Anda di halaman 1dari 14

KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR* *

MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD


Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR


Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
ABSTRAK

Dalam kertas kerja ini membicarakan seorang kaunselor perlu mengetahui dan
mempunyai kemahiran asas kaunseling yang mana ianya amat penting dalam
kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kemahiran kemahiran asas kaunseling
yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran
prasesi,

kemahiran

membina

hubungan,

kemahiran

membina

suasana

persekitaran, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, parafrasa atau


menyatakan semula, meminta penjelasan, kemahiran berempati, kemahiran
refleksi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merumus dan

beberapa lagi

kemahiran asas seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Kaunselor harus
mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses
menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran
yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh
proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka
akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru


Agama Singapura (PERGAS) pada 14 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448,
Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
PENGENALAN
Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi
melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh
yang

demikian,

sebelum

seseorang

kaunselor

memberi

perkhidmatan

kaunseling , mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran


asas yang perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran
yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran
memparafrasa, kemahiran membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi,
kemahiran berempati dan lain- lain. Di bawah ini akan dihuraikan secara ringkas
tentang beberapa kemahiran asas untuk menolong yang dianggap penting.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Kemahiran Prasesi
Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih
dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh
membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu,
kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk
berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling
berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan
dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula
perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien.

Kemahiran Membina Hubungan


Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada
klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha
membina

suasana

persekitaran

yang

kondusif

lagi

meyakinkan

dan

menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh


diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut:

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

1
1
1

Kemesraan perhubungan dalam pertemuan.


Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu.
Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh
kaunselor.

Di bawah kemahiran membina perhubungan ini terdapat beberapa sub


kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik,
ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata,
pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam
kaunseling.

Kesemua

kemahiran-kemahiran

ini

adalah

bertujuan

untuk

memperbetulkan ketidak seimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.


Membina Suasana Persekitaran
Memandangkan

biasanya

sesuatu

perbincangan

kaunseling

berlangsung selama 30 minit atau lebih sedikit semetara

selalunya
tajuk yang

dibincangkan mungkin serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi
meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang
atau bergoyang sehingga

boleh menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang

dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi
kaunseling mestilah kemas dan tidak menyakitkan penglihatan klien dan
kaunselor.
Suasana Teraputik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan
perasaan dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana
teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan
baik dan lancar .

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Ruang Untuk Berkomunikasi
Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan
proses kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau
psikologikal. Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubung
masalah ruang ini seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya ,
latar belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling
jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh
sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak.
Penampilan Diri
Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan
yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh kaunselor dan
klien harus berpakaian mengikut norma - norma tempatan. Penampilan yang
luar biasa pula boleh menganggu tumpuan
dengan pakaian

semasa sesi seperti berpakaian

yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau

badan busuk atau bau minyak wangi yang terlalu kuat dan merangsangkan.
Ekspresi Muka
Dalam sesi

kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia

menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi


muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama
dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut
tersenyum tetapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan
sebagai ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek.

Kontak Mata
Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien,
tetapi menumpukan perhatian ke arah muka klien. Tujuan sebenar kontak mata
adalah bertujuan untuk memberi tumpuan, menunjuk minat, menunjuk tanda
hormat, menggalakkan perundingan dan mempamerkan kesungguhan kaunselor
terhadap isu yang dibawa oleh klien.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Kemahiran Menyoal
Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah
kemahiran menyoal. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk
mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien
terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang
dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu
proses bimbingan yang sedang berlangsung.

Kemahiran menyoal ini dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu
soalan terbuka dan soalan tertutup.

Soalan Terbuka

Bentuk

soalan

Soalan Tertutup

yang

Bentuk soalan langsung yang

dikemukakan kepada klien yang

memerlukan

memerlukan penerangan atau

pengesahan

penjelasan yang panjang.

iaitu ya atau tidak.

Memberi banyak ruang kepada


klien untuk terus bercakap.

secara

ringkas,

Ruang untuk terus bercakap


terhad.

Contoh

Contoh

Kaunselor,
peristiwa

itu

Bagaimanakah Kaunselor,
Siapakah
boleh
berlaku, melakukannya? ataupun

ataupun
Cuba

jawapan

Sanggupkah
anda

terangkan

anda

yang

menceritakan

apakah peristiwa sebenar apa yang berlaku?


tindakan yang harus anda lakukan.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik
oleh seseorang kaunselor.

Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa

mendengar itu adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya
memberi sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk
memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara
berkesan.

Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua
bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan.
Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami
mesej yang disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya
mesej secara lisan lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya,
sebutan dan sebagainya.

Tumpuan bukan lisan pula memerlukan kaunselor mendapatkan mesej secara


tidak langung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia dipersembahkan
melalui pelbagai cara.

Salah satunya ialah dengan cara memberi tumpuan

kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik muka (contoh: senyum)
ataupun pergerakan anggota badan (contoh : mendakap tangan). Mesej yang
tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas
tentang apa yang disampaikan secara lisan.

Reik (1948) dalam bukunya

Listening With The Third Ear pernah menegaskan tentang kepentingan


mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan mendengar
dengan telinga ketiga.

Parafrasa atau Menyatakan Semula


Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang
sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.

Ketika ini kaunselor bolehlah

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya
mudah difahami.

Contoh:
Klien :

Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakanrakan saya.

Kaunselor:

Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda.

Klien:

Ya, saya memang serius.

Meminta Penjelasan
Kaunselor akan meminta kliennya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut
mengenai sesuatu isu yang sedang dibincangkan. Keadaan ini berlaku apabila
isu yang cuba dibincangkan oleh klien menjadi semakin kabur dan sukar
difahami.

Contoh:

Saya kurang faham tentang apa yang anda cakapkan,

Kaunselor:

bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut satu persatu.

Kemahiran Berempati
Empati bermaksud memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang itu
(rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk
berkomunikasi dengannya (Kurpius, 1986).

Sebagai kaunselor, kemahiran

berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
berada di sisi klien. Maksudnya di sini klien boleh merasakan bahawa dia betulbetul sedang dibantu dari segi jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu.

Ee Ah Meng (1995) berpendapat empati ialah kebolehan untuk memahami idea


yang disampaikan oleh klien dan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan
idea itu.

Suasana hubungan yang mesra hasil dari sifat berempati tadi

membolehkan klien rasa lebih yakin untuk berada di hadapan kaunselor.


Dengan ini, klien merasa

lebih selamat dan selesa untuk meneruskan sesi

kaunselingnya.

Contoh:
Klien :

Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi.


acap kali memikirkan masalah ini.

Saya

Ayah dan ibu saya

seolah-olah tidak memahami bahawa saya sudah tidak


peduli lagi terhadap kehendak mereka.

Kaunselor:

Saya dapat merasakan kekecewaan yang anda alami.

Kemahiran Refleksi
Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej
atau maklumat yang hendak disampaikan oleh klien. Pada waktu yang sama
kaunselor dengan menggunakan kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali
mesej tersebut kepada kliennya.

Dengan cara ini, kita boleh membuktikan

kepada klien bahawa kaunselor sedang berusaha menerokai serta melihat alam
klien sebagaimana apa yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu.
Kemahiran refleksi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu refleksi
perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi.

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Refleksi Perasaan

Refleksi

Refleksi Isi

Pengalaman

Tumpuan

kepada

emosi.

yang

dilafaz

atau

lisan.

tingkah laku.

Perasaan

dinyatakan

Tumpuan kepada

secara
(kasih

Perasaan

kognitif
yang

Pernyataan semua
idea-idea

melalui gerak geri

secara ringkas dan

bukan

padat.

lisan.

(senyuman,

sedih,

gelisah,

bersalah dsb).

kepada

dibayangkan

sayang, kerisauan,
rasa

Tumpuan

penting

menangis,
gementar dsb).
Contoh

Contoh
Kaunselor:

Contoh
Guru

Klien:

Kaunselor:

Anda

Kata-kata ibu

benar-benar

andalah

yang

tersenyum, sebaliknya

melukakan hati saya

membuatkan

anda

saya terasa yang anda

cikgu.

sebenarnya

Kaunselor:

rasa

bersalah

masa.

setiap

sekali.

kecewa

benar

Ia benarmenyakitkan

hati.

Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seorang kaunselor. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan
yang mudah difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah
berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu
juga, kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang
dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan
gerak badan , kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan
duduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan
lain-lain gerak balas.

Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum


Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien
untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon
dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan
klien untuk terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh
dorongan minima dalam bentuk perkataan adalah seperti bagus , teruskan,
selepas itu,

jadi, terangkan lagi, oh , dan dalam bentuk anggota seperti

sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.


Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien
untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan
faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

Ishammuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima


ialah;
a) kaunselor memberi perhatian
b) menolong penerokaan kendiri klien
c) supaya klien terns bercakap
d) mempengaruhi arus perbualan
e) Punctuate interview

Kemahiran Mengendali Kesenyapan


Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling
berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus
bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini
memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan
yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang

10

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
kepada klien untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau
mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau
mahu mengubah fikirannya.

Kemahiran Aplikasi Teori Dan Teknik Kaunseling


Apabila seseorang kaunselor menguasai teori-teori dan teknik-teknik kaunseling,
kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien untuk berhadapan dengan
masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih yakin . Apa yang lebih penting
ialah kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasi
kemahiran teori dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga
perlu bijak memilih teknik

sesuai digunakan apabila berhadapan dengan

seseorang klien itu.

Kemahiran Merumus
Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian
isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling
tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa.
Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas
kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu
rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi
kaunseling. Rumusan

yang dibuat pada

hujung sesi kaunseling, biasanya

merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling

lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah;


a)

Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien

b)

Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu
timbul selepas beberapa mesej tersebut.

c)

Supaya klien mendengar semula kata-katanya.

d)

Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa Sesuai digunakan apabila


sesi terhenti atau terbantut.

11

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
e)

Dalam

kesenyapan

yang

berpanjangan,

rumusan

boleh

mempercepatkan proses kaunseling.


Kemahiran Konfrontasi
Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara
klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor
menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat
agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya
kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam
keadaan keadaan berikutnya :
a)

Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang


dirinya dengan apa yang dilakukannya.

b)

Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada


satu masa apa yang dikatakan pada masa yang lain.

c)

Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan.

d)

Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang


dikatakan oleh klien mengenai dirinya .

Contoh l

"Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada
persediaan untuk berjaya".

Contoh 2

"Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa
yang sarna, anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk
mengetahui isu yang sebenar".

12

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003
Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Ismail (1999) adalah seperti berikut;
a) Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari
pemahaman dan tindakannya.
b) Membantu klien mengenalpasti satu kontrakdisi, rasionalisasi, helah atau
salah interpretasi.
c) Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman
dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya.
d) Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien.
e) Supaya tingkahlaku klien rnenjadi lebih bersepadu.

KESIMPULAN
Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah
tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu
dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya
kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi
seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah
mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.
RUJUKAN
Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya :
Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Aziz Salleh. 2002. Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Manan Mulla Bar. 1990. Kaunseling Dalam Konteks Budaya Islam (Satu
Teori Peribadi Mengenainya. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah


Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

13

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama


Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Kamal Abd Manaf. 1998. Masalah dan Penyelesaian Dalam Kaunseling Islam 2.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Kamal Abd Manaf. 1996. Manusia Dan Personaliti Membantuk Insan Yang
Sempurna. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Kamal Abd. Manaf. 1996. Kaunseling Islam. Perbandingan Antara Amalan Dan
Teori Kaunseling Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.

Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar. 2002. Pengantar Bimbingan
Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fatimah Mohamad Tajuddin & Nor Atiah
Ismail. 2002. Nilai-Nilai Cemerlang Kepimpinan Islam. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd.

Shaharom Tm Sulaiman. 1999. Pengurusan Islam Dan Pembangunan Manusia.


Batu Caves: Thinkers Library Sdn Bhd.

Wan Hussain Azmi Abdul Kadir. 1995. Kaunseling Dan Psikologi Menurut Islam.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Yaqub Muhammad Hussin. 2001. Beberapa Panduan Asas Usrah Dan Harakah.
Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

14

Anda mungkin juga menyukai