Anda di halaman 1dari 20

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat yang pesat pada abad ke 21 ini telah menjadi
pemangkin utama proses globalisasi dunia. Dunia tanpa sempadan (borderless world) dan
lebuhraya maklumat (information superhighway) telah meningkatkan kesediaan kognitif
seseorang individu. Masyarakat akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi
setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai
individu yang proaktif dan sedar akan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.
Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran
terbuka seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak
mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri
akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan
sensitiviti masyarakat.
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia,
namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Sebagai contoh, menerusi globalisasi
dalam pendidikan ia dapat meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru
dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat
menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi
memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan
serta mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global.
Seperti yang kita sedia tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru
merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insan yang
diperlukan seiring dengan kehendak kerajaan. Guru perlulah peka dengan perkembangan
semasa kerana selain daripada memikul tanggungjawab untuk menyalurkan ilmu kepada
murid, guru turut menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.
Dengan globalisasi guru juga dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang
mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya,
murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di
dasar laut menerusi carian laman web bagi video pendidikan di internet.
Proses globalisasi ini dapat meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang
penting. Ini kerana kemajuan sesebuah negara adalah diukur dengan sama ada berjayanya

sesebuah negara itu untuk menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan
negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.
Selain itu, globalisasi juga menyebabkan berlakunya perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia ke daerah dunia yang lain. Konsep
globalisasi ini telah mewujudkan saingan yang pesat di antara negara-negara maju.
Globalisasi yang terancang dan terkawal akan melahirkan individu modal insan kelas pertama
yang akan memacu negara ke arah pembangunan lestari.
Globalisasi telah membawa perubahan menyeluruh terhadap aspek ekonomi, teknologi,
bahasa, ideologi, politik serta cara hidup. Seiring dengan konsep Satu Malaysia: Rakyat
didahulukan, Pencapaian Diutamakan rakyat Malaysia perlulah bersiap sedia dengan impak
globalisasi dan cabaran-cabaran dalam menghadapi dunia tanpa sempadan.

2.0 DEFINISI GLOBALISASI


Globalisasi Pendidikan adalah merupakan satu daripada cabaran yang berlaku dalam
pendidikan masa kini. Malaysia sebagai salah satu komuniti global juga tidak terlepas dari
kemelut social yang melanda era maklumat di hujung jari. Dunia tanpa sempadan
menyebabkan kebanjiran maklumat, akses yang mudah kepada hiburan, lambakan bahanbahan porno dan kehidupan dominan di dunia internet.

Di dalam kamus dewan edisi keempat, globalisasi adalah didefinisikan sebagai proses
yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan
atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau keseluruh dunia, terutamanya dengan adanya
kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka. (Kamus Dewan Edisi 4, 2005)
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), globalisasi membawa maksud satu cara
hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Selain itu, ia merujuk
kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia
kepada daerah dunia yang lain (Syed Ismail dan Ahmad Subki,2010).
Mok Soon Sang (2007) pula menyatakan globalisasi bermaksud merentasi sempadan dan
media. Bagi Michael Gibbons (2003) dalam Mok Soon Sang (2007), Setiausaha Agong
Persatuan Universiti Komanwel (ACU) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu
proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Maka,
globalisasi pendidikan membawa definisi proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan
pengajaran yang berkualiti (Michael Gibbons,2003).
Menurut beliau lagi, globalisasi pendidikan akan memberi tekanan kepada guru agar dapat
mengubah cara pengajaran tradisional kepada pengajaran moden serta berpandukan kepada
hasil dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Globalisasi dalam sistem pendidikan
negara telah memberi banyak kesan terhadap pendidikan negara pada hari ini.Tindak balas
daripada keterbukaan idea dalam keperluan dunia pendidikan hari ini telah memberi kesan
yang baik kepada kualiti hidup masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah satu proses menyingkirkan batasan atau
sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara Negara supaya mewujudkan satu ekonomi
dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan
bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana
Menteri Malaysia, beliau telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia supaya tidak
dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, dan
sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis segala unsur-unsur negatif yang
membawa kesan buruk kepada kita.

3.0 IMPAK POSITIF GLOBALISASI


Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan
seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi.
Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain
walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu
memberi faedah kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu
mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya.
Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi
yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi
persaingan yang hebat antara negara-negara membangun yang lain. Kemahiran teknologi

yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pendidikan serta
kelas modal insan yang dilahirkan.
Selain itu, antara kesan-kesan positif globalisasi ialah:
I.

Kemajuan ekonomi negara


Ekonomi negara bertambah pesat seiring dengan kemajuan ICT yang
dirancakkan oleh keupayaan teknologi yang terbaru. Perdagangan antarabangsa
bertambah dan diperluaskan lagi dengan penggunaan internet, pembelian online
melalui portal-portal E-dagang dan perbankan maya (online banking).

II.

Ekonomi
Syarikat-syarikat multinasional dari Malaysia meningkatkan pelaburan ke luar
negara seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad. Perdagangan bebas,
pengaliran modal secara bebas, serta persaingan akan memperluaskan kualiti
produk dan pasaran. Ini juga akan menghasilkan permintaan aliran tenaga buruh
mahir dan separuh mahir.

III.

Persefahaman Sejagat
Sistem komunikasi yang dipermudahkan melalui internet mengakibatkan
pertukaran pengetahuan berlaku secara mudah, mengeratkan hubungan,
penyebaran berita atau sesuatu peristiwa secara pantas, pengedaran bantuan
dengan cepat serta komunikasi merentasa budaya dan bangsa.

IV.

Pemindahan teknologi bertambah pesat


Pelaburan asing ke dalam negara membawa teknologi dan kemudahan baru.
Pelabur menubuhkan pusat penyelidikan (r&d research centre). Ini memberikan
peluang kepada rakyat tempatan untuk mempelajari teknologi canggih serta
menarik tenaga kerja mahir untuk terlibat dalam bidang penyelidikan.

V.

Politik
Hubungan erat dengan negara-negara lain membawa impak perkembangan
sosial dan ekonomi. Kerajaan menggubal peraturan sedia ada berdasarkan
peraturan global untuk menangani isu seperti hak asasi, pendidikan dan jenayah
siber.

VI.

Pendidikan
Sistem pendidikan berkembang melalui pendidikan jarak jauh (PJJ) dalam dan
luar negara. Perkongsian maklumat dalam bidang pendidikan seperti contohnya
bidang pendidikan perubatan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan serta
kemahiran bahasa.

Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna seseorang individu
belajar untuk masa hadapannya. Ini menyebabkan berlakunya perubahan dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran sesebuah negara. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat
dalam konteks pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan
perkembangan yang berlaku dari masa ke semasa.
Menurut Hallinger (1998), globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang
amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti
pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum
terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan
seperti:
a) Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
b) Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area
Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudiannya menyalur kepada
pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat
sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
c) Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
d) Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru.
Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di
Malaysia juga telah disemak dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan
dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi
persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan.
Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif
pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam petikan rencana Pendidikan Sebagai Satu
Industri dalam Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa,
Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah melalui banyak perubahan.
Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia
pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi
baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat.

4.0 IMPAK NEGATIF GLOBALISASI


Dalam keghairahan proses globalisasi,tanpa disedari kita semakin terputus dari budaya
dan akar sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas
pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna
melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh
tamadun hidup semasa.
Globalisasi dilihat sebagai suatu fahaman bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi
diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang
dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka
kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi
dapat diterima.
Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan
teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti
peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini
perlu dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan
pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi
bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi.
Seterusnya ialah penularan kes-kes jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada
individu yang sanggup berbuat demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara
yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi
memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber seperti skim
cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari.

Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada
kecekapan diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius. Banyak mesin
yang dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan disini bahawa tidak
semua kerja atau beban perlu diselesaikan dengan menggunakan mesin atau robot. Sikap
sebegini akan lebih membuat manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara.
Antara impak-impak negatif lain globalisasi adalah seperti:
I.

Globalisasi menyebabkan penjajahan ekonomi


Kedudukan ekonomi negara mundur dan negara sedang membangun diketahui
negara maju. Negara maju dapat memanipulasikan ekonomi negara-negara lain
demi kepentingannya Negara maju mempengaruhi minda penduduk Dunia
Ketiga untuk kepentingannya. Syarikat multinasional (MNC) dari negara maju
mempengaruhi ekonomi negara dunia ketiga.

II.

Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya


Budaya liar dari barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit
yang tidak ditapis. Generasi muda terikut-ikut budaya seterusnya menyebabkan
runtuhnya nilai murni budaya tempatan dan menjadikan budaya barat menjadi
dominan. Budaya tempatan yang murni akhirnya terkikis.Anak tempatan hilang
identiti diri dan runtuh akhlaknya seterusnya kehilangan jati diri.

III.

Politik
Campur tangan atau bantuan kepada kumpulan-kumpulan tertentu untuk
menggulingkan kerajaan sedia ada seperti negara Afghanistan, Libya, Iraq,
Sudan, Mesir dan lain-lain atas alasan mereka membangunkan senjata nuklear
atau memberi latihan kepada kumpulan pengganas. Pengintipan untuk
mendapatkan

maklumat

mereka. Penggodaman

oleh

sistem

negara-negara
pertahanan

maju

terhadap

untuk mencari

musuh

kekuatan

dan

kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.


IV.

Pendidikan
Peminggiran penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa
Inggeris lebih diutamakan terutamanya di institiut pendidikan tinggi swasta
(IPTS). Bahasa inggeris digunakan kerana menjadi bahasa global terutamanya di
internet. Ini akan menyebabkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar terutamanya pelajar bukan melayu menjadi lebih lemah.

V.

Ekonomi
Penghakisan dasar perlindungan produk tempatan menyebabkan produk
tempatan tidak lagi dilindungi dan terpaksa bersaing dengan produk luar
negara. Monopoli

perniagaan

oleh

syarikat

multinasional

mengakibatkan

syarikat-syarikat kecil akan ketinggalan dan seterusnya terpaksa gulung tikar

kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar dalam dan luar
negara. Ini seterusnya akan menimbulkan ancaman terhadap barangan dan
perkhidmatan tempatan serta menimbulkan kesan ke atas industri kecil dan
sederhana (IKS). Kesukaran kerajaan untuk mengawal aliran modal asing serta
mengawal kedaulatan ekonomi negara. Serangan mata wang oleh spekulator
matawang menyebabkan nilai mata wang negara jatuh dan kemelesetan
ekonomi berlaku. Manipulasi pasaran saham menyebabkan pasaran saham
tempatan tidak stabil seterusnya mempengaruhi ekonomi Malaysia kerana
pelabur-pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap keyakinan ekonomi
Malaysia.
VI.

Teknologi
Penyalahgunaan teknologi akan membahayakan manusia seperti teknologi
nuklear yang boleh menyebabkan berlakunya peperangan nuklear ataupun
kebocoran tenaga nuklear. Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah
banya memusnahkan kehidupan manusia. Teknologi moden juga membolehkan
pengintipan yang dilakukan oleh negara-negara maju melalui satelite untuk
mendapatkan maklumat negra-negara musuh mereka.

Selain memberi perhatian kepada isu global, kita juga perlu beri perhatian kepada isu
yang berlaku di Malaysia sebagai kesan daripada globalisasi yang negatif. Sebagai
contoh:
I.

Pemikiran pluralisme, liberalisme dan feminisme sebagai kesan negatif daripada


globalisasi pemikiran.

II.

Keengganan untuk solat, maksiat yang berleluasa, moral yang rendah, fesyen lelaki
bersubang dan wanita yang menayangkan pusat sebagai kesan negatif daripada
globalisasi kebudayaan.

III.

Sikap rakus untuk memperbanyakkan harta sehingga segala tujuan hidup adalah
kerana imbalan harta di sebaliknya. Ini adalah kesan negatif daripada globalisasi
ekonomi kapitalis.

IV.

Banyaknya umat Islam yang berpaling ke agama Kristian atau tidak beragama
(atheis) sebagai kesan negatif daripada globalisasi agama.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan
makna lain, ia bererti seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak
kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup

dari sekecil-kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di


peringkat perhubungan antarabangsa.
Lantaran globalisasi mempunyai jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat
dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada
hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih
daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba
dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian
hakikat sebenar

5.0 IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan
dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk
menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya
saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh
mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan
Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai
kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara
sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah
dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada
tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.
Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala,
terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum
yang utama atau reformasi yang menyeluruh.
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran
globalisasi pendidikan, Sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat
penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan
dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan
kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar,
meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian
pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.
Walaubagaimanapun, transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi
polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem
pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan
Pendidikan

Malaysia

(PPPM)

2013-2025.

Transformasi

pendidikan

ini

bermatlamat

melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan
oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025).

Antara masalah-masalah yang sering dikaitkan dengan globalisasi pendidikan merangkumi


tetapi tidak terhad kepada:
I.

Masalah

kewangan

untuk

membiayai

yuran

pengajian

yang

tinggi

terutamanya yang melibat program berkembar dengan institusi pendidikan


dari luar negara.
II.

Isu brain-drain menyebabkan pengaliran keluar cerdik pandai dan tenaga


kerja pakar akibat daripada tawaran lumayan.

III.

Persaingan ketat yang wujud dalam semua profesion khasnya bidang


perguruan akibat dari lambakan tenaga kerja berkelulusan tinggi.

IV.

Jurang pendidikan yang semakin melebar antara negara maju dan negara
membangun.

6.0 CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dunia tanpa sempadan menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran


maklumat, akses yang mudah keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan porno
melalui Internet dan melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat menyebabkan
berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena
negatif ini. Perkembangan tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia

terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai


perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan
kelemah system pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh
perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu
bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan mencabar.
Dalam usaha menangani cabaran globalisasi dalam sektor pendidikan, Malaysia perlu
menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk
satu daya ketahanan budaya yang membolehkannya berinteraksi dan bertindak secara
autonomous dalam persekitaran baru ini.Pada abad ini, adalah amat penting untuk
menjadikan rakyat Malaysia lebih produktif dalam persekitaran ekonomi baru.Pengurusan
sumber manusia dalam pendidikan dahulu dan kini telah membangkitkan pelbagai isu yang
menyentuh pelbagai aspek perkhidmatan dalam pendidikan.Namun dalam memastikan
produktiviti dipertingkatkan, isu-isu berbangkit ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang
bertanggungjawab.
Antara isu yang telah dibangkitkan dalam sektor pendidikan beberapa tahun kebelakangan
ini termasuklah:
I. isu penilaian prestasi atau insentif dalam pendidikan,yang merangkumi,
penilaian prestasi tidak dilaksanakan mengikut jadual seperti yang ditetapkan
dalam Pekeliling yang berkenaan, penilaian prestasi tidak dibuat secara
objektif, adil dan telus, kelemahan pegawai penilai, sistem giliran dalam
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,penetapan kuota 8% penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang mengikut Pekeliling yang relevan, dan kefahaman
konsep dan pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan.
II.

isu globalisasi pendidikan, yang merangkumi pencapaian perkhidmatan


pendidikan bertaraf dunia,pencapaian daya saing dan daya tahan global, dan
transformasi pengajian tinggi bagi menjadikan negara hab kecemerlangan
pengajian tinggi antarabangsa.

III.

isu teknologi dalam pendidikan, yang merangkumi keefisienan sistem


pertukaran guru atas talian,kemahiran kakitangan dalam teknologi maklumat
dan kekurangan infrastruktur fizikal (komputer/peralatan) dan infrastruktur
bukan fizikal (perisian teknologi maklumat & komunikasi).

IV.

isu jaminan kualiti pendidikan yang merangkumi isu-isu berhubung Pelan


Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 dan Pengurusan
Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management (TQM)) dan Persijilan
ISO(International Organisation for Standardisation);

V.

isu perekrutan dan pemilihan staf yang merangkumi perekrutan dan pemilihan
guru,unjuran

keperluan

guru,

pembangunan

kurikulum,latihan

dan

pembangunan kerjaya dan penempatan dan pertukaran guru,kekurangan


data dan maklumat pendidikan.
VI.

isu latihan dan pembangunan staf yang merangkumi pembentukan polisi dan
objektif latihan memerlukan maklum balas daripada semua kakitangan
masalah impak latihan, contohnya, analisis organisasi yang tidak mencukupi
sebelum pelaksanaan, kurangnya sokongan pengurusan, pelatih yang tidak
bermotivasi, kemahiran diajar tidak berkaitan dengan masalah, tiada tindakan
susulan di tempat pelatih dan masalah peruntukan bagi program latihan yang
tidak mencukupi.

VII.

isu pembangunan kerjaya pekerja yang merangkumi kriteria yang dijadikan


asas

kenaikan

pangkat,pertukaran

tempat

bertugas,pengurusan

kerjaya,contohnya penilaian berorientasikan kerjaya, disiplin pekerja dan


persaraan serta latihan yang diperlukan sebelum persaraan.
Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem
pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh
dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi
adalah seperti berikut:
I.

Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan

II.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

III.

Pentadbiran pendidikan

IV.

Pembangunan identiti pelajar

V.

Peningkatan kualiti dan profesionalisme guru

VI.

Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi

VII.

Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum

VIII.

Peningkatan dalam beban kerja

IX.

Kepimpinan pendidikan

X.

Pengaruh negatif kepada identiti pelajar

XI.

Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang


mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya
pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan

mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan
pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis
dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat
berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa.
Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana
TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan
bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang
berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping
menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah
menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari
kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.

7.0 RUMUSAN
Globalisasi pendidikan telah merubah corak pendidikan dilaksanakan di Malaysia.
Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan
adalah tidak dapat dielakkan. Menjelang penghujung Rancangan Malaysia Ke-8, semua
sekolah di Malaysia dijangka akan mempunyai makmal komputer. Ini bermakna, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan integrasi komputer. Begitu juga
dengan mempunyai jangkauan internet dan mengakses laman web tertentu, khususnya
pendidikan membolehkan guru mempunyai pelbagai sumber untuk digunakan dalam
pengajaran di bilik darjah. Sumber maklumat pelajar tidak lagi terbatas di sekolah atau
perpustakaan sahaja. Pelajar boleh mendapatkan apa sahaja maklumat sama ada berbentuk
pendidikan atau hiburan dengan begitu mudah sekali.
Penggunaan komputer dalam pendidikan sudah tentu akan melibatkan pengintegrasian
teknologi seperti CD-ROM, pangkalan data, multimedia dan internet. Perubahan pendidikan

melalaui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kredibiliti kaum
guru. Guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu
pengetahuan.
Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor,
perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut
menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai
lebih ramai "guru" menerusi

pembelajaran menggunakan internet. Di sini letaknya menjadi

peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran.
Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui penghayatan nilai
moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan
prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikan kepada alam sejagat
dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan. Kawalan secara luaran pula
dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan
penggunaan komputer. Bagaimanapun, kawalan luaran hanya dapat dilaksanakan semasa
pelajar berada di sekolah sahaja manakala kawalan dalaman berlaku secara berterusan
tanpa mengira masa dan tempat. Ini jelas menunjukkan bahawa dalam setiap perkara,
kawalan dalaman perlu diutamakan dan penghayatan kepada FPK merupakan suatu
kemestian sama ada kepada guru ataupun pelajar.
Perubahan peranan guru memerlukan guru-guru dilatih dan didedahkan dengan kemahiran
baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi maklumat dengan
berkesan di sekolah. Dalam tempoh RMK-8, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menerusi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk memberi
penekanan khusus terhadap penggunaan ICT dan kaedah pengajaran kreatif dengan
mengkaji semula kurikulum latihan guru, mempergiatkan penggunaan komputer bagi
mendapatkan bahan pembelajaran, menyediakan kursus jangka pendek dalam latihan guru
oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN).
Bagaimanapun, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran
yang diperlukan dengan belajar sendiri. Bukan setakat guru, malah pentadbir sekolah juga
perlu celik komputer. Ini adalah kerana penggunaan komputer tidak terbatas untuk pengajaran
dan pembelajaran sahaja, malah pengurusan yang dibantu dengan komputer akan menjadi
lebih efisien.

Di samping kebaikan yang didapati melalui integrasi komputer dalam pendidikan,


keburukan juga tetap datang. Kewujudan laman-laman lucah dalam internet yang semakin
berleluasa pada masa kini merupakan suatu gejala yang sukar dibanteras. Kemungkinan
untuk pelajar-pelajar ini menerima pengaruh negatif internet adalah tinggi. Oleh itu, guru
sewajarnya mendedahkan etika dan undang-undang menggunakan komputer kepada para
pelajarnya. Akta Jenayah Komputer 1997 yang telah wujud ini boleh membantu guru dalam
mengadakan etika penggunaan komputer pada peringkat sekolah bagi membendung
pengaruh negatif internet kepada pelajar. Tugas ini agak sukar dilaksanakan memandangkan
capaian internet pada masa kini tidak terbatas di sekolah sahaja.
Pada masa kini, kafe siber beroperasi di merata tempat tanpa sebarang kawalan undangundang yang ketat. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula didapati menjamin
keselamatan komunikasi antara pengguna. Ini kerana menurut akta ini memintas komunikasi
elektronik adalah menjadi satu kesalahan. Justeru itu penggunaan internet dalam bidang
pentadbiran atau perkhidmatan pendidikan akan lebih diyakini. Contohnya penggunaan
internet untuk memudahkan komunikasi dalam Jabatan dan Bahagian dalam Kementerian
Pendidikan, seterusnya di Negeri, Daerah dan Sekolah. Dengan adanya Akta Hakcipta
(Pindaan) 1997 rekod rangkaian peperiksaan berpusat, inventori sekolah, kemudahan
pendidikan, maklumat peribadi akan dilindungi keselamatannya.
Akta Tandatangan Digital 1997 pula akan memudahkan pengurusan dalam bidang
pendidikan. Pihak kementerian dapat menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini kepada
sekolah atau masyarakat setempat serta dapat berurusan secara digital dengan pihak
Kementerian Pendidikan luar negara seperti negara ASEAN dengan lebih efektif dan tidak
memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama.
Secara keseluruhannya, globalisasi pendidikan mampu melahirkan minda kelas pertama
dan tenaga kerja mahir yang mampu menaikkan lagi nama Malaysia di mata dunia.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ada kebaikan dan keburukan yang diterima oleh
pendidikan Malaysia seiring dengan kerancakan globalisasi. Namun demikian, ia tidaklah
seharusnya menjadi batu penghalang untuk transformasi pendidikan seiring dengan
kemajuan dunia tanpa sempadan. Para pelajar yang lebih berdaya saing serta kukuh jati diri
perlu dilahirkan agar cabaran globalisasi dapat diharungi dan seterusnya mengelakkan
keruntuhan budaya. Gejala-gejala sosial yang sering dikaitkan dengan globalisasi seharusnya
ditangani dengan efektif dan segera oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
selaku pembuat dasar pendidikan harus merangka pelan transformasi pendidikan seiring
dengan kehendak globalisasi. Melahirkan pekerja mahir (K-worker) seharusnya menjadi

tumpuan pendidikan agar negara tidak kekeringan tenaga kerja pakar dan mengelakkan
minda kelas pertama ini berpindah ke negara lain.

8.0 PENUTUP

Sememangnya diakui bahawa sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan
dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih
mencabar. Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang
semakin mencabar dan menghadapi persaingan globalisasi ini. Dunia yang dianggap sudah
tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya
setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi
berkenaan.
Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan kerajaan mula mengatur langkah bagi menghadapi
situasi tersebut. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya
pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Kerajaan mula mengorak langkah dengan
menyediakan barisan guru yang mantap dan berpengetahuan luas terutamanya dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi.

Perkembangan pendidikan baharu dalam zaman perkampungan global ini memerlukan


anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamat menjadikan
negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai
pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK).
Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di
Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah
relevan dan berupaya menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu seterusnya
melahirkan masyarakat yang mempunya minda kelas pertama serta berupaya menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.
Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar
dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat. Perubahan sistem perguruan dan
pendidikan adalah tidak dapat dielakkan. Keyakinan dan dedikasi yang tinggi membantu
mempermudahkan proses peningkatan kemahiran seiring dengan kemajuan pesat yang
dialami negara.
Dalam keghairahan perubahan sistem pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya
dan kesan negatif akibat globalisasi. Walau apapun pandangan kita, globalisasi pendidikan
sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku
kanak- kanak. Adalah diharapkan agar perubahan-perubahan ini mampu menghasilkan minda
kelas pertama yang utuh dan mampan menerokai dunia teknologi ini.

9.0 RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Baharu (1989), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.
Noriati A. Rashid, Boon P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013) .Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2025, diakses dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan- pendidikan

2013malaysia-

2013-2025 , diakses pada 2 Ogos 2015.


Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin, Muhamad Kushairi Jusoh. (2012). Asas Kepimpinan &
Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon. (2010). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Habib Mat Som. (2005). Profil kesediaan guru sekolah menengah terhadap pelaksanaan
perubahan kurikulum. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Hussein Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Rahmad Sukor Ab. Samad (2006). Inovasi IT dalam pengurusan pendidikan. Dim. Sufean Hussin
et al. (Peny.), Pentadbiran dalam pembangunan pendidikan. Bentong: PTS.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Habib Mat Som dan Megat Ahmad Kamaludin. (2008). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan Di
Malaysia. Diakses dari
https://www.academia.edu/4608636/Masalah_Pendidikan_31_1_GLOBALISASI_DAN_CAB
ARAN_PENDIDIKAN_DI_MALAYSIA_GLOBALIZATION_AND_EDUCATIONAL_CHALLEN
GES_IN_MALAYSIA_Habib_Mat_Som, diakses pada 2 Ogos 2015.