Anda di halaman 1dari 10

Menganalisis karya agung

Seni kepengarangan
Keagungan karya tradisional Melayu turut terlihat pada kebijaksanaan dan
kehandalan pengarangnya menyampaikan cerita. Pada asasnya tugas
pengarang ialah sebagai pewaris yang empunya ceriata atau istilah yang
sering digunakan ialah menurut yang empunya cerita, alkisah maka
tersebutlah dan lain-lain. Hal ini membayangkan kepada kita bahawa
karya sastera Melayu tradisional adalah milik bersama masyarakat. Hikayat
Melayu adalah cerita dan kisah agung tentang bangsa Melayu. Latar
ceritanya merupakan pentas agung kisah Melayu dengan puluhan dan
pelbagai tempat, kisah, peristiwa, dan beratus nama manusia dari pelbagai
negeri dan benua. Namun, pengarang Melayu berjaya memelihara kesatuan
ceritanya dan kita dapat merasakan wujudnya kesatuan latar dan
pergerakan cerita yang berkesinambungan antara satu cerita dengan cerita
yang lain. ciri yang menonjol dalam penulisan karya agung Melayu
ialahteknik warisan bercerita yang digunakan oleh kebanyakan pengarang.
Pengarang akan menggunakan pelbagai kaedah misalnya memasukkan
unsur jenaka, unsur romantik, realisme, idealism, dan banyak lagi untuk
menarik minat pembaca atau pendengar. Teknik yang lebih halus
digunakan oleh pengarang untuk menyampaikan maksud atau pesanan.
Pengarang akan menggunakan teknik kias ibarat, gabungan prosa atau
puisi dan teknik didaktik. Pengarang juga ada menggunakan teknik orang
ketiga atau dalang untuk menyampaikan apa yang berlaku tanpa
melibatkan dirinya sebagai tukang cerita.
Sulalatus Salatin

Konsep penulisan
Sualaltus Salatin dianggap sebagai sebuah karya sejarah yang universal
bagi masyarakat Melayu tradisi khususnya yang berpusat pada Empayar
Melayu Melaka. Di dalamnya digambarkan mengenai alam masyarakat
Melayu tradisi yang merangkumi bidang politik, ekonomi, masyarakat dan
juga agama. Dalam lingkungan tersebut yang terpenting adalah orang
Melayu atau orang Melaka dengan raja-rajanya, peristiwa yang berlaku dan
tindakan yang dilakukan di sekitar ketokohan dan alam persekitaran
mereka. Orang luar dan peristiwa luar tidak begitu dipentingkan dan
dianggap sebagai unsur sampingan yang berfungsi untuk mengukuhkan
kedudukan dan keagungan seorang tokoh mahupun budaya tempatan.
Orang Melayu Melaka digambarkan sebagai orang yang bijak, serba boleh,
dan terkenal. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah dianggap
sebagai terlalu perkasa tiada berbagai-bagai pada zaman itu. Penulis
menggambarkan betapa orang Melayu Melaka tidak pernah kalah dalam
apa juga bidang yang diceburi. Isi kandungan Sulalatus Salatin telah
menampakkan sentrik Melaka dengan begitu jelas dan inti pati
kandungannya

menceritakan

tentang

sejarah

kebangkitan

dan

perkembangan Empayar Melayu Melaka dari awal sehingga menjadi


sebuah entiti tamadun yang masyhur dan terbilang. Kebangkitan dan
perkembangan Melaka sebagai sebuah tamadun yang masyhur dan
terbilang adalah peranan raja dan pembesar yang menerajui tampuk
pemerintahan yang turut menjadi peristiwa penting yang digambarkan di
dalam karya ini. Pada bahagian akhir diceritakan tentang kemasyhuran
Melaka yang telah menarik minat kuasa asing iaitu Portugis yang berminat
untuk menawan

pusat kegiatan politik, pentadbiran dan ekonomi

perdagangan empayar Melaka. Dengan kata lain, apa yang digambarkan

ialah tentang kemunculan, kegemilangan serta kebesaran Empayar Melayu


Melakasebagai sebuah pusat tamadun dunia, di mana raja serta pembesar
memainkan peranan masing-masing sama ada usaha membangunkan
empayar

mahupun

dalam

mengekalkan

keunggulan

serta

kesejahteraannya.
Kekuatan kepengarangan
Sebagai sebuah hasil karya persejarahan tradisi, Sulalatus Salatin
mengandungi ciri dan bentuk yang sama dengan beberapa buah karya
persejarahan tradisi dalam peradaban lain. Persamaan tersebut dilihat
bukan hanya dengan adanya unsur kesusasteraan, tetapi juga dari tujuan
penulisan dan juga kandungan peristiwa yang kerap berlegar di sekitar
peperangan,

pengembaraan

memuatkan

mengenai

dan

semangat

kepahlawanan.
kewibawaan,

Karya

ini

turut

keagungan

serta

kegemilangan tokoh den peradaban yang berkenaan. Hasil persejarahan


tradisi Melayu seperti Sulalatus Salatin ini mempunyai keistimewaannya
tersendiri. Malah, karya ini merupakan satu karya yang unik, yang boleh
dikatakan tidak terdapat dalam mana-mana karya yang lain. Perkara itu
berhubung dengan unsur kesusasteraan yang berkaitan dengan fungsi
dongeng dan mitos. Dalam persejarahan Melayu, unsur ini mempunyai
fungsi

kemasyarakatan

dan

sejarahnya

tersendiri.

Unsur

tersebut

dimuatkan dengan tujuan memberitahu masyarakat tentang sesuatu


peristiwa dan fenomena yang tidak boleh disampaikan secara terus terang
dan terbuka. Hal ini adalah kerana, nilai dan norma masyarakat Melayu
pada ketika itu tidak membenarkan sesuatu yang biadab dan memalukan
dipaparkan secara terang-terangan. Jika dilakukan juga, perbuatan itu
akan menyebabkan seseorang itu dianggap biadab, tidak tahu adat, dan

lebih teruk lagi dianggap sebagai derhaka. Dengan menyatakan sesuatu itu
secara halus, pihak pengarang merasakan para pembaca atau pendengar
dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dengan lebih jelas lagi.
Pihak yang disindir pula akan menerimanya dengan tenang kerana selaran
itu dilakukan dengan cara yang bersopan-santun.
Motif pengarang
Motif penulisan Tun Seri Lanang adalah untuk menyukakan duli hadrat
baginda Sultan dan adalah supaya perihal yang berkenaan diketahui dan
diingati oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita. Jelaslah
disini bahawa, Tun Seri Lanang menulis Sulalatus Salatin adalah atas
perintah Sultan dan agar karya sejarah ini dapat menjadi iktibar dan
ingatan buat generasi akan datang. Motif seperti ini menggambarkan sifat
subjektif karya dan pengarangnya sendiri, iaitu subjektif terhadap
peradaban, raja-raja dan bangsanya.

Misa Melayu
Konsep penulisan
Kaedah penulisan yang terdapat di dalam Misa Melayu tidak banyak
bezanya dengan Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun Seri Lanang.
Seperti Tun Seri Lanang, Raja Chulan juga menerima titah sultan untuk
menghasilkan sebuah karya dengan penuh kebimbangan rendah hati dan
menganggap dirinya orang yang tidak faham tamsil dan ibarat. Gambaran
beliau mengenai dirinya itu hanyalah suatu pernyataan yang biasa untuk

menunjukkan rasa rendah diri penulisnya. Bagi menghasilkan sesuatu


karya pastinya perlu membuat penyelididkan dan rujukan yang sewajarnya
dan Raja Chulan turut membuat penyelidikan dan rujukan yang sesuai
seperti beliau merujuk khususnya kepada sumber lisan seperti yang
tergambar melalui penggunaan klausa seperti tersebutlah perkataan,
diceritakan oleh orang yang empunya cerita dan tersebutlah alkisah.
Berbeza dengan Tun Seri Lanang, Raja Chulan tidak dititahkan supaya
memperbaiki semula sebuah hikayat yang sudah ada tetapi beliau
dititahkan mengarang semula sebuah karya mengenai sejarah Perak
dengan tumpuan khas terhadap Raja yang memerintah pada kurun ke-18
masihi terutamanya Sultan Iskandar Syah dan Sultan Muzaffar Syah.
Dengan kata lain beliau mencatat sejarah negeri Perak yang berlaku sekitar
zamannya. Oleh yang demikian, salah satu sumber yang digunakan untuk
menghasilkan karya ialah pengalaman dan pengamatan terhadap peristiwa
yang berlaku pada zamannya.
Kekuatan kepengarangan
Dari segi bentuk persejarahan, Misa Melayu mewarisi beberapa ciri
persejarahan tradisi yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin. Antara
cirinya ialah kurangnya penggunaan tarikh namun tarikh yang digunakan
adalah jelas dan tepat. Bentuk penulisan Misa Melayu juga mengandungi
ciri persejarahan Islam seperti memulakan penulisan dengan lafaz
bismillah dan turut memasukkan kata-kata seperti dengan izin Allah.
Besar kemungkinan wujudnya ciri ini adalah kerana banyak membaca
karya persejarahan Melayu-Islam atau hasil pendidikan Islam yang
diterimanya. Misa Melayu turut memberikan satu kelainan kerana tidak
mengandungi unsur yang berupa mitos dan dongeng walaupun ciri

kesusasteraan yang lain seperti pantun dan syair masih dikekalkan. Misa
Melayu merupakan karya yang amat penting dalam persejarahan negeri
Perak. Karya ini mengandungi peristiwa yang benar-benar berlaku yang
menjelaskan mengenai struktur politik kerajaan, kegiatan ekonomi,
undang-undang dan banyak lagi. Turut dimuatkan salasilah dan jurai
keturunan kerajaan negeri Perak, susunan pembesar negeri, struktur
masyarakat, adat istiadat, dan bentuk kesenian yang wujud terutama pada
kurun ke-18. Syair yang dimuatkan di dalam karya ini juga bukan
berbentuk hiburan semata-mata malah mengandungi pelbagai keterangan
peristiwa sejarah yang berguna. Beberapa peristiwa yang dimuatkan di
dalam Misa Melayu juga boleh didapati di dalam sumber sejarah yang lain
terutama sumber dari Belanda. Persamaan ini bukan sahaja mengukuhkan
lagi ketepatan maklumat yang terdapat di dalam Misa Melayu, malah
menampakkan kesedaran dan pengetahuan sejarah pengarangnya.
Motif pangarang
Tujuan penghasilan Misa Melayu merupakan sesuatu yang lazim bagi karya
persejarahan tradisi Melayu khasnya dan tradisi lain amnya. Karya ini
ditulis adalah dengan tujuan memenuhi kehendak atau perintah raja.
Dalam hal Misa Melayu Raja Chulan memaklumkan perintah tersebut
melalui serangkap syair. Tujuan pengarang menerima titah untuk
penulisan itu pula adalah untuk memberitahu kepada generasi seterusnya
mengenai kegemilangan sesebuah zaman pemerintahan seseorang raja
iaitu melalui frasa supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang kelak.
Hikayat Abdullah

Konsep penulisan
Di dalam Hikayat Abdullah, penulisnya tidak menyatakan sumber bagi
sesuatu peristiwa atau tokoh yang dicatatkan kerana pengalamannya
sendiri merupakan sumber yang terpenting. Beliau sering memulakan
sesuatu ayat dengan

beberapa ungkapan terutama apabila

ingin

memulakan sesuatu ayat kata yang empunya cerita, bermula apa yang ku
dengar. Beliau turut menggunakan perkataan konon bagi menunjukkan
rasa tidak pasti atau rasa sangsi terhadap sesuatu peristiwa yang
dicatatkan. Dalam mencatatkan peristiwa mahupun perkara yang berkaitan
dengan tokoh, Abdullah turut menyatakan sekali dengan tarikh yang
berkaitan.

Hikayat

Abdullah

masih

menggunakan

unsur-unsur

kesusasteraan seperti dialog, syair, dan pantun tetapi hikayat ini tidak
mengandungi unsur luar biasa dan khayalan seperti mitos dan lagenda.
Unsur kesusasteraan yang digunakan mampu memberikan gambaran yang
lebih jelas mengenai sesuatu peristiwa serta lebih meyakinkan pembaca.
Kekuatan kepengarangan
Hikayat Abdullah memang mempunyai beberapa ciri persejarahan moden
terutama jika ditinjau dari segi isi kandungan, sikap yang agak kritis, dan
kesedaran dalam penggunaan tarikh yang konsisten. Hikayat Abdullah ini
boleh dikatakan sebagai suatu bentuk karya persejarahan yang kritis,
terutama terhadap catatan peristiwa. Suatu unsur penting yang terdapat di
dalam hikayat ini adalah nasihat yang dikemukakan terutama pada akhir
setiap bab. Kadag kala unsur nasihat dimuatkan selepas penerangan
tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Melalui bahagian nasihat ini,
Abdullah seolah-olah ingin menyedarkan pembacanya tentang kesilapan

dan kekeliruan mereka selama ini. Hikayat ini juga masih lagi sebahagian
daripada tradisi persejarahan Melayu-Islam. Abdullah sering menyelitkan
sebutan tentang Allah dan Rasulnya dalam penceritaan beliau. Oleh itu,
Hikayat Abdullah dapat digolongkan ke dalam kategori persejarahan
tradisi Melayu-Islam yang memuatkan beberapa unsur persejarahan
moden.
Motif pengarang
Tujuan tersurat yang utama mengapa beliau menulis karya ini adalah
untuk memenuhi permintaan seorang sahabatku, iaitu orang putih yang
kukasihi akan dia, maka ialah meminta sangat-sangat padaku iaitu
kehendak mengetahui asal-usulku, dan peri hikayat kehidupan diriku.
Maka ia meminta karangkan satu kitab dalam bahasa Melayu.
Tuhfat Al-Nafis
Konsep penulisan
Raja Ali Haji tidak sekadar menyalin sahaja peristiwa daripada sumbernya
tetapi beliau membuat perbandingan dan pentafsiran semula sumber.
Matlamatnya adalah supaya kandungan yang ditulisnya berkualiti dan
boleh

dimanfaatkan

oleh

pembaca.

Maka,

fakta-fakta

diberikan

interpretasinya sendiri. Dalam penulisan bahagian kedua Tuhfat Al-Nafis,


sumber yang dirujuk digabungkan dengan peristiwa dan perkembangan
yang didengar atau disaksikan dan kemudian memberikan tafsiran dan
pendapat dari sudut pandangannya sendiri. Beliau menceritakan sebuah
peristiwa dengan terperinci dan teliti disebabkan oleh ketajaman

pemerhatiannya. Ketepatan peristiwa yang diceritakan pula adalah tinggi


kerana beliau menyaksikan sendiri peristiwa sejarah yang berlaku. Oleh
sebab Raja Ali Haji menulis atas kehendak sendiri maka beliau boleh
bersikap objektif dan kritikal dalam menilai setiap peristiwa yang dikaji.
Kekuatan kepengarangan
Raja Ali Haji sedar akan kepentingan sumber dalam penulisan sesebuah
karya. Oleh itu beliau menggunakan sumber rujukan dalam penghasilan
karyanya. Sumber yang digunakan oleh Raja Ali Haji adalah terdiri
daripada sumber bertulis dan sumber lisan tetapi senarai sumber bertulis
yang dirujuk tidak dimasukkan. Rujukan terhadap sumber bertulis dapat
dilihat melalui frasa tersebut di dalam siarah, aku dapat dalam setengah
kaul dan aku terjumpa dengan sejarah.sumber lisan pula berupa
pengumpulan ingatan atau hafalan yang berkemungkinan diperoleh
daripada tokoh kerabat Di Raja Johor-Riau atau dari negeri Melayu yang
lain. Sumber lisan biasanya ditandai dengan ungkapan kata setengah kaul,
kata kaul orang-orang tua, dan kata sahibul hikayat. Jika sumber yang
dirujuk diragukan kebenarannya, maka Raja Ali Haji akan menyatakan
dengan perkataan konon dan wallahualam. Dengan cara memaparkan
sumber dalam penulisannya, Raja Ali Haji berharap beliau dapat
memaparkan kebenaran sejarah dan tidak menimbulkan keraguan atau
kekeliruan terhadap pembaca karya beliau.
Motif pengarang
Tujuan umum penulisan Raja Ali Haji adalah untuk memberikan
penerangan kepada khalayak umum mengenai hubungan sosiopolitik

antara puak Melayu dan Bugis serta peristiwa yang berkaitan dengannya.
Raja Ali Haji menulis adalah dengan dorongan untuk menghasilkan sebuah
kitab yang sempurna dan bukanlah untuk memenuhi titah perintah orang
yang berkuasa.
Bibliografi
Hassan Ahmad (2000). Pengenalan konsep dan gagasan karya agung.
Kuala Lumpur. Yayasan karyawan.
Haron Daud (1993). Sejarah Melayu satu kajian daripada aspek
persejarahan budaya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Yusuf Ibrahim (2010). Sejarawan dan persejarahan Melayu.
Kuala Lumpur: Tinta publisher.