Anda di halaman 1dari 20

MAIMUNAH BT.

AGAT
PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Penggunaan kaedah Ansur Maju bagi meningkatkan penguasaan


kemahiran menulis dengan kemas murid Tahun satu di Sekolah
Kebangasaan Lichok, Roban.

1.0.

Pendahuluan.
1.1. Pengenalan.

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan
kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur.Kedua-dua
komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.Kemahiran membaca dan menulis pula
merupakan kemahiran bukan lisan. Penguasaan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa
ini penting terhadap murid-murid dalam memastikan input yang diberikan kepada muridmurid adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki dan termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Berdasarkan pengetahuan terhadap ketiga-tiga kemahiran berbahasa tersebut, kita akan
memilih salah satu daripada kemahiran tersebut dalam mengajar murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran. Dalam kertas cadangan ini, pengkajiakan mengkaji
mengenai masalah menulis dalam kalangan pelajar, iaitu mengenai cara atau teknik yang
digunakan untuk mengatasi masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan murid tahun satu.
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia juga
berkomunikasi melalui tulisan.Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang
paling tinggi dan kompleks.Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk
seseorang melahirkan perasaan dan idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek
visual, motor dan keupayaan membentuk konsep-konsep.Tulisan juga adalah saluran utama
bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik
yang lebih tinggi. Sebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk
berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, dan selepas
itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain. Seseorang
individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin
disampaikannya supaya dapat dibaca dana difahami oleh orang lain.

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Terdapat dua jenis kemahiran menulis.Chomsky (1957) menjelaskan bahawa


kemahiran menulis secara kasarnya terbahagi kepada dua iaitu secara mekanis dan secara
mental iaitu pelahiran.Harus dikuasai supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang
kemas dan mudah dibaca. Latihan-latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk
mendapatkan kemahiran ini ialah latihan pergerakan tangan, otot dan jari atau membuat
garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya, tunjukkan cara pergerakan tangan, menulis di
pasir dan di papan tulis, bermain dengan benda-benda seperti plastisin, menyusun bendabenda dan melatih menulis huruf dan perkataan, mengawasi tulisan murid tentang bentuk,
jarak, saiz, kekemasan dan kebersihan, melatih menulis dengan cepat, jelas dan senang
dibaca dan melatih menulis dengan cantik. Menurut Chomsky (1957) lagi, jenis kemahiran
ini biasanya dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis yang mana
banyak melibatkan mental.Latihan-latihan mental yang boleh dijalankan untuk mendapat
kemahiran menulis ini ialah latihan pernyataan fikiran atau pendapat, latihan pernyataan
perasaan, latihan pernyataan kehendak dan latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang
tulen dan asli.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca
yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil
semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat
menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui
makna atau gagal membunyikannya.Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan
pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat
dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang
baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus
menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya
mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak
yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang
tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan
jari untuk menulis.
Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut
2

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan
perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag
cantik dan penuh dengan kesenian.
Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam menyukarkan guru menyemak tugasan
mereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisan
tersebut.Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid-murid
dalam kelas Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban menulis dengan cantik, kemas
dan teratur.Aktiviti pratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah
murid-murid ini.

1.2.

Refleksi pengalaman yang lalu.

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang
dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang perkhidmatan 24 tahun
mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah..Ini dapat lihat dalam
masalah-masalah yang terdapat di setiap sekolah yang telah berkhidmat selama ini.
Bagi sekolah penempatan pertama saya iaitu di Sekolah Kebangsaan Dit, Debak, saya
telah menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari
segi bentuk tulisan yang teruk..Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara
tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri
murid-murid tahap dua.
Selain itu, saya juga pernah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan
huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya berkhidmat disebuah sekolah kecil di
luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Roban..Hampir kesemua murid dikalangan murid
tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat juga digambarkan sebagai
masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan kajian saya ini.
Pada kali ini, ketika berkhidmat di SK. Lichok, Roban, saya juga menghadapi masalah yang
hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap satu.
Masalah tersebut adalah tulisan tidak kemas dan tulisan terlalu rapat di antara satu-satu
perkataan sehingga menyukarkan kita untuk memahami perkataan yang ditulis oleh muridmurid tersebut.
Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada
disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan
dan kekurangan murid-murid dari tahap satu lagi sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

adalah penting bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan
kesalahan dan kekurangan yang menyelubungi murid-murid tahap satu ini.
Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkan dengan
teknik-teknik atau strategic penulisan yang betul sejak awala lagi.Tulisan yang cantik dan
mudah dibaca adalah asset yang berharga dalam kehidupan seseorang.Oleh itu, guru
disekolah memainkan peranan yang penting untuk memperbaiki tulisan murid.
1.3.

Refleksi Sorotan Literatur.

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu,
bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji
melalui aspek penulisan ini. Seperti yang Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah
mengkaji mengenai aspek penulisan.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menulis ialah mencatat kata-kata dengan huruf
dan memakai pena ( kalam, kapur, pensel dan lain-lain ). Maksud lain bagi menulis ialah
melahirkan perasaan ( fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat
surat dan mengarang. Manakala kemas bermaksud elok dan rapi kelihatannya ( teratur,
tersusun,terurus dan sebagainya dengan baik. )
Dalam bab ini, pengkaji merujuk kepada beberapa kajian lepas untuk dijadikan
panduan bagi menghasilkan kajian ini. Kesimpulan awal yang dapat pengkaji nyatakan
berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid ini ialah murid menulis secara sambil
lewa dan secara gopoh serta penggunaan pensel oleh murid. Hal yang demikan disokong
oleh Siti Hajar Abdul Aziz (1997) yang menyatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya
lima factor yang menyebabkan orang dewasa tidak mmampu menulis. Salah satu faktornya
ialah belum mempunyai kebiasaan atau budaya menulis dalam diri sendiri masih kurang.
Mok Soon Sang (2010) menyatakan guru yang mengajar dalam kelas adalah orang yang
paling sesuai membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran
menulis boleh diperhatikan dengan cara mereka memegang alat tulis, gaya anggota badan
semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara amnya, kelemahan-kelemahan penguasaan
kemahiran menulis adalah seperti bentuk huruf tidak ditulis secara tepat, huruf-huruf dalam
perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh dan perkataan-perkataan ayat terlalu rapat,
kecil atau condong.Selain itu, jarak antara perkataan dalam ayat terlalu jauh dan ejaan
perkataan seringkali salah.
Robert Lado (1980) Menyalin sebagai suatu latihan..Masalah yang paling besar dalam hal
ini ialah kebosanan. Pelajar akan cepat merasa letih dan mula mencari dalih untuk berhenti
menulis.

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Mengikut Kajian yang dijalankan oleh Nurul Hazwan Bte Kabol (2013) yang bertajuk
Penggunaan Kaedah 3B (Batang Aiskrim, Buku Garis Empat dan Bimbingan Individu) Dalam
membantuMurid

Pemulihan

menjarakkan

ruang

antara

perkataan

dalam

tulisan

menunjukkan penggunaan batang aiskrim mampu mengurang masalah yang dihadapai oleh
murid tersebut.Peserta kajiannya terdiri daripada murid pemulihan Tahun 2 Nilam.Hasil
dapatan menunjukkan tulisan murid juga lebih kemas dengan membuat latihan dalam buku
garis empat.Murid juga boleh menjarakkan tulisan tanpa menggunakan batang aiskrim dan
membaca dengan lancar.
Kajian oleh Rasyiqah Binti Yaacob ( 2012) mengenai keberkesanan Penggunaan
Kaedah Latih tubi dan Salin dan Jalin dalam meningkatkan kemahiran menulis Pemulihan
membuktikan bahawa kaedah latih tubi dan salin jalin dapat meningkatkan kemahiran
menulis.Kajian ini dijalankan di SK Bari Pantai, Merang, Setiu, Trengganu. Sampel kajian ini
melihatkan hanya senarai lima orang murid lelaki Tahun empat kelas pemulihan ( Intan
terpilih ). Pelaksanaan kajian ini pula dijalankan melalui beberapa Instrumen kajian seperti
kaedah pemerhatian,temubual separa berstruktur dan juga ujian pra dan pasca.
Mengikut kajian yang di jalankan oleh Zulaika binti Mohd Ali (2012) yang bertajuk
Penggunaan Kobinasi Kaedah dalam memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun Lima
menunjukkan penggunaan kombinasi kaedah yang menggabungkan penggunaan warna,
penggunaan buku dan lembaran garis tiga, lembaran garis dua, kaedah ansur maju serta
bimbingan individu. Kajian dijalankan di SK. Mawar Biru (nama samara) dan mengajar kelas
5 seroja ( nama samara ). Tindakan yang dijalankan dalam kajiannya Berjaya memperolehi
kekemasan kekemasan tulisan Vic iaitu peserta kajian yang sebelum initulisan Vic agak
besar dan kesan pensel Yang terlalu kuatditekan menyebabka tulisannya nampat comot.
Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, ia jelas membukti bahawa sangat penting bagi
murid-murid untuk memperbaiki kekemasan tulisan mereka. Ia menguji tahap penulisan
murid dalam kertas Peperiksaa Bahasa Penulisan . Menyedari akan kepentinga menulis,
maka pengkaji telah mengambil masalah penulisan ini untuk menjadi fokus kajian.
2.0.

Fokus Kajian.
2.1.
Tinjauan.

Untuk kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah tulisan yang tidak kemas yang
didapati masih dihadapi oleh beberapa orang murid Tahun satu .Terdapat pelbagai
kesalahan dalam kemahiran menulis yang menyumbang kepada tulisan yang
tidak kemas dan sukar dibaca. Antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah
seperti berikut :
i.
ii.

Formasi atau bentuk huruf yang salah atau tidak tepat


Huruf-huruf ditulis secara bertindih
5

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

iii.
iv.
v.

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Bentuk huruf ditulis terlalu condong


Huruf besar dan huruf kecil bercampur
Jarak antara huruf dan perkataan yang terlalu rapat

Salah satu keperluan akedemik di sekolah ialah kebolehan menulis.Kebolehan


menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah.Oleh itu, pengkaji
merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki
tulisan mereka.Pengkaji merangka beberapa tindakan bagi membantu muridmurid ini memperbaiki tulisan mereka.Pengkaji merangka beberapa tindakan
berdasarkan pembacaan mengenai cara membaiki tulisan melalui kajian-kajian
terdahulu
Dalam kajian ini, pengkaji menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa
orang murid dari kelas Tahun 1.Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan tidak
kemas. Tulisan mereka buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang
terdapat pada buku latihan dan saiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga
sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan
murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan tangan dan buku yang
tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan yang tidak
tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Kajian yang akan dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas
Tahun 1, menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid
mempelajari kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah
paling asas dan kemudian beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka
menguasai kemahiran menulis.Beberapa instrumen seperti soalan temu bual, borang soal
selidik, borang taburan keputusan murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk
mengumpul

data

kajian.Data

kemudian

dianalisis

menggunakan

peratus

dan

bilangan.Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah ansur maju mempunyai


kesan dalam membaiki tulisan murid.
Tinjauan awal ini mendapati cara duduk, dan cara memegang alat tulis respoden
adalah salah. Menurut Levine ( 1987 ), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan
kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel.

2.2.

Analisis tinjauan masalah.

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, pengkaji akan menggunakan teknik pemerhatian,
temu bual, soal selidik dan penelitian dokumen. Melalui pemerhatian pengkaji mendapati
empat orang murid yang dikenalpasti menghadapi masalah tidak kemas dan teruk seperti
cakar ayam. Dalam kajian ini , pengkaji menggunakan foto sebagai alat pemerhatian.

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Selain daripada itu pengkaji juga menggunakan teknik temubual untuk mendapatkan data
kualitatif.Temubual kualitatif merujuk kepada temubual di mana pengkaji mengemukakan
soalan-soalan terbuka kepada seseorang, merekod jawapannya.Membuat transkripsi dan
akhirnya menganalisis data tersebut. Penelitian dokumen pula akan digunakan untuk melihat
perbezaan dan peningkatan sebelum dan selepas kajian dijalankan. Penelitian melibatkan
hasil tulisan responden melalui buku latihannya.
Kesimpulannya, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh responden
khususnya yang berkaitan dengan tulisan yang tidak cantik dan sukar dibaca dan empat orang
telah dikenalpasti iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.Pengkaji juga telah mengenalpasti
punca masalah dan memilih kaedah ansur maju untuk mengatasi massalah mereka.
3.0.

Objektif kajian.

Objektif kajian pengkaji adalah seperti berikut ;


3.1.

Mengenalpasti punca masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan

3.2.

murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban


Mengaplikasikan kaedah Ansur Maju bagi menangani masalah
tulisan tidak kemas dalam kalangan murid Tahun Satu Sekolah

3.3.

Kebangsaan Lichok, Roban.


Mengenalpasti kesan pengaplikasian kaedah Ansur Maju dalam
kalangan murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban.

4.0.

Soalan kajian.

Pengkaji telah menetapkan soalan-soalanberikut untuk dikaji.


4.1.

Apakah punca masalah tulisan tidak kemas dalam kalangan murid

4.2.

Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban.


Bagaimanakah kaedah Ansur Maju diaplikasika bagi menangani
masalah tulisan tidak kemas kalangan murid Tahun 1 Sekolah

4.3.
5.0.

Kebangsaan Lichok, Roban.?


Apakah kesan pengaplikasian kaedah Ansur Maju kalangan murid

Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban.?


Kumpulan sasaran.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menfokuskan kepada empat orang murid Tahun
satu Sekolah Kebangsaab Lichok, Roban sebagai respoden.Mereka terdiri
daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan.Keseluruhan murid tahun satu
mempnyai sepuluh orang murid.Semua respoden kajian dipilih berdasarkan
beberapa kriteria yang telah ditetapkan.Pengumpulan data menggunakan
instrument analisis dokumen, pemerhatian dan temubual.

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Sebagai guru Bahasa Melayubagi kelas ini, pengkaji menghadapi masalah


semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana sukar untuk membaca
tulisan respoden-responden ini. Oleh sebab itulah pengkaji memilih kelas ini
sebagai kelas kajian oleh pengkaji. Pengkaji juga telah mengenalpasti punca
masalah tersebut dan ingin menggunaka kaedah Ansur Maju untuk memperbaiki
kekemasan tulisan responden
6.0.

Tindakan yang dicadangkan.


6.1. Model Kurt Lewin
Lewin (1946) menjelaskan bahawa sesebuah penyelidikan perlu diikuti

dengan tindakan sosial. Beliau mengemukakan satu model pilin dan setiap pilin
atau kitaran itu mengandungi lagkah-langkah perancangan, tindakan dan
peninjauan atau pencarian fakta mengenai kesan atau keputusan sesuatu
tindakan itu (Lewin, 1948). Kitaran tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah di
bawah:

Mengambil langkah
tindakan kedua

8
Model Kurt Lewin (1948)

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Menurut Lewin, langkah pertama ini meneliti dan mengenalpasti sesuatu


idea atau amalan. Ini diikuti dengan pencarian fakta berkaitan dengan situasi
yang diperlukan. Sekiranya langkah awal ini dapat dilakukan, perancangan
keseluruhan akan dibuat dan keputusannya akan dianggap sebagai langkah
pertama sesuatu tindakan.
Langkah

seterusnya

mengandungi

langkah-langkah

perancangan,

pelaksanaan dan tinjauan atau pencarian fakta dengan tujuan untuk dibuat
penilaian ke atas keputusan langkah kedua ini. Seterusnya, asas untuk langkah
ketiga dibuat yang mungkin melibatkan pembetulan, penambahbaikan atau
modifikasi rancangan keseluruhan tadi.
6.2.

Aktiviti yang dicadangkan.


6.2.1.Intervensi 1( Pratulisan.)

Lankah 1 : Permainan dart ( teknik pegang pensel )


Langkah 2 :Permaian Maze Pergerakan jari atas corak ( koordidasi
mata dan
Langkah
Langkah
Langkah
Pengkaji

tangan )
3 : Mewarna bentuk-bentuk
4 : Menulis di atas huruf putus-putus
5 : Menconteng/ Membentuk corak

memperkenalkan

satu

permainan

dart

bagi

melatih

responden

memegang pensel dengan cara yang betul. Responden bermain mengikut giliran
dan masa yang ditetapkanoleh pengkaji. Pengkaji akan sentiasa mengawasi
keadaan.Setiap permainan yang dirangka untuk Intervensi 1 ini adalah untuk
pratulisan,

persediaan kepada responden sebelum memasuki aktiviti menulis

yang sebenar. Aktiviti yang dijalankan pada peringkat Intervensi 1 ini bertujuan
melatih responden dengan kemahiran menulis iaitu koordinasi mata dan
tangan.Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 10 minit setiap hari sepanjang
Intervensi 1.
6.2.2.Intervensi 2
Langkah 1 : menyalin perkataan dengan meletakkan ibu jari
telunjuk
hampir dengan mata pensel.
Langkah 2 : Menyalin perkataan pada buku bergaris empat
berwarna
Besar
Langkah 3 :Menyalin perkataan pada buku bergaris empat
berwarna
Sederhana.

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Langkah 4 : Menyalin perkataan pada buku bergaris empat


berwarna
Kecil.
Responden

menulis perkataan-perkataan secara ansur maju dan berulang

dengan menggunakan buku penulisan bergaris empat. Postur badan dan cara
responden memegang pensel akan dipantau dari masa ke semasa. Latihanlatihan penulisan ini akan dikumpul dan dianalisis untuk melihat kekemasan dan
kecantikan tulisan responden.
6.2.3. Intervensi 3 :
Langkah 1 :Menyalin simpulan bahasa pada buku garis tiga
besar
Langkah 2 : Menyalin simpulan bahasa pada buku garis tiga
Sederhana
Langkah 3 : Menyalin lirik lagu bahasa pada buku garis tiga
Sederhana
LATIH TUBI.
Aktiviti menulis akan dipertingkatkan dengan menulis simpulan bahasa dan lirik
lagu pada ruangan yang telah disediakan. Aktiviti ini mungkin tidak akan
membosankan kerana tidak dapat dinafikan ramai murid sekolah meminati
muzik dan nyanyian dan sanggup menyalin lirik lagu semasa atau terkenal.
6.2.4.Intervensi 4
Menyalin ayat mudah.
Dalam intervensi 4 , responden akan diminta menulis ayat mudah sebagai
aktiviti yang lebih mencabar. Pada peringkat ini responden diminta meletakkan
ibu jari diantara setiap perkataan yang ditulis dalam ayat.Ini bertujuan untuk
memulihkan atau menjarakkan tulisan responden agar tidak terlalu rapat.Ayat
yang ditulis adalah berperingkat-peringkat dan tidak terlalu panjang.
Setelah selesai setiap intervensi , pengkaji akan menguji responden dengan cara
menggunakan bahan penilaian yang berkaitan . Responden akan menggunakan
pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah
dilihat sebelum ini, Latih tubi amat diperlukan dan kaedah ansur maju ini.
Setelah melaksanakan ujian menulis dalam intervensi 4 , Pengkaji akan
membuat penilaian terhadap hasil kerja tersebut. Berdasarkan penilaian yang
dibuat, responden yang telah mempamerkan kekemasan pada tulisannya akan
dibuat

tindakan

selanjutnya,

manakala

responden

yang

masih

belum

menghasilkan tulisan yang kemas akan terus dibimbing dengan latih tubi dengan
10

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

mengulangi semula intervensi 3 dan 4 untuk memastikan bahawa murid yang


masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melakasanakannya
dengan lebih baik.
Setelah pengkaji melaksanakan pusing kedua bagi responden yang belum
mencapai tahap di langkah di intervensi 5, guru mula mengumpulkan hasil
dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan Kajian
Penyelidikan Tindakan yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, pengkaji sendiri
dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah Ansur Maju
berhasil untuk dilaksanakan ataupun tidak. Segala keputusan dan tindakan yang
dilaksanakan akan dijilitkan
.
6.3.

Kaedah mengumpul data

Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara pemerhatian,


ujian, temu bual serta latihan penilaian. Teknik pengumpulan data juga perlu
bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau
direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data yang dirancang
dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.
Mengikut Creswell (2002), pengumpulan data terdiri daripada tiga jenis sama
ada

kuantitatif,

kualitatif

atau

gabungan

kedua-duanya.

Dalam

usaha

penyelidikan ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah kuantitatif


dan kualitatif.Kaedah ini dipilih dengan tujuan memperoleh keboleh percayaan
yang tinggi bagi kutipan data-data dari responden serta sampel.
6.3.1.Teknik Pemerhatian.
Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan
bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses
tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian
antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan
pemerhatian di akhir tindakan.
Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap,
perlakuan , hasil kerja murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku
latihan murid dan ujian bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk
mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal
tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal
tindakan dalam proses pengumpulan data.
11

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan
sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga
tamat menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia
disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang
berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting
kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif
dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau sebaliknya.
Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan
kaedah Ansur Maju tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan muridmurid dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang
digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak.
6.3.2.

Teknik Temu Bual

Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk
verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih
terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan
temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik,
umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.
Di sini pengkaji dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas
bagi mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh
membuat tamubual bersama murid itu sendiri.
6.3.3.

Bukti Dokumen

Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data daripada
dokumen.Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah,
membandingkan dan memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik
pemerhatian dan teknik temu bual.Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk melihat
bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan
kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian.Untuk kajian ini, dokumen yang pengkaji kutip
adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.
6.3.4. Soal selidik
Soal selidik ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh responden
sewaktu menulis mengikut kedudukan yang betul dan saiz yang sesuai. Pengkaji juga perlu
mengetahui cara responden ini berfikir sewaktu mereka menulis dengan kemas dan cantik.
Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis hasil soal selidik ringkas untuk mendapatkan
maklumat lengkap berhubung latar belakang, minat dan pandangan responden tentang
12

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

program kajian tindakan yang bertujuan untuk membantu pengkaji dalam membimbing
responden agar dapat menguasai kemahiran menulis mekanis dengan cekap. Bahkan
melalui data yang diperolehi juga, pengkaji akan dapat menambah baik pengajarannya
menggunakan teknik yang digunakan. Begitu juga murid-murid benar-benar mengetahui
cara serta teknik yang digunakan.
6.4.

Perancangan dan cara menganalisis data.

Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari,


membandingkan

data

yang

ada

dan

membuat

interpretasi

yang

diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk mengindentifikasi ada


tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas
dan benar.
Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan
keputusan,

perencanaan,

pemantauan,

pengawasan,

penyusunan

laporan,

penyusunan statistik pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan,


peningkatan program pendidikan, dan pembinaan sekolah.
Kaedah gabungan ataupun mixed method digunakan pengkajiuntuk menjalankan
penyelidikan masalah kekemasan tulisnan beberapa orang responden dalam
tahun satu.. Menurut L.R. Gay et.al (2009) Kaedah Campuran (gabungan) adalah
reka

bentuk

penyelidikan

pendekatan

campuran

yang

menggabungkan

pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan memasukkan kedua-dua data


kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian. Kaedah campuran atau gabungan ini
adalah untuk menghasilkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang kukuh
untuk

memahami

fenomena

kajian

dengan

sepenuhnya

berbanding

menggunakan kualitatif dan kuantitatif secara sendiri . Di samping untuk


memantapkan sokongan terhadap sesuatu isu, hujah atau dapatan yang
diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada kualitatif atau kuantitatif.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data kualitatif yang akan diperoleh
dengan cara pemerhatian dan analisis dokumen manakala data

kuantitatif

diperoleh daripada kaedah pengumpulan data iaitu ujian dan soal selidik.
6.4.1.Analisis Pemerhatian.
Pengkaji membuat analisis hasil pemerhatian yang telah dicatat dalam nota
lapangan

untuk

mengenalpasti

tingkah

laku

dan

minat

murid

semasa

melaksanakan tindakan. Berdasarkan analisis catatan nota lapangan , pengkaji

13

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

dapat

mengenalpasti

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

perasaan

dan

perkembangan

responden

sepanjang

pelaksaan tindakan.
6.4.2.Analisisi Temu Bual
Pengkaji menganalisis hasil temu bual yang berbentuk transkrip temu bual.
Analisis temu bual dilaksanakan untuk melihat kesan tindakan terhadap
responden.
6.4.3.Analisis Dokumen
Data yang dianalisis juga terdiri daripada hasil temu bual bersama responden,
hasil lembaran kerja, borang senarai semak dan hasil kerja murid . Lembaran
kerja responden terdiri daripada hasil kerja yang dibuat oleh murid dan direkod
dalam hasil senarai semak lembaran kerja murid. Ujian pelepasan dianalisis bagi
melihat perkembangan responden sebelum dan selepas tindakan.

6.3.3 Analisis soal selidik


Hasil daripada soal selidik bersama responden Tahun 1

juga akan digunakan untuk

menganalisis data yang diperolehi. Soal selidik ini dijalankan bagi menganalisis masalah
yang dihadapi oleh responden sewaktu menulis mengikut kedudukan yang betul dan saiz
yang sesuai. Pengkaji juga perlu mengetahui cara responden ini berfikir sewaktu mereka
menulis dengan kemas dan cantik. Selain itu, pengkaji juga akan menganalisis hasil soal
selidik ringkas untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung latar belakang, minat dan
pandangan responden tentang program kajian tindakan yang bertujuan untuk membantu
pengkaji dalam membimbing responden agar dapat menguasai kemahiran menulis mekanis
dengan cekap. Bahkan melalui data yang diperolehi juga, pengkaji akan dapat menambah
baik pengajarannya menggunakan teknik yang digunakan. Begitu juga murid-murid benarbenar mengetahui cara serta teknik yang digunakan.
6.3.4 Analisis Ujian
Teknik ujian dijalankan untuk mengetahui tahap keberkesanan teknik yang telah
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1. Ujian
yang dijalankan akan menilai kemahiran responden menulis

dengan kemas mengikut

kedudukan yang betul dan saiz yang sesuai. Selepas intervensi dilaksanakan, pengkaji akan
menjalanakan ujian akhir bagi mendapatkan data serta seterusnya menganalisis data
tersebut bagi melihat keberkesanan teknik yang digunakan. Berikut merupakan pecahan
skor pemarkahan analitik yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini.
14

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

Gred
A
B
C
D

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Peratus Markah(%)
Tahap Keberkesanan
80 -100
cemerlang
60 79
memuaskan
40 59
tidak memuaskan
0 39
gagal
7.0.
Jadual: Skor Pemarkahan Analitik

Skor markah yang akan diperolehi pada peringkat awal (ujian pra) dan akhir (ujian pasca) .
Kajian ini dapat menunjukkan kepada pengkaji berkenaan pencapaian responden. Hasil
dapatan akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat perbandingan pencapaian
responden dengan murid-murud Tahun 1 yang lain.

7.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian


7.1 Jadual Pelaksanaan
Tindakan kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan kepada jadual pelaksanaan seperti
jadual berikut:

Bil
1.

Mengenal

pasti

Aktiviti/Tindakan
masalah dan pengumpulan

data

awal

menggunakan Ujian Pra


2.
Menulis proposal kajian
3.
Perancangan tindakan
4.
Melaksanakan Tindakan 1 Intervensi 1
5.
Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 1
6.
Melaksanakan Tindakan 2 Intervensi 2
7.
Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 2
8.
Melaksanakan Tindakan 3 Intervensi 3
9.
Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 3
10.
Melaksanakan Tindakan 4 Intervensi 4
11.
Refleksi, perbincangan dan analisis data Tindakan 4
12.
Penilaian khas Ujian Pasca untuk menilai pencapaian murid
13.
Refleksi kajian
14.
Menulis laporan kajian
15.
Pembentangan hasil atau dapatan kajian
Jadual 2: Pelaksanaan Kajian

Tarikh
14 Februari 2015
18 Februari 2015
28 Februari 2015
13 April 2015
17 April 2015
27 April 2015
30 April 2015
11 Mei 2015
15 Mei 2015
18 Mei 2015
22 Mei 2015
22 Jun 2015
29 Jun 2015
06 Julai 2015
Oktober 2015

15

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

8.0.

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Perancangan Pelaksanaan Kajian.( Jadual Pelaksanaan dan kos kajian )

Bil

Item/Perkara

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1.

Kertas Putih A4

RM 10.00

RM 10.00

2.

Dakwat Printer

RM 80.00

RM 80.00

3.

Buku Rujukan

RM 20.00

RM 40.00

4.

Cetakan Bahan

RM 20.00

RM 20.00

5.

Minyak Kenderaan

RM 50.00

RM 50.00

6.

Alat Tulis

RM 20.00

RM 20.00

Jumlah Keseluruhan

RM 220.00

7.0 Jadual Belanjawan

16

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

9.0.

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Penulisan Refleksi.

Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah
saya menyiapkan TugasanKertas Cadangan Penyelidikan Tindakan di sekolah
yang bertajuk Penggunaan Kaedah Ansur Maju bagi meningkatkan Kemahiran
menulis murid Tahun satu di Sekolah Kebangsaan Lichok, Roban .
Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya
ialah ingin membetulkan perlakuan dalam aspek tulisan . Ini kerana ada antara
guru

yang masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan

teknik menulis dengan betul. Terdapat banyak perkara yang saya pelajari dalam
membuat tugasan ini . Antaranya ialah saya dapat belajar cara dan teknik yang
betul untuk membuat Kertas Cadangan dalam usaha menyempurnakan tugasan
ini . Membuat suatu Kertas Cadangan bukanlah suatu benda yang mudah kerana
kita harus meneliti dengan betul setiap apa yang ingin kita kaji dan memahami
mengenai kajian kita sebelum kita membuat sebuah Kertas Cadangan

yang

lengkap.
Dalam tugasan ini, saya belajar bagaimana cara ingin mendapatkan
maklumat daripada responden iaitu murid saya sendiri yang lebih tepat
dikatakan dengan teknik mengumpul data. Melalui tugasan ini saya akhirnya
lebih memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar saya dalam usaha
saya ingin mendekati mereka untuk mengumpul data . Kelebihan ini saya
gunakan untuk mendapatkan lebih lagi maklumat mengenai apa sebenarnya
masalah

yang

dihadapi

oleh

pelajar

ini

dan

seterusnya

mencari

jalan

penyelesaian atau teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah tulisan


yang tidak kemas yang dihadapi oleh pelajar saya.
Mengenai pengalaman yang saya alami ialah saya berasa amat gembira
kerana telah memperoleh pengalaman yang baru iaitu pengalaman yang
sebelum ini tidak pernah saya perolehi. Sebelum ini saya hanya melihat masalah
tulisan yang tidak kemas itu adalah satu masalah yang akan selesai sendiri
apabila pelajar itu meningkat umurnya kerana bagi saya pelajar Tahun 1 masih
terlalu muda untuk mempelajari mengenai tulisan yang cantik dan kemas
sehingga bagi saya itu adalah masalah biasa. Namun begitu, setelah mengkaji
mengenai perkara ini , saya sedar bahawa sebenarnya banyak perkara yang
boleh kita lakukan, iaitu teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah tulisan tidak
17

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

kemas ini. Yakni masalah ini haruslah diselesaikan dari mula , iaitu dari akar
umbi lagi sewaktu kanak-kanak ini masih kecil, dalam umur sebegitu. Bak kata
pepatah, Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Oleh itu, dengan adanya
usaha sebegini daripada pihak guru akan membantu pelajar ini memperbaiki
tahap tulisan mereka supaya tidak terbawa-bawa dengan tulisan yang tidak
kemas ini semasa mereka melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Semoga
dengan cara ini, para pelajar juga akhirnya dapat meningkatkan pemahaman
dan minat belajar mereka dalam bahasa Melayu ini.
Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima
kasih kepada Pensyarah Pembimbing, Tuan Haji Olen Bin Tabor dan guru besar
yang banyak memberi input yang sangat berguna berkaitan Kertas Cadangan ini
. Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada guru panitia Bahasa
Melayu, guru kelas Tahun satu dan semua pihak yang terlibat secara langsung
atau secara tidak langsung yang selalu membimbing saya memantapkan lagi
proses menyediakan Kertas Cadangan ini. Saya juga sangat terhutang budi
dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu saya membuat refleksi
berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan mereka ,
saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.
Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ininanti , dapatlah saya
jadikan ia sebagai panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan
rujukan dan panduan untuk rakan-rakan seperjuangan saya .

18

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Rujukan
Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan
Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar:
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin.(2008). Keupayaan kemahiran
membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan
luar

bandar.Kertas

kerja

di

Konvensyen

Pendidikan

Nasional

2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.


Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan
penulisan.Dimuatturun daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihantulisan.html pada 19 Oktober 2009.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan.
Dimuatturun daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihantulisan.html pada 19 Oktober 2009
Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan
Murid Tahun 2 dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi
Kertas Kerja

Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

Norhadi Bin Sarponen.(2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun


daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahanbantumengajar/
html pada 20 Oktober 2009.
19

MAIMUNAH BT. AGAT


PPG/KOHORT2/FEB2012/BM1/SEM7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU PENDIDIDIKAN RENDAH


BMM3113

Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan


penulisan.Dimuatturun daripada
http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihantulisan.html pada 19 Oktober 2009.
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajiantindakan-masalah.html. Pada 13 Februari 2012.
Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the
Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI
(13)

20