Anda di halaman 1dari 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE 1103: ULUM AL-QURAN


SEMESTER JANUARI 2010
TUGASAN (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New Roman”
saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini dalam Bahasa Melayu dan ditulis sekitar 10-15 muka surat sahaja.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk bahan
tersebut.
SOALAN TUGASAN

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.,
seterusnya dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi secara tawatur dan mendapat
pahala jika membacanya. Al-Quran diturunkan untuk memberi petunjuk kepada seluruh
penduduk dunia. Selain dari itu Al-Quran juga adalah mukjizat yang terbesar kepada Nabi
Muhammad s.a.w.

1. Jelaskan maksud ‘mukjizat’ dan ‘tawatur’ berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) Definisi dan Pengertian

(b) Peranan atau Kepentingan

(10 markah)

2. Huraikan maksud Asbab Nuzul dan fungsinya dalam memahami ayat-ayat al-Quran
yang diturunkan.

(8 markah)

3. Bincangkan keseluruhan ayat al-Quran yang mengandungi Asbab Nuzul yang terdapat
dalam salah satu surah daripada surah-surah berikut:
(a) al-An’am
(b) al-A’raf
(c) al-Anfal

(12 markah)

[Jumlah: 30 markah]
PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam
internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami
konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

2. Merujuk kepada kitab-kitab Ulum al-Quran dan kitab Tafsir yang muktabar.

3. Membaca pelbagai kitab tafsir bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.

4. Menggunakan lampiran sekiranya perlu.

5. Menggunakan kaedah penulisan ilmiah iaitu dengan memuatkan nota kaki dan
rujukan.
PANDUAN TUTOR/ PENSYARAH

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan
Penulisan.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan
memasukkan markah kedalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar.


RUJUKAN

• al-Qur’an al-Karim.
• al-Qattan, Mana`, (1998). Mabahith Fi Ulum al-Qur’an. 35th Ed. Beirut:
Mu’assasah al-Risalah.
• al-Suyuti, Abu al-Fadl Jalal al-Din Abd al-Rahman Abu Bakr. al-‘Itqan fi `Ulum
al-Qur’an. 1st Ed. Beirut: Dar al-Kutub al-`ilmiyyah.
• Jawdah, Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi, (2000). Thamar al-Jinan Fi Afnan
Min Ulum al-Qur’an, Egypt.
• Mohd Abd Azim Al-Zarkani, (2001). Manahil Al-Urfan fi Ulum Al-Quran,
Beirut: Al-Maktabah Al-Asriyyah .
• Al-Naisaburi (1990), Asbab al-Nuzul, Matba’ah al-Halabiy, Mesir.