Anda di halaman 1dari 12

JENIS SALAH LAKU GURU DI SEKOLAH

1.0

PENDAHULUAN
Guru termasuk di dalam kategori penjawat awam. Sebagai seorang

penjawat awam, guru terikat dengan peraturan-peraturan dalam aspek


kelakuan dan tatatertib seperti mana yang termaktub dalam Peraturan
Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002). Peraturan-peraturan ini
menyebabkan guru-guru sentiasa berkelakuan dan bertindak sepertimana
yang telah terkandung di dalamnya. Sebagai seorang guru, kita hendaklah
bertindak dengan kelakuan yang telah digariskan supaya dapat
melambangkan profesionalisme keguruan itu sendiri.
Namun, dewasa ini profesion perguruan seakan-akan tergugat dengan
sikap dan kelakuan sesetengah guru yang melanggar peraturan yang telah
digariskan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya semasa
menjalani internship selama sebulan, saya telah mendapati bahawa masih
terdapat segelintir guru yang mengamalkan sikap dan kelakuan yang salah
dan bertentangan dengan Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (Pindahan
2002).
1.1

JENIS SALAH LAKU GURU DI SEKOLAH

Pengenalan
Dewasa ini, pelbagai cabaran dan liku kehidupan yang harus ditempuhi
oleh setiap manusia.Begitu juga di dalam dunia keguruan. Profesion
perguruan menjadi salah satu profesion yang lebih mencabar berbanding
profesion lain. Beban tugas guru menjadi semakin kompleks kerana
terdapatnya banyaknya perkara yang dipertanggungjawabkan kepada
seorang guru didalam satu masa yang sama.
Pelbagai isu-isu pendidikan sering terpampang di dada akhbar yang
sering menjadi buah mulut masyarakat setempat, antaranya adalah Ramai
Guru Sakit Jiwa, menerusi akhbar Kosmo yang bertarikh 22 Mac 2009.
Mengapakah perkara ini boleh terjadi?Apakah punca yang menyebabkan
ramai guru sakit jiwa?Apakah pula pandangan masyarakat terhadap insan
yang bergelar guru?Bagaimakah perkara ini dapat diatasi agar profesion
perguruan tidak dipandang serong oleh masyarakat?
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kesatuan Perkhidamatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP), didapati bahawa 70 peratus daripada 9,000
guru seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga
terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga
pelajar. Terdapat pelbagai beban yang harus digalas sebagai seorang guru,
yang menyebabkan guru menjadi terlalu tertekan dan mengakibatkan ramai
guru sakit jiwa.
Semasa mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari
seminggu, dari pagi hinggalah petang sampai tiada masa untuk
suami dan anak-anak. Saya terbeban, tersepit, letih dan hampir
kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu

malam, itu kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid


untuk ditanda ujar Zaimah Mishan, 42 menerusi akhbar Kosmo.
Berdasarkan Khudrizal (2012) menerusi blognya menyatakan bahawa
mental block merupakan hambatan secara mental / psikologis yang
menyelubungi mental seseorang.Profesion perguruan merupakan profesion
yang penting sebagai tunjang mencurahkan ilmu dan melahirkan anak didik
yang berguna kepada semua pihak. Jika guru itu sendiri mengalami mental
block, apa akan terjadi kepada anak didik yang akan diajar.Disebabkan
terlalu banyak tugasan yang harus dilakukan, guru membawa balik tugasan
yang diamanahkan sehingga tiada ruang masa untuk keluarga sendiri.Tugas
demi tugas yang dipikul menjadikan satu tekanan emosi kepada sesorang
guru. Ianya secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap
persembahan guru tersebut di dalam kelas dan juga kerja yang dilakukan.
Tekanan emosi atau lebih dikenali dengan istilah stress sering
membelengu guru yang dihimpit dengan pelbagai bebanan. Dr. Hans Selye
telah mendefinisikan stress sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
sesorang disebabkan oleh sesuatu beban yang menimpanya. Menurut beliau
lagi, beban ini wujud di dalam pelbagai bentuk antaranya, bentuk ancaman,
cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang.Di dalah
konteks guru, guru mengalami tekanan emosi disebabkan oleh pelbagai
beban tugas yang diterima dan sukar untuk dilakukan di dalam sesuatu
masa.
Hatta dan Mohamed Hatta (2005) di dalam buku Syed Ismail Bin Syed
Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan bahawa stress
adalah fenomena pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap kehidupan manusia. Di mana ianya dibuktikan dengan
pertambahan bilangan guru yang mengalami sakit jiwa dan ianya
memberikan impak yang besar terhadap kehidupan seseorang guru tersebut.

Selain daripada itu, Kyriacou (2000) di dalam buku Noriati A.Rashid,


Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010)
menyatakan bahawa stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingin seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan,
kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Ianya
merupakan satu tindak balas yang fizikal terhadap sesuatu perkara yang
menyebabkan ketidakseimbangan berlaku
Faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi
sesorang guru, faktor yang pertama adalah bebanan tugas guru yang
yang semakin bertambah.Kerjaya sebagai guru dipertanggungjawabkan
dengan pelbagai perkara, selain mengajar, guru juga terpaksa ditugaskan
untuk menjadi guru kelas, guru disiplin, ketua panitia malahan guru juga
perlu menyediakan kertas soalan-soalan peperiksaaan, mengisi buku
kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan
banyak lagi. Ianya menjadi bertambah terbeban apabila sesi persekolahan
hujung tahun, hal ini kerana pada ketika itu banyak perkara yang perlu
dilengkapkan sebelum sesi persekolahan tamat. Noriati A.Rashid, Boon Pong
Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah (2010) menyatakan
bahawa, dengan berlakunya pertambahan tugasan tersebut, ramai guru
akan mengalami tekanan stress. Kebanyakkan stress berpunca daripada
tugas mereka dan persekitaran mereka.
Selain daripada itu Kyriacou (1987) menerusi buku Noriati A.Rashid,
Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah (2010) telah
mengenalpasti antara punca stress adalah masalah pengurusan bilik
darjah. Antara masalah pengurusan bilik darjah adalah bilangan murid yang
terlalu ramai di dalam satu kelas, saiz kelas yang terlalu kecil untuk
menampung bilangan murid yang ramai, sikap murid yang tidak

menghormati guru, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, tidak


menunjukkan minat untuk belajar dan sering mencabar kesabaran guru,
serta suasana kelas yang tidak kondusif.Masalah-masalah ini merupakan
masalah pengurusan bilik darjah yang harus difikirkan oleh guru untuk
mengatasinya dari terus berlaku.masalah pengurusan bilik darjah ini
ditambah pula dengan bebanan tugas yang lain menyebabkan seseorang
guru itu mengalami tekanan emosi.
Dalam pada itu, Kyriacou juga turut menyatakan bahawa antara punca
stress adalah disebabkan olehkeadaan bekerja yang tidak
kondusif.Keadaan bekerja yang tidak kondusif terjadi apabila, tiada
hubungan yang mesra dengan rakan sejawat, sering diperhatikan dan dinilai
oleh pihak pentadbir, dan mendapat bebanan tugas yang banyak dari pihak
pentadbir sekolah.Keadaan ini menjadikan seseorang guru itu mengalami
tekanan emosi apabila melakukan pekerjaan di dalam suasana yang tidak
mesra dan dibebani pelbagai tugasan dari pihak pentadbir.
Zaharin Bin Haji Othman (2010) menyatakan bahawa tekanan kerja
yang berterusan yang dialami seseorang itu boleh mendatangkan kesankesan yang negatif kepada individu yang terlibat.Tekanan kerja boleh
diklasifikasikan kepadatiga kategori iaitu kesan yang mempunyai symptom
ke atas fisiologi, psikologikal dan tingkah laku.
Di samping itu, Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin
Miskon (2010) menyatakan bahawa antara faktor berlakunya stress adalah
berlakunya perubahan dalam organisasi iaitu sebab berlaku perubahan
dalam struktur pekerjaan. Di dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai
bidang tugas yang berlainan.Apabila berlakunya perubahan jawatan ataupun
tugas didalam sesuatu organisasi, ianya boleh menyebabkan stres pada
tahap yang tinggi.

Ianya terjadi apabila seseorang guru itu diberikan jawatan dan tugasan
baru, dan bidang tugas jawatan baru adalah berbeza dan lebih banyak
dengan bidang tugas jawatan lama. Hal inilah yang akan menyebabkan
berlakunya tekanan emosi pada diri guru tersebut apabila guru tersebut
sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugasan baru. Faktor ini juga turut
disokong oleh Dunham dan Varma (1998) menerusi Noriati A.Rashid, Boon
Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah (2010) yang menyatakan bahawa
antara punca stress yang dihadapi oleh guru adalah menangani perubahan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan
emosi dalam kalangan guru, antaranya adalah kerana faktor dalaman diri
guru itu sendiri.Mohd Salleh Lebar (1999) menyatakan bahawa di antara
faktor dalaman yang menyebabkan tekanan emosi ialah seperti mempunyai
masalah kesihatan, kurang keyakinan, kelemahan berfikir untuk menghadapi
masalah, perasaan rendah diri yang keterlaluan, takut kepada kegagalan,
pendedahan pada bunyi bising, selalu menghadapi kekecewaan dan
sebagainya. Seseorang guru yang yang mempunyai masalah kesihatan yang
memerlukan guru tersebut berehat dan tidak melakukan banyak kerja yang
berat akan merasa tertekan kerana dalam pada masa yang sama guru
tersebut perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan
melaksanakan segala tugasan yang telah diamanahkan. Guru yang
mempunyai faktor dalam sebegini akan mudah untuk merasa tertekan.
Selain daripada itu juga, kurang pengetahuan teknologi maklumat
juga merupakan salah satu faktor berlakunya tekanan emosi dalam kalangan
guru. Menurut Mohd Azhar (2004) menerusi buku Syed Ismail Bin Syed
Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010), menyatakan bahawa teknologi
tinggi seperti industri komputer menyumbang kepada stress pada tahap
yang paling tinggi. Di sekolah keadaan ini berlaku apabila banyak data yang
ingin dimasukkan seperti rekod peperiksaan, maklumat peribadi murid, salah
laku disiplin murid, maklumat guru dan sebagainya.

Apabila seseorang guru itu kurang pengetahuan untuk mengendalikan


aplikasi yang terdapat di dalam komputer, guru tersebut akan mengambil
masa yang lama untuk menyiapkan tugasan mengkemaskini data di dalam
komputer. Tambahan pula fenomena terkini apabila guru perlu
mengkemaskini markah dan evidens untuk setiap pelajar dan setiap subjek.
Ianya merupakan kerja yang banyak dan memerlukan masa yang lama,
ianya akan menambahkan lagi tekanan emosi kepada guru yang sukar untuk
mengendalikan perisian tersebut,
Tindakan yang bakal guru perlu ambil untuk menghindarkan diri
dari tekanan emosi.
Pelbagai punca dan faktor yang menyebabkan kebanyakkan guru
mengalami tekanan emosi.Hal ini rentetan daripada tugas guru yang
semakin lama semakin mencabar.Sebagai bakal guru saya perlu mengambil
langkah berjaga-jaga untuk tidak terlibat di dalam kalangan guru yang
mengalami tekanan emosi. Sebagai guru baru, pasti akan diberikan pelbagai
tugas, jawatan dan beban yang banyak, untuk itu saya haruslah bersedia
dari segi mental dan juga fizikal.
Antara tindakan yang akan saya ambil untuk menghindarkan diri dari
tekanan emosi adalah saya akan berkongsi masalah atau beban yang
dialami dengan orang yang boleh dipercayai seperti kawan dan juga
keluarga. Noriati A .Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah
(2010) juga turut menyatakan perkara yang sama, dalam keadaan stress,
guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli
keluarga yang boleh dipercayai. Apabila saya mengalami sesuatu masalah
ataupun saya merasakan teralau berat beban tugasan yang ingin dilakukan,
saya akan berkongsi perasaaan saya, dengan orang yang saya percayai
seperti rakan baik saya ataupun ahli keluarga saya yang rata-ratanya terdiri
daripada guru juga.

Selain itu, untuk mengelakkan diri dari mengalami tekanan emosi,


saya akanmenambah pengetahuan stres dan cara mengantasinya. Hal
ini kerana, sudah sedia maklum besar kemungkinan tugas sebagai guru akan
terdedah dengan tekanan emosi, oleh yang demikian saya harus bersedia
agar saya dapat menguruskan stress dengan cara yang betul dan tidak
mengalami tekanan emosi yang serius serta dapat mengawal emosi dan
tekanan. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010)
menyatakan bahawa pembelajaran mengenai psikologi manusia
membolehkan seseorang guru lebih mudah memahami diri sendiri dan juga
orang lain. Oleh yang demikian penting untuk saya sebagai bakal guru untuk
menyiapkan diri dengan ilmu psikologi yang menjurus kepada pengurusan
stress.
Dalam pada itu, saya sebagai bakal guru akanmelibatkan diri di
dalam perbincangan, kumpulan di laman sosial khusus untuk guru
dan juga forum.Banyak forum atau kumpulan di laman sosial khusus untuk
guru di internet yang banyak membincangkan mengenai isu-isu semasa
pendidikan, masalah-masalah yang sering guru hadapi, cara
penyelesaiannya, malahan saya juga boleh berkongsi pendapat atau
pandangan saya mengenai perkara yang berkaitan sekolah di forum
berkenaan. Secara tidak langsung saya dapat mengetahui cara guru-guru
lain mengatasi masalah yang dihadapi dan saya juga dapat menambah
pengetahuan daripada guru yang lebih berpengalaman di forum
berkenaan.Noriati A .Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah
(2010) menyatakan bahawa terdapat banyak forum di internet di mana guru
bukan sahaja boleh meluahkan perasaan atau kekecewaan tetapi bagi
mendapatkan nasihat daripada guru berpengalaman yang mengalami
masalah yang sama.
Selain daripada itu juga, sebagai bakal guru saya akansentiasa
berfikiran positif bagi mengelakkan dari tekanan emosi semasa bekerja

kelak. Mohd Salleh Lebar (1999) menyatakan bahawa berfikir secara positif
penting bagi seseorang individu untuk meyakinkan diri dalam segenap
aspek. Kebiasaannya guru akan merasa terbeban apabila sentiasa berfikiran
negatif dan merasakan dia tidak boleh melakukan tugasan tersebut. Untuk
itu saya haruslah sentiasa berfikir positif agar saya tidak merasa terbeban
dengan tugasan yang diberikan. Di samping itu juga saya harus sentiasa
yakin bahawa setiap tugasan yang diberikan dapat dilakukan seperti yang
diinginkan, jika saya tidak yakin, saya mungkin akan mengalami tekanan
emosi dengan beranggapan bahawa saya tidak mampu melakukan tugasn
yang telah diberikan.
Sentiasa berfikiran positif juga dapat membuatkan saya lebih tenang
untuk melakukan tugasan yang diberi.Naffi Mat (2011) menyatakan bahawa
ketenangan merupakan salah satu di antara ciri-ciri peribadi yang sangat
kuat dan harus dimiliki oleh seseorang guru.Tanpa ciri tersebut, kegiatan
harian di bilik darjah yang begitu padat dan ditambah dengan begitu
banyaknya tuntutan yang harus segera di uruskan memudahkan guru
mengalami stress.
Selain daripada itu juga, sebagai seorang bakal guru saya harus
melakukan jadual tugasan iaitu perancangan masa untuk melakukan
setiap tugasan yang diberi. Telah sedia maklum bahawa tugas sebagai
guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah, malahan terdapat pelbagai
tugasan lain yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Oleh yang
demikian saya akan menyenaraikan tugasan yang perlu di lakukan di dalam
jadual pelaksanaan tugasan berdasarkan tempoh masa tugasan tersebut
perlu dihantar. Melalui jadual pelaksanaan tugasan ini, saya dapat melihat
berapa banyak tugasan yang belum dilakukan, tugasan mana yang perlu
diberi keutamaan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan diri dari
menangguhkan kerja yang telah diterima.Mohd Salleh Lebar (1999)
menyatakan bahawa menangguhkan kerja boleh menambahkan tugas yang
dihadapi.Norbi Husin (2011) menyatakan bahawa kita haruslah pandai

mengatur tugas mana yang boleh dibuat awal.Jangan tangguhkan kerja, ini
dapat melancarkan tugas yang diberi.
Di samping itu, sebagai seorang bakal pendidik di arus kemodenan ini
saya harus meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya didalam
bidang teknologi maklumat untuk mengelakkan berlakunya tekanan
emosi.Dasar-dasar kerajaan sering berubah-ubah, di mana setiap tahun
kerajaan inginkan peningkatan di dalam pendidikan.Syed Ismail Bin Syed
Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan bahawa
penggunaan teknologi komputer bukan hanya mampu membantu tugastugas pengurusan dan pentadbiran tetapi berpotensi sebagai alat untuk
mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir
semua mata pelajaran.
Oleh yang demikian perisian yang digunakan dalam bidang pendidikan
terutamanya untuk mengkemaskini data murid dan untuk menghasilkan
bahan bantu mengajar akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Mungkin
pada masa akan datang perisian yang digunakan lebih sukar dan kompleks,
ianya menyebabkan saya mengambil masa yang lama untuk menggunakan
perisian tersebut. Oleh yang demikian saya tidak boleh berpuas hati dengan
pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat yang saya peroleh.
Namun saya harus sentiasa menambah ilmu pengetahuan di dalam diri saya
sendiri di samping mempelbagaikan sumber bahan bantu mengajar saya.

Kesimpulan
Dapat diperkatakan bahawa tugas sebagai seorang guru memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan insan yang berguna dan seimbang
dalam aspek JERIS sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ianya
menyebabkan pelbagai perkara yang perlu dilakukan sehingga memberi
tekanan kepada gguru itu sendiri.Tekanan yang dihadapi oleh guru
merupakan masalah yang akan dihadapi oleh guru. Oleh yang demikian
menjadi tanggungjawab guru itu sendiri untuk mengatasi dan mengawal
tekanan emosi yang dialami.
Sesungguhnya terdapat pelbagai perkara, punca, dan juga faktor yang
menyumbang berlakunya peningkatan bilangan guru yang mengalami
masalah tekanan emosi.Tekanan emosi bukanlah satu masalah yang tiada
jalan penyelesaiannya.Malahan terdapat pelbagai jalan penyelesaian yang
bermula dari diri guru itu sendiri.Tiada siapa yang dapat merubah diri kita
selain daripada diri kita sendiri.Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih.