Anda di halaman 1dari 2

PETUA BERSEDEKAH:

1. Bersedekah dengan ikhlas dan memberikan yang terbaik, bukan


barang yang hendak dibuang atau yang tidak berguna.
2. Ikhlas dalam pemberian dan tidak mengungkit.
3. Tidak riak atau menghebah-hebahkan sedekah kita supaya
diketahui orang atau supaya orang menganggap kita dermawan.
4. Bersedekah sebaiknya biar secara bersembunyi ibarat biarlah
tangan kanan kita bersedekah tetapi tangan kiri kita tidak tahu.
5. Carilah rezeki di dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. Konsep
bersedekah sebenarnya ialah sebagai bekalan di akhirat nanti
kerana itulah amalan seseorang yang akan menyelamatkannya dari
api neraka dan mengangkat darjat seseorang di syurga.
6. Amalan bersedekah ialah dengan memberikan harta yang kita
perolehi dari titik peluh kita sendiri yang halal dan bukannya dari
harta rampasan atau harta yang kita miliki dari sumber yang tidak
halal.
Pastikan wang yang anda
sedekahkan adalah dari
sumber yang halal.

7. Bersedekahlah di awal pagi di waktu dhuha kerana pada waktu itu


rezeki diturunkan.
8. Pahala orang yang bersedekah digandakan sebanyak 700 kali
seperti mana ayat orang yang bersedekah ialah ibarat sebatang
pokok yang menerbitkan 7 dahan, setiap dahan mengeluarkan 100
buah. Walaupun begitu, janganlah kita bersedekah kepada
seseorang untuk mendapatkan balasan yang lebih besar atau
banyak kerana itu bermakna - tidak ikhlas.
9. Jangan takut untuk bersedekah kerana bersedekah tidak
mengurangkan harta sebagaimana terdapat keterangan dalam
hadis Rasulullah s.a.w.: “Sedekah tidak dapat mengurangi harta
(sedikitpun).” Begitu juga kita kena memahami bahawa setiap
sedekah akan diganti oleh Allah.
10. Bersedekah hendaklah dengan benda yang paling kita kasihi.
Firman Allah: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan
(yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta
yang kamu cintai.” (Ali Imran: 92)
11. Bersedekahlah menurut keutamaan iaitu mengutamakan anak
isteri,
keluarga yang lebih berhajat kemudian barulah orang lain.
Dari http://www.rahsiasedekah.com