orang kurang upaya.
Langkah ini bukan sahaja bagi
melindungi hak asasi bagi OKU tetapi
juga turut menyediakan ruang untuk
melaksanakan hak-hak supaya mereka
dapat diintegrasikan ke dalam
masyarakat keseluruhannya.

Akta OKU 2008 digubal untk melindungi


hak-hak orang kurang upaya. Undangundang ini dengan jelas menyatakan
orang kurang upaya mempunyai hak
yang sama dengan orang lain.
Akta ini turut memberikan peluang
kualiti kehidupan yang lebih baik
dengan menyediakan kemudahan
akses kepada perkara berikut:

1. TEMPAT DAN PERKHIDMATAN

hak untuk akses dan menggunakan


kemudahan awam, amenity,
perkhidmatan dan pembangunan
awam yang sama dengan orang normal.
Kerajaan perlu mempastikan kesemua
kemudahan awam, amenitii,
perkhidmatan dan bangunan direka
bentuk mengikut kesesuaian atau
mesra pengguna.

2. PENGANGKUTAN AWAM

OKU harus mempunyai hak


untuk akses kepada
pengangkutan awam dengan
mudah.
Kerajaan harus memastikan
rekabentuk pengangkutan
awam yang bersesuaian dengan
semua orang.

3. PENDIDIKAN
kanak-kanak kurang upaya tidak
boleh dikecualikan dari pendidikan
pra sekolah, rendah, menengah dan
tinggi termasuk latihan vokasional
serta pembelajaran sepanjang hayat.
Kerajaan dan institusi pendidikan
hendaklah menyediakan material
sokongan pengajaran seperti bahasa
isyarat dan Braille.

4. PEKERJAAN
hak untuk mendapat pekerjaan dengan
peluang yang saksama.
Majikan hendaklah melindungi hak OKU
dengan memberikan kesetaraan
dengan orang upaya termasuk peluang
yang sama dan pembayaran untuk
kerja yang sama nilai dengan orang
biasa, keadaan kerja yang selamat dan
sihat, daripada gangguan dan
memulihkan ketidakpuasan hati.

5. KOMPUTER, MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan TMK


hendaklah memastikan
OKU mempunyai hak untuk akses
mempunyai akses sedemikian dengan menyediakan
maklumat, komunikasi dan teknologi yang boleh
akses, bersesuaian dengan pelbagai jenis
ketidakupayaan mengikut cara yang sesuai dan
tanpa kos tambahan.
menerima dan memudahkan penggunaan bahasa
isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentative
dan alternative dan semua cara, kaedah dan format
komunikasi boleh akses yang boleh dipilih oleh
orang kurang upaya dalam urusan rasmi.


6. KEHIDUPAN BERBUDAYA

Orang kurang upaya mesti mempunyai


hak untuk akses kepada kehidupan
berbudaya atas asas kesetaraan dengan
orang upaya.
Orang kurang upaya mempunyai hak
untuk mengetahui budaya dan bahasa
sendiri, menikmati cara kehidupan
seperti orang biasa, menikmati program
televisyen, filem, teater, muzim,
perpustakaan dan pelancongan.

7. HABILITASI DAN REHABILITASI


Penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil
langkah yang berkesan dan sesuai
untuk membolehkan orang kurang upaya mencapai dan
mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum,
keupayaan fizikal, mental, soSial dan vokasional sepenuhnya
serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam semua
aspek kehidupan.

Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan


hendaklah mengambi langkah yang sesuai
untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi
berasaskan komuniti untuk menyediakan intervensi awal,
rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam
komuniti mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

8. KESIHATAN
Kerajaan hendaklah mengambil langkah
yang sesuai untuk memastikan orang
kurang upaya mendapat akses kepada
perkhidmatan kesihatan, termasuk
rehabilitasi berkaitan kesihatan
menyediakan pakar terapi
pengucapan,fisioterapidan terapi pekerjaan.
Kerajaan juga hendaklah mencegah dari
berlakunya kurang upaya selanjutnya,
imunisasi ,nutrisi dan genetik kaunseling.

9. PERLINDUNGAN KEPADA ORANG KURANG UPAYA


YANG SERIUS

Kerajaan hendaklah menyediakan


perlindungan dan sokongan untuk
memastikan orang yang mempunyai kurang
upaya yang teruk mendapat kualiti kehidupan
yang baik selepas kematian penjaganya.
NGO yang berniat untuk menyediakan
penjagaan institusi kepada orang kurang
upaya yang serius atau penjaga kepada orang
kurang upaya yang serus haruslah membuat
permohonan untuk mendapatkan insentif bagi
menyediakan penjagaan daripada majlis.

10. PERTOLONGAN KETIKA KECEMASAN

Orang kurang upaya


mempunyai hak untuk dibantu
setara dengan orang upaya
dalam situasi kecemasan dan
berisiko demi kemanusiaan,
termasuklah ketika perang atau
kemusnahan semulajadi.

Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya


Disamping itu, kerajaan hendaklah
menubuhkan Majlis Kebangsaan bagi Orang
Kurang Upaya.
Peranan majlis ini adalah seperti berikut:
Majlis akan bekerjasama dengan kerajaan,
organisasi dan syarikat untuk melaksanakan pelan.
Majlis akan memberikan cadangan dan nasihat
kepada kerajaan untuk memajukan meningkatkan
sokongan kepada orang kurang upaya.
Membantu orang ramai mengetahui lebih tentang
orang kurang upaya.
Meningkatkan sistem pendidikan.
Memperbanyakkan peluang pekerjaan dan latihan
kemahiran untuk orang kurang upaya.

Anda mungkin juga menyukai