Anda di halaman 1dari 16

Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara

Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal terbang ke
Kuala lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan
kacak. Pemuda itu bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan pemuda
itu duduk di tepinya. Farisha berminat akan jam tangan pemuda yang juga
merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah berbual ringkas. Mereka tertidur
dalam penerbangan. Di balai ketibaan KLIA, Farisha terlupa menghubungi rakan
serumahnya Shida dan abangnya, Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke
tempat kediaman. Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu
apartmennya. Kad pintar tidak dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah.
Setelah menghubungi Shida, Shida yang sedang bermain skuasy segera balik
untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar kepada Retinal Scanner.
Farisha terkejut tentang perubahan rumah mereka. Menurut Shida, abang
Farishalah yang memasang retinal scanner itu.
Melalui hologram, wajah Azraai wujud di depannya. Azraai menyatakan bahawa
dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana berlakunya kes pembunuhan yang
tidak jauh dari apartmen Farisha. Azraai meminta Farisha supaya mendaftar
retinal matanya dalam sistem keselamatan rumahnya dengan bantuan Shida.
Setelah itu, Farisha pun tidur kerana terlalu letih.
Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram ,
pemuda yang duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan
bahawa Farisha ialah orang yang dicari oleh mereka selama ini kerana DNA
Farisha daripada cawan di pesawat itu memang orang yang dicari oleh mereka.
Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda Farisha kerana otak
Faisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan
Penetrator kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall
Farisha dan dapat membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinara.
Bab 2
Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia ke
Hotel Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan
disampaikan oleh Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa.
Rosman menelefonnya bahawa keretanya telah rosak. Farisha segera
menjagakan Shida yang sedang tidur lena. Farisha meminta Shida membawanya
ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot penyambutnya ke
dewan itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya
hologram beliau yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di
dewan itu. Sebenarnya Farisha dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding
keselamatan sistem komputer yang bernama Secured Shell Sdn. Bhd setahun
yang lalu. Mereka baru mendapat projek di Senawang. Mereka kesempitan wang
sehingga Rosman tidak dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi
Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang
memerhatikan Farisha. Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha
terkejut kerana dapat bertemu semula dengan pemuda yang dijumpainya di
Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di Soft Lab, Cyberjaya.
Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu projek
mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika
berbual-bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk
melemahkan Wall minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya
berkilat di depan matanya. Aqram hanya sempat membaca sedikit ingatan
Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat yang diperolehnya dalam
minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk menyelamatkan

sistem Dinar dalam syarikat mereka.


Bab 3
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas
desakan Rosman, Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini
itu. Aqram membalas e-mel tentang kegembiraannya kerana Farisha menerima
tawaran mereka. Keesokan hari, mereka bertemu di luar dewan simposium.
Rosman hendak membawa mereka ke Puchong untuk perbincangan mereka.
Menurut Aqram, mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang penyelidik
SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan Farisha terkejut tentang nama Karl
kerana Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan
sejak memenangi anugerah tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media.
Aqram membawa mereka menaiki LRT untuk ke Puchong . Di platform monorel,
Farisha mendapati bahawa penumpang sebelah ialah seorang wanita tua yang
menghidap penyakit barah.
Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang lelaki tua.
Lelaki itu bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian
penyelidikan. Dr. Maxi ingin membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured
Shell tentang projek mini itu dengan nilai RM1.5 juta. Rosman dan Farisha
terkejut tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui skop kerja itu. Dr.
Maxi menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam tiga kelompok
komputer SoftLab yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam
dalam masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek
itu. Bagaimanapun, Dr. Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan
pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha
terkejut kerana Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga tahun yang lalu itu. Farisha
ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di
hujung terowong itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl terbaring di
atas katil hospital canggih di dalam sebuah bilik kaca. Karl telah menghidap
penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha teringat akan arwah ibu bapanya
juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka hanya berdiam diri. Menurut Dr
Maxi, Karl masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem
Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas
projek itu dan ingin meminta pendapat daripada abangnya.
Bab 4
Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu. Pada
petang itu, Farisha menerima pesanan ringkas daripada Rosman bahawa dia
masih berada di Senawang dang tidak sempat untuk pergi ke Soft Lab petang
nanti. Farisha terpaksa pergi ke SoftLab sendiri. Farisha enggan menaiki
kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan
oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan
seorang pelanggan. Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu
SoftLab di Cyberjaya. Shida menerima tawaran untuk menulis satu rencana
dengan harga RM25000. Setibanya di Soft Lab, Shida disambut oleh Khairul
Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh Aqram ke bilik keselamatan untuk
mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah bilik besar sebagai
tempat kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha
juga dibawa ke pusat data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu
bahawa di situlah semua data untuk perisian Desktop Maya yang digunakan oleh
pelanggan Soft Lab, iaitu semua data disimpan dalam Dinara. Oleh itu Farisha
dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam. Shida
mengatakan bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu buku

biografi dengan bayaran sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula bekerja
pada keesokan hari di Soft Lab manakala Rosman tidak dapat datang kerana
kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram
bahawa mereka perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan
Farisha. Shida juga akan dijadikan pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada
Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka sebaya dan tubuh badan hampir
sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas tetapi mereka turut
bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah sebuah
cyborg yang canggih.
Bab 5.
Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat. Setelah
itu, Alia membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja mereka
kepada Farisha. Farisha terkejut tentang penerangan Alia yang lancar sekali.
Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka berasa
agak aneh terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga
tidak dapat bulu kening. Mereka menyangka bahawa Alia pernah menjalani
pembedahan plastik. Farisha turut mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal
dan perlakuan yang lebih sempurna. Shida turut berminat terhadap Aqram.
Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu.
Farisha turut mendebat dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha
mendapati bahawa sistem pengkomputeran itu mempunyai kelemahan yang
banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan meminta Farisha menggodam
sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan. Aqram turut mengakui
bahawa Dinara sudah dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus
bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.
Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai
kerja Farisha di Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan
tugas untuk Rosman. Sebaliknya di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang
tenang tugas yang akan dilakukan pada keesokan hari. Alia sungguh marah
kerana tidak diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi mengatakan bahawa
Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik Farisha padi esok. Setelah Alia
beredar dari situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana
Alia kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan
perhubungan rapat antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl.
Mereka berancang untuk meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi
esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan menerima rawatan sekitar pukul
11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik bermimpi
tentang serang binatang buas sehingga dia terlewat bangun.
Bab 6
Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia duduk
di kerusinya, tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan
daripada Dr. Maxi supaya mengurut kepala Farisha. Farisha turut tertidur. Dua
jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan kanan tengkuk
Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan Karl. Ketika itu, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar sedang menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia sungguh
tidak puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang
menjalankan tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah
sahaya yang dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan
bahawa sejak dahulu, dia sudah mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan
untuk berhubungan dengannya. Alia hilang kawalan dan terjerit pekik kerana
Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram terpaksa mematikan suis di
belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.

Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha tidak
teringat apa yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin
kepada Farisha supaya lebih segar. Seterusnya mereka berdua menyambung
penerangan semalam. Farisha berpendapat bahawa dia seolah-olah pernah
menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin Soft
Lab. Farisha berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula
menyatakan bahawa dia sedang mengkaji Karl , saintis terkenal di situ melalui
arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan bahawa sistem Dinara merupakan hasil
Karl dengan seorang wanita yang bernama Medina dan Medina telah
menghilangkan diri setelah sistem Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak
dapat mencari maklumat yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib
syarikat.
Bab 7.
Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk
membincangkan kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar belakang
undang-undang. Farisha meneliti setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa
mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha mengerang kerana
kepalanya berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya seperti kilat yang
memancar seperti yang dialaminya di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa
berhenti dalam perbincangan itu. Semasa mereka keluar dari pejabat, Uncle
Seng, tauke kedai runcit di blok itu menegur mereka dan mengatakan bahawa
dia ternampak dua orang pemuda lari keluar dari arah pejabat mereka dengan
membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan sebagainya. Mereka berasa
curiga atas kejadian itu.
Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh dua
orang anak saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang
akan dua orang anak saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara
yang di luar sangkaannya. Perkara pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor
bahawa dia telah menghidap penyakit jantung. Farisha menangis dan meminta
Azraai tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai kerana tidak mahu
kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai menyerahkan
satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan memberitahunya
bahawa Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan ibunya. Azraai berat hati
untuk memberitahu perkara itu kepada adik angkatnya sejak 26 tahun yang lalu
tetapi dia perlu melaksanakan amanah yang diberikan oleh arwah ayahnya.
Farisha sangat sedih dan menangis sehingga matanya bengkak. Sesungguhnya
kakak iparnya, Mariah turut mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah,
Farisha tidak membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail itu ke dalam
almari bajunya kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.
Bab 8
Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi
selanjutnya antara Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan.
Aqram terus berlari ke arah Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat
Karl untuk menyatakan bahawa sesi pagi itu terpaksa dihentikan. Setelah
diperiksa oleh pegawai perubatan, mereka mengambil keputusan untuk
menghantar Farisha ke hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul
Anwar supaya mereka menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan
mengganti Farisha dalam tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha
telah jatuh pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada
Shida tentang keadaan Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa Farisha
kelihatan kurang ceria sejak pulang dari rumah abangnya. Farisha menerima
pesanan ringkas daripada Farisha bahwa dia berada di Hospital Putrajaya kerana

tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana ada benjol
di belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah
mengandung. Shida menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki
teman lelaki. Selepas itu Shida menelefon Rosamn tentang keadaan Farisha.
Bab 9.
Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan
untuk berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu
menanggung semua kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan Shida.
Mereka perlu membuat persiapan untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl
ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk dibawa
ke hospital. Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida
membuka fail itu dan membaca dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut
kerana Farisha ialah anak angkat yang diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha
melaksanakan semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana
tekanan darah terlalu tinggi, masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin
mengetahui keputusan daripada CT-scan. Farisha mengatakan bahawa abangnya
telah menjumpai doktor dan keadaannya tidak membimbangkan. Tidak lama
kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak
berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan Amin
masuk ke wad Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca
minda Farisha. Ternyata WALL Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan
mudah, mereka dapat merakamkan ingatan Farisha lalu keluar dari situ. Selepas
itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata Farisha masih
lemah dan tidak dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu,
Aqram telah bertemu dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua
mikrocip masih terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip
itu melalui CT-Scan tetapi Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan
untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu
semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh Farisha dan berkhidmat di Soft Lab
apabila diperlukan.
Bab 10
Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat bagi
Medina amat sedikit. Nama Medina banyak dipadamkan daripada kebanyakan
laporan. Alia datang ke belakang Shida dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat
Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya ke Alia sama ada berada di sisi
Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia enggan menjawab. Sebelum Shida
bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua belah tapak
tangan ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan,
mikrocip telah dimasukkan ke dalam tubuh Shida.
Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut Aqram, Shida
telah tertidur. Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha. Shida
diminta duduk di kerusi Farisha. Dr. Maxi meminta Shida berhubungan dengan
seorang lelaki dan mengikut arahan yang dipinta. Shida mengangguk. Alia
mengurut bahu Shida. Shida terlena. Dua jarum mudah lentur sudah menusuk ke
tengkuknya.
Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan keadaan Shida.
Nafasnya semakin laju dan dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang supaya
menghentikan sesi itu tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun keadaan
Shida semakin serius, Dr. Maxi terpaksa menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak
mahu memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa yang dialami oleh

Shida.
Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan yang
mengatakan dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan
wanita tua yang separuh gila itu, Farid tidak pernah lihat wanita itu bergembira
begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya menghubungi anaknya, Farisha.
Wanita itu bukan sahaja hendak mencari anaknya tetapi lebih penting untuk
membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.
Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam dia
memencilkan diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta
untuk memujuk Shida tetapi tidak berkesan. Mereka tidak tahu apa yang
dilakukan oleh Karl terhadap Shida.
Bab 11
Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai
mengatakan bahawa namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu
siapa bapa kandungnya. Azraai berasa syukur kerana mendapat adik seperti
Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa semalam ibu kandungnya datang
dan bercakap dengannya. Azraai terkejut segera meminta Farisha mengemas
barang dan hendak mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu kereta
dan hendak melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi
rakannya, Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha hendak
mengetahui apa hal yang berlaku. Azraai memberitahu Farisha bahawa ibunya
hendak membunuhnya. Dia pernah cuba membunuh Farisha ketika bayi kerana
taksunb dengan sains dan hendak mengorbankan Farisha demi sains. Farisha
tidak dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang
dapat mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui
misi tersebut. Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara
itu dua minggu yang lalu. Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu,
dua orang lelaki datang ke rumah mereka dengan membawa Farisha bersama.
Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta
dan berguling-guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta mengurut
bahu Shida dan Shida kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap dengan Shida.
Shida mengakui dirinya sebagai Karl. Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke
mana pergi Farisha. Karl tidak paus hati kerana mereka menggantikan Farisha
dengan Shida. Dr. Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat demikian
kerana keadaan Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi
bahawa dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana
Farisha cukup lengkap. Shida menegaskan bahawa dia memerlukan Farisha untuk
menghapuskan virus yang disusupi masuk ke dalam Dinara dan mereka
kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl mengatakan bahawa jika virus itu
diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan manusia. Dr. Maxi segera
memberikan arahan supaya Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera.
Sebaliknya Aqram menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala
Lumpur.
Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh
kerana kepala Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat memancar
matanya. Farisha terus jatuh pengsan lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk
Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang berdiri di luar kereta
mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah membawa Farisha dan Azraai diberi
amarah supaya tidak membuat laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis dan
mengatakan bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya.
Shida terus mengatakan bahawa dia telah membunuh seorang budak lelaki di
dalam dewan pembedahan. Selain itu, dia juga memukul seorang wanita sampai
cacat dan hampir mati lalu memberi dia kehidupan baharu kemudian. Khairul

Anwar meluru kepada Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida
mengatakan bahawa Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang
merupakan pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi Khairul
Anwar. Khairul Anwar sangat marah dan hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba
mengawal emosi Khairul Anwar yang tidak tenteram.
Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang.
Dia meminta Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman
dapat mengesan Farisha telah dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai segera
keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah lebuh raya.
Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap
Farisha. Farisha masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn
melelapkan mata dan berinteraksi dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu,
Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .
Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama Rusmina
dan merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl
sehingga dipukul sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan serta
nama Alia. Fikaran Shida bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram
telah mendapati bahawa Karl telah memindahkan pengalamannya yang pahit
selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul Anwar bertanya sama ada ujii
kaji sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji yang pernah
dijalankan terhadap Medina itu gagal.
Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan
kereta yang membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai
menyangka bahawa Farisha telah dibawa ke Soft Lab.
Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap oleh
dua orang lelaki. Tangan dan kakinya telah diikat.
Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan
Medina. Shida (Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina.
Medina sungguh bijak dan sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat
daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia gagal cinta akan Medina dan
Medina mengaburi matanya dengan kecantikan dan kebijaksanaannya. Dr. Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang tersembunyi selama ini.
Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk memadamkan
ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu
kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi. Alia pun diberi
masa 10 minit untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.
Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira berjumpa
dengan Farisha. Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang
sebab Marilyn hendak membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan
keterangan kepada Farisha untuk mendapat kepercayaan anak gadisnya.
Bab 13
Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr.
Haris, otak Karl telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan tugas. Alia
meletakkan kedua-dua tangannya di pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua
batang jarum mudah lentur sudah memasuki tengkuk Shida. Berbagai-bagai
maklumat daripada otak Karl sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-tiba
kedengaran suara Shida. Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada
Alia yang setia. Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan
Shida untuk menyelamatkan Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan
cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi dia masih perlukan Farisha di situ
sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida mua menghidupkan
komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa Farisha telah memberikannya
ilham untuk mencari punca virus itu dan cara untuk menyahaktifkan sistem

Dinara. Dia juga mengetahui bahawa semua angkara Medina adalah hendak
menghancurkan mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina
mengejek Karl hidup dalam badan perempuan. Karl memarahi Medina yang
menangkap Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara Shida yang berubah dan nama
ibunya ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl
dan telah menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan
sesuka hati. Karl mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri.
Medina mengatakan bahawa ternyata dia lebih hebat daripada Karl sehingga
cemburu terhadapnya. Karl menjelaskan bahawa dia terpaksa melarikan Farisha
daripada Medina kerana Medina sudah gila dan hendak membunuh anak sendiri.
Medina menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya Karl juga gila
dan sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta
memberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-kanak
genius. Dia rela Farisha mati daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang
membawa Farisha kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa
ke Soft Lab kerana atas permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat diperlukan
untuk menyelamatkan Dinara. Karl sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara
dibangunkan oleh Karl dan Medina. Dengan sombong, Medina mengatakan
bahawa Dr. Maxi sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara kerana
dialah yang paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa
Medina gila dan sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti dihentikan
segera kerana Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai melancarkan dua program
seperti yang dicadangkan oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu.
Dr. Maxi memberitahu Medina bahawa Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka
terkejut. Medina tidak tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram turut
menaiki kereta Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinar.
Medina berdendam terhadap Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu Median berusaha
membantu Karl dalam penyelidikan tetapi Karl telah mensabotaj Medina dengan
memindahkan pingatan seorang bekas banduan ke dalam minda Medina
sehingga Medina menjadi separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh
anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan
merupakan adik Karl yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya
malah memberikan ingatan dan fikiran baharu kepadanya. Menurut Aqram, Alia
merupakan hasil percubaan Karl yang pertama tetapi kurang sempurna, iaitu
tidak mengubah emosinya yang kuat cemburu. Aqram mengakui bahawa dia,
Alia, Khiarul Anwar dan beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir daripada
benih kasih sayang Karl dengan Medina.
Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik rawatan
Karl seorang demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan
perasaan sedih ketika keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah
yang baru dikenalinya. Setitik air jernih mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak
itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Pada hari Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson
untuk upacara itu. Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang upacara.
Medina turut menyesal kerana lari daripadanya. Farisha memuji ibunya dan
bapanya sama hebat.

Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan
kelihatan agak aneh. Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan
baharu. Farisha bimbang akan Shida. Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak
perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua masih ada banyak kerja di Soft Lab
untuk menyelamatkan Dinara. Aqram memegang tangan Shida dan bertanya
sama ada dia ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup
meninggalkan Akeem, adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha
sudah berlari mencari Medina.

TEMA

Penggunaan teknologi maklumat yang begitu canggih boleh menguasai


pemikiran manusia sehingga hilang rasa kemanusiaan walaupun dalam kalangan
ahli keluarga sendiri.

PERSOALAN

1.
Hubungan kekeluargaan hancur akibat mengejar kemajuan teknologi
maklumat sehingga sanggup mengeksploitasi anak demi kepentingan visi dan
misi seorang bapa.
2.
Hubungan kemanusiaan musnah akibat kerakusan mengejar kecanggihan
sistem teknologi maklumat.
3.
Kemusnahan rumah tangga akibat tindakan suami atau bapa yang
mementingkan teknologi maklumat.
4.
Hubungan kasih sayang antara manusia walaupun bukan dari darah
daging sendiri.

PLOT

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat


empat peringkat garapan plot iaitu:
1. Permulaan
Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram
berkenalan di dalam kapal terbang dari Senai ke KLIA. Seterusnya bertemu
lagi dalam sebuah kovensyen berkaitan pengisian komputer

1. Perkembangan
Aqram menawarkan Farisha menjadi jururunding di Soft Lab tempat
letaknya sistem Dinara dengan tujuan membantu menggodam virus demi
menyelamatkan Dinara.

1. Konflik
Konflik berlaku antara
mengekspolasi fikirannya
tujuan ujikajinya.

Karl dengan Marilyn/Medina kerana Karl


dengan menggunakan seorang banduan bagi

1. Klimaks
Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah
bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk
kepentingan kajiannya di Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara.

1. Peleraian
Karl akhirnya meninggal dunia tetapi pemikirannya tersimpan dalam diri
Shida. Buktinya dalam percakapan Shida, dia mengajak mereka pulang ke
Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang
berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat
yakin itu ialah Karl.

TEKNIK PLOT

1. Pemerian

Contohnya :
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang
memenuhi balai berlepas Lapangan Terbang SenaI
Pengumuman tentang penerbangan seterusnya ke Kuala Lumpur sedang
berkumandang

1. Suspens
Contohnya ;
Pergi! Kau tak sayang aku. Kau cuba bunuh aku dulu. Ini semua muslihat.
Pasti kau akan bunuh aku kali ini!
Karl yang siksa aku sehingga aku cacat. Kemudian dia jadikan aku Alia.
Nama sebenarku Rosmina.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
1. Farisha
o Anak kepada Karl dan Merilyn/Medina.
o

Anak angkat kepada keluarga Azraai.

Berusia 26 tahun dan jurutera keselamatan sistem teknologi


maklumat.

Telah ditanam mikrocip oleh bapanya, Karl.

Sahabat karib kepada Shida dan Rosman.

Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan


santun.

Bijak selok belok berkaitan sistem maklumat komputer.

Berminat dan menyukai dengan perwatakan Aqram

Watak sampingan
1.

Karl

Seorang lelaki berbangsa Inggeris dan berkahwin dengan Marilyn atau


Medina.
Ayah kepada Farisha.

Memukul Rosmina (isterinya) sehingga cacat dan bertukar menjadi robot.

Membangunkan Dinara.

Memasukkan mikrocip ke dalam badan anaknya Farisha ketika baru lahir.

Pernah menerima
Kebangsaan.

Penyelidik dan pencipta sistem Dinara.

Terlantar sakit barah dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi pemikiran Karl
berada dalam pemikiran Shida, walaupun telah meninggal dunia.

2.

Inovasi

Teknologi

Maklumat

Peringkat

Aqram

Seorang pemuda yang kacak diminati oleh Farisha.


Bertugas di Soft Lab mengendalikan Dinara.

Sahabat baik kepada Dr. Maxi dan Khairul Anwar.

Sering menjejaki Farisha.

Sebuah cyborg.

Bertanggungjawab menjelaskan tentang masalah Dinara kepada Farisha.

Memberi maklumat bahawa penggodam Dinara mempunyai dendam


peribadi.

Orang berpengaruh dalam Dinara, juga orang kuat Karl.

Memiliki pen penetrator yang dapat mengesan pemikiran Farisha.

3.

4.

agunerah

Shida

Teman serumah Farisha dan merupakan kawan akrab.


Ditawarkan bekerja dalam arkib yang terletak di Soft Lab dan sering
berurusan dengan Khairul Anwar.

Berjaya mengesan seorang yang bernama Medina bertugas di Soft Lab


yang tidak dapat dikesan.

Pengganti fizikal kepada Farisha setelah Farisha tidak Berjaya untuk


dijadikan ujikaji di Soft Lab.

Pemikiran Karl akhirnya kekal dalam fizikal Shida.


Dr. Maxi

Bertanggungjawab mengurus Dinara dan bertugas sebagai penyelidik.


Mengarahkan Alia (Rosmina) memasukkan mikrocip dan mempengaruhi
pemikiran Farisha dan Shida.

Seorang pakar dalam sistem Dinara berkaitan teknologi maklumat.

Menawarkan Farisha bertugas di Dinara dengan tawaran RM1.5 juta.

LATAR

Latar Masa
1. Subuh- Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang pekerja Soft
Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
2. Pagi Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi, bayang Rosman
masih belum kelihatan.
3. Pagi Farisha sempat menaiki train yang tiba pada pukul 8.40 pagi dan
sampai ke Stesen Bukit Nanas pukul 8.50 pagi.
4.
Hari Mekanik kata petang Ahad atau malam Isnin boleh siap, jawab
Rosman.
5. Malam Atas desakan Rosman, Farisha menghantar satu e-mel kepada
Aqram pada malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga.
6. Petang Pukul 4.30 petang mungkin boleh. Saya bercadang hendak
melihat keadaan Farisha sekitar pukul 6.00 petang nanti, Shida memberikan
cadangan.
Latar tempat
1. Di Lapangan Terbang Senai. Contohnya, Farisha mengerling jam di
tangan. Masih ada masa empat puluh minit lagi. Farisha berjalan susupsasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas
Lapangan Terbang Senai.
2. Perut pesawat. Contohnya, Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat
kira-kira sepuluh minit sebelum masa berlepas.
3. Soft Lab Tetapi kali ini dia tiada pilihan, terpaksa juga menaiki monorel
dan LRT untuk ke pejabat Sort Lab di Cyberjaya.
4. Rumah Karl- Kita akan berbincang di rumah Karl salah seorang
penyelidik Soft Lab.
5. Puchong Kita boleh naik monorel dan kemudian ambil LRT untuk ke
Puchong.., terang Aqram.
6. Nusa Jaya Masa tu Isha selalu berulang-alik ke Nusa Jaya
7. Hospital Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menuju ke arah katil
Farisha di Wad 2B

8. Port Dickson Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa puluh orang
pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
9. Pejabat Secured Shell- Mereka meninggalkan pejabat Secured Shell lalu
menuruni tangga perlahan-lahan
10.Berhampiran Kawasan Nilai Mata abang Azraai tidak berganjak dan
memandang kenderaan-kenderaan yang bertali arus di hadapannya.
Menghampiri kawasan Nilai, dia terpaksa memperlahankan sedikit kereta

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pendidikan tinggi dan penggunaan


teknologi maklumat yang sangat meluas.
2. Masyarakat bandar yang tinggal dan melibatkan satu kawasan yang luas
dengan teknologi maklumat.
3. Masyarakat yang maju dalam bidang teknologi maklumat dan robotik.
4. Masyarakat yang berlumba-lumba untuk mengejar dan menjayakan visi
masing-masing berkaitan dengan teknologi maya.
5. Orang Inggeris yang berada dalam masyarakat Melayu dan cuba
menggunakan orang-orang tempatan sebagai bahan ujikaji.
GAYA BAHASA
1. Kata ganda
Contohnya : susup-sasap , kira-kira , tiba-tiba , kedua-dua
Bersama-sama menggaru-garu
1. Metafora
Contohnya :dada turun naik, mengangkat bahu (m/s 58), duduk tegak

1. Hiperbola
Contohnya : angkat-angkat kening.

1. Simile :
Contohnya : Seperti tidak mahu dilepaskan.
Contohnya : Bagaikan member amaran

1. Sinkope
Contohnya : saja, kejap, dah , tak,

1. Personifikasi
Contohnya ; Dia mengganggap ini rezeki yang datang bergolek.
Contohnya ; hanya bumi dari radio teksi yang menyulam keheningan.

1. Kata pinjaman
Contohnya :
Bahasa Inggeris - retinal scanner, penetrator, physical backup, hyperyisor.
NILAI

1. Nilai kasih sayang.


Contohnya : Medina/Marilyn dan Karl sentiasa berusaha mencari anak Farisha.
1. Nilai bertanggungjawab:
Contohnya : Dr. Maxi bertanggungjawab dalam mengendalikan sistem Dinara.
1. Nilai ketabahan:
Contohnya Farisha begitu
percubaan menculiknya.

tabah

menhadapi

pelbagai

dugaan

dalam

4. Nilai keberanian:
Contohnya : Karl begitu berani memasukkan mikrocip ke dalam badan
anaknya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menyayangi sesama insan dan member kebebasan hak


kepada mereka untuk menjalani kehidupan seperti manusia biasa.

2. Kita hendaklah sabar menghadapi tekanan dalam hidup dan cuba


berusaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
3. Kita mestilah bertanggungjawab sebagai seorang insan di dunia ini, jangan
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain, terutamanya
ahli keluarga kita.