Anda di halaman 1dari 5

BAB 5

TANAMAN HIASAN
[PEMASUAN SEMULA]

Tujuan memasu semula:1.


Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air dan cahaya matahari.
2.
Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan dengan mudah.
3.
Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram, menggembur dan membaja.
4.
Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak sesuai dengan saiz tanaman.

Ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula:-

Ciri-ciri pemilihan pasu:1.


Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam.
2.
Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air berlebihan dari pasu.
3.
Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan menarik.
4.
Menarik, kemas dan ringan supaya pasu mudah dialihkan.

Menyediakan Medium Memasu:-

Langkah-Langkah Memasu Semula:-

Penjagaan Tanaman Hiasan


A. Merumput

Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang tumbuh bersama-sama tanaman hiasan.

Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya,
nutrien, air dan ruang.

Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan atau serampang tangan.

B. Menggembur Tanah

Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih
mudah.

Medium yang digembur dapat memudahkan akar menembusi dan membaiki pengudaraan tanah.

Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau sudip.

C. Membaja

Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada tanaman hiasan.

Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan.

Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja kimia.

D. Menyiram

Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman.

Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari.

Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang mempunyai muncung yang berlubang halus.

Anda mungkin juga menyukai