Anda di halaman 1dari 1

Pencemaran alam sekitar sudah menjadi lumrah di negara-negara maju.

Pencemaran seolah-olah tidak dapat dielakkan jika terdapat sebarang aktiviti


pembangunan di sesuatu tempat. Pencemaran boleh diklasifikasikan kepada
beberapa beberapa keadaan seperti pencemaran udara, iklim, tanah dan air.
Pencemaran boleh memudaratkan kesihatan manusia. Pencemaran udara
menyebabkan manusia bernafas dalam udara yang tidak bersih dan terdedah
kepada penyakit berbahaya seperti asma. Pencemaran iklim pula
mengakibatkan penipisan lapisan ozon di atmosfera dan mewujudkan kesan
rumah kaca. Penipisan lapisan ozon menyebabkan cahaya ultra ungu
matahari yang berbahaya kepada kulit manusia menembusi atmosfera. Kesan
rumah kaca pula mengakibatkan suhu bumi meningkat sehingga boleh
mencairkan ketulan air batu di kutub utara atau selatan. Akibatnya paras air
laut akan meningkat.
Pencemaran juga boleh mengakibatkan hakisan dan tanah runtuh.
Pencemaran tanah disebabkan oleh aktiviti pembalakan, pertanian dan juga
pembinaan. Kawasan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk
terkena hakisan dan tanah runtuh ialah di kawasan tanah tinggi. Kejadian
tanah runtuh amat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kehilangan
nyawa dan juga harta benda. Oleh itu, adalah kurang selamat bagi manusia
membina rumah kediaman berhampiran dengan tanah tinggi.
Sumber air juga adalah sangat penting kepada kehidupan harian manusia.
Manusia memerlukan air sebagai sumber minuman dan juga sumber protien.
Sumber air yang tercemar menyebabkan air tersebut beracun dan tidak
selamat diminum. Lebih malang lagi manusia kehilangan sumber protien
kerana hidupan air seperti ikan akan mati. Keadaan ini mungkin disebabkan
oleh aktiviti pembuangan sisa kumbahan, sisa toksik dan minyak kenderaan
ke dalam parit, sungai atau laut.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap manusia untuk memastikan
keadaan pencemaran alam sekitar berada pada tahap yang minimum. Adalah
malang jika kita menunggu sehingga keadaan menjadi parah ibarat telur di
hujung tanduk baru kita hendak berusaha mengawalnya. Keadaan menjadi
tidak berguna sekiranya nasi telah menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai