Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF


MINGGU PERTAMA
( 10 - 14 OGOS 2015)
Masalah :
Pada minggu ketiga ini, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa .
Saya tidak dapat melaksanakan aktiviti harian sepertimana yang dirancangkan.
Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan
masa. Hal ini menimbulkan masalah dalam mencapai objektif , khususnya objektif
melaksanakan sesi kaunseling .
Analisis :
Masalah ini timbul kerana pada minggu ini , beberapa aktiviti menceriakan bilik
Bimbingan dan Kaunseling , kelas pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran elektif
dan sebagainya. Sebenarnya ,sesi kaunseling sesuai dilaksanakan pada waktu
matapelajaran elektif sahaja. Jadi masalah dalam menguruskan masa timbul kerana ,
masa yang dirancang untuk melaksanakan sesi kaunseling bercanggahan dengan
aktiviti lain seperti menceriakan bilik bimbingan dan kaunseling.Saya juga menghadapi
kekangan masa untuk menyediakan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu.
Cadangan :
Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan
masa.Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada masa lapang supaya boleh ikut
mana-mana pilihan ikut masa dan keperluan. Saya bercadang hendak pergi ke sekolah
untuk menghabiskan kerja - kerja menceriakan Bilik Bimbingan dan Kaunseling.Saya
akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing .

Tempoh masa :
Saya akan melaksanakan cadangan ini sepanjang tempoh praktikum.
Tindakan susulan :
Saya akan membuat plan A dan plan B.Projek menceriakan Bilik Bimbingan dan
Kaunseling perlu diselesaikan pada minggu ini supaya tidak terlalu menghabiskan masa
dalam aktiviti keceriaan.

Penilaian kejayaan :
Penilaian kejayaan ini akan dicatat pada hasil pelan tindakan dan laporan aktiviti.