Anda di halaman 1dari 4

SYAIR BIDASARI: KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4 (THE ROLE

OF A MONARCHICAL HEAD OF THE KINGDOM)


Naskhah asal manuskrip Jawi Syair Bidasari (SB) yang terdiri daripada lebih seribu
rangkap (1,035) tersimpan di London School of Oriental and African Studies, University
of London. Salinan dalam bentuk mikrofilem boleh dibaca di Perpustakaan Universiti
Malaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di
Malaysia, naskhah SB diselenggara oleh Puan Jamilah binti Ahmad, pegawai penyelidik
DBP
yang
kini
telah
bersara
.
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (JKKDI), hanya lapan rangkap
permulaan SB dihidangkan untuk pembelajaran komponen sastera (komsas) tingkatan 4,
iaitu pada halaman 5 hingga 7. Murid tidaklah diharapkan untuk membuat kajian yang
terlalu mendalam sebagaimana dalam mata pelajaran Kesusteraan Melayu, atau wacana
kesarjanaan (klik di sini, hanya untuk makluman bukan untuk dibaca). Maka memadai
dengan memahami maksud setiap rangkap, kemudian cuba memenuhi keperluan
pembelajaran komsas seperti tema, latar, nilai, pengajaran dan persoalan.
Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya
mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi
contoh dan perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi
bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum
dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan
orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat

pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada
keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang
beberapa bulan, permaisuri pun hamil. Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan
mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa
negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam
syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan
kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat
negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda
duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap


pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas
kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula
yang berlaku.
...
PERBINCANGAN
1 Tema
Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara (muka surat 3
antologi JKKDI)
2 Nilai
a) Keadilan: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan: Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan
menghadapi keadaan sebaliknya
perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
c) Kebijaksanaan: bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara
/kemusnahan (rangkap 5 dan 7)
3 Persoalan
a) Keadilan dalam pemerintahan
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat
genting)
4 Pengajaran
a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan
amanah
b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan
5 Perwatakan
a) Adil
b) Peka / prihatin / sentiasa waspada
c) Bijaksana / matang

SB terbahagi kepada lima kisah. Secara struktural dan rekonstruk, Braginsky


melihatnya dalam episod-episod dan hubungan plot yang bersimetri. Kisah yang pertama,
mengisahkan pasangan diraja hidup serba senang, tetapi mala petaka serangan geruda,
tiba-tiba menimpa mereka, menukarkan suka menjadi duka. Pasangan diraja tidak
berdaya lagi menjelajahi hutan, anak ditinggalkan dalam paksaan. Kisah yang pertama
berakhir dengan tema dukalara. Kisah kedua, bermula dengan nada gembira, dengan
sedikit kecacatan Lela Jauhara tidak dikurniakan cahaya mata. Penemuan Bidasari
meniupkan semangat dalam keluarga saudagar. Kisah bersambung, Johan Mengindera
Raja Negeri Inderaputera bersama permaisuri Lela Sari yang cantik jelita. Lela Sari
kemudiannya, tewas dalam nafsu haiwani, saingannya Bidasari diseksa penuh
kesengsaraan. Air mata ibu bapa Bidasari menjadi rintihan keluarga. Saudagar tua
merintih keruntuhan akhlak pada zamannya, kekejaman pegawai-pegawai tinggi dan
permaisuri Lela Sari. Kisah ketiga, bermula dengan tema keriangan dan kegembiraan.
Raja Mengindera dan isterinya Lela Sari hidup bahagia. Raja bertemu Bidasari di
perburuan menjadikan episod cinta yang berpanjangan. Kedurjanaan Lela Sari
terbongkar, Raja murka tersiksa jiwa. Kemabukan cinta, Bidasari menjadi isteri kedua.
Duka Bidasari telah bertukar menjadi kebahagiaan, manakala kebahagiaan Lela Sari
diganti duka. Kisah keempat, kisah Raja Kembayat kembali ke tanah airnya selepas
dilanggar geruda. Kisah bermula dengan tema dukacita, sedih kehilangan puterinya jelita.
Mereka mendapat cahaya mata, Putera Bangsawan diberi nama, berjaya mencari
kakaknya, Puteri Bidasari di Inderapura. Kisah keempat berakhir dengan tema gembira.
Kisah kelima, kembali dengan tema dukacita tetapi sejenak sahaja. Kerinduan Raja
Kembayat kepada puterinya. Utusan dihantar ke Kembayat, membawa rombongan
keluarga diraja ke negeri Inderapura. Suasana pertemuan membawa tema kegembiraan.
Temasya dan pesta diadakan. Putera Bangsawan menemui pasangannya di perburuan dan
mengasaskan Kota Inderanegara. Syair ditutup dengan cerita tentang pemerintahan yang
sejahtera. Ketiga-tiga raja di negeri masing-masing dan perubahan sikap Lela Sari yang
agak terlambat mengakui kesalahannya dan menyesali perbuatannya(Braginsky, 1994:
141)
http://chethashim.blogspot.com/2011/04/keindahan-syair-bidasari.html
Untuk tujuan pembelajaran komsas, murid tidak dikehendaki mendalami keseluruhan
kisah SB yang berjumlah 1,035 rangkap itu. Hanya lapan rangkap awal yang dikaji pada
permukaannya sahaja ...

Anda mungkin juga menyukai