Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebuah Komputer

Aku
sebuah
komputer. Aku
bernama
Acer. Aku
diperbuat
daripada
kaca,plastik,komponen-komponen elektronik, besi dan sebagainya. Aku berwarna
putih dan bentuk aku ialah segi empat. Aku juga mempunyai beberapa anak seperti
tetikus,papan kekunci, CPU dan lain-lain. Aku dilahirkan di Tokyo, Jepun.
Setelah siap diperbuat,aku dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Kuala
Lumpur, Malaysia.Aku dipamerkan di atas meja. Aku juga mempunyai beberapa
kawan seperti Samsung, HP, Apple, Dell, dan sebagainya.Harga aku adalah
RM 2500.00.
Pada suatu hari, seorang gadis yang cantik telah datang ke kedai tersebut. Setelah
dia melihat-lihatkomputer-komputer di sini, dia memilih aku. Selepas dia membayar
hargaku, dia pun membawa aku pulang ke rumahnya. Namanya Soo Ai Ling. Dia
bekerja sebagai seorang akauntan.
Aku selalu membantu tuan aku menyelesaikan tugas pejabatnya. Pada hujung
minggu, tuan aku melayari internet, menghantar e-mel, mendengar lagu dan
menonton video dengan menggunakan aku. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan
aku kerana aku cantik dan berkualiti. Aku diletak di dalam bilik. Aku juga selalu dilap
oleh tuan aku pada hujung minggu. Oleh itu aku kelihatan bersih selalu.
Pada suatu hari, ketika tuan aku sedang melayari internet, badanku dimasuki
virus. Kemudian, aku rosak.Aku dihantar ke kedai untuk dibaiki. Akhirnya, aku pulih
semula.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku selama-lamanya.
Beginilah riwayat hidupku sebagai sebuah komputer.

Sumber : http://www1.choongwen.edu.my/2009/06/aku-sebuah-komputer.html

Anda mungkin juga menyukai