Anda di halaman 1dari 2

Gaya Hidup Sihat

- CONTOH KARANGAN -

Cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat :

Kehidupan yang bahagia,selamat dan sihat merupakan kehidupan impian


semua orang.Untuk mencapai impian tersebut,pengamalan gaya hidup sihat
merupakan langkah yang wajar dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat.Rakyat
negara ini harus sedar tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat supaya
dapat menjalani kehidupan yang selamat dan sihat.

Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan yang


seimbang.Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan
piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.Makanan seperti
nasi dan bijirin yang mengandungi kaborhidrat harus diambil dalam kuantiti yang
banyak dan diutamakan kerana kaborhidrat dapat membekalkan tenaga untuk
membolehkan kita menjalani pelbagai urusan kehidupan seharian.Pengambilan
sayur dan buah-buahan yang banyak amat penting bagi membekalkan vitamin dan
serat yang cukup kepada tubuh badan.Makanan yang mengandungi
lemak,minyak,garam dan gula yang tinggi harus dielakkan.Hal ini
demikian,makanan yang tidak sihat ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik
seperti diabetes,darah tinggi,obesiti dan serangan jantung.Oleh itu,makanan yang
seimbang dan sihat harus diutamakan dalam usaha melahirkan modal insan yang
berkualiti dan sihat.

Seterusnya,melakukan aktiviti senaman dan beriadah ialah merupakan salah


satu cara mengamalkan gaya hidup sihat.Pengambilan makanan seimbang yang
disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara konsisten dapat membakar
kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan masalah peningkatan berat
badan.Aktiviti senaman dan beriadah boleh dilakukan sebanyak tiga kali seminggu
bersama-sama keluarga dan rakan.Memang tidak dinafikan bahawa badan yang
cergas dapat membina minda yang cerdas.Oleh itu,kita haruslah memperuntukkan
masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk melakukan aktiviti senaman dan beriadah
seperti berjalan,berlari dan bermain yang dapat mengeluarkan peluh.Amalan
senaman dan beriadah mampu melancarkan aliran darah,menguatkan urat saraf
dan otot-otot badan serta peluh yang dapat menjamin kualiti kesihatan seseorang.

Selain itu,corak kehidupan yang sihat juga dapat membantu seseorang


individu untuk hidup sihat tanpa sebarang penyakit.Bagi menjamin kesejahteraan
hidup,kita haruslah menghindarkan diri dari segala perbuatan yang boleh
memudaratkan kesihatan diri seperti amalan merokok,pengambilan minuman
keras,penagihan dadah dan pergaulan bebas.Amalan negatif sebegini boleh
mendedahkan diri kita kepada penyakit seperti kanser,AIDS dan sakit jantung.Pada
masa yang sama,rehat dan tidur yang cukup juga penting untuk menjaga kesihatan
diri.Seseorang individu yang tidak mempunyai rehat dan tidur yang cukup akan
cepat berasa letih dan mudah jatuh sakit.Sudah terang lagikan bersuluh,kita harus
mengekalkan kualiti kesihatan kita bagi menjamin kehidupan sihat selaras dengan
peribahasa " mencegah adalah lebih baik daripada merawat ".

Di samping itu,pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan


stres.Stres atau tekanan perasaan merupakan gejala negatif yang semakin menular
dalam kalangan masyarakat.Sesorang individu yang mengalami stres perlulah bijak
mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut dan terganggu
sehinggan menjejaskan kesihatan dan kehidupan seharian.Antara langkah yang
dapat dilakukan untuk menangani stres ialah meminta pendapat
kaunselor,berkongsi masalah dengan keluarga atau rakan dan mendekatkan diri
dengan Tuhan.Stres yang dapt diuruskan dengan baik membolehkan kita hidup
bahagia dan sihat.

Bagi menjamin kesihatan diri kita terjamin,kita hendaklah berjumpa dengan


doktor di hospital dan klinik secara berkala,iaitu sekurang-kurangnya lima kali
setahun bagi membolehkan penyakit yang tidak menunjukkan sindrom dapat
dikesan lebih awal.Sebagai contohnya,penyakit berbahaya seperti kanser yang kita
sedia maklum bahawa sukar diubati jika lambat diketahui.Bak kata pepatah "
jangan sudah terhantuk baru tengadah ".Oleh itu,dengan pertemuan secara berkala
dengan doktor,rawatan susulan dapat dilakukan supaya kesihatan seseorang indidu
terjamin.

Kesimpulannya,jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat dapat


menjamin kesejahteraan yang diimpikan.Sebenarnya,tiada istilah terlambat bagi
setiap orang untuk memulakan amalan gaya hidup sihat.Gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian harus diamalkan bagi melahirkan masyarakat yang bebas
penyakit.

Anda mungkin juga menyukai