Anda di halaman 1dari 2

Surah Ta Ha...

Surah ini merupakan surah ke 20, merupakan surah Makiyyah serta mengandungi
135 ayat. Mengikut turutan waktu (kronologi), surah ini merupakan surah ke 45 yang
diturunkan.
Kluster 8 ayat pertama yang dimulakan dengan huruf Ta dan Ha; yang disebut huruf
muqatta'ah atau huruf yang terpotong-potong sebagai seruan/perhation/ mengambil
fokus, ayat berikutnya memberi penekanan bahawa ia diturunkan BUKAN untuk
kehidupan seseorang menjadi susah. Ia turut menjelaskan tentang ayat-ayat alquran
yang merupakan peringatan dari Allah, yang memiliki sekelian alam, sempurna
dengan sifat-sifat dan keagunganNya serta memiliki Asmaul Husna.
Kluster ayat berikutnya iaitu 9 hingga 98, memperincikan kisah Nabi Musa a.s dan
saudaranya Nabi Harun a.s dalam perjuangan dawah mereka kepada firaun serta
menghadapi kesesatan kaumnya yang diketuai oleh Samiri.
Kluster tersebut dirangkumkan dalam ayat berikut iaitu 99 dan 100 yang
memperjelaskan bahawa kisah alquran sebagai teladan yang perlu difokuskan
secara serius. Mereka yang berpaling dari peringatan Allah bakal memikul dosa yang
sangat membeban dan menghinakan.
Kluster ayat 101 hingga 112 pula mengisahkan tentang peristiwa dan kisah-kisah
pada hari yang ditiupkan sangkakala serta perhitungan yang sangat panjang.
Keadaan mereka yang berdosa dan juga yang beramal soleh dikisahkan dengan
jelas.
Kluster 113-114 pula menjelaskan tentang sifat alquran yang mengulang-ulangkan
kisah secara berulang kali agar mereka yang membacanya bertaqwa dan isi-isi
tersebut benar-benar berkesan serta memberi pengajaran.
Kluster ayat 115- 123 pula merupakan kisah Nabi Adam a.s serta Hawa a.s;
bagaimana kesilapan memakan buah yang ditegah Allah sehingga dikeluarkan dari
syurga. Penjelasan Allah untuk bahawa manusia menjadi musuh sesama mereka;
dan suruhan Allah untuk kita MENGIKUT tanpa berbantah hidayah yang diturunkan
melalui rasulullah SAW.Mereka yang mengikut jalan hidayah tidak akan sesat serta
tidak akan tersiksa menderita.
Kluster ayat 124-135 merupakan penjelasan Allah ke atas mereka yang berpaling
dari peringatan (alquran) - menghadapi hidup yang sengsara, dibangkitkan dalam
keadaan buta serta dilupakan Allah pada hari kebangkitan. Mereka telah
dibentangkan dengan pelbagai ayat dan tanda kebenaran; tetapi memilih untuk kufur
serta tidak mahu beriman.
Pelbagai iktibar dari generasi terdahulu juga dibentangkan.
Juga nasihat untuk jangan sesekali kagum dan memandang dengan penuh MINAT
ke atas kelebihan harta dan status yang dikurniakanNya kepada golongan yang
tertentu kerana ia merupakan hiasan kehidupan sebagai ujian. Juga sentiasa
menyuruh ahli keluarga menunaikan solat dan bersabar melakukannya. Mereka yang
kufur terus diperjelaskan betapa mereka akan mengemukakan pelbagai alasan untuk

terus tidak beriman; sedangkan apabila azab diturunkan, mereka mula


mempersoalkan kenapa rasul tidak diturunkan kepada mereka.
Iktibar dari surah ini:
Al Quran merupakan rahmat kehidupan; mereka yang berpaling daripadanya
menjalani kehidupan yang sengsara.
Allah memiliki kekuasaan, keagungan dan nama-nama yang indah (untuk dihayati
maknanya dalam kehidupan)
Kesombongan Firaun dan kesesatan Samiri; didokumenkan penuh perincian ( jumlah
ayat majoriti dalam surah ini) untuk setiap diri menjauhi sifat-sifat dan amalan
sedemikian.
Kisah tentang keadaan manusia pada hari kebangkitan. Antaranya, mereka yang
berpaling dari peringatan Allah, dibangkitkan dalam keadaan BUTA.
Penjelasan kisah Nabi Adam dan Hawa a.s; serta fitrah manusia yang saling
bermusuhan; serta iblis yang merupakan MUSUH manusia. Iblis dan syaitan tidak
jemu berusaha menghambat manusia ke neraka.
Allah melarang kita menghabiskan masa dan minat pada ketakjuban bunga-bunga
duniawi (keindahan-keindahan tersebut biasa dipaparkan melalui TV, iklan-iklan,
majalah, pembukuan, media massa).
Beristiqamah menyuruh anggota keluarga - anak-anak, serta ahli keluarga
mendirikan solat serta bersabar melakukan ibadah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai