Anda di halaman 1dari 1

TUGASKU TANGGUNGJAWABKU

Apa itu tanggungjawab?

Tanggungjawab adalah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan


melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Tanggungjawab sebagai pelajar


• Menghormati guru
• Mematuhi peraturan-peraturan di sekolah
• Berdisiplin
• Menyiapkan tugasan yang diberi
• Menghormati rakan-rakan

Tanggungjawab sebagai anak


• Menghormati kedua-dua ibu bapa
• Menyayangi ibu bapa dan keluarga
• Membahagiakan ibu bapa dengan kejayaan
• Mentaati perintah atau arahan mereka
• Menolong ibu bapa dengan ikhlas

Tanggungjawab sebagai remaja


• Mengamalkan cara hidup sihat (jauhi dadah, pemakanan sihat, senaman)
• Menjauhi gejala sosial (jauhi budaya rempit, gangsterime, vandalisme)
• Sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri
• Memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah
• Menjadi individu yang berguna kepada negara

Aktiviti 1:
Berikan 5 tanggungjawab anda terhadap rakan anda di sekolah.

Aktiviti 2:
Nyatakan 5 tanggungjawab anda di sekolah.

Aktiviti 3:
Pada pendapat anda, mengapa sifat bertanggungjawab itu penting?