Anda di halaman 1dari 1

Masyarakat sering mempunyai tanggapan bahawa guru merupakan kerjaya yang sangat mudah

serta lumayan. Namun, realiti ini adalah bukan begitu. Guru pada zaman ini perlu menghadapi
pelbagai cabaran dalam kerjaya mereka. Contohnya, peristiwa yang berlaku dalam video ini
iaitu masalah murid orang asli. Pada masa ini, guru perlu mempunyai ketabahan yang sangat
tinggi untuk menghadapi masalah ini. Seorang guru perlu dilengkapi dengan pelbagai
kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk menerima cabaran seperti itu. apabila membuat refleksi
terhadap diri saya, saya berasa saya belum bersedia untuk menghadapi cabaran sebegini. Hal
ini kerana saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti perlu menaik
sampan sampai ke sekolah dan sebagainya. Saya berasa takut untuk menghadapi cabaran ini.
Namun , saya sedar bahawa saya tidak sepatutnya begini. saya perlu melengkapi diri dengan
pelbagai kemahiran dan ilmu. Namun, masyarakat orang asli turut perlu mempunyai pemikiran
yang lebih terbuka agar tidak hanya hidup dalam persekitaran yang mereka berasa selesa dan
baik. Oleh itu, guru sebagai agen utama untuk mengubah pemikiran mereka supaya golongan
orang asli turut boleh maju seperti bangsa lain.

Anda mungkin juga menyukai