Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TASIK

68000 AMPANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI MEWUJUDKAN TIGA KELAS
ABAD KE-21 DI SMK TAMAN TASIK

DISEDIAKAN OLEH :
PENYELARAS KELAS RANCANGAN KHAS (KRK)

1.0

PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari PIBG SMK Taman
Tasik bagi membeli kelengkapan kelas abad ke-21 yang bakal diwujudkan menjelang tahun
2016. Untuk peringkat permulaan, tiga kelas dipilih iaitu kelas 1 Cemerlang, 2 Cemerlang
dan 3 Cemerlang yang merupakan Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMK Taman Tasik
dalam merealisasikan kelas abad ke-21 ini.

2.0

LATAR BELAKANG

Persekitaran fizikal bilik darjah merupakan aspek yang sangat penting kerana persekitaran
kondusif boleh menggalakkan pembelajaran berlaku dengan lebih baik dan bermakna.
Pengurusan bilik darjah merangkumi susun atur iaitu corak duduk murid dan fungsi murid
sama ada dalam kumpulan, bersemuka dan sebagainya. Aspek lain dalam pengurusan
sesebuah bilik darjah adalah peralatan yang lengkap untuk merangsang pembelajaran serta
aspek pencahayaan dan udara (tingkap, pintu, kipas dan lampu).

Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia, kelas abad ke-21


diwujudkan di SMK Taman Tasik. Kelas abad ke-21 ini mempunyai susun atur dengan
beberapa ciri yang penting untuk membolehkan murid terlibat dengan aktif dalam
pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berlangsung, membina ruang autonomi
pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran
mental. Persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah juga seharusnya
menggalakkan pembentukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

mampu

Oleh itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran secara terancang dan
bersesuaian dilihat dapat meningkatkan kecekapan proses PdP yang berlangsung. Peralatan
ICT yang diwujudkan dalam kelas abad ke-21 juga boleh digunakan oleh murid untuk
mengakses maklumat atau melaksanakan pembelajaran secara dalam talian. Segala
pembaharuan ini diharap dapat meningkatkan minat murid untuk belajar seterusnya mampu
meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan dalaman dan awam di SMK Taman
Tasik.

3.0

OBJEKTIF

3.1

Mentransformasi bilik darjah dengan ruang pembelajaran yang lengkap dengan


peralatan ICT untuk kegunaan guru dan murid ke arah pembelajaran yeng lebih

3.2

menarik dan bermakna


Menyediakan iklim bilik darjah yang dapat merangsang murid untuk bersaing dan
belajar secara koperatif bagi meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan dalaman
dan awam

4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN


Bil
1
2
3
4
5
6
7

Alatan
RAM (2GB)
LCD Projector + Casing
Skrin
Printer
Langsir
Papan Kenyataan
Papan Putih

Kuantiti
3
3
3
3
3 kelas
6
1
3

Anggaran Kos
RM 330.00
RM 3,000.00
RM 600.00
RM 900.00
RM 900.00
RM 1,200.00
RM 400.00

8
9
9
10
11

Pintu (plat besi)


Grill (tingkap) + Pintu (plat besi)
Wiring
Kunci (mangga)
Tingkap (kaca)

2
2 kelas
3 kelas
6
8 keping
JUMLAH

RM 380.00
RM 5,000.00
RM 400.00
RM 90.00
RM 40.00
RM 13, 240

5.0 PENUTUP
Saya amat berharap agar permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan
sebaiknya. Dengan adanya peralatan ini, suasana pembelajaran akan menjadi lebih kondusif
seterusnya dapat meningkatkan pencaaian murid seperti yang diharapkan oleh semua pihak.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(Pn Norbaizura Haris)


Penyelaras Kelas Rancangan Khas (KRK)
SMK Taman Tasik

Anda mungkin juga menyukai