Anda di halaman 1dari 1

[ADAB PERMOHONAN KERJA - MELALUI E-MEL]

TOLONG BACA DAN KONGSIKAN.


Ini merupakan permohonan kerja melalui e-mel yang membolehkan saya menembusi ind
ustri minyak & gas yang mana umum mengetahui sangat sukar untuk ditembusi.
Ini merupakan salah satu daripada beratus jika bukan beribu permohonan yang dite
rima oleh Technip Geoproduction (M) Sdn. Bhd. dan permohonan saya telah disenara
i pendek kepada lebih kurang 80 calon untuk ditemuduga. Dan dari 80 calon yang d
itemuduga, dengan izin ALLAH saya di antara 17 orang yang diterima memulakan 'on
-the-job' training. Permohonan saya ini telah disenarai pendek oleh pakar HR - B
ahagian Pengambilan (Recruitment), Cik Puan Halizah Bahroddin. Mungkin beliau bo
leh kongsikan apakah kelebihan permohonan saya sehingga membuatkan beliau menyen
arai pendek permohonan saya.
Dengan merujuk kedua-dua gambar ini, ada beberapa perkara yang anda semua perlu
belajar dan perlu buat untuk permohonan kerja anda pada masa akang datang:
1. Alamat E-mel Professional
2. 'Subject Header'
3. Isi Kandungan E-mel (E-mail Cover Letter)
=> Pengenalan diri secara ringkas,
=> Pengalaman praktikal/kerja,
=> Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja,
=> Butiran untuk dihubungi, dan
=> 'E-mail signature'
4. Lampiran (yang BERSAIZ KECIL!!!)
=> 'Cover Letter'
=> 'Resume' (pada masa ini saya masih tidak tahu beda CV & Resume)
=> 'Recommendation Letters' (ini insiatif saya sendiri untuk mendapatkan surat s
okongan bertulis dari majikan tempat saya menjalankan latihan industri).
Nota Penting: Lihat bagaimana saya namakan setiap fail dokumen tersebut. Kita ce
rita adab menamakan fail dokumen dalam perkongsian saya yang akan datang.
Ini cerita tahun 2009. Ini cerita 6 tahun lepas. Ini cerita semasa dunia sedang
dalam krisis ekonomi. Ini cerita semasa ekonomi dunia sedang menguncup. Ini ceri
ta semasa syarikat dalam industri minyak dan gas juga mengurangkan pengambilan p
ekerja. Ini cerita semasa kebanyakan syarikat membuang pekerja.
Bukan ingin membangga diri atau menyombong, tapi jujur saya katakan setelah hamp
ir 6 tahun, kebanyakan permohonan kerja yang saya terima masih jauh dari 'standa
rd' dan adab yang saya guna pakai pada tahun 2009. Jika permohonan kerja melalui
e-mel pada tahun 2009 ini saya sendiri beri 3/5 (penggunaan bahasa masih boleh
diperbaiki, saiz fail yang masih besar, tiada usaha untuk mencari dan menulis na
ma penerima, dan sebagainya), rasanya kebanyakan permohonan yang saya terima sel
ama 6 tahun ini kebanyakannya pada tahap 0/5-2/5, adalah sedikit yang berada pad
a tahap 3/5 dan sangat sukar mencari yang berada tahap 4/5. Jadi janganlah engka
u mengomel kalau dah dekat SETAHUN engkau MENGANGGUR!!!
Saya MERAYU sangat-sangat, tolonglah perbaiki permohonan kerja melalui e-mel and
a selepas ini. Kalau adab yang ini pun anda dah gagal untuk jadikan pada tahap s
ekurang-kurangnya 3/5, jangan mimpilah HR nak buka dan tengok lampiran (Cover Le
tter & CV) yang anda lampirkan, jawabnya berhabuklah sebab masuk dalam 'ARCHIVE
FOLDER'.
Ini adab permohonon kerja melalui e-mel yang saya amalkan selama 5-6 tahun ini.
Bagaimana pula adab permohonan kerja melalui e-mel yang anda amalkan?
ameirulazraie
-Coach Penulisan CVLondon, 11 Ogos, 3.15 pagi

Anda mungkin juga menyukai