Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENDAHULUAN
a) Pengenalan
Kesalahan tatabahasa dan ejaan adalah kesalahan paling banyak ditemukan semasa
penandaan kertas jawapan atau buku latihan dilakukan. Kesalahan-kesalahan ini hampir
serupa malah berulang-ulang meskipun telah dijelaskan dan dibaiki berkali-kali. Malah,
dalam ruang lingkup yang lebih luas, kesalahan ejaan sebenarnya sesuatu yang lumrah
dilakukan tanpa mengira kelompok pengguna. Hal ini amatlah malang kerana bentuk ejaan
yang telah disempurnakan sudah diperkenalkan sejak 1972 dan telah diajarkan di sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi. Agak mendukacitakan kerana gejala kesalahan ejaan
ini seakan tidak ada kesudahan dalam kalangan pengguna bahasa Malaysia .
Pada peringkat sekolah rendah,kesalahan ejaan yang sering timbul

adalah ejaan

perkataan yang mengandungi sama ada 1g atau 2g dan 1k atau 2k. Keadaan ini menyebabkan
pengkaji terpanggil untuk memberikan fokus kepada masalah kekeliruan yang dialami oleh
pelajar dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang mengandungi kata dasar berakhir
dengan huruf k memandangkan kesilapan ini yang paling kerap dilakukan oleh pelajar.

Umum melihat bahawa peranan guru dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan dapat dilakukan dengan sempurna dan dapat diterima oleh murid amatlah
penting. Kepelbagaian teknik dan kaedah pengajaran perlu digunakan bagi membantu
mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja dan menulis dalam kalangan murid. Oleh
itu, kajian tindakan ini telah dijalankan untuk mengkaji tahap keberkesanan kaedah resepi
Kari Kambing Masak Dalca dan Kek Pisang Kukus terhadap kemahiran mengeja dan
menulis perkataan berimbuhan apitan yang mengandungi kata dasar berakhir huruf k.
Kaedah ini telah dipilih supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu akan
menjadi lebih seronok untuk diikuti oleh murid-murid.

b) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengkaji mengajarkan Bahasa Malaysia di kelas 4 Ceria yang terdiri daripada lapan
orang murid. Ini adalah tahun pertama pengkaji mengajar murid-murid di kelas ini kerana
pengkaji sebenarnya seorang guru Bahasa Inggeris. Atas permintaan pengkaji, bagi
memenuhi keperluan internship dan kajian tindakan ini, pihak pentadbir memberi laluan bagi
mengajarkan bahasa Malaysia di kelas ini. Mereka mempunyai aras kebolehan yang pelbagai
memandangkan di sekolah ini setiap kelas hanya mempunyai satu aliran sahaja kerana
sekolah ini termasuk dalam kelompok Sekolah Kurang Murid. Sebagai langkah permulaan
sebelum memulakan tugas mengajarkan Bahasa Malaysia dalam kelas ini, pengkaji
melakukan tinjauan awal dengan berbual-bual dengan guru Bahasa Malaysia kumpulan
pelajar ini semasa mereka di Tahun 3 . Hasilnya, pengkaji dimaklumkan bahawa dua orang
murid kelas ini masih lagi menghadapi masalah dalam kemahiran menulis. Antara kesalahan
yang lazim dilakukan oleh mereka ialah kesalahan ejaan, tanda baca, menjarakkan perkataan
yang ditulis dalam ayat, penggunaan huruf kecil dan huruf besar dan pengimbuhan kata yang
tidak menepati sistem ejaan yang betul. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran menulis dengan betul dan melakukan kesalahan yang sama berkali-kali.
Ini terbukti melalui pengalaman pengkaji menanda buku latihan karangan murid-murid
yang menemukan menemukan pengkaji dengan masalah yang agak ketara dalam kalangan
separuh daripada murid-murid tersebut . Masalah tersebut merupakan kesalahan dalam
ejaan . Namun begitu, dalam kelas ini, kesalahan yang paling kerap dilakukan adalah
kekeliruan dalam membezakan penggunaan k atau kk bagi perkataan berimbuhan yang

berakhir dengan huruf k. Kekeliruan ini bukan sahaja dialami oleh pelajar lemah, malah
oleh pelajar bijak juga .
Melalui pengalaman pengkaji, kekeliruan ejaan ini berpunca daripada lemahnya
penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan
murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan sama ada dalam proses pengajaran
dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga berpunca
daripada kurangnya penumpuan pengkaji terhadap kepentingan penguasaan imbuhan dan
bagaimana ejaan sesuatu perkataan tu berubah apabila menerima imbuhan. Dalam pada itu,
sikap ambil mudah murid dan kurangnya tumpuan mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran juga menjadi punca ; lumrah dalam kalangan murid bermasalah dalam
pembelajaran. Sekiranya pengkaji tidak membetulkan keadaan ini, murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas
2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah, Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah satu-satunya pengukur kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah. Untuk jangka masa panjang pula, jika tidak diatasi, masalah ini akan
berlanjutan hingga peringkat pendidikan yang lebih tinggi.
Pengkaji membaca buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas, untuk meneliti masalah ini walaupun mereka bukanlah murid pendidikan khas tetapi
seorang daripada mereka pernah berada dalam kelas pemulihan khas . Pengkaji mengkaji
buku ini untuk melihat sama ada masalah tidak menguasai ejaan yang betul itu ada kaitan
dengan sejarahnya sebagai murid pemulihan khas. Dalam buku itu dinyatakan beberapa
punca murid lemah dalam ejaan iaitu lemah pengamatan visual, tidak dapat membayangkan
bentuk huruf atau perkataan, masalah memori auditori atau visual, lemah analisis

pendengaran dan sebutan huruf yang salah. Daripada pembacaan itu, pengkaji dapati
beberapa orang murid itu mungkin tidak dapat membayangkan perkataan itu kerana mereka
tidak memahami imbuhan itu sendiri .
Pada awalnya, pengkaji memberikan perhatian pada aktiviti menulis dalam proses dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan bimbingan khusus namun
kesalahan yang sama masih berulang yang memperlihatkan betapa ketaranya kekeliruan
mereka dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang kata dasarnya berakhir dengan
huruf k. Contoh kesalahan yang dilakukan ialah :Bil
1
2
3

Contoh ayat
Azri tidak ada kelayakan sebagai jurulatih
Azri tidak ada kelayakkan sebagai jurulatih
Keputusannya yang cemerlang melayakkannya ke MRSM
Keputusannya yang cemerlang melayakannya ke MRSM
Pembalakan haram menyebabkan banjir di Cameron Highlands.
Pembalakkan haram menyebabkan banjir di Cameron Highlands

Status

Hasil soal jawab dengan murid secara rawak , pengkaji mendapati murid tidak dapat
membezakan imbuhan akhiran -kan: dan -an bagi kata dasar yang berakhir dengan huruf
k itu . Kebanyakan murid mengatakan bahawa mereka hanya mengeja secara teka-teka
sahaja menyebabkan mereka melakukan kesilapan dalam mengeja perkataan berimbuhan
apitan meN-.-kan, di-.-kan , pe--an dan ke-an . Selain itu, mereka juga
mengatakan bahawa mereka mengeja perkataan tersebut berdasarkan bunyinya. Justeru,
terjadilah kesalahan penggunaan 2k pada perkataan yang sepatutnya dieja dengan 1k. Hal ini
terjadi tentulah kerana mereka tidak menguasai penggunaan imbuhan itu dengan baik. Ini
juga berpunca daripada banyaknya cabang daripada proses pengimbuhan yang perlu
dikuasai. Memandangkan dalam bidang penulisan , imbuhan-imbuhan itu tidak dapat
dielakkan penggunaannya oleh sebab kata terbitan sedemikian paling banyak digunakan

dalam bahasa Melayu dan pertuturan seharian yang merujuk kepada golongan kata kerja dan
kata nama, maka amatlah penting bagi pengkaji melakukan sesuatu agar masalah kesilapan
ejaan ini dapat diatasi.
Kesalahan ejaan ini menyebabkan mereka tidak memperoleh gred yang baik dalam
penulisan. Keadaan ini membimbangkan kerana mereka akan menduduki peperiksaan UPSR
dua tahun lagi. Pengkaji sering meminta mereka membuat pembetulan bagi setiap kesalahan
ejaan yang dilakukan, tetapi itu tidak membantu mereka untuk mengingati cara mengeja
perkataan tersebut dengan betul. Dalam masa yang sama , aspek tatabahasa yang melibatkan
imbuhan juga terlalu rencam dan menambah bebanan kepada mereka untuk mengingat semua
hukum tatabahasa yang dipelajari.
Justeru , pengkaji berasakan bahawa masalah kekeliruan ejaan ini perlu diatasi segera
pada peringkat awal lagi agar tidak berlanjutan hingga ke peringkat lebih tinggi .
Lumrahnya , anak-anak kecil memang tidak terdedah kepada bahan bacaan yang berkualiti
yang akan menemukan mereka dengan ejaan-ejaan yang tepat kerana dalam teknologi moden
sekarang ini , ejaan bahasa Melayu itu sendiri sudah dicemari oleh kesalahan ejaan yang
banyak akibat penggunaan singkatan ejaan dalam media sosial yang semakin menguasai
hubungan sosial masa kini .
Sehubungan itu, pengkaji mula mencari jalan penyelesaian yang dapat membantu muridmurid mengatasi kekeliruan mereka itu. Pada awalnya, pengkaji meminta pelajar menghafal
formula 2KMD dan 1KPK yang bermaksud imbuhan me--kan dan di-.-kan apabila
bertemu dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf k , maka ejaannya memerlukan dua
k contohnya :Kata dasar

Kata terbitan setelah menerima imbuhan me-, atau di-.

Pendek

Memendekkan , dipendekkan

Botak

Membotakkan,dibotakkan

Namun begitu, formula itu gagal diserap dengan baik oleh murid terutama murid yang
lemah . Mereka mengeluh dan berkata susahnya cikgu, tak fahamlah . Ada juga yang berkata
kejap 1k, kejap 2kpening betul. Keadaan ini mendorong pengkaji untuk memikirkan satu
kaedah yang lebih menarik bagi mengukuhkan ingatan mereka. Akhirnya pengkaji beroleh
buah fikiran untuk mereka suatu bentuk mnemonic iaitu Kari Kambing Masak Dalca dan
Kek Pisang Kukus.
c) Refleksi Nilai Pendidikan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia menjadi mata
pelajaran yang wajib diajarkan di sekolah rendah dan menengah. Bagi menjamin
keberkesanan mata pelajaran ini kepada para pelajar, maka tenaga pengajar perlu
mengetahui teknik yang betul untuk mengajar mata pelajaran bahasa Melayu.Namun
begitu, Bahasa Malaysia sering dianggap mudah oleh penutur jati sehinggakan terlalu
banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan dilakukan tanpa disedari. Sikap ambil mudah dan
tidak kisah dalam kalangan murid Melayu terhadap Bahasa Malaysia menyebabkan
mereka mengabaikan bahasa Malaysia ini kerana menganggapnya sebagai subjek boleh
lulus .
Lebih memburukkan, bahasa Malaysia dirojakkan dengan kewujudan laman
sembang yang memperlihatkan bahasa menjadi tunggang-langgang termasuk ejaan yang
semakin caca-marba sifatnya yang secara tidak langsung mempengaruhi gaya penulisan
pelajar meskipun dalam bahasa persuratan rasmi. Hakikat ini diperkukuhkan menerusi
perbualan dengan rakan-rakan guru penanda kertas Bahasa Malaysia di peringkat UPSR,

PMR/PT3 dan SPM, yang menyatakan bahawa masalah kesalahan ejaan merupakan suatu
perkara yang biasa ditemukan dalam skrip jawapan calon di kesemua tahap peperiksaan.
Justeru, sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak keadaan ini berlarutan yang bukan
sekadar menjejaskan pencapaian pelajar dalam bahasa Malaysia, malah mencacatkan
bahasa itu sendiri.
Imbuhan dalam bahasa Malaysia sama sifatnya dengan imbuhan Bahasa Inggeris
yang disebut sebagai prefix dan suffix, kedua-duanya sering menimbulkan kekeliruan dari
segi peraturan mengeja. Dalam konteks imbuhan apitan ini, pelajar biasanya keliru dalam
mengeja kata terbitan yang terhasil daripada kata dasar yang berakhir dengan huruf k
kerana mereka tidak menguasai cabang-cabang atau jenis imbuhan itu. Masalah ini akan
berlarutan jika tidak diatasi di peringkat awal .
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran
dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)

dapat membantu

pembangunan modal insan untuk melahirkan pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif dan
berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Kaedah pengajaran
hari ini seharusnya tidak lagi dibelenggu oleh buku teks yang berpusat kepada guru
semata-mata. Sebaliknya pengajaran perlu berpusat kepada pelajar melalui pelbagai
aktiviti pembelajaran. Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran sebagai
rempah hidup di bilik darjah akan dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran
dan seterusnya secara tidak langsung membantu keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar itu sendiri .
Bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini
kepada para pelajar, maka guru perlu mengetahui teknik yang betul. Guru berperanan

menyampaikan pengajaran

kepada

muridnya.

Sejauhmana

tercapainya

objektif

pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kaedah atau cara penyampaian
guru itu sendiri . Guru yang berjaya ialah guru yang bukan sahaja luas dalam ilmu
pengetahuannya, tetapi juga bijak menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang
berkesan . Antara kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu yang dikenal pasti
sesuai untuk menarik minat pelajar ialah penggunaan keratan akhbar dalam pengajaran,
kerja kumpulan membina soalan, kaedah hafalan sifir bahasa, aktiviti minda kreatif dan
bimbingan khusus pelajar lemah. Ironinya, ada pendapat dalam kalangan masyarakat
yang mendakwa bahawa pengajaran Bahasa Melayu di sekolah membosankan dan
menyebabkan pelajar lebih menumpukan mata pelajaran yang bersifat teknikal seperti
sains dan matematik. Pandangan seperti ini tentulah menjengkelkan guru-guru bahasa
Malaysia yang seolah-olah dianggap guru subjek picisan.
Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa peka terhadap masalah
yang dihadapi muridnya walaupun masalah tersebut merupakan masalah yang kecil.
Sekiranya masalah-masalah ini tidak diambil perhatian maka murid-murid pemulihan
tersebut akan berterusan membuat kesalahan yang sama. Mungkin terdapat segelintir
guru yang menganggap bahawa penguasaan kemahiran mengeja berimbuhan apitan yang
mengandungi kata dasar berakhir huruf k adalah masalah biasa, namun, bagi pengkaji
masalah yang lebih besar mungkin timbul sekiranya masalah yang kecil tidak
diselesaikan terlebih dahulu.
Justeru, kajian ini sangat signifikan dalam mengatasi masalah ini dan dalam masa yang
sama mengubah persepsi masyarakat terhadap bahasa Malaysia dan kaedah

pengajarannya yang dianggap jumud sekaligus mengangkat kembali martabat Bahasa


Malaysia sebagai bahasa ilmu.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu Kajian
Asas Bahasa Malaysia yang kukuh penting bagi murid-murid meneruskan pendidikan
mereka di sekolah menengah. Sekiranya penguasaan mereka lemah di peringkat sekolah
rendah, maka mereka akan menghadapi masalah ketika di sekolah menengah. Dalam hal ini,
pengkaji hanya memberi fokus kepada kesalahan ejaan untuk imbuhan yang berakhir dengan
huruf k walaupun kumpulan murid ini turut menghadapi masalah dalam pengimbuhan itu
sendiri. Pengkaji mendapati masalah ini berlaku kerana pengaruh bahasa dalam perhubungan
maya melalui laman Whatsapp, WeChat dan Facebook. Selain itu, pengkaji juga
mendapati bahawa faktor guru juga memberi kesan kepada penguasaan murid. Guru biasanya
hanya menerangkan hukum tatabahasa dan memberi latihan-latihan berkaitan hukum itu
tanpa mendedahkan kepada murid tentang kesalahan lazim dalam tatabahasa terutama yang
melibatkan ejaan.
Masalah ini perlu diatasi kerana kegagalan mengeja perkataan dengan tepat yang tidak
diatasi pada peringkat awal akan menyebabkan masalah ini berlarutan hingga ke peringkat
yang lebih tinggi. Kemahiran ejaan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
murid dan kegagalan menguasainya akan membantutkan proses pembelajaran murid
sekaligus menjejaskan pencapaian mereka dalam kertas penulisan. .Tambahan pula,
kumpulan pelajar ini adalah kumpulan kedua keluaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang akan menduduki UPSR dalam format baharu dua tahun dari sekarang.
Kegagalan pengkaji membantu murid mengatasi masalah ini akan memberi masalah pada

penulisan karangan mereka nanti. Sejak beberapa tahun, mata pelajaran Bahasa Malaysia
sering menyumbang 100 peratus kepada pencapaian cemerlang UPSR sekolah ini dan legasi
itu perlu diteruskan. Untuk itu, masalah-masalah dalam penulisan perlu diatasi agar risiko
pemotongan markah dalam penandaan kertas penulisan dapat diminumkan.
Kajian tindakan ini akan membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut dan
digunapakai pula oleh guru-guru lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas masing-masing . Pengkaji pula dapat merenung dan membuat pertimbangan terhadap
isu yang dihadapi , mencari punca masalah , merancang kajian, melaksanakannya , membuat
analisis terhadap data yang diperoleh dan membuat refleksi kendiri .
Kesimpulannya, pengkaji terpanggil untuk melakukan kajian tindakan bagi masalah ini
kerana jika tidak atasi , kesannya :a) Murid lemah akan terus kekal lemah malahan akan berterusan hingga ke sekolah
menengah
b) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Bahasa Malaysia akan menjadi statik
dan membosankan
c) Peratus murid lemah dalam Bahasa Malaysia akan bertambah
d) Keputusan UPSR bagi mata pelajaran ini akan merosot.
2.2 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, pengkaji telah melakukan tinjauan bagi
mengenalpasti punca yang menyebabkan berlakunya kekeliruan ini dengan menggunakan
beberapa instrumen kajian iaitu melalui pemerhatian berstruktur, senarai semak, temu bual
dan analisis dokumen melalui lembaran kerja .
Melalui pemerhatian, pengkaji mengamati tingkah laku peserta berdasarkan kepada
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Pemerhatian juga dilakukan untuk
mengesan perilaku dan minat murid terhadap tajuk yang akan diajarkan ini di samping

membandingkannya dengan tingkah laku sebelum kaedah ini diperkenalkan. Dalam kajian
ini, pengkaji akan melakukan pemerhatian turut serta secara pemerhatian berstruktur dengan
menggunakan senarai semak. Pemerhatian dilakukan bertunjangkan kepada enam kod yang
telah dikategorikan Dalam proses ini, pengkaji memerhati, mendengar, dan merekodkan
maklumat berdasarkan kod-kod yang telah dikenalpasti .
Oleh sebab pengkaji melakukan pemerhatian secara berstruktur, senarai semak
digunakan. Borang senarai semak ini adalah catatan atau perkara-perkara yang disusun
dengan ruang yang disediakan untuk pengkaji membuat tanda pada perkara yang sesuai
semasa dan selepas pemerhatian. Senarai semak dapat membantu pengkaji mencatat tingkah
laku atau peristiwa yang telah ditentukan terlebih dahulu dan ini menjadikan kajian lebih
terarah. Senarai semak ini kemudiaannya dianalisis menggunakan peratus dan frekuensi.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik temu bual iaitu kaedah mengutip data yang
melibatkan interaksi bersemuka antara pengkaji dengan peserta bagi mengumpulkan data .
Melalui temu bual ini, pengkaji bukan sahaja dapat mengumpul maklumat malah dapat juga
meninjau persepsi peserta termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya . Dalam kajian
ini, pengkaji menggunakan temu bual jenis struktur dengan menyediakan soalan-soalan
terlebih dahulu. Dapatan daripada temu bual ini juga dianalisis secara frekuensi dan peratus.

Semakan buku latihan juga dilakukan bagi tujuan yang sama. Buku latihan murid ini
merekodkan latihan-latihan yang diberikan kepada murid sebagai peneguhan selepas
pengajaran dan pembelajaran. Hasil kerja murid disemak untuk menilai tahap perkembangan
murid dalam menguasai ejaan perkataan berimbuhan apitan yang mengandungi kata dasar
berakhir dengan huruf k. Kaedah ini memudahkan pengkaji untuk melihat pencapaian

murid dari masa ke masa kerana semua latihan terkumpul dalam buku yang sama. Setiap
pembetulan juga dibuat dengan segera pada buku yang sama juga.

2.3 Analisis Masalah


Berdasarkan semua instrumen yang dinyatakan, pengkaji telah dapat menganalisis
masalah tiga orang murid Tahun 4 Ceria ini . Pengkaji menggunakan borang senarai semak
( lampiran 1) semasa pemerhatian berlangsung. Hasil analisis pada borang pemerhatian
tersebut didapati bahawa peserta kurang memberi tumpuan semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan melakukan aktiviti lain seperti memusing-musing pensel
pada jari, menconteng buku dan termenung.
Melalui semakan buku latihan pula, pengkaji mendapat maklumat yang jelas betapa
seriusnya masalah kekeliruan peserta dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang
mengandungi kata dasar berakhir huruf k ini. Daripada latihan yang diberikan itu, dengan
jelas didapati bahawa tidak kira sama ada semasa mengambil imlak, memangkah pada ejaan
yang betul atau memilih jawapan yang betul pada pilihan jawapan beraneka pilihan, peserta
keliru dalam menentukan ejaan yang tepat. Hal ini berlaku kerana mereka tidak mengenali
perbezaan antara imbuhan -kan dengan -an. Akibatnya, mereka selalu menggunakan an untuk -kan. Kesalahan ini terlalu besar untuk dimaafkan, contohnya: meletakan (untuk
meletakkan). Begitu juga untuk bentuk kata nama terbitan seperti dalam pelantikkan
( pelantikan) dan kerosakkan(untuk kerosakan). Perkara seperti ini patutlah diambil berat dan
dibetulkan.
Sementara itu, melalui temu bual ( lampiran 2 ) pula, pengkaji mendapati bahawa punca
utama yang menyebabkan kekeliruan ini adalah peserta tidak memahami konsep imbuhan

apitan itu sendiri iaitu sama ada perkataan itu adalah kata nama terbitan yang memerlukan
satu k atau kata kerja terbitan yang memerlukan dua k. Agak menyedihkan juga apabila
mereka masih tidak dapat membezakan kata nama dan kata kerja itu sendiri secara dasarnya.
Saya akur bahawa pada usia 10 tahun, sukar bagi mereka untuk menanggapi konsep
tatabahasa yang serumit itu. Selain itu, mereka juga keliru atau dipengaruhi oleh sebutan
perkataan yang menyebabkan mereka salah dalam mengejanya.
2.4 Tinjauan Literatur
Memandangkan imbuhan apitan bagi perkataan yang berakhir dengn huruf k ini adalah
cabang daripada pengajaran tatabahasa, maka tidak dapat tidak, aspek kaedah pengajaran
tatabahasa itu sendiri dilihat sebagai penting dan mempunyai pertalian. Menurut Dr Awang
Sariyan ( 2009 ), aspek tatabahasa sering dianggap sebagai subjek atau aspek yang kering
dan kadangkala menakutkankerana ia hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa , sama
halnya sepeti Matematik . Oleh itu, ramai yang tidak dapat menguasainya meskipun sudah
mempelajarinya sejak sekolah rendah lagi.
Kajian oleh Dr Awang Sariyan (1983) menunjukkan bahawa kesalahan penggunaan
bahasa Melayu pada peringkat kemahiran bahasa dan tulisan masih berlaku . Antara
kesalahan yang dikesan adalah seperti kesilapan pada ejaan, tanda baca, penggunaan huruf
besar hinggalah kepada kesalahan morfologi, sintaksis yang dinamakan sebagai kesalahan
umum . Nik Safiah Karim ( 2003 ) pula menegaskan bahawa jenis kesalahan yang kerap
dilakukan oleh generasi muda terutama murid-murid sekolah pada semua peringkat adalah
kesalahan ejaan dan tatabahasa. Apel dan Masterson ( 2001 ) pula berpendapat bahawa ejaan
merupakan asas utama kepada pembelajaran bahasa. Pendapat ini turut diperkatakan oleh
Boder ( 1972 ) yang menyatakan bahawa pembaca bukan sahaja melakukan kesalahan

semasa membaca tetapi juga dalam ejaan. Zangwill & Blakemore (1972) yang menyokong
pendapat Boder ini turut berpendapat bahawa pembaca lebih cenderung menghasilkan
kesalahan ejaan dan secara tidak langsung akan menyebabkan kesalahan fonetik turut
berlaku. Banyak kajian tentang kesalahan ejaan telah dijalankan tetapi tidak berfokus kepada
kesalahan ejaan imbuhan apitan ini.
Pengkaji meneliti lagi beberapa buah buku untuk mendalami masalah ini . Khairul Anuar
(1992:77) menjelaskan bahawa kebanyakan kesilapan ejaan pengimbuhan adalah disebabkan
kurang fahaman terhadap aturan sistem pengimbuhan yang betul dalam ejaan. Dalam buku
beliau yang bertajuk Kesalahan Tanda Baca dan Ejaan, Silap Tu!, ada diterangkan bagaimana
kaedah sebenar bagi mengeja kata berimbuhan mengikut sistem ejaan bahasa Melayu
standard. Menurut beliau, masalah ini hanya berlaku dalam kalangan pengguna bahasa yang
belum matang iaitu kanak-kanak kerana mereka masih lagi keliru dengan konsep
pengimbuhan .

Kekeliruan ini menyebabkan mereka salah dalam mengeja perkataan

tersebut.
Selain itu, pengkaji turut meneliti buku Pendidikan Disleksia yang ditulis oleh
Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah pada tahun 2010, ejaan ditafsirkan sebagai proses
memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan
bertulis serta berkait rapat dengan kemahiran membaca. Berdasarkan penyataan tersebut,
pengkaji mendapati sasaran kajian yang telah dipilih tidak mempunyai masalah membaca
kerana berupaya melihat huruf-huruf yang telah dijalinkan untuk membentuk sesuatu
perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, salah seorang daripada mereka apabila diminta
untuk mengeja semula perkataan dan menghubungkaitkan setiap huruf yang terdapat pada
perkataan tersebut, mereka menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya. Perkara ini

sekali gus menyebabkan murid tidak dapat menulis perkataan tersebut dengan ejaan yang
betul walaupun telah diberikan penerangan berkali-kali.

Pengkaji turut mencari bahan-bahan dalam bentuk jurnal yang menemukan pengkaji
dengan beberapa jurnal berkaitan masalah ini antaranya oleh Shaifullah bin Hassan Basri
dan YM Tengku Nor Faizul Tengku Embong (2013) , yang menyatakan bahawa kegagalan
murid menguasai imbuhan kan dan an sehingga menyebabkan kesalahan dalam mengeja
kata terbitannya berpunca daripada penggunaan teknik yang kurang sesuai untuk
memudahkan murid memahami konsep imbuhan. Jika konsep imbuhan itu telah dikuasai
oleh murid, barulah guru dapat menyelesaikan masalah penguasaan penggunaan imbuhan itu
dan masalah lain termasuk ejaannya . Hasil intervensi beliau telah berjaya meningkatkan
penguasaan dan kefahaman murid tentang dua imbuhan itu yang membantu pula pada
ketepatan ejaan mereka yang sebelum itu keliru sama ada mereka memerlukan satu k atau
dua k bagi perkataan yang berakhir dengan huruf k yang berganding dengan akhiran kan
dan an. Teh Nur Idayu binti Abdul Ghaffar (2013) pula menggunakan Modul Eja Seperti
Saya (MESS) dalam mengatasi masalah penguasaan ejaan dalam kalangan murid-muridnya.
Dalam kajian itu, beliau berhadapan dengan murid yang tidak dapat mengeja dengan betul
akibat pengaruh dialek kenegerian.
Muhammad Saiful Aiman bin Ibrahim ( 2014 ) dalam jurnal tindakannya pula
menggunakan Kaedah LATIM ( latih tubi imlak) bagi meningkatkan penguasaan tulisan kata
berimbuhan apitan menkan. Dalam kajiannya, dinyatakan bahawa aspek tatabahasa
merupakan masalah besar dalam kalangan peserta kajiannya. Beliau mendapati bahawa
pesertanya tidak dapat menguasai imbuhan dengan baik sehingga menyebabkan berlaku
kesilapan penggunaan sama ada secara lisan mahupun tulisan. Beliau turut mendapati

bahawa imbuhan apitan menkan dikan, peRkan dan kean menjadi aspek yang
paling sukar dikuasai oleh pesertanya. Dinyatakan juga bahawa faktor persekitaran, pengaruh
bahasa ibunda dan sikap murid terhadap bahasa Malaysia itu sendiri menjadi masalah yang
menghambat kemajuan pesertanya untuk menguasai bahasa Malaysia dari segi sebutan,
bacaan dan tatabahasa. Berdasarkan pemerhatian beliau, didapati bahawa peserta kajiannya
menghadapi kekeliruan dalam pengimbuhan kerana tidak menguasai aspek itu imbuhan itu
secara mendalam.

Berdasarkan pengalaman Cikgu Hameelah Adnan ( 2006 ) melalui kajian tindakannya


yang bertajuk Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Imbuhan Awalan, Akhiran dan Apitan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Menggunakan Kaedah Imlak mendapati seandainya
murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran bahasa, maka ini akan dapat membantu
murid tersebut untuk mencapai pencapaian yang cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu
apabila berada dalam tahap dua kelak. Ini sekaligus akan dapat membantu murid-murid ini
mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR. Bagi subjek Bahasa Melayu,
ianya akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa
Melayu Penulisan. Daripada kajian dan pemerhatiannya, beliau mendapati kesalahan yang
didapati adalah dari segi masalah struktur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan ayat. Ini
akhirnya akan memberi kesan terhadap markah penulisan murid serta mempengaruhi maksud
ayat tersebut juga. Kelemahan penggunaan imbuhan dalam kalangan murid ini adalah
disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek
penggunaan imbuhan. Di samping itu, ianya juga turut disebabkan kurangnya penumpuan
guru terhadap kepentingan penguasaan imbuhan dkalangan murid. Melalui kaedah IMLAK
yang diperkenalkan oleh beliau ini bukan sahaja dapat membantu para pelajar untuk

menguasai penggunaan imbuhan, malah

juga turut dapat membantu pada guru serta

memberikan idea baru kepada golongan pendidik bagaimana untuk menjadikan sesuatu proses
p&p itu menjadi lebih menarik.

Selanjutnya, pengkaji juga meneliti Teori Pemerolehan Bahasa Mentalis oleh Noam
Choamsky yang menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan Peranti
Pemerolehan Bahasa yang membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk
menguasai bahasa. Piaget yang juga berfahaman mentalis pula mengatakan bahawa
perkembangan kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya . Oleh itu, guru
perlu mengajar bahasa secara deduktif manakala tatabahasa pula perlu diajar secara langsung
dan berstruktur di samping guru perlu banyak memberi peluang kepada murid untuk berfikir
ketika proses pembelajaran berlaku. Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi
latihan-latihan yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif .
Guru perlu menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan mereka membaiki kesilapan itu
berdasarkan rumus yang telah dipelajari.
Sehubungan itu, pengkaji melakukan imbas kembali terhadap teknik belajar semasa di
alam persekolahan itu penggunaan kaedah mnemonik khususnya dalam mengingat fakta
sejarah.

Kaedah mnemonik ini berasal dari istilah Greek yang bermaksud berfikiran

digunakan sebagai alat untuk memudahkan ingatan terhadap sesuatu. Kaedah yang sama
telah digunakan oleh pengkaji untuk mengajarkan hukum Simple Present Tense dalam
bahasa Ingggeris dan ini memberi ilham pula kepada pengkaji untuk menggunakan kaedah
yang sama dalam pengajaran bahasa Malaysia ini. Kaedah mnemonik ini telah diakui sebagai
sejenis alat bantu yang boleh digunakan untuk menguatkan daya ingatan. Ini sejajar dengan

pendapat R.M Gagne melalui Teori Pemprosesan Maklumat menyatakan bahawa


rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deriaderia manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan sebelum dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem
saraf. Menurutnya, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan jangka
panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baharu bagi
memudahkan proses pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
mnemonic gentian itiatu menggantikan konsep yang abstrak kepada imej konkrit yang mudah
diingati.
Di samping itu, pengkaji juga membaca tentang Teori Behaviourisme Ian Pavlov yang
berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh
seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada
teori ini, rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan. Semakin
kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim
itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil
kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat
diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru. Oleh itu, rangsangan diperlukan untuk
memperkukuhkan gerak balas terlazim. Memotivasikan murid dengan ganjaran yang sesuai juga
diperlukan supaya dapat mengawal tingkah laku yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya. Motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang juga perlu
untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Justeru, dalam menjalankan kajian ini, pengkaji
memberikan ganjaran dalam bentuk pemberian bintang pada Carta Saya Bijak Bahasa

( Lampiran 3 ) yang ditampal pada buku latihan murid. Selepas tamat setiap latihan, penerima
bintang diberikan berserta hadiah kecil seperti sebatang pensel mekanikal. Ini bertujuan menarik
minat dan meningkatkan keyakinan diri peserta terhadap keupayaan diri sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Mempertingkat kemahiran dalam mengeja perkataan berimbuhan apitan yang
mengandungi kata dasar berakhir huruf k
3.2 Objektif Khusus :3.2.1 Menjelaskan punca masalah penguasaan ejaan bagi perkataan berimbuhan apitan
3.2.2

yang mengandungi kata dasar berakhir huruf k.


Membantu peserta dalam menguasai kemahiran mengeja perkataan berimbuhan

apitan yang mengandungi kata dasar berakhir huruf k dengan tepat.


3.3 Soalan Kajian
3.3.1 Apakah punca yang menyebabkan berlakunya masalah penguasaan kemahiran
3.3.2

mengeja perkataan berimbuhan apitan itu dengan tepat?


Adakah kaedah resepi Kari Kambing Masak Dalca dan Kek Pisang Kukus dapat
membantu peserta menguasai kemahiran mengeja perkataan berimbuhan apitan
itu dengan tepat?

KUMPULAN SASARAN
4.1 Latar Belakang Sekolah
Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Kampong Jawa , sebuah sekolah luar
bandar yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari bandar Pontian, Johor. Sekolah ini
merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM ) yang keseluruhan pelajarnya hanya 72 orang

yang rata-ratanya terdiri daripada anak pekebun kecil, pekerja kilang dan peniaga kecil.
Sekolah ini sering mencatat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan catatan Gred Purata
Sekolah kurang daripada 2.0 setiap tahun sejak 2009 .
4.2 Latar Belakang Peserta
Kajian ini melibatkan sekumpulan tiga orang murid

Tahun 4 . Kesemua murid ini

berbangsa Melayu dan beraras sederhana. Peserta akan dilabel sebagai peserta A,B dan C.
Dua orang adalah peserta lelaki dan seorang peserta perempuan dengan salah seorang
daripadanya iaitu peserta C merupakan bekas pelajar pemulihan khas semasa dalam Tahun 1
hingga 3.