Anda di halaman 1dari 13

KEPERCAYAAN BOLEH

MEMPENGARUHI
SIKAP DAN SAHSIAH PELAJAR

Manusia ialah mekhluk ciptaan Tuhan yang paling


istimewa jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk
lain.
Kepercayaan agama yang dianuti oleh ibubapa akan
diwarisi oleh pelajar merupakan sumber penting
sebagai
pedoman dan panduan hidup.
Agama mengajar kita bagaimana menjadi manusia
yang
baik. Agama mengajar pelajar kita untuk melakukan
kerja-kerja yang memberi faedah kepada manusia dan
alam semesta.
Dalam sesebuah masyarakat, nilai-nilai agama
membentuk corak kehidupan anggota masyarakatnya.
Orang yang taat beragama tidak akan berani
melakukan maksiat seperti mengumpat, berhasad
dengki, berbangga diri, menipu, berkhianat,
mengamalkan rasuah, berjudi danmeminum arak .
BAGAIMANA KEPERCAYAAN AGAMA
BOLEH MEMPENGARUHI SIKAP SEORANG
PELAJAR
1. Pelajar akan bersikap amanah sekiranya
berpegang kepada ajaran agama yang dianutinya
dan akan melakukan sesuatu tugas yang diberikan
kepadanya dengan sempurna.
2. Pelajar akan bersikap menjaga harga diri dan
tidak akan menjatuhkan maruah orang lain
kerana kepercayaan agamanya akan membantu
membentuk sikap yang mulia.
3. Pelajar akan bertanggungjawab melaksanakan
tugasnya dengan sempurna dan akan tabah
menghadapi masalah dengan cara yang paling baik
untuk menyelesaikan masalahnya.

4. Pelajar akan berhemah tinggi dan sentiasa


menjaga tingkah laku dan pertuturannya supaya
tidak menyinggung perasaan orang lain.
5. Pelajar akan bertoleransi dan mengawal tingkah
lakunya dengan sabar apabila menghadapi sesuatu
masalah yang tidak disenanginya.

6. Pelajar yang mempunyai kepercayaan agama


yang kuat akan lebih berdikari dan dapat
bertindak untuk melakukan sesuatu tugas dengan
kebolehan yang ada.
7. Pelajar akan rajin dan dapat mengharungi
pelbagai cabaran untuk mencapai cita-citanya.

8.Pelajar akan mengamalkan nilai kasih sayang dan


tidak akan mendera atau menganiaya orang atau
haiwan kerana ia salah sisi agama.
9. Pelajar akan beradil dan membuat
pertimbangan yang objektif , menyeluruh dan
wajar sebelum membuat sesuatu keputusan.

10.Pelajar akan bersikap rasional dan akan berfikir


dengan logik dan munasabah semasa membuat
sesuatu kerja.
11. Pelajar akan bersikap sederhana dan tidak
akan keterlaluan dalam segala tindakannya.
BAGAIMANA KEPERCAYAAN AGAMA
BOLEH MEMPENGARUHI SAHSIAH
SESEORANG PELAJAR
1. Pelajar yang mempunyai kepercayaan agama
dapat menjadi lebih gembira dan ada kepuasan
hidup yang tinggi.
2. Pelajar yang bersahsiah dapat mengeratkan
hubungan yang baik dan mesra dengan ibu bapa
dan anggota keluarga yang lain.
3. Pelajar yang bersahsiah juga dapat hidup lebih
lama kerana kurang mendapat penyakit.
4. Pelajar yang berpegang kuat pada agama kurang
melakukan jenayah atau melakukan kesalahan
seperti penyalahgunaan dadah,berjudi,minum arak
dan vandalisme.

5. Pelajar akan lebih optimis dan dapat merancang


masa depan dengan baik serta mempunyai harga
diri kerana berpegang kuat pada agama.
6. Jika seseorang pelajar berpegang kuat pada agama
akan lebih toleransi, baik sangka dan melayan
orang lain dengan baik.

7. Kepercayaan agama dapat membolehkan


seseorang pelajar dapat melihat dunia ini sebagai
tempat yang mesra.
8. Pelajar yang mempunyai kepercayaan
agama kurang mengalami tekanan jiwa
berbanding dengan pelajar yang tidak
mempunyai kepercayaan agama.

9. Membunuh diri adalah perkara yang ditegah oleh


agama Islam, Buddha dan juga Hindu.Pelajar
yang berpegang kuat tidak sesekali pun akan
melakukan perkara yang sensetif seperti ini.