Anda di halaman 1dari 6

10 Strategi Pemasaran Internet

Yang Perlu Anda Tahu Selaku Internet Marketer…

4/10/2009
Gajisendiri.com
Oleh: Anwar Yassin
10 Strategi Pemasaran Internet

1. Strategi “Nilai Tersembunyi”

Strategi nilai tersembunyi ini berbunyi seperti ini, “Anda akan mendapat
tambahan produk bernilai RM XXX.XX sebagai bonus”. Ayat seperti ini akan
memberitahu bakal pelanggan anda bahawa jumlah keseluruhan bonus untuk
produk yang anda jual itu adalah satu misteri. Pelanggan anda akan menyedari
bahawa untuk mengetahui nilai misteri ini, mereka perlu membeli produk anda.
Anda boleh sampaikan kepada mereka bahawa mereka akan mengetahui tentang
nilai misteri ini selepas mereka mendapatkan produk tersebut.

2. Strategi Keyakinan “Akan Habis Terjual”

Strategi “Produk ini pasti akan habis dijual dalam tempoh… ” akan memberitahu
bakal pelanggan anda bahawa anda yakin produk anda ini akan habis dijual dalam
tempoh-tempoh tertentu. Ramai orang akan terpengaruh dengan keyakinan yang
anda tonjolkan menerusi kata-kata anda. Anda boleh tonjolkan keyakinan yang
lebih dengan memberitahu mereka jangka waktu tertentu produk anda bakal
habis terjual. Akan tetapi, tidak perlu terlalu yakin sehingga menyebabkan strategi
ini menjadi tidak munasabah. Sebagai contoh, “saya yakin produk XYZ ini akan
habis terjual dalam tempoh 5 saat sahaja.”

Dihasilkan dan diedarkan secara percuma oleh GajiSendiri.Com Mukasurat 2


10 Strategi Pemasaran Internet

3. Strategi “Rakan Niaga”

“Sebagai bonus, saya akan utamakan anda dalam menjadi rakan niaga produk
saya yang akan datang…” Ayat ini menunjukkan bahawa anda inginkan hubungan
yang berpanjangan dengan pelanggan anda dan anda juga mahu mereka menjana
pendapatan seperti anda dengan menjadi rakan niaga(JV) bagi produk yang akan
anda hasilkan kelak. Anda akan memberikan komisyen yang lebih tinggi kepada
pelanggan anda berbanding rakan niaga yang tidak membeli sebarang produk
anda sebelum ini. Anda juga boleh memberitahu mereka berapa ramai rakan
niaga yang sudah sedia ada dan sebutkan juga nama-nama besar yang menjadi
rakan niaga anda.

4. Strategi “Pelancaran Rasmi”

“Tinggal beberapa hari/jam/minit lagi sebelum pelancaran bermula…” akan


memberitahu pelanggan anda tarikh pelancaran agar mereka bersedia dengan
pelancaran rasmi yang akan anda lakukan. Pelanggan anda akan mempunyai masa
untuk menyusun jadual, menyimpan duit serta mempromosikan produk anda
kepada prospek mereka sendiri(sekiranya anda mempunyai program affiliate).
Anda juga perlu ingatkan mereka bahawa anda akan memberi email kepada
mereka dari masa ke semasa sebelum pelancaran bermula.

Dihasilkan dan diedarkan secara percuma oleh GajiSendiri.Com Mukasurat 3


10 Strategi Pemasaran Internet

5. Strategi “Jualan Akan Ditutup”

Sebagai contoh, strategi “Saya akan menutup jualan produk ini selepas 200 unit
terjual” akan memberitahu pelanggan anda bahawa mereka perlu membuat
tempahan segera sebelum jualan mencecah 200 unit atau mereka tidak akan
memperolehi produk anda selama-lamanya. Anda juga boleh memberitahu
mereka statistik sebenar unit yang telah terjual dari masa ke semasa. Untuk
mendapatkan kepercayaan pelanggan anda pada masa akan datang, anda tidak
digalakkan sama sekali menipu mereka dengan memperlihatkan statistik yang
statik.

6. Strategi “Anda Bakal Ketinggalan”

Strategi “Ramai orang telah mendapatkan produk ini, adakah anda masih mahu
menunggu dan seterusnya ketinggalan di belakang? ” memberitahu pelanggan
anda bahawa mereka mungkin tidak akan berpeluang mencapai impian mereka
sekiranya mereka tidak mendapatkan produk yang anda tawarkan. Anda juga
boleh memberitahu mereka bahawa mereka mungkin telah mendengar berita
mengenai produk anda ini di televisyen, radio, media cetak ataupun internet.

Dihasilkan dan diedarkan secara percuma oleh GajiSendiri.Com Mukasurat 4


10 Strategi Pemasaran Internet

7. Strategi “Tidak Perlu Bersusah Payah”

Strategi “Anda tidak perlu bersusah payah…” akan memberitahu pelanggan anda
bahawa mereka tidak perlu mengerah tenaga, wang ringgit dan masa untuk
menggunakan produk anda. Bahkan, nyatakan juga kepada mereka bahawa
produk anda ini dicipta untuk memudahkan mereka. Ramai di antara pelanggan
anda tidak mahu membazirkan masa mereka dan anda boleh membantu dengan
menghasilkan produk yang dapat menjimatkan masa mereka.

8. Strategi “Bonus Produk Akan Datang”

Strategi “Dapatkan produk ABC ini hari ini juga melalui link affiliate saya dan
anda akan berpeluang untuk mendapatkan (nama produk anda) yang akan
dilancarkan tidak lama lagi dengan harga yang jauh lebih murah…” akan
memberitahu pelanggan anda bahawa sekiranya mereka mendapatkan produk
yang anda tawarkan, mereka akan boleh mendapatkan produk yang akan anda
lancarkan tidak berapa lama lagi dengan harga yang lebih murah daripada orang
lain. Dalam strategi ini, pelanggan anda akan untung dengan membayar kurang
daripada jumlah yang perlu dibayar oleh orang lain.

Dihasilkan dan diedarkan secara percuma oleh GajiSendiri.Com Mukasurat 5


10 Strategi Pemasaran Internet

9. Strategi “Ulasan Negatif”

Strategi “Lihat ulasan kontroversi saya berkenaan dengan produk ini…” akan
memberitahu pelanggan anda bahawa anda tidak suka akan sesetengah aspek
yang ditonjolkan oleh sesebuah produk. Dengan menggunakan ulasan yang sedikit
kontroversi, anda akan mendapat perhatian yang lebih daripada pelanggan-
pelanggan yang ingin mendapatkan produk tersebut. Ini disebabkan oleh sifat
ingin tahu mereka yang mendalam dan sekiranya anda mempu untuk
memperlihatkan aspek keseluruhan yang positif tentang produk tersebut, mereka
mungkin akan membeli melalui link anda.

10. Strategi “Wang Anda Dikembalikan”

“Anda boleh mendapatkan kembali wang anda sekiranya produk saya ini tidak
berkesan…” akan memberitahu pelanggan anda bahawa mereka tidak perlu
bimbang untuk berdepan dengan sebarang risiko kehilangan wang ringgit
sekiranya produk anda ini tidak mendatangkan kesan seperti yang diidam-
idamkan oleh mereka. Anda juga boleh memberitahu mereka sebab-sebab yang
memungkinkan wang mereka dikembalikan.

Dihasilkan dan diedarkan secara percuma oleh GajiSendiri.Com Mukasurat 6

Anda mungkin juga menyukai