Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH

JALAN TAAYAH,
33007 KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NO.TELEFON : 05-7761179
NO.FAKS
: 05-7769977
KOD SEKOLAH : ABB 4987

KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG


Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Kuala Kangsar.
Tuan/Puan,
PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1 (Bahasa Inggeris),
KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR
2015.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan
menganjurkan Karnival Sains & Teknologi Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Kuala Kangsar pada 23 Mei 2015 (Sabtu) untuk memilih Pasukan
Daerah ke Peringkat Negeri.
3.
Sehubungan dengan itu, SK Datin Khadijah akan menjadi Pengerusi Pertandingan
Bercerita Sains Tahap 1 (Bahasa Inggeris). Pertandingan tersebut akan diadakan pada ;
Tarikh /Hari
Tempat
Masa

:
:
:

23 Mei 2015 (Sabtu)


Dewan Srikandi, SK Datin Khadijah
8.30 pagi

4.
Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat pertandingan dan juga borang pendaftaran
pertandingan. Borang pendaftaran yang telah lengkap perlu dihantar sebelum 12 Mei 2015
(Selasa). Yuran pendaftaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 15.00.
5.
Untuk makluman pihak tuan/ puan juga, skrip cerita perlu dihantar kepada pihak
kami selewat-lewatnya sehari sebelum pertandingan berlangsung. Sebarang kemusykilan /
masalah sila rujuk Guru Besar / Ketua Panitia Sains SK Datin Khadijah.
6.
Sebarang kemusykilan sila hubungi Ketua Panitia Sains SK. Datin Khadijah
(Pn. Badariah Akhiruddin) di talian 05-7769977 atau 017-5544215. Kerjasama dan
keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(HJH ROKIAH BINTI CHIK.)


Guru Besar,
SK Datin Khadijah,
Kuala Kangsar.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA SAINS TAHAP 1


KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2015

1.

Pertandingan ini dibuka kepada murid sekolah rendah Tahap 1 (Tahun 3


sahaja).

2.

Setiap sekolah dibenarkan menghantar seorang peserta sahaja dengan seorang


guru pengiring.

3.

Pertandingan ini adalah secara individu dan hanya seorang peserta sahaja
yang dibenarkan berada di pentas untuk mempersembahkan ceritanya.

4.

Tema cerita hendaklah berkaitan dengan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah


Rendah.

5.

Cerita hendaklah dipersembahkan dalam Bahasa Inggeris.

6.

Skrip cerita hendaklah diserahkan kepada urus setia selewat-lewatnya


sehari sebelum pertandingan dilangsungkan.

7.

Masa yang diperuntukkan bagi setiap peserta membuat persembahan ialah 5


minit. Loceng akan dibunyikan seperti berikut ;
i.

Permulaan

1 kali

ii.

Minit keempat

1 kali

iii.

Minit kelima

2 kali

Markah tidak akan diberikan selepas loceng terakhir dibunyikan.


8.

Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur / pengelola ialah sistem


pembesar suara dan clip microphone.

9.

Penggunaan komputer dan LCD , OHP atau bahan sokongan lain untuk
membantu persembahan adalah tidak dibenarkan.

10.

Peserta dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dengan watak atau cerita
yang dibawa atau dipersembahkan. Props tambahan tidak dibenarkan.

11.

Markah untuk pertandingan ini adalah daripada aspek-aspek berikut ;


i.

Mesej dan isi fakta sains

40 %

ii.

Persembahan

20 %

iii.

Bahasa

20 %

iv.

Kreativiti

15 %

v.

Pakaian (costume)

5%

12.

Jumlah hakim untuk peringkat negeri adalah 3 orang dan peringkat


kebangsaan 5 orang (sekurang-kurangnya 3 hakim berasaskan latar belakang
sains).

13.

Keputusan hakim adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai