Anda di halaman 1dari 12

T ABLE OF C ONTENTS

EVOLUSI TEORI PENGURUSAN.................................................

Pendekatan Pengurusan Klasik.............................................................................

Pendekatan Kemanusiaan............................................................................................

Pergerakan Hubungan Manusia.........................................................................

Pandangan Sumber Manusia...............................................................................

Pendekatan Sains Gelagat..................................................................................

Pendekatan Pengurusan Kuantitatif.....................................................................

Sains Pengurusan.................................................................................................

Pengurusan Operasi.............................................................................................

Pengurusan Sistem Maklumat............................................................................

Pendekatan Kontemporari............................................................................................

Pandangan Sistem................................................................................................

Pandangan Kontingensi.......................................................................................

Isu-Isu dan Cabaran-Cabaran Pengurusan di Alaf Baru............................................

Persaingan Globalisasi.........................................................................................

Kualiti dalam Pengurusan...................................................................................

Fokus ke atas pelanggan.....................................................................................

Rujukan......................................................................................................................

EVOLUSI TEORI
PENGURUSAN
APAKAH YANG TERDAPAT DALAM BAB INI?

Apabila anda selesai membaca bab ini, anda akan dapat melakukan
perkara-perkara berikut:

Mengetahui evolusi dalam pengurusan.


Memahami falsafah, teori dan konsep pengurusan.
Membandingbezakan antara pelbagai pendekatan dalam
pengurusan.
Mengaplikasi teori-teori dalam pengurusan.
Menilai jenis-jenis pendekatan dalam pengurusan.
Membincangkan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh
pengurus pada masa akan datang.

EVOLUSI TEORI
PENGURUSAN

Bidang pengurusan telah melalui satu perjalanan yang


berliku-liku. Perjalanan tersebut menggambarkan
dinamisme bidang pengurusan yang memerlukan toleransi
terhadap tuntutan semasa berasaskan suasana politik,
ekonomi, budaya dan pendidikan. Pelbagai pendekatan
yang lahir bertitik tolak daripada keinginan untuk
mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi dalam
usaha mencapai matlamat yang dihasratkan. Bab ini
memberikan fokus pada evolusi dalam pendekatan
pengurusan yang melibatkan teori-teori pengurusan klasik,
kemanusiaan, kuantitatif dan kontemporari.

P ENDEKATAN P ENGURUSAN K LASIK


Pendekatan ini berfokuskan organisasi secara keseluruhan.
Pemikir-pemikir yang terkenal dengan pendekatan ini ialah
Henri Fayol, Mary Parker Follett dan Chester I. Bernard.
Pelopor teori ini iaitu Henri Fayol (1841-1925) yang berasal
dari Perancis telah menitikberatkan prinsip organisasi dan
fungsi pentadbiran. Sumbangan beliau yang paling relevan
dengan masa kini adalah berkaitan definisi fungsi-fungsi
pentadbir.
Fayol
mendefinisikan
pentadbiran
atau
pengurusan sebagai perancangan, pengorganisasian,
pengarahan, penyelarasan dan kawalan. Beliau telah
memperkenalkan beberapa prinsip pengurusan seperti
paduan arahan dari seorang ketua untuk setiap pekerja;
Pembahagian kerja mengikut pengkhususan pekerja
meningkatkan pengeluaran hasil yang lebih dengan usaha
yang sama; Paduan objektif dari aktiviti-aktiviti yang
serupa dikumpulkan di bawah arahan seorang pengurus;
dan rantai skala atau rantai autoriti yang terdiri daripada
pihak atasan dan orang bawahan.
Namun
begitu
cara
pengendalian
organisasi
mengikut pendekatan ini dikatakan kurang berkesan. Mary

Parker Follet (1868-1933) yang dilatih dalam bidang


falsafah dan sains politik menggunakan pendekatan ini
dengan menumpukan perhatian pada penglibatan pekerja
dan perkongsian matlamat di antara pengurus-pengurus.
Beliau menekankan kepentingan matlamat yang sama di
antara subordinat-subordinat bagi mengurangkan konflik
perseorangan.
Idea-idea
ini
bertentangan
dengan
pengurusan
saintifik
tetapi
bersesuaian
dengan
pengurusan pengurus moden yang wujud hasil dari
perubahan-perubahan mendadak di zaman ini. Pendekatan
ini bertumpu kepada kepentingan ke atas manusia dan
bukan teknik-teknik kejuruteraan. Penekanan terhadap isuisu abad 90-an yang melibatkan kemanusiaan, etika, kuasa
dan corak kepimpinan agar pekerja-pekerja melakukan
yang terbaik dalam pekerjaan mereka. Konsep-konsep
penting dalam pendekatan ini termasuklah pengagihan
kuasa, pengurus yang memimpin dan bukan mengarah
pekerja serta membenarkan pekerja bertindak mengikut
keadaan.
Chester I. Barnard (1886-1961) memperkenalkan
konsep organisasi tidak formal. Organisasi ini wujud di
dalam organisasi formal. Barnard berpendapat organisasi
bukanlah sebuah mesin kerana di dalamnya terkandung
ikatan hubungan tidak rasmi yang berpengaruh kuat dan
mampu membantu sesebuah organisasi jika diuruskan
dengan betul. Beliau telah memperkenalkan teori
penerimaan autoriti yang menyatakan pekerja-pekerja
dibenarkan memilih untuk mematuhi arahan pihak
pengurusan. Pengurus-pengurus perlu melayan pekerja
dengan baik kerana kuasa autoriti pekerja adalah penting
untuk menjayakan sesebuah organisasi.
Perspektif klasikal secara keseluruhannya terhadap
pengurusan adalah sangat berpengaruh dan telah
memberikan idea-idea tentang kemahiran asas baru untuk
meningkatkan output yang tinggi dan mendapat sokongan
yang efektif daripada pekerja-pekerja.

P ENDEKATAN K EMANUSIA AN
Pengasas-pengasas utama pendekatan kemanusiaan ini adalah Mary Parker
Follet dan Chester Barnard. Pendekatan ini menekankan kepentingan
kefahaman tingkah laku manusia, keperluan dan sikap-sikap pekerja di
dalam suasana bekerja di samping interaksi sosial serta proses-proses
kumpulan. Bidang-bidang di bawah pendekatan ini terdiri daripada

pergerakan hubungan manusia,


pendekatan sains kelakuan.

pandangan

sumber

manusia

dan

P E R GE R A K A N H U B U N G A N M A N U S I A
Pendekatan ini mempercayai pengawalan efektif diperoleh
daripada pekerja-pekerja individu itu sendiri berbanding
pengawalan autoriti yang ketat. Permulaan pendekatan ini
berpunca di antara tahun 1927 dan 1932 daripada satu
kajian yang dijalankan di Western Electric Companys
Hawthorne Works di Chicago. Pengelolaan kajian ini
dilakukan oleh ahli psikologi dari Universiti Harvard, Elton
Mayo dan Fritz Roethlisberger. Kajian ini pada
permulaannya bertujuan untuk memeriksa perkaitan
antara keadaan fizikal dan pengeluaran. Penyinaran
cahaya, suhu dan perkara-perkara yang berkaitan keadaan
bekerja dipilih sebagai keadaan fizikal. Namun hasil dari
kajian awal yang telah dijalankan, kesimpulannya
berlawanan dengan keputusan yang dijangkakan.
Tiga siri eksperimen dijalankan dan kesemua hasil
kajian tersebut berlawanan dengan jangkaan yang
dikehendaki. Siri yang pertama menjalankan kajian ke atas
kadar sinar cahaya sebagai keadaan fizikal. Diandaikan
terdapat kadar pencahayaan tinggi yang mampu memberi
tahap pengeluaran tertinggi kepada pekerja. Ternyata
faktor sinaran cahaya sama ada lebih terang atau gelap
tidak mempengaruhi mutu pengeluaran yang tetap
meningkat. Sebaliknya terdapat faktor lain yang
menyebabkan kenaikan pengeluaran dan bukannya
berpunca dari faktor fizikal pencahayaan. Turutan dari
eksperimen selepas itu yang berkaitan dengan kajian
faktor fizikal, masih tidak dapat menerangkan dengan jelas
apakah faktor kenaikan pengeluaran. Kajian Hawthorne ini
menunjukkan produktiviti pekerja meningkat kesan dari
layanan baik yang diterima dari pihak pengurusan.
Perhubungan manusia dikaitkan dengan peningkatan
output. Tekanan kumpulan memberi kesan terhadap
perlakuan seseorang. Mutu kumpulan adalah amat
berkesan berbanding mutu wang untuk menentukan tahap
pencapaian produktiviti seseorang. Kesimpulan dari kajian
Hawthorne ini telah membuka skop era baru mengenai
hakikat berkenaan manusia. Manusia adalah kompleks dan
merupakan input yang mempengaruhi sesuatu prestasi
organisasi.

P A N D A N G A N S U M BE R M A N U S I A
Produktiviti pekerja meningkat apabila kepuasan keperluan
asas dipenuhi. Pendekatan ini mengatakan, pekerja-pekerja
yang berpuas hati akan meningkatkan prestasi kerja
mereka. Pandangan ini menggabungkan reka bentuk kerja
dengan teori-teori motivasi yang diterokai oleh Abraham
Maslow dan Douglas Mcgregor.
Abraham Maslow (1906-1970) merupakan seorang
ahli psikologi yang berpendapat manusia mempunyai
keperluan hierarki. Permulaan hierarki dipenuhi dengan
keperluan
fisiologi,
keselamatan,
kepunyaan
diri,
penghormatan dan impian. Hierarki ini wujud apabila
manusia perlu berubah mengikut tuntutan sedangkan
keinginan diri individu itu adalah berbeza. Manusia
mempunyai keegoannya yang tersendiri.
Douglas
McGregor
(1906-1964),
telah
memperkenalkan Teori X dan Y. Beliau mengatakan
perspektif klasikal berdasarkan anggapan Teori X yang
berkaitan pekerja-pekerja, manakala Teori Y mengenai
pandangan pekerja terhadap pemikiran pengurusan. Teori
X bersikap negatif, manakala Teori Y bersikap positif.
Elemen-elemen yang terdapat di dalam Teori X terdiri
daripada beberapa sikap negatif individu seperti: Manusia
tidak suka bekerja dan lebih suka diberi arahan Manusia
perlu dipaksa untuk bekerja bagi mengelakkan diri dari
tanggungjawab dan bercita-cita rendah Mengutamakan
keselamatan daripada keperluan Teori ini berpendapat
manusia hanya menganggap kerja sebagai satu keperluan
untuk menjamin kehidupan dan cuba mengelakkan diri
sekiranya boleh berbuat demikian.
Teori Y mengandungi elemenelemen positif seperti:
suka
bekerja
akan
mencapai
objektif
yang
dipertanggungjawabkan akan menerima dan mencari
tanggung jawab mempunyai kebijaksanaan yang boleh
digunakan untuk mencapai matlamat organisasi Teori ini
berpendapat manusia akan berpuas hati dengan apa yang
diusahakan sekiranya bekerja dalam suasana yang sesuai
dan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan
baik. Kini, kebanyakan syarikat mengaplikasikan Teori Y di
dalam pengurusan mereka, namun Teori X masih
digunakan oleh pengurusan beberapa syarikat.
P E N DE K ATA N S A I N S G E L A G AT

Pendekatan ini membangunkan teori-teori tingkah laku


manusia berdasarkan kaedah saintifik dan pembelajaran
yang
diasaskan
daripada
bidang-bidang
sosiologi,
psikologi, antropologi, ekonomi dan disiplin-disiplin lain.
Pendekatan ini digunakan untuk memahami tingkah laku
pekerja dan interaksi di dalam organisasi telah
dilaksanakan di kebanyakan syarikat. Bidang ekonomi dan
sosiologi secara terperincinya telah mempengaruhi
pengurus-pengurus pada masa ini mendalami strategi
organisasi dan struktur pendekatan ini. Psikologi
mempengaruhi pendekatan pengurusan sains gelagat
secara motivasi, komunikasi, kepimpinan dan pengurusan
personel.

P ENDEKATAN P ENGURUSAN K UANTITATIF


Pendekatan pengurusan kuantitatif bermula sejak Perang
Dunia Kedua yang mana teknik-teknik kuantitatif
digunakan dalam urusan peperangan seperti di dalam
pengendalian kapal dan bom oleh tentera British.
Pendekatan ini lebih merujuk kepada aktiviti perancangan
dan kawalan. Terdapat tiga jenis pengurusan yang
menggunakan pendekatan saintifik iaitu Sains Pengurusan,
Pengurusan Operasi , dan Pengurusan Sistem Maklumat.
SAINS PENGURUSAN
Pendekatan ini mula timbul untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud semasa Perang Dunia Kedua.
Ahli matematik, ahli fizik dan ahli sains telah dikumpulkan
untuk menyelesaikan masalah ketenteraan. Oleh kerana
masalah- masalah yang kerap kali timbul meliputi
pemindahan kebanyakan kelengkapan dan manusia secara
cepat dan efisien, maka teknik-teknik yang digunakan
telah diaplikasikan ke atas firma-firma berskala- besar.
PENGURUSAN OPERASI
Pengurusan operasi merujuk kepada bidang pengurusan
yang tertumpu kepada bidang pengeluaran fizikal produk
atau perkhidmatan. Ahli pengurusan operasi menggunakan
teknik
kuantitatif
untuk
menyelesaikan
masalah
pengilangan. Kaedah yang biasa digunakan ialah
peramalan, permodelan, inventori, pemprograman linear
dan bukan linear, teori penggiliran, penjadualan, simulasi
dan analisis pulang modal.

P E N G U R U S A N S I S TE M M A K LU M AT
Pendekatan ini adalah subbidang yang baru di dalam
pendekatan pengurusan kuantitatif. Sistem-sistem direka
bentuk untuk memberi maklumat yang relevan kepada
pengurus-pengurus pada masa dan kos yang sesuai.
Dengan terciptanya komputer digital kelajuan pantas, ia
telah membuka potensi untuk bidang pengurusan
menceburi arena ini. Sistem komputer ini mengumpul
maklumat untuk membantu di dalam pembuatan
keputusan pengurusan yang mana khusus untuk menjawab
soalan-soalan yang perlu.

P ENDEKATAN K ONTEMPORARI
Pengurusan adalah secara semula jadi kompleks dan
dinamik. Elemen-elemen setiap satu pendekatan telah
masih digunakan sehingga ke hari ini. Pendekatan
kemanusiaan merupakan pendekatan yang paling ketara,
namun kebelakangan ini, masih terdapat perubahan yang
berlaku terhadap pendekatan ini. Dua kontemporari utama
di dalam perspektif ini adalah pandangan sistem dan
kontingensi.
P A N D A N G A N S I S TEM
Tahun 1960-an adalah dekad bagi proses sistem. Sesebuah
organisasi sering disifatkan atau didefinisikan sebagai
penerima input, pemproses dan pengeluar faktor
output. Sistem organisasi sebenarnya ialah satu
subsistem di dalam satu sistem yang lebih besar iaitu
masyarakat. Sesebuah sistem berfungsi dengan mengubah
(transform) input-input yang didapati yang didapati dari
persekitaran luar lalu mengeluarkan input yang diubah
tadi, yang dikenali sebagai output ke dalam persekitaran
luar. Lima komponen sistem ialah,
1. Input: kelengkapan, manusia, kewangan atau sumber
maklumat yang digunakan untuk mengeluarkan
barangan atau perkhidmatan.
2. Proses
transformasi:
penggunaan
teknologi
pengeluaran untuk
mengubah input kepada output.
3. Output: merangkumi barangan
sesuatu organisasi.

dan

perkhidmatan

4. Maklum
balas:
keputusan
yang
mempengaruhi
pemilihan input yang akan digunakan untuk proses
kitaran seterusnya.
5. Persekitaran: termasuk pengaruh sosial, politik dan
ekonomi.
Idea-idea pandangan sistem yang mempengaruhi
pemikiran pengurusan secara kukuh meliputi,
1.
2.

3.
4.

5.

Sistem terbuka: sistem yang berinteraksi dengan


persekitaran luaran untuk bertahan.
Sistem tertutup: sistem yang tidak berinteraksi dengan
persekitaran luaran untuk bertahan akan menemui
kegagalan.
Entropi: kecenderungan sesebuah sistem untuk lupus.
Sinergi: individu-individu, kumpulan-kumpulan dan
organisasi- organisasi dapat mencapai kejayaan yang
lebih sekiranya mereka bekerjasama berbanding
dengan bekerja seorang diri.
Subsistem: bahagian-bahagian sistem yang bergantung
antara satu sama lain.

P A N D A N G A N K O N TI N G E N S I
Arah yang paling baru tentang teori pengurusan ialah
kaedah kontingensi atau kaedah mengikut arahan.
Pendekatan pengurusan klasikal dianggap sebagai
universal. Konsep pengurusan dianggap universal yang
mana amalan pengurusan adalah sama untuk semua
keadaan.
Pandangan
kontingensi
bermula
dengan
mengkaji ciri-ciri umum yang mungkin wujud di berbagaibagai keadaan.
Pandangan kontingensi juga cuba mencari serta
menyelesaikan demi melayakkan teori pengurusan kepada
satu-satu keadaan tertentu. Sekiranya kita tidak boleh
menyatakan, `sekiranya X, dari itu Y, mungkin kita boleh
menyatakannya, sekiranya X, dari itu Y, hanya dengan
syarat yang dinyatakan di dalam Z. Usaha serta
sumbangan para pendokong kontingensi ialah percubaan
mereka untuk memisahkan `pemboleh ubah` Z, atau satu
penentu keadaan.
Di dalam pendidikan perniagaan, pandangan
alternatif timbul. Ini dikatakan pandangan kes, yang mana
setiap keadaan adalah dianggap unik, tiada prinsip

universal. Seseorang mempelajari pengurusan dengan


memahami situasi-situasi masalah kes. Pandangan
kontingensi menggabungkan pandangan universal dan
masalah kes. Pandangan ini berpendapat bahawa
respons/tindakan seseorang pengurus bergantung ke atas
kontingensi-kontingensi utama di dalam situasi organisasi.

I SU -I SU

DAN

C ABARAN -C ABARAN P ENGURUS AN

DI

A LAF B ARU

P E R S A I N G A N G LO B A L I S A S I
Antara isu-isu yang penting dalam pengurusan di alaf baru
yang mendapat perhatian ialah persaingan globalisasi dan
kualiti dalam pengurusan. Di dalam respons persaingan
antarabangsa,
pengurus-pengurus
Amerika
telah
menerima amalan pengurusan Jepun. Mereka juga telah
memperbaharui usaha untuk mencapai kecemerlangan di
dalam kualiti barangan dan perkhidmatan. Amalan
pengurusan
Jepun
menekankan:
Kerja
kumpulan
Kepercayaan Pemberi kuasa. Kejayaan firma-firma Jepun
adalah disebabkan oleh kumpulan orientasi mereka.
Sebaliknya, orientasi budaya asas Amerika adalah
tertumpu kepada hak individu dan pencapaian. Oleh yang
demikian,
William
Ouchi
telah
memperkenalkan
pengurusan hibrid iaitu penggabungan amalan pengurusan
Jepun dan Amerika yang dikenali sebagai teori Z.
K UA L I TI

DALAM

PENGURUSAN
Tumpuan kualiti dalam pengurusan adalah menguruskan
organisasi secara keseluruhan untuk memberi kualiti
kepada pelanggan. Elemenelemen kualiti
dalam
pengurusan adalah: Penglibatan pekerja-Kualiti dalam
pengurusan memerlukan
penglibatan syarikat-syarikat
sedunia di dalam pengawalan kualiti. Pekerja-pekerja
hendaklah dilatih, dilibatkan dan diberi kuasa.

F O KU S

K E ATA S P E L A N G G A N

Organisasi yang terlibat dalam amalan kualiti pengurusan


mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Ukuran
rujuk merujuk kepada proses yang mana organisasi itu
cuba mengetahui bagaimana sesebuah organisasi yang
berlainan membuat sesuatu dengan lebih baik daripada
mereka
yang
mana
kemudiannya
mereka
cuba
memperbaiki atau meniru amalan terbaik mereka.
Pembelajaran selanjar adalah perlaksanaan perubahan

secara kecil dan meningkat di dalam semua bahagian


organisasi. Kualiti dalam pengurusan bergantung ke atas
pembelajaran selanjar untuk mencapai keputusan jangka
panjang.

R UJUKAN
Bateman, T.S & Snell, S.A (1999). Management Building Competitive
Advantage. (4th Ed.), new York: McGraw-Hill Publishing Company.
Daft, R.L (2013). Management, (11th Ed.). Stamford, CT: Cengage Learning
Jaafar Muhamad (1992). Asas Pengurusan, Edisi ke 2. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn.Bhd.