Anda di halaman 1dari 26

Table of Contents

Apakah Pengurusan?............................................................................................... 4
Jenis-Jenis Pengurusan............................................................................................ 5
Fungsi Pengurusan.................................................................................................. 6
Prestasi Pengurusan................................................................................................ 6
Jenis-Jenis Pengurus................................................................................................ 7
Peringkat Pengurusan.......................................................................................... 7
Pengurusan Tertinggi............................................................................................ 7
Pengurus Pertengahan......................................................................................... 8
Pengurus Bawahan............................................................................................... 8
Tugas Para Pengurus............................................................................................... 8
Peranan Pengurus untuk Bekerjasama dengan Orang Lain..................................8
Para pengurus bertanggung jawab dan ditanggungjawabkan..............................8
Para pengurus menentukan matlamat dan menetapkan keutamaan...................9
Para Pengurus Harus Pandai Menurunkan Kuasa..................................................9
Para pengurus mestilah berfikir secara kritis dan berkonsep...............................9
Para pengurus membuat keputusan yang sukar................................................10
Para Pengurus Sebagai Perantaraan..................................................................10
Para Pengurus Sebagai Ahli Politik.....................................................................10
Para Pengurus Sebagai Diplomat.......................................................................11
Para Pengurus Sebagai Simbol...........................................................................11
Para Pengurus Sebagai Penyelesai Masalah.......................................................11
Tingkat Pengurusan dan Kemahiran Pengurusan..................................................11
Proses Pengurusan................................................................................................ 13
Perancangan...................................................................................................... 13
Rasional Perancangan....................................................................................... 13
Proses Perancangan........................................................................................... 14
Prestasi Pengurusan.............................................................................................. 21
Pengurusan, Pentadbiran dan Kepimpinan Pendidikan..........................................22
RUJUKAN................................................................................................................ 23

ASAS
PENGURUSAN
APAKAH YANG TERDAPAT DALAM BAB INI?
Apabila anda selesai membaca bab ini, anda akan dapat
melakukan perkara-perkara berikut:
Mengetahui pengertian pengurusan.
Memahami falsafah, teori dan konsep pengurusan.
Mengenali fungsi dan peranan pengurusan.
Membandingbezakan antara pengurusan, pentadbiran
dan kepemimpinan.
Mengaplikasi kemahiran-kemahiran pengurusan.
Menilai jenis-jenis pengurus dan stail kepemimpinan.
Membincangkan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi
oleh pengurus pada masa akan datang.

Menurut Daft (2012), organisasi adalah sekumpulan manusia yang


dikumpulkan bersama di bawah satu sistem untuk mencapai sesuatu
matlamat. Sesebuah organisasi memerlukan satu proses tindakan yang
disebut pengurusan (Putti, 1987).

Apakah Pengurusan?
Pengurusan menurut Witzel (2004) ialah penyelarasan dan pengarahan
sesuatu aktiviti oleh seseorang ataupun sesuatu kumpulan untuk
mencapai sesuatu yang dihajati.
Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai penyempurnaan matlamatmatlamat organisasi secara cekap dan berkesan melalui perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan terhadap sumbersumber organisasi . Selain itu, pengurusan juga boleh ditakrifkan
sebagai proses yang dijalankan oleh seseorang atau lebih bagi
menyelaras aktiviti kerja orang lain, modal, bahan mentah dan
teknologi bagi mencapai hasil yang berkualiti tinggi yang tidak mampu
dicapai oleh seseorang yang bertindak secara bersendirian.
Terdapat juga takrif pengurusan yang lain yang membawa
maksud sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama di dalam
sesuatu struktur dan dikoordinasi untuk mencapai sesuatu matlamat.
Matlamat tersebut termasuklah penemuan ilmu, kepuasan sosial
ataupun keuntungan. Follett (1918) menyifatkan pengurusan sebagai
seni melakukan perkara-perkara yang tertentu melalui orang lain
(hal. 5). Zaidatol (1993) juga berpendapat bahawa pengurusan ialah
satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,
penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk
mencapai matlamat. Pendapat ini disokong oleh Saxena (2009)
berpandangan bahawa pengurusan merupakan aktiviti mengumpulkan
manusia bersama-sama untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam
mencapai matlamat tersebut pengurusan melakukan perancangan,
penstafan, pengarahan dan pengawalan.
Takrifan tentang pengurusan juga menunjukkan bahawa para
pengurus menggunakan semua sumber organisasi, iaitu kewangan,
kelengkapan dan maklumat serta tenaga manusianya untuk mencapai
matlamat organisasi. Selain daripada itu, pengurusan juga meliputi
usaha untuk mencapai matlamat-matlamat organisasi yang
ditetapkan. Ini membawa makna bahawa para pengurus sebarang
organisasi mencuba untuk mencapai tujuan-tujuan yang khusus. Apa
pun matlamat yang ditetapkan bagi sesuatu organisasi itu, pengurusan
adalah suatu proses yang membolehkan matlamat-matlamat tersebut
dicapai.
Daripada takrifan-takrifan yang diberikan di atas, terdapat tiga
perkara utama yang terkandung dalam pentakrifan maksud
pengurusan iaitu proses atau aktiviti yang berterusan, penggunaan
sumber organisasi dan pencapaian matlamat organisasi. Perbincangan

kita akan dimulakan dengan satu takrif yang lebih kompleks supaya
kita dapat memahami aspek-aspek tambahan yang penting tentang
soal pengurusan. Secara umumnya, pengurusan ialah suatu proses
yang berterusan untuk mencapai matlamat organisasi agar lebih
berkesan dan cekap dengan menjalankan satu set aktiviti iaitu
perancangan, pengorganisasian, pimpinan dan pengawalan terhadap
sumber-sumber organisasi.

Jenis-Jenis Pengurusan
Sabrautzki (2010) membahagikan pengurusan kepada tiga subkategori iaitu pengurusan normatif, pengurusan strategik
dan pengurusan operatif. Pengurusan normatif menjelaskan
konsep kendiri sesebuah organisasi yang meluahkan visi, misi dan
matlamat asasnya. Pengurusan normatif memastikan keakuran
terhadap sesuatu kebenaran yang berteraskan nilai, peraturan dan
syor-syor sesebuah organiasi. Ia berbentuk evaluatif dan bukan
deskriptif. Dalam pengurusan normatif, perkara yang menjadi
tumpuan bukanlah menjelaskan sesuatu kejadian, fenomena
ataupun
isu
tetapi
mengapa
ia
berlaku
sedemikian.
Memperjelaskan budaya dan piagam korporat adalah tugas
pengurusan normatif. Dalam pengurusan normatif, pihak
pengurusan memberikan keutamaan dan mengambil berat hal-hal
berkaitan pemegang taruh. Ini disebabkan kejayaan sesebuah
organisasi bergantung sepenuhnya kepada pemegang taruh.
Pengurusan normatif bukan sahaja melihat dari segi kepentingan
ekonomi tetapi juga kepentingan nilai-nilai murni.
Pengurusan strategik pula memindahkan garis panduan
normatif kepada matlamat strategik dan kayu ukur yang
ditetapkan kepada pengurusan operatif. Pengurusan strategik
melihat organisasi sebagai suatu sistem yang berkembang dan
berterusan. Organisasi ini tidak lari daripada menghadapi masalah
dan mempunyai peluang untuk maju.
Pengurusan operatif merealisasikan pengurusan normatif
melalui pengurusan yang strategik. Melalui pengurusan operatif,
segala perancangan strategik cuba direalisasikan. Pengurusan
operatif berlaku sehari-hari dan lebih berbentuk operasional.
Pengurusan Normatif

Piagam Pelanggan

Visi, Misi, Matlamat

Pengurusan Strategik

Sistem

Struktur

Budaya Korporat

Strategi

Pengurusan Operatif
Sasaran

Kriteria

RAJAH 1: Pengurusan Normatif, Pengurusan Strategik dan Pengurusan


Operatif (Sumber: Sabrautski, 2010, ms. 1).

Fungsi Pengurusan

Mengawal

Memimpin
Mengorganisasi

Merancang

Terdapat empat fungsi pengurusan yang utama iaitu merancang,


mengorganisasi, memimpin, dan mengawal. Keempat-empat fungsi
pengurusan tersebut mempunyai penjelasan tentang set aktiviti yang
dilakukan oleh pengurus dalam bidang pengurusan. Dalam aspek
perancangan, ia merupakan satu proses menetapkan matlamat dan
menentukan arah tindakan mereka, membentuk prosedur dan peraturan,
membentuk rancangan dan membuat ramalan
untuk jangka masa panjang. Tindakan mereka
PENGURUSAN
biasanya digerakkan berdasarkan suatu kaedah,
rancangan dan logik. Secara ringkasnya,
perancangan adalah proses menetapkan
matlamat bagi prestasi organisasi pada masa
hadapan dan menetapkan tugas-tugas serta
sumber-sumber yang diperlukan untuk mencapai
sesuatu matlamat sesebuah organisasi tersebut.
Pengorganisasian terjadi apabila para
pengurus menyelaraskan sumber-sumber tenaga
manusia dan bahan organisasi melalui
pembahagian tugas-tugas, pengumpulan tugastugas dan pengagihan sumber-sumber. Ia juga
boleh ditafsirkan sebagai proses mengenal pasti
kerja-kerja yang perlu dilakukan, melantik
seseorang untuk melaksanakannya, membentuk
jawatankuasa, membuat delegasi autoriti kepada
subordinat, membentuk arahan kerja iaitu saluran
autoriti dan komunikasi serta menyelaras tugastugas subordinat. Sesebuah organisasi itu akan
MATLAMAT ORGANISASI
menjadi lebih efektif jika kerja-kerja yang
dilaksanakan dengan lebih bersepadu dan

selaras. Hal ini disebabkan, sebahagian daripada tugas seorang pengurus


ialah mewujudkan keselarasan seperti mana yang diperkatakan di atas.
Aspek kepimpinan menghuraikan cara atau strategi para pengurus
mengarah dan mempengaruhi para subordinat bertindak supaya mereka
melakukan tugas-tugas yang perlu. Dengan mewujudkan suasana kerja
yang sesuai, para pengurus membantu subordinat supaya memberikan
khidmat yang sebaik mungkin. Pengurus juga berperanan membentuk
budaya kerja, menguruskan konflik dan komunikasi serta mengekalkan
moral di dalam organisasinya.
Aspek pengawalan merupakan suatu proses pengurusan yang merujuk
kepada penetapan piawaian ataupun standard untuk membandingkan
prestasi sebenar dengan piawaian dan mengambil tindakan pembetulan
apabila perlu. Ia lebih tertumpu kepada usaha pengurus dalam
memastikan organisasi bergerak ke arah pencapaian matlamatnya.
Sekiranya sebahagian daripada organisasi bergerak mengikut arah yang
salah, para pengurus akan mencari punca dan membetulkan arah
haluannya.

Prestasi Pengurusan
Kejayaan sesebuah organisasi diperoleh apabila mencapai objektifobjektifnya dan memenuhi keperluan masyarakat bergantung kepada had
kecekapan dan keberkesanan para pengurus sesuatu organisasi dalam
melaksanakan tugas-tugas mereka. Prestasi organisasi sebagai satu
kumpulan adalah faktor utama yang menentukan prestasi sebuah
masyarakat atau negara.
Peter Drucker (1967), menegaskan bahawa prestasi seseorang
pengurus boleh diukur berdasarkan dua konsep iaitu kecekapan dan
keberkesanan. Menurut beliau, kecekapan bererti dapat melakukan kerjakerja dengan betul. Pengurus yang cekap ialah seseorang yang mampu
mengeluarkan output, atau hasil yang setimpal dengan input (tenaga
buruh, bahan, dan masa) yang digunakan untuk mencapai output tersebut.
Para pengurus dikira telah bertindak dengan cekap sekiranya mereka
dapat mengurangkan kos sumber-sumber yang digunakan untuk mencapai
matlamat mereka.
Keberkesanan pula bermaksud kebolehan memilih objektif-objektif
yang sesuai. Pengurus yang berkesan ataupun efektif ialah seseorang yang
memilih perkara-perkara yang betul untuk disempurnakan. Sesungguhnya
keberkesanan sesuatu tindakan itu tidak dapat ditukar ganti walaupun
dengan tahap kecekapan yang tinggi. Tanggung jawab seseorang pengurus
itu berkehendakkan prestasi yang dinilai sebagai cekap dan berkesan.
Walaupun kecekapan dianggap penting namun demikian bagi Drucker,
keberkesanan merupakan kunci bagi kejayaan sesebuah organisasi.

Jenis-Jenis Pengurus
Istilah pengurus telah digunakan sebagai seseorang yang bertanggung
jawab kepada subordinat dan sumber-sumber lain dalam sesebuah
organisasi. Para pengurus boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
melalui tugas dan tanggung jawab yang agak berbeza. Mereka boleh
diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu berasaskan tingkat mereka di dalam
sesebuah organisasi, dan berasaskan bidang aktiviti organisasi yang
menjadi tanggung jawab mereka. Kedua-dua jenis pengurus ini juga
dikenali sebagai pengurus fungsian dan pengurus am ataupun pengurus
besar.

Peringkat Pengurusan
Secara umumnya terdapat tiga peringkat pengurusan iaitu pengurusan
tertinggi, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan. Setiap
peringkat pengurusan mempunyai peranan dan tanggung jawab yang
berbeza. Berikut adalah penerangan bagi setiap peringkat pengurusan.
Tingkat-tingkat perbezaan ini mewakili hiraki pengurusan sesebuah
organisasi.

Pengurusan Tertinggi
Pengurusan peringkat tertinggi merupakan peneraju sesebuah organisasi
yang menetapkan polisi-polisi berhubung dengan operasi dan interaksi
organisasi dengan persekitarannya. Pengurusan atasan ini bertanggung
jawab bagi keseluruhan pengurusan organisasi dan mereka terdiri daripada
satu kumpulan kecil atau lebih dikenali sebagai para eksekutif. Nama-nama
biasa bagi jawatan para pengurus atasan ini ialah Ketua Pengarah,
Rektor dan Ketua Pegawai Eksekutif. Nama-nama jawatan yang sebenar
berbeza-beza antara sebuah organisasi dengan organisasi yang lain. Ini
bergantung pada organisasi tersebut. Misalnya peringkat pengurusan
tertinggi di sekolah ialah Pengetua dan Penolong Kanan. Mana kala
peringkat pengurusan tertinggi bagi sesebuah dan sering kali tidak boleh
dijadikan sebagai panduan untuk mencirikan keanggotaan seseorang itu
dalam klasifikasi pengurusan yang paling tinggi.

Pengurus Pertengahan
Para pengurus pertengahan mengarahkan aktiviti-aktiviti para pengurus
lain dan ada kalanya juga mengarahkan pekerja operasi. Tanggung jawab
utama para pengurus pertengahan ialah mengarahkan aktiviti-aktiviti yang
berhubung kait dengan polisi organisasi dan mengimbangkan tuntutan
pihak atasan mereka dengan keupayaan subordinat yang mereka perolehi.
Guru besar dan pengetua merupakan contoh-contoh pengurus
pertengahan.

Pengurus Bawahan
Pengurus Bawahan ataupun dikenali juga dengan Pengurus Barisan
Pertama merupakan tingkat paling rendah dalam organisasi yang mana
seseorang bertanggung jawab ke atas kerja orang-orang lain. Para
pengurus barisan pertama hanya memberi arahan kepada pekerja operasi
dan mereka tidak menyelia pengurus-pengurus di bahagian lain. Sebagai
contoh, para pengurus barisan pertama ialah ketua panitia di sekolah dan
guru penasihat badan beruniform, persatuan akademik ataupun rumah
sukan dan penyelia asrama. Kebiasaannya, para pengurus barisan pertama
dipanggil penyelia.

Tugas Para Pengurus


Para pengurus mempunyai tugas yang pelbagai. Antara tugas-tugas dan
tanggung jawab yang perlu dilakukan oleh para pengurus adalah seperti
berikut:

Peranan Pengurus untuk Bekerjasama dengan Orang Lain


Para pengurus haruslah dapat bekerja bersama-sama sesiapa sahaja di
mana-mana peringkat sama ada di dalam ataupun di luar organisasi
dengan tujuan untuk merancang ataupun membantu mencapai matlamat
unit ataupun organisasi. Selain daripada itu, para pengurus dalam
sebarang organisasi bekerjasama antara satu sama lain untuk menetapkan
matlamat-matlamat jangka panjang organisasi dan merancang strategi
untuk mencapainya. Dengan demikian, para pengurus bertindak sebagai
saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi. Istilah termasuk orang
lain bukan sahaja subordinat dan penyelia sahaja, tetapi juga para
pengurus lain di dalam organisasi itu. Orang juga termasuk individu di
luar organisasi iaitu pelanggan, pembekal, wakil kesatuan dan sebagainya.

Para pengurus bertanggung jawab dan ditanggungjawabkan


Para pengurus bertanggung jawab memastikan bahawa tugas-tugas
tertentu disempurnakan dengan jayanya. Penilaian terhadap mereka
biasanya diasaskan kepada kecekapan mereka mengatur pelaksanaan
sesuatu tugas. Para pengurus juga bertanggung jawab bagi segala
tindakan orang bawahannya. Kejayaan ataupun kegagalan subordinat
secara langsung mencerminkan kejayaan atau kegagalan para pengurus
itu sendiri.

Para pengurus menentukan matlamat dan menetapkan


keutamaan

Penting dan Segera


Segera Tapi Tidak Penting
Penting Tapi Tidak Segera
Tidak Penting dan Tidak Segera
KEUTAMAAN
Setiap pengurus berhadapan dengan beberapa matlamat, masalah dan
keperluan organisasi yang kesemuanya akan memerlukan keupayaan
pengurus itu dari segi masa dan sumber-sumber baik tenang manusia
ataupun bahan. Kebanyakan pengurus mengatur kerja mereka setiap hari
mengikut keutamaan, iaitu kerja-kerja yang paling penting dan
memerlukan tindakan segera diberikan keutamaan tertinggi. Mana kala
kerja-kerja yang tidak begitu mendesak dikendalikan kemudian. Dengan
cara ini maka dapatlah pengurus itu menggunakan masanya dengan lebih
berkesan. Para pengurus juga sering kali terperangkap di antara keperluan
manusia dan organisasi yang bertentangan dan mereka terpaksalah
membuat pilihan berdasarkan keutamaan.

Para Pengurus Harus Pandai Menurunkan Kuasa


Para pengurus juga mestilah membuat keputusan kepada siapa sesuatu
tugas harus diberikan. Sungguhpun secara ideal setiap orang hanya patut
diberikan tugas yang ia sendiri suka melakukannya, tetapi keadaan
sedemikian tidak dapat dilakukan. Kadang kala kebolehan individu adalah
faktor penentu dan sesuatu tugas itu diserahkan kepada seseorang yang
paling layak melaksanakannya. Namun demikian, ada kalanya pula
seseorang itu diberikan tugas sebagai satu pendedahan.

Para pengurus mestilah berfikir secara kritis dan berkonsep


Untuk menjadi seseorang yang berfikiran kritis dan kreatif, seseorang
pengurus itu mestilah berupaya memecahkan sesuatu masalah kepada
komponen-komponen tertentu, menganalisis komponen-komponen itu dan
kemudian memikirkan cara yang sebaik-baiknya bagi menyelesaikan
masalah tersebut. Apa yang lebih penting ialah bagi seseorang pengurus
ialah keupayaannya berfikir secara konsep, iaitu ia dapat mengkaji sesuatu
tugas secara keseluruhan dan menghubungkannya dengan tugas-tugas
yang lain. Keupayaan memikirkan sesuatu tugas dalam hubungan dengan
implikasinya yang besar bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun
hakikatnya ia perlu dititikberatkan sekiranya seseorang pengurus itu ingin
mengejar matlamat organisasi pada keseluruhannya dan juga bagi
mencapai matlamat setiap unit yang berkenaan.

Para pengurus membuat keputusan yang sukar


Kita sering berhadapan dengan keadaan yang mana kita perlu membuat

keputusan. Kesilapan membuat keputusan akan membawa padah kepada


organisasi kita. Sering kali dalam membuat keputusan kita mengasaskan
keputusan tersebut kepada pengalaman dan pengetahuan kita. Kadangkadang kita meminta pandangan orang lain. Walau apa pun cara kita
mendapatkan maklumat, akhirnya kita perlu membuat keputusan.
Keputusan yang hendak dibuat menjadi sukar apabila sesuatu perkara itu
tidak pernah berlaku dalam hidup kita ataupun organisasi kita. Kita pula
harus bertanggung jawab terhadap keputusan yang kita ambil. Jadi, para
pengurus merupakan golongan yang dikehendaki mencari jawapan bagi
menyelesaikan masalah-masalah yang sukar itu dan berpegang kepada
keputusan yang telah diambilnya walaupun dengan berbuat demikian ia
menjadi tidak popular. Cara terbaik ialah dengan membuat keputusan
secara konsensus.

Para Pengurus Sebagai Perantaraan


Dalam sesebuah organisasi, perselisihan pendapat tidak dapat dielakkan.
Pertikaian dalam sesebuah organisasi boleh menjejaskan semangat bekerja
dalam kalangan ahli-ahli organisasi tersebut. Keadaan mungkin menjadi
tidak tenteram atau tergganggu sehinggakan yang cekap mengambil
keputusan akan menjadi pasif, hilang semangat, negatif, mohon pindah,
malahan berhenti bekerja. Keadaan seumpama ini merupakan penghalang
dalam usaha mengejar matlamat unit ataupun organisasi. Oleh yang
demikian, pengurus mestilah memainkan peranan sebagai perantara dan
menyelesaikan pertikaian sebelum pertikaian tersebut menjadi tidak
terkawal. Menyelesaikan konflik memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan
kerana para pengurus yang tidak berhati-hati dalam cara tindakannya
menyelesaikan pertikaian akan berasa kecewa kerana mendapati ia hanya
menyebabkan keadaan menjadi bertambah teruk.

Para Pengurus Sebagai Ahli Politik


Maksud ahli politik di sini ialah para pengurus mestilah mengasaskan
perhubungan yang baik dan bertindak dengan memujuk serta
berkompromi dalam usahanya bagi menjayakan matlamat organisasi.
Pengurus sebagai ahli politik yang berkesan bukan hanya pandai
bercakap tetapi mempunyai hala tuju yang jelas. Kemahiran bercakap
dalam khalayak ramai perlu ada pada para pengurus untuk menyakinkan
stakeholders. Para pengurus hendaklah juga memperkembangkan cara
kemahiran politik yang lain. Semua pengurus yang berkesan bermain
politik dengan mewujudkan rangkaian kewajipan bersama-sama dengan
para pengurus lain dalam organisasi. Mereka juga mungkin perlu
membentuk dan menganggotai suatu pakatan dan gabungan. Para
pengurus menggunakan hubungan ini untuk mendapatkan sokongan untuk
setiap cadangan atau keputusan yang dibuat atau untuk mendapatkan
kerjasama dalam melaksanakan pelbagai aktiviti. Pembuangan kerja yang
sering menimpa para pengurus pasukan sukan profesional, sebagai satu

contoh biasanya mempunyai kepentingan politik.

Para Pengurus Sebagai Diplomat


Pengurus kadang-kadang bertindak sebagai wakil rasmi unit-unit bahagian
kerja mereka dalam mesyuarat organisasi. Mereka mungkin juga mewakili
seluruh organisasi atau sebuah unit yang berurusan dengan klien,
kontraktor, pegawai kerajaan dan personel organisasi yang lain. Sebagai
diplomat, para pengurus membawa imej organisasinya. Justru mereka
haruslah bertindak dengan penuh kredibiliti dan berhemah dalam
menjalankan tugas.

Para Pengurus Sebagai Simbol


Para pengurus juga merupakan simbol atau lambang bagi kejayaan dan
kegagalan sesebuah organisasi dari sudut pandangan anggota-anggota
organisasi dan juga pemerhati-pemerhati luar. Dalam situasi ini para
pengurus juga mungkin dikira bertanggung jawab bagi perkara-perkara
yang mereka sendiri mempunyai sedikit kawalan atau tiada kawalan
langsung. Sebagai simbol kepada organisasi, para pengurus menjadi wakil
dan imej kepada organisasinya. Setiap tindak tinduk Justru mereka
haruslah bertindak dengan penuh kredibiliti dan berhemah dalam
menjalankan tugas.

Para Pengurus Sebagai Penyelesai Masalah


Para pengurus harus bijak menyelesaikan masalah organisasi. Tidak ada
sebuah organisasi pun yang sentiasa berjalan dengan lancar. Pelbagai
masalah boleh timbul meliputi kesulitan kewangan, masalah berikutan
dengan kaki tangan pekerja atau perbezaan pendapat berhubung polisi
organisasi. Para pengurus merupakan golongan yang dikehendaki mencari
jawapan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang sukar itu. Jika
masalah tersebut terlalu sukar, seseorang pengurus itu boleh
bermesyuarat ataupun berunding dengan pihak yang lebih berwibawa.
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang pengurus itu perlu
dapat menganalisis sesuatu situasi itu dengan tepat menggunakan
sumber-sumber yang berkaitan dan berguna. Seseorang pengurus itu juga
kadang-kadang terpaksa bertindak sebagai kaunselor.
Huraian ringkas tentang peranan-peranan ini menunjukkan bahawa
para pengurus mestilah sering menukarkan peranannya dan mesti cepat
bertindak memainkan sesuatu peranan yang diperlukan pada masa-masa
tertentu. Keupayaan memahami peranan tertentu yang patut dimainkan
dan dapat pula menukarkan peranannya dengan mudah adalah ukuran
tentang seseorang pengurus yang berkesan.

Tingkat Pengurusan dan Kemahiran Pengurusan


Pengurusan yang berkesan menurut Katz (2009) bergantung pada tiga
kemahiran asas yang boleh dikembangkan, iaitu kemahiran konsep,
manusia dan teknik yang dikatakannya perlu dimiliki oleh semua pengurus.
Dengan memiliki ketiga-tiga kemahiran ini, seseorang pengurus itu akan
lebih berjaya dibandingkan pengurus yang hanya mempunyai satu-satu
kemahiran sahaja. Katz menyarankan bahawa sesungguhnya ketiga-tiga
jenis kemahiran ini amat perlu untuk pengurusan yang berkesan. Namun,
kepentingannya secara relatif bagi seseorang pengurus bergantung pada
pangkatnya dalam organisasi. Hal ini dapat dilihat dalam Rajah 1-1.
Kemahiran konsep ialah kebolehan mental untuk menyelaras dan
menyatukan semua kepentingan dan aktiviti organisasi. Ini termasuklah
kebolehan seseorang pengurus itu untuk melihat organisasi secara
keseluruhannya dan memahami bagaimana bahagian-bahagian organisasi
itu saling bergantungan.
Kemahiran manusia ialah kebolehan untuk bersama-sama dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan, memahami dan mendorong orang lain,
sama ada secara individu atau kumpulan. Para pengurus memerlukan
dengan secukupnya kemahiran dari segi hubungan kemanusiaan untuk
membolehkan mereka bekerja dengan anggota-anggota lain dalam
organisasi serta memimpin kumpulan-kumpulan kerja mereka.
Kemahiran teknik ialah kebolehan menggunakan alat, tatacara atau
teknik sesuatu bidang yang khusus. Seorang guru seni, doktor, jurutera
atau pemuzik semuanya mempunyai kemahiran teknik dalam bidang
masing-masing.
Kemahiran teknik adalah paling penting di tingkat pengurusan bawahan
dan menjadi semakin kurang pentingnya di tingkat pengurusan atasan.
Sebaliknya kemahiran konsep menjadi semakin bertambah penting apabila
pangkat kita meningkat.

PENGURUSAN
PENGURUSAN BARISAN
PERTAMA PERTENGAHAN
PENGURUSAN ATASAN

Konsep

Konsep

Konsep

Manusia
Manusia
Manusia
Teknik
Teknik
Teknik

Rajah 1-1: Kemahiran relatif yang diperlukan bagi prestasi berkesan di tingkat-tingkat pengurusan yang berlainan.

Huraian ringkas tentang peranan-peranan ini menunjukkan bahawa para


pengurus mestilah sering menukarkan peranannya dan mestilah cepat
bertindak memainkan sesuatu peranan yang diperlukan pada masa-masa
tertentu. Keupayaan memahami peranan tertentu yang patut dimainkan
dan dapat pula menukarkan peranannya dengan mudah adalah ukuran
tentang seseorang pengurus yang berkesan. Kemahiran manusia pula

amat penting di semua tingkat organisasi. Ini kerana setiap pengurus


terpaksa menyempurnakan kerja mereka melalui orang lain. Kemahiran
teknik atau kemahiran konsep yang tinggi tidaklah begitu berfaedah jika
mereka tidak dapat menggunakannya untuk menggalakkan dan
mempengaruhi anggota organisasi yang lain.

Proses Pengurusan
Sesuatu bidang yang kompleks seperti pengurusan lebih mudah difahami
apabila dihuraikan bahagian-bahagian yang terlibat secara berasingan,
atau fungsi, yang membentuk satu proses keseluruhan. Jenis huraian ini
yang dikenali sebagai model ialah suatu pemudahan daripada keadaan
yang sebenar yang digunakan untuk menyampaikan pertalian-pertalian
yang kompleks dengan cara yang mudah difahami. Model tentang
pengurusan ini telah dicipta pada penghujung abad yang ke-19 (Stoner,
1989).
Terdapat empat fungsi pengurusan yang utama iaitu perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Berikut adalah penjelasan
tentang set aktiviti yang dilakukan oleh pengurus yang meliputi aspekaspek tersebut yang akan diterangkan secara terperinci dan dikaitkan
dengan pengurusan mata pelajaran pendidikan seni visual:

Perancangan
Perancangan adalah satu proses menetapkan matlamat dan menentukan
arah tindakan mereka, membentuk prosedur dan peraturan, membentuk
rancangan, dan membuat peramalan masa depan. Tindakan mereka
biasanya digerakkan berdasarkan suatu kaedah, rancangan, atau logik,
bukannya firasat. Secara ringkasnya, perancangan adalah proses
menetapkan matlamat bagi prestasi organisasi pada masa hadapan dan
menetapkan tugas-tugas serta sumber-sumber yang diperlukan untuk
mencapai matlamat tersebut.
Perancangan merupakan persiapan awal bagi mengenal pasti dan
menyelaraskan usaha-usaha untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi
secara sistematik. Ia merangkumi proses penentuan matlamat serta
pemilihan tindakan untuk mencapai matlamat itu. Antara kepentingan dan
faedah perancangan adalah seperti berikut:
a. mendorong pemimpin untuk berfikir jauh ke hadapan;
b. melicinkan usaha ke arah pencapaian matlamat;
c. menjamin ketekalan dalam proses membuat keputusan;
d. merangsang usaha dan memberi motivasi kepada staf, dan
e. menjadi asas kepada proses pengawalan.

Rasional Perancangan
Setiap perancangan memerlukan suatu rasional yang kuat dan logik. Bagi
menentukan rasional itu, seseorang pemimpin perlu mengetahui keadaan
sebenar tentang bidang pengurusan yang memerlukan perancangan dan
perancangan semula. Apakah masalah atau kelemahan yang terdapat
dalam sistem sekarang? Sejauh manakah ia telah terpesong daripada
matlamat asal organisasi? Kajian boleh dibuat melalui kaedah
pemerhatian, pencerapan, temu bual dan perbincangan dengan guru-guru.
Misalnya, kelemahan pengajaran-pembelajaran dapat dikesan menerusi
latihan harian atau mingguan, ujian bulanan, perbincangan dengan guru
mata pelajaran dan juga pelajar, atau analisis keputusan peperiksaan
awam.
Rasional perancangan perlu memberi suatu gambaran mengenai profil
dan struktur bidang pengurusan atau aspek yang hendak dikaji. Kekuatan,
kelemahan, peluang dan kekangan di dalam bidang atau aspek berkenaan
diselidiki dengan teliti untuk mengetahui punca masalah dan implikasinya.
Di sinilah masalah-masalah disenaraikan untuk disedari dan difikirkan oleh
setiap ahli dalam organisasi. Ia menjadi fokus dalam menentukan
matlamat atau objektif baru organisasi untuk membawa pembaharuan
secara sistematik dan seterusnya meningkatkan prestasi sesebuah
organisasi. Unjuran-unjuran kemajuan dibuat dengan andaian bahawa
sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan tindakan tertentu.

Proses Perancangan
Dalam usaha mewujudkan satu iklim dan budaya yang boleh
mempertingkatkan keberkesanan pengurusan seni dan prestasi sekolah,
pengetua dan guru-guru perlu memastikan setiap staf memahami
matlamat organisasi, melibatkan diri dalam menentukan objektif dan
memilih tindakan untuk bergerak ke arah pencapaian matlamat sekolah.
a. Visi dan Misi Organisasi
Sesebuah organisasi perlu mempunyai visi dan misi. Organisasi yang tidak
mempunyai visi adalah ibarat pelayaran tanpa haluan. Pernyataan visi
bukan berkaitan dengan apa yang organisasi ada tetapi apa yang
organisasi ingin capai pada masa akan datang. Visi sesebuah organisasi
harus mengambil kira status semasa organisasi. Status tersebut digunakan
untuk menunjukkan apa yang ada dalam organisasi tersebut. Ini meliputi
sumber manusia, kedudukan kewangan, kemudahan infrastruktur dan
persekitaran.
Bagi sesebuah sekolah, visinya ialah gambaran tentang masa
depannya dalam jangka tertentu, umpamanya tiga tahun, lima tahun atau
10 tahun. Visi ini penting dalam menggubal polisi dan perancangan
tentang saiz sekolah, kualiti program kurikulum dan kokurikulum,
perkembangan kemudahan fizikal, teknologi dan budaya sekolah,
mengambil kira arah tujuan pengurusan, matlamat pendidikan negara,

perkembangan sosioekonomi, politik, alam sekeliling dan negara. Visi


sekolah juga harus mengambil kira visi Kemeterian Pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27
September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru iaitu, "Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera"
Selain daripada visi, setiap organisasi perlu mempunyai suatu misi
yang jelas. Walaupun pernyataan visi dan misi kelihatan hampir sama,
tetapi ada titik perbezaan di antara kedua-duanya. Sesuatu pernyataan
misi lebih prihatin dengan matlamat keseluruhan organisasi. Pernyataan
misi mengekalkan kualiti tertentu atau sifat sesebuah organisasi.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai misi untuk Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara". Misi adalah satu pernyataan umum
berkaitan dengan hasrat pencapaian jangka panjang, iaitu visi. Bagi
sesebuah sekolah, misinya harus selari dengan misi Kementerian
Pendidikan Malaysia juga. Misalnya, menjadikan sekolah ABC sebagai
sekolah yang terkemuka dan memperoleh pencapaian cemerlang dalam
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri. Keempat-empat kecemerlangan
yang ingin dicapai ini mempunyai kaitan untuk melestarikan sistem
pendidikan berkualiti melalui pembangunan potensi setiap individu, sama
ada guru, pelajar mahupun kaki tangan bukan akademik.
Setiap visi dan misi sesebuah organisasi, khususnya organisasi
pendidikan tidak dapat lari daripada membentuk visi dan misi yang selari
dengan visi dan misi badan induk yang mengawal organisasi tersebut.
Sekolah-sekolah misalnya harus mematuhi Pelan Induk Pendidikan Negara
(PIPP) sebagai wadah untuk pembentukan visi dan misi.
b. Penentuan Matlamat dan Objektif
Matlamat sesebuah organisasi boleh dicapai melalui penggubalan objektifobjektif yang jelas. Matlamat pendidikan negara telah digariskan oleh
Kementerian Pendidikan dengan berpandukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan berfungsi di bawah Akta Pendidikan. Walau
bagaimanapun, sesebuah sekolah masih perlu menentukan matlamat
sendiri. Demikianlah juga dengan panitia, perlu menentukan matlamatnya
dengan jelas dan didasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
serta matlamat sekolah yang mana panitia berkenaan berada. Matlamat
panitia perlulah mendokong misi dan visi sekolah. Semua ahli dalam
panitia perlu memainkan peranan untuk merealisasikan matlamat
berkenaan.
Rajah 1-2 menunjukkan satu model di dalam proses membuat
perancangan.
A. Visi dan Misi Organisasi
Saiz dan perkembangan
Matlamat baru
Kualiti Program
Hasrat Masyarakat dan Negara

F. Pemilihan Tindakan:
Apakah tindakan yang paling baik?
Sesi sumbangsaran.
G. Penggubalan Rancangan
Penglibatan semua lapisan serta
masyarakat sekolah.
Rancangan jangka panjang.
Rancangan jangka pendek.
Proses untuk mengendalikan
projek/ program. Pengumpulan data.
Rancangan kontigensi.

B. Rasional Perancangan
Keadaan kini
Pernyataan Masalah, Jurang.
Apakah yang perlu berubah?
Bila?
C.Bagaimana?
Penentuan Matlamat
dan Objektif:
Ke manakah arah tujuan?
Matlamat dan falsafah
pendidikan negara.
Hierarki penentuan objektif.
D. Pengenalpastian Strategi Pelaksanaan:
Apakah tindakan untuk
mencapai objektif/matlamat?
Adakah cara-cara lain?
e. Penilaian Tindakan:
Menilai tindakan berasaskan
pengalaman, eksperimentasi
dan penyelidikan.

H. Pengawalan proses & Penempatan Piawai:


Mengawal tindakan & hasilan
untuk menepati objektif/ matlamat.
Ukuran piawai ditentukan.

I. Perancangan Semula
Tindakan pembetulan.
Jika kurang berjaya, rancang
semula.

Rajah 1-2: Model Proses


Perancangan

Rajah 1-3 menunjukkan hierarki dalam menentukan matlamat dan objektif


sesebuah organisasi.
Jelas bahawa matlamat sesuatu panitia perlulah difahami dan disedari oleh
semua ahli panitia supaya apa yang dirancangkan boleh menjadi
kenyataan. Matlamat panitia yang kabur dan dalam bentuk teori sahaja
tidak akan mencapai kejayaan.

Dasar
Polisi &
Falsafah
Pendidikan
Kementerian Pelajaran

Matlamat Sekolah
Objektif Jawatankuasa/
Unit/Jabatan/Panitia
Objektif Pengajaran Pembelajaran

Sekolah
Jawatankuasa /Unit
Jabatan/Panitia
Staf Sekolah

Rajah 1-3: Hierarki Penentuan Objektif

Dalam membentuk objektif, elemen-elemen SMART perlulah diambilkira:


a.
Specific: Sesuatu objektif hendaklah khusus, jelas, tepat, ringkas
dan tidak menimbulkan keraguan;
b.
Measurable: Dapat diukur. Kayu ukur juga mestilah tepat.
c.
Attainable: Dapat dicapai dan ada kemampuan
melaksanakannya; bersesuaian dengan dasar, falsafah dan
prosedur kementerian dan selari dengan matlamat sekolah;
d.
Reasonable: Menarik dan dapat memotivasikan; dan

e.

Time-bound: Mempunyai tempoh masa tertentu, biasanya satu


tahun.

SMART telah wujud sejak tahun 1960-an dan digunakan oleh organisasi
untuk mewujudkan objektif yang berkesan dan boleh dilihat
pencapaiannya. Sering kali kita melihat objektif yang ditetapkan terlalu
umum dan kita tidak dapat mengetahui sama ada telah tercapai ataupun
tidak objektif yang ditetapkan. Seering kali apabila kita membuat postmortem, kita dapati bahawa dalam analisis akhir sangat sedikit telah
dicapai ataupun tidak dicapai langsung. Lebih teruk jika kita hanya
mengandaikan telah mencapai objektif yang dirancang untuk
menyedapkan hati kita. Pengurusan yang cekap dan berkesan tidak hanya
menggunakan emosi dan intuisi semata-mata tetapi sebaliknya
mempunyai mekanisme yang tertentu untuk mengukur dan melihat
pencapaian kita. Rajah 1-4 menunjukkan suatu proses perancangan
menerusi hierarki atau lapisan objektif untuk menuju kepada matlamat
panitia.
6.0 Mengenal pasti Strategi Pelaksanaan
Setelah matlamat dan objektif perancangan ditentukan, ketua panitia
berserta jawatan kuasanya perlu mengenal pasti strategi untuk
melaksanakan program bagi meningkatkan prestasi dalam sesuatu bidang
pengurusan panitia.
Strategi pelaksanaan adalah tindakan atau langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi masalah atau kelemahan. Setiap masalah dan kelemahan
dalam bidang pengurusan panitia dapat diatasi dengan tindakan yang
betul. Walau bagaimanapun terdapat kekangan yang di luar bidang kuasa
panitia atau sekolah dan hanya dapat diatasi dengan kerjasama pihak
Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Input
1. Kemudahan
fizikal
2. Tenaga
pengajar
3. Kemahiran
pengurusan
4. Potensi pelajar
5. Dasar
kurikulum
6. Teknologi
7. Kewangan
8. Masyarakat

Output ( Matlamat

Proses

Perancangan
Proses
pelaksanaa
n

Hierarki
penentuan
Objektif/Matlama
t

1. Pengurusan yang
cekap dan
berkesan.
2. Program-program
yang bermutu
3. Budaya sekolah
yang
memberangsang
kan
4. Staf yang
berdedikasi
5. Pelajar-pelajar

Rajah 1-4: Proses Perancangan Menerusi Hierarki


Penentuan Objektif

Bagi mengatasi sesuatu masalah atau kelemahan, mungkin ada pelbagai


tindakan untuk dipilih. Semasa mengenal pasti tindakan, beberapa pilihan

perlu difikirkan supaya tidak bergantung kepada satu cara semata-mata


untuk menyelesaikan masalah. Salah satu daripada langkah untuk
mengenal pasti sesuatu masalah ataupun kelemahan ialah menggunakan
Analisis S.W.O.T (Strengths, Weaknessess, Opportunities, Threats).
Rajah 1-5 menunjukkan objektif dan strategi dalam mengatasi kelemahan
dalam bidang mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Usaha untuk
mengenal pasti tindakan-tindakan yang akan diambil perlulah dikendalikan
secara bersepadu oleh setiap ahli dalam organisasi.

Kelemahan
Pencapaian
dalam mata
pelajaran
pendidikan seni
visual di
peringkat SPM
adalah rendah

Objektif
Mencapai 100%
kelulusan
dengan kepujian
dalam SPM
dalam tempoh 5
tahun

Tindakan-tindakan
1. Mengadakan
program khas
kecemerlangan pada
setiap tahun.
2. Membuat program
intensif mingguan.
3. Memperbaiki dan
meningkatkan mutu
P&P.
4. Mengadakan
pertandingan
akademik

5. Menjalankan kursuskursus dlaman


kepada guru-guru

Rajah 1-5: Objektif dan Strategi dalam Meningkatkan


7.0 Pelan Tindakan-Tindakan
Pencapaian
Setelah tindakan-tindakan
untuk mengatasi
sesuatu
masalah
dikenalpasti,
Mata Pelajaran Pendidikan
Seni Visual
di Peringkat
SPM
sampailah masanya bagi pihak panitia mengkaji dan menilai setiap
tindakan itu berasaskan kepada matlamat sesuatu program atau projek.
Penilaian terhadap tindakan-tindakan adalah penting untuk memilih
tindakan atau pendekatan yang paling sesuai bagi membina sesuatu
projek atau mengatasi sesuatu kelemahan dalam program yang sedia ada.
Tiga pendekatan (Rajah 1-6) untuk menilai tindakan-tindakan di peringkat
panitia adalah:
a.
b.
c.

kaedah yang bergantung kepada pengalaman profesional;


eksperimentasi; dan
penyelidikan

Kebanyakan proses penilaian terhadap tindakan dibuat dengan berasaskan


pengalaman profesional. Rujukan kepada rekod projek yang berjaya pada
masa lepas serta membuat penyesuaian untuk keadaan baru adalah perlu
dan penting dalam menjamin kejayaan sesuatu program yang hendak
dilaksanakan. Sesi sumbangsaran dengan ahli-ahli terutama yang
berpengalaman akan dapat membantu ketua panitia memperoleh ideaidea baru. Sumber rujukan dan pakar runding dari agensi luar sekolah,

seperti Guru Sumber Daerah, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah patut


digunakan.
Eksperimentasi

Pemilihan ditetapkan
Bergantung kepadaBagaimana
pengalamanmemilih di antara tindakan-tindakan

Penyelidikan

Rajah 1-6: Pendekatan Menilai Tindakan Alternatif

Eksperimentasi adalah kaedah menguji kaji atau mencuba sesuatu


pendekatan yang baru serta membuat pemerhatian tentang kemajuan dan
kesesuaiannya sebelum penggunaannya sebagai tindakan dikekalkan.
Dalam bidang pedagogi, misalnya, pelajar disuruh menyediakan satu
soalan tentang topik pelajaran untuk dikemukakan dif kelas dengan tujuan
untuk menggalakkan penyertaan pelajar yang biasanya pasif. Dalam
kokurikulum, pelajar dikehendaki mencatat penyertaannya dalam kegiatan
mingguan Kelab Seni Lukis di dalam buku kemajuan kokurikulum untuk
dinilai oleh guru tingkatan dengan tujuan untuk meningkatkan peratusan
kehadirannya dalam kegiatan luar bilik darjah. Eksperimen seperti ini boleh
diadakan di beberapa kelas untuk sesuatu tempoh masa. Sekiranya ia
didapati berkesan, ia boleh digunakan sebagai suatu tindakan untuk
menyelesaikan masalah yang timbul.
Penyelidikan yang berbentuk Kajian Tindakan merupakan kaedah yang
lebih saintifik dan mencabar, akan tetapi memerlukan kepakaran
profesional dan teknologi. Contohnya, panitia boleh membuat penyelidikan
tentang dua pendekatan pedagogi dalam pengajaran bidang grafik di
Tingkatan Dua:
a.
mengajar grafik dengan menggunakan alat bantu mengajar
biasa; dan
b.
mengajar grafik dengan menggunakan komputer.
Dua kumpulan pelajar dipilih untuk penyelidikan ini. Mereka diberi praujian sebelum kajian dan pos-ujian selepas kajian dalam tempoh masa
yang tertentu. Hasil pencapaian setiap kumpulan pelajar selepas pos-ujian
mungkin akan menentukan satu tindakan adalah lebih berkesan daripada
yang lain.
Selain daripada kajian tindakan, penyelidikan yang dilakukan di institusiinstitusi pendidikan tinggi dan yang disiarkan di dalam jurnal-jurnal boleh
membantu panitia dalam menggunakan asas-asas tertentu untuk menilai
tindakan-tindakan secara profesional.
8. Pemilihan Tindakan Yang Paling Sesuai

Setelah tindakan-tindakan diperiksa dan dinilai, langkah berikutnya adalah


memilih tindakan yang terbaik atau paling sesuai untuk melaksanakan
sesuatu program atau projek. Ada kalanya lebih daripada satu tindakan
diperlukan untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan sesuatu projek atau
program panitia.
Dalam memilih tindakan, pihak panitia perlu menyedari implikasi pemilihan
sesuatu tindakan itu terhadap perkara-perkara seperti berikut:
a.
b.
c.
d.

kesan terhadap guru dan pelajar;


perubahan-perubahan yang mungkin berlaku;
kemampuan kewangan, kemudahan, tenaga dan teknologi; dan
pencapaian matlamat asal.

9. Penggubalan Rancangan
Setelah memilih tindakan, pihak panitia melangkah ke peringkat
menggubal rancangan induk atau menyediakan buku biru panitia.
Penyediaan rancangan perlu melibatkan semua peringkat ahli atau lapisan
dalam organisasi. Misalnya perancangan jawatankuasa induk panitia
haruslah disokong oleh perancangan Kelab Seni Lukis dan lain-lain
komponen. Demikian juga, perancangan kegiatan kokurikulum perlu
disokong oleh perancangan jawatankuasa induk panitia dan lain-lain yang
ada hubungkait.
Penggubalan rancangan perlu merangkumi perancangan jangka panjang
(misalnya lima tahun) dan perancangan jangka pendek (misalnya satu
tahun). Perancangan jangka panjang mempunyai suatu matlamat tertentu,
contohnya; pencapaian 100% dalam peperiksaan SPM bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dalam tempoh lima tahun. Rancangan jangka
pendek mempunyai satu siri objektif dalam mencapai matlamat akhir bagi
rancangan jangka panjang. Misalnya pelajar dari Tingkatan 1 dibimbing
secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun.
Dalam alam pendidikan, suatu projek, biasanya, adalah rancangan
jangka panjang dan program adalah rancangan jangka pendek. Suatu
projek mungkin mengandungi beberapa program. Sesuatu program
mungkin mempunyai pelbagai kegiatan. Misalnya rancangan lima tahun
untuk mencapai 100% kelulusan dengan kepujian mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual dalam peperiksaan SPM merupakan suatu projek
jangka panjang. Di bawah projek itu, didapati lima program tahunan yang
semuanya menuju kepada pencapaian matlamat projek berkenaan. Di
bawah setiap program, mungkin ada beberapa kegiatan seperti kelas
bimbingan/tambahan bagi pelajar dan pengelolaan bahan sumber. Bagi
rancangan jangka pendek atau program, pihak sekolah perlu menyediakan
takwim kegiatan untuk melaksanakan program itu secara sistematis untuk
menjamin kejayaannya.
Untuk menggubal sesuatu rancangan, amalan mengumpul data dan
maklumat yang berkaitan dengan projek atau program adalah sangat
penting kerana ia akan dapat membantu pihak panitia mengesan masalah
atau kelemahan bidang secara terperinci supaya tindakan yang wajar

dapat diambil untuk mengatasinya.


Setengah-setengah rancangan bergantung kepada peruntukan
kewangan semata-mata dan memerlukan anggaran belanjawan yang
terperinci. Contohnya, projek seperti kemudahan fizikal, kelengkapan
studio, pembekalan bahan, alat dan teknologi. Rancangan belanjawan
yang didasarkan kepada keutamaan keperluan panitia hendaklah
disediakan.
Rancangan luar duga kontingensi mungkin perlu disediakan bagi sesuatu
projek atau program yang menghadapi kekangan seperti kewangan dan
teknologi khas. Rancangan kontingensi ini merupakan suatu rancangan
pilihan atau gantian. Sekiranya kekangan dapat diatasi dalam tempoh
tertentu, ada kemungkinan rancangan asal dapat dilaksanakan.
Suatu senarai semak perlu disediakan untuk memastikan perancangan
disediakan dengan berpandu kepada misi dan wawasan asal, rasional,
matlamat yang ditentukan dan tindakan-tindakan yang dipilih untuk
melaksanakannya.
10. Pengawalan Proses Perancangan dan Penetapan Piawai
Perancangan dan pengawalan merupakan dua fungsi pengurusan yang
saling berkaitan. Perancangan tidak mungkin dapat dilakukan dengan
jayanya tanpa kawalan yang sistematis. Proses pengawalan akan dapat
menyelenggarakan mutu dan menetapkan piawai yang dikehendaki. Rajah
1-7 menunjukkan perhubungan di antara proses perancangan dan
pengawalan. Jelas di sini kawalan berperanan untuk: a.
b.
c.
d.

menetapkan piawai;
mengukur prestasi/produktiviti berbanding dengan piawai;
membetulkan varian; dan
memberi isyarat untuk merancang semula.
Rancangan Semula
Perancangan

Pelaksanaan

Kawalan:
Membanding hasil
dengan piawai

Tindakan
pembetulan
Rajah 1-7: Perhubungan Antara Perancangan dan Pengawalan

10.1

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pengawalan diwujudkan untuk


menjamin kejayaan dalam melaksanakan sesuatu projek atau program.
Proses pengawalan merangkumi proses menilai perkembangan dalam
pelaksanaan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan serta
membetulkan varian yang mungkin berlaku. Sekiranya terdapat
sebarang kesilapan, tindakan pembetulan perlu diambil. Hanya setelah
pembetulan dilakukan, barulah proses pelaksanaan diteruskan. Jika
pelaksanaan tidak berjaya, segalanya akan kembali kepada proses

perancangan semula.
2. Pengorganisasian bermaksud bahawa para pengurus menyelaraskan
sumber-sumber tenaga manusia dan bahan organisasi melalui
pembahagian tugas-tugas, pengumpulan tugas-tugas dan pengagihan
sumber-sumber. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai proses mengenal pasti
kerjap-kerja yang perlu dilakukan, melantik seseorang untuk
melaksanakannya, membentuk jawatankuasa, membuat delegasi autoriti
kepada subordinat, membentuk arahan kerja (saluran autoriti dan
komunikasi) dan menyelaras tugas subordinat. Keberkesanan sesebuah
organisasi itu bukan bergantung kepada keupayaannya menentukan
penggunaan segala sumber ini bagi mencapai matlamatnya. Sesebuah
organisasi itu akan menjadi lebih efektif hanya jika kerja-kerjanya lebih
bersepadu dan selaras. Sebahagian daripada tugas seorang pengurus ialah
mewujudkan keselarasan ini.
3. Kepimpinan menghuraikan bagaimana para pengurus mengarah dan
mempengaruhi para subordinat serta bertindak supaya mereka melakukan
tugas-tugas yang perlu. Dengan mewujudkan suatu suasana kerja yang
sesuai, para pengurus membantu subordinat supaya memberikan khidmat
yang sebaik-baiknya. Pengurus juga berperanan membentuk budaya kerja,
menguruskan konflik dan komunikasi serta mengekalkan moral.
4. Pengawalan merupakan proses pengurusan yang merujuk kepada
penetapan piawaian ataupun standard), membandingkan prestasi sebenar
dengan piawaian dan mengambil tindakan pembetulan apabila perlu. Ia
lebih bertumpu kepada usaha pengurus memastikan organisasi bergerak
ke arah pencapaian matlamatnya. Sekiranya sebahagian daripada
organisasi bergerak mengikut arah yang salah, para pengurus akan
mencari puncanya dan membetulkan arah haluannya.

Prestasi Pengurusan
Kejayaan sesebuah organisasi mencapai objektif-objektifnya dan
memenuhi keperluan masyarakat bergantung kepada had kecekapan para
pengurus organisasi melaksanakan tugas-tugas mereka. Prestasi organisasi
sebagai satu kumpulan adalah faktor utama yang menentukan prestasi
sebuah masyarakat atau negara.
Peter Drucker (1967), menegaskan bahawa prestasi seseorang pengurus
boleh diukur berdasarkan dua konsep: kecekapan dan keberkesanan.
Menurut beliau, kecekapan bererti melakukan kerja-kerja dengan betul,
dan keberkesanan bermaksud membuat perkara yang betul.
Kecekapan, iaitu kebolehan melakukan sesuatu kerja dengan betul, adalah
satu konsep input-output. Pengurus yang cekap ialah seseorang yang
mengeluarkan output, atau hasil yang setimpal dengan input (tenaga
buruh, bahan, dan masa) yang digunakan untuk mencapai output tersebut.
Para pengurus dikira telah bertindak dengan cekap sekiranya mereka
dapat mengurangkan kos sumber-sumber yang digunakan untuk mencapai

matlamat mereka.
Keberkesanan pula bermaksud kebolehan memilih objektif-objektif yang
sesuai. Pengurus yang berkesan ataupun efektif ialah seseorang yang
memilih perkara-perkara yang betul untuk disempurnakan. Sesungguhnya
keberkesanan sesuatu tindakan itu tidak dapat ditukar ganti walaupun
dengan tahap kecekapan yang tinggi.
Tanggung jawab seseorang pengurus itu berkehendakkan prestasi yang
dinilai sebagai cekap dan berkesan. Sungguhpun kecekapan dianggap
penting, tetapi keberkesanan adalah sesuatu yang kritis. Menurut Drucker
(1967), keberkesanan merupakan kunci bagi kejayaan sesebuah
organisasi.
Pengurusan pendidikan, pentadbiran dan kepimpinan merupakan topik
hangat yang dibincangkan sama ada dalam bidang teori, amalan dan
penyelidikan. Pengurusan pendidikan adalah suatu bidang kajian dan
amalan yang berkaitan operasi organisasi pendidikan. Pengurusan
pendidikan lahir kerana keperluan untuk mencapai matlamat organisasi
pendidikan. Sehubungan itu, Sharma (2009, p. 1) berpendapat bahawa
These purposes or goals provide the crucial sense of direction to underpin
the management of educational institutions. Ini bermakna bahawa
matlamat organisasi menjadi jantung kepada pengurusan pendidikan.
Matlamat organisasi pula dipengaruhi oleh persekitaran luaran.

Pengurusan, Pentadbiran dan Kepimpinan


Pendidikan
Konsep pengurusan bertindan dengan dua istilah yang sama, iaitu
pentadbiran dan kepimpinan. Istilah Pengurusan digunapakai secara
meluas di negara-negara seperti United Kingdom, Eropah dan Afrika.
Manakala istilah Pentadbiran menjadi pilihan di Amerika, Kanada dan
Australia (Bush & Bell, 2005; Sharma, 2009). Istilah Kepimpinan pula
merupakan istilah yang kerap digunakan pada masa kini di kebanyakan
negara-negara maju. Bush dan Bell (2005) memilih menggunakan istilah
pengurusan kerana ia menggambarkan aktiviti yang lebih luas dalam
menjalankan organisasi pendidikan yang berjaya.
Pengurusan pendidikan merupakan suatu bidang yang diadaptasi
daripada bidang industri, khususnya di Amerika. Pada peringkat awal
bidang ini diperkenalkan, teori-teori yang digunakan diambil daripada teoriteori pengurusan yang disesuaikan dengan pengurusan pendidikan. Walau
bagaimanapun, apabila bidang pengurusan pendidikan semakin mantap,
sarjana dalam bidang ini mula menghasilkan teori-teori alternatif yang
dihasilkan melalui pemerhatian dan pengalaman mereka di sekolahsekolah ataupun institusi pengajian tinggi.

RUJUKAN
Bush, T., & Bell, L. (2005). The principles and practice of educational management.
Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Daft, R. L. (2012). Management (10th ed.). Mason, OH: Cengage Learning.
Follett, M. P. (1918). The new state: Group organization as the solution of popular
government. New York: Longmans, Green and Co.
Katz, R. L. (2009). Skills of an effective administrator. Boston, MA: Harvard Business
School Publishing Corporation.
Sabrautzki, S. (2010). Strategies, mission, vision, goals. Norderstedt, Germany:
Druck und Bindung.
Saxena, P. K. (2009). Principles of management: A modern approach. Delhi: Global
India Publications.
Sharma, S. L. (2009). Educational management: A unified approach of education.
New Delhi: Global India Publications.
Witzel, M. (2004). Management: The basics. New York: Routledge.