Anda di halaman 1dari 9

Peranan Teknologi

Dalam Pendidikan
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan
yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah. Namun begitu
terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana guru dapat membuat
persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan
dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar
secara berkesan. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu
dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan
gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran
dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang
terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada
pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya
penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini
mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan
pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta
efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam
aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia
dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan
bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet
dan sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi
dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran
disekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu
dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan
merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini

mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk
menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami. Di samping itu
guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman
yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut. Ini kerana semasa
proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang
apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan
sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti
penyampaian. Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan
pengetahuan mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan
pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya
di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru
agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi
memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang
pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama
dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid
dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran
akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya
melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid
akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan
persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat
segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap
sistem yang diajar menggunakan ICT.

Web 2.0 Dan Peranan Pelajar


Penggunaan teknologi berasaskan web dalam pendidikan mendorong
kepada anjakan paradigma peranan guru dan pelajar. Selain daripada
berperananan sebagai penyampai maklumat, guru kini berperanan sebagai
perangcang strategi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan
web sebagai fasilitator. Manakala pelajar bukan sahaja menjadi penerima
maklumat daripada guru semata-mata tetapi pelajar kini boleh menjadi
penyumbang aktif kepada pelbagai maklumat.

Ciri -ciri Web 2.0 boleh diintegrasikan dalam pendidikan melalui pelbagai
aktiviti yang merangkumi penghasilan dokumen, membuat penyuntingan,
penyebaran maklumat, penilaian, kritikan dan maklumbalas. Disamping itu,
peranan pelajar sebagai penyelidik, penulis dan pemberi khidmat sokongan
membantu dalam meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Berikut adalah peranan pelajar dalam menggunakan aplikasi web 2.0 dalam
pendidikan :
A) Pelajar Sebagai Penyumbang Kandungan
Keupayaan untuk mencipta serta memanipulasi maklumat seperti yang

terdapat dalam Wiki, blog dan podcast membolehkan pelajar untuk


memanipulasi maklumat yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan
dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. Dengan kaedah ini secara
tidak langsung pelajar itu sendiri telah mengalami proses pembelajaran kendiri
dan ia juga membekalkan maklumat kepada masyarakat sejagat.
B) Pelajar Sebagai Penyumbang Aktiviti Pembelajaran Dua Hala
Menerusi web khususnya melalui ruang forum, pelajar boleh melakukan
aktiviti tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan sebagainya. Penggunaan
ruang forum maya yang terancang, aktif dan kreatif menyokong kepada
pembentukan telaga ilmu dalam sesuatu bidang. Teknologi dinamik ini dapat
menghasilkan aktiviti pembelajaran dua hala atau lebih kepada maya (virtual)
dan aktif.
C) Pelajar Sebagai Pengkritik
Dengan menggunakan aplikasi web 2.0, pelajar boleh menyumbang idea
sebagai pengkritik. Sebagai contoh kenyataan akhbar atau teks ucapan boleh
dijadikan bahan kritikan. Guru berperanan menyediakan bahan untuk membuat
kritikan. Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai bahan yang bersesuaian untuk
dijadikan bahan kritikan. Kritikan dengan sokongan dari kajian literatur akan
menyumbang kepada penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar kepada tajuk atau
bidang tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu
yang berkaitan dengan bahan atau subjek yang hendak dikritik disamping bijak
berhujah mengenai sesuatu isu
pa Perbezaan Di Antara Web 1.0 Dengan 2.0

Terdapat beberapa perbezaan di antara web 1.0 dan 2.0. Secara asasnya web
2.0 adalah kesinambungan daripada web 1.0 itu sendiri. Namun begitu terdapat
perbezaan antara keduanya. Dalam web 2.0, pengguna tidak perlu melawat
satu-satu laman web yang khusus jika hendak mengetahui sebarang maklumat
mengenai sesuatu perkara. Maklumat tersebut boleh didapati pada mana-mana
laman web yang ada menyediakan perkhidmatan dan capaian untuk laman web
lain.

Tidak seperti web 1.0, kita perlu buka laman web yang betul atau sama jika
ingin mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh jika
kita ingin mendapatkan maklumat mengenai telefon Samsung, kita perlu pergi
ke laman web Samsung. Ini adalah ciri web 1.0. berbeza berbanding web 2.0,
kita sudah tidak semestinya perlu pergi ke laman web Samsung jika ingin
mendapatkan sebarang maklumat. Kita boleh melayari laman web Samsung
melalui laman web lain yang ada menyediakan perkhidmatan capaian yang
mudah. Kita juga mampu melihat sebarang maklumat berkaitan tanpa perlu
melayari laman web tersebut. Aplikasi web 1.0 lebih terbatas. Pengguna perlu
melawat laman web tertentu jika ingin mendapatkan maklumat. Ia lebih sukar
dan tidak mesra pelanggan. Web 1.0 juga mempunyai aplikasi yang terbatas
berbanding web 2.0.

Perbezaan Web 1.0 dengan Web 2.0

Dapat kita ringkaskan bahawa Web 1.0 dengan Web 2.0 ialah :
web 2.0 mewakili jumlah perubahan yang berlaku semenjak web 1.0
diperkenalkan pada pertama kali.
web 2.0 bersifat dinamik manakala web 1.0 adalah statik.
web 1.0 lebih ke arah pelayaran halaman manakala web 2.0 menuntut
aktiviti yang lebih
aliran dan sebaran maklumat web 1.0 adalah lebih linear berbanding web
2.0
Perbezaan utama dalam Web 2.0 dan Web 1.0 adalah keterbatasan pada
Web 1.0 yang mengharuskan pengguna internet untuk datang ke dalam website
tersebut dan melihat satu persatu isi kandungan di dalamnya. Sedangkan Web
2.0 menghendaki pengguna internet dapat melayari semua maklumat dalam
website tanpa harus berkunjung ke alamat yang berkaitan
eb 2.0 Dalam Pendidikan
Konsep Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan Internetdan web
sebagai platform iaitu aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui
media Internet. Tanpa perlu dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi Web
2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta mobil
melalui telefon pintar ataupun tablet. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi Web
2.0 adalah menjadi suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan
pengumpulan maklumat yang disumbangkan oleh pengguna.
Kemunculan Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur
lebar (broadband) dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan
transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Berbanding penggunaan
aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform
kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara
satu sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna
membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara
tidak formal. Antara aplikasi Web 2.0 yang biasa digunakan adalah
seperti Facebook, Google docs, Twitter, Scribd, Blogger, Wiki dan Flickr.
Penggunaan teknologi Web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan
mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi
tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan

maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi


sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian
teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran
berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti
pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik

[27]

[28]
RUJUKAN
Mohamad Isa Othman. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 19421945(Tumpunandi Negeri Kedah), Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala LumpurIsmail bin Said,(2011), Sejarah Malaysia Moden(19451969),Penerbitan MultimediaSdn.Bhd,SelangorGhazali Shafie.Malaysia:Nilai
Politik dan Budaya.Penerbitan Pustaka Antara,Shah AlamGrahan
Saunders(1980).JEPUN:Peluasankuasa.Longman Malaysia Sdn.Bhd.Kuala
Lumpur Azmah Abdul Manaf(2005).Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.Utusan
Publications& Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur Abdullah Zakaria
Ghazali.etc(2003).Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan AsiaTimur 18001963(Edisi Kedua).Oxford Fajar Sdn.Bhd.Shah Alam Akashah
Ismail(2009).SEJARAH.Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.Selangor

[29]
Penjajahan British dan Perjuangan Kemerdekaan(Terokai
DuniaEnsiklopedia).Berita Harian.Rabu(15 OGOS 2007)-Keratan AkhbarHoHui
Ling.Jurnal Zaman Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu,1941-1945:Penentangan
Orang Cina MelaluiMalayan People's Anti
Japanese Army(Mpaja)http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/notakemerdekaan-tanah-melayu.html[atas talian : 23 JULAI
2013]http://www.slideshare.net/IlyaAdira/sjh1106[atas talian : 23 JULAI
2013]http://upsrpmrspmstpmtips.blogspot.com/2013/03/stpm-sejarahpelaksanaan-malayan-union.html[atas talian : 24 JULAI
2013]http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/sejarah/perjuangankemerdekaan[atastalian : 23 JULAI
2013]http://meruankungenang.blogspot.com/2012/01/perhubungan-kaumsemasa-pendudukan.html[atas talian : 24 JULAI 2013]

Anda mungkin juga menyukai