Anda di halaman 1dari 8

Panduan Usrah Yang Efektif

Dikongsikan oleh
JK Tarbiah
SMI Al-Amin Bestari DMerlimau
2015

USRAH YANG EFEKTIF


diolah semula oleh: UQY
Pengenalan
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Maksud perkataan usrah dalam pengertian
kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim) yang beriman dengan
agama ini, berusaha tolong menolong antara satu sama dengan yang lain untuk
memahami dan menghayati Islam.
RASIONAL USRAH
Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk
penganutnya. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contohcontoh pujian yang tinggi di samping memperkukuh ikatan yang sedia ada. Selain itu,
mutu ukhuwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan, iaitu dengan merealisasikan
teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu, kita hendaklah memandang berat dan
bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan
keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.
Tujuan Usrah
Majlis usrah mempunyai beberapa tujuan, diantaranya:
Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap Islam
terhadap satu-satu masalah.
Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab
terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jamaah.
Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai "Din Wa Daulah",
menghayatinya di dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta
tindakan mendakwahnya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan
negara.
Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islammiyah di dalam
kehidupan diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang
berbagai bentuk yang mengancam kemurnian Islam.
Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap ALlah dan
RasulNya. Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan AlSunnah.
Mengikhlaskan diri anggota kepada ALlah, demi untuk mencari keredhaannya,
mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan siksaanNya. Bukan kerana
segan dgn naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada ALlah.
Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya, kemudian diikuti dengan
amalan sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.
Menggiatkan dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di
kalangan anggota.
Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam demi kepentingan
Islam.
Memelihara individu usrah dari dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang dari
musuh.
Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak
secara jamaah.

RUKUN USRAH
Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, saling memahami dan
berseimbangan. Kita hendaklah mengambil berat perkara ini dan bersungguhsungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban
yang tidak bererti.
1. Berkenalan
Rukun usrah yang pertama ialah taaruf (berkenalan) antara satu sama lain. Ahli
usrah hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta
kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwah sejati.
Elakkan perkara-perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwah itu. Hal ini boleh
dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah dan hadis-hadis Rasulullah
s.a.w. Jadikan firman Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. sebagai perkara yang wajib
diutamakan.
Antara firman Allah(maksudnya): Orang-orang mukmin itu bersaudara-mara. (AlHujarat, 26:10)
Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah-belah. (Ali
Imran, 3:103)
Dalam hadis Nabi saw: Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan
yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.
Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak
juga membiarkannya.
Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam
perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksana badan
yang satu.
2. Saling memahami:
Rukun usrah yang kedua ialah tafahum (saling memahami). Kita hendaklah
berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah
dan meninggalkan apa-apa yang dilarang-Nya. Periksalah diri sendiri dengan
sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat
dalam arena kederhakaan.
Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama
lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat. Rakan yang dinasihati itu hendaklah
bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat dari sahabatnya. Pemberi nasihat
pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu--walau sejarak
sehelai rambut sekali pun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik tanpa memandang rendah sahabat
yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia.
Sembunyikan kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih
kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya
membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang
silap itu. Sebaliknya, teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah
melakukan apa-apa perubahan yang dikehendaki-Nya.
Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga
berubah hati walau sejarak rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah
bahawa martabat kasih sayang kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi
pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar
yang amat penting dalam agama Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya),
"Agama itu adalah nasihat." Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang
mulia dalam hadis ini--mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu.
3. Berimbangan:

Rukun usrah yang ketiga ialah takaful yang bermaksud memelihara nasib sesama
sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan

bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesama


sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwah sejati. Takaful boleh
dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi,
berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama
lain sedaya upaya.
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana
hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia beri iktikaf sebulan di
masjidku ini. Sabda baginda lagi (maksudnya), "Sesiapa memberikan kesukaan
kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas
Allah melainkan dengan syurga."
PERINGATAN
Dua perkara yang perlu dititikberatkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah.
Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri pertemuan-pertemuan yang telah
dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah juga hendaklah
menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila kita
dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan
kewangan seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya.
Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransuransur mundur dan akhirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik
ini, gerakan dakwah akan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat
dikehendaki dan menjadi tempat harapan bagi umat Islam seluruhnya.
KANDUNGAN USRAH
Apakah yang perlu dilakukan dalam pertemuan mingguan usrah yang menepati
maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: Kita mempunyai banyak
kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan kita
hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:
1. Membentangkan Kesulitan
Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Beri perhatian terhadap
kesulitan yang diluahkan oleh dan rakan kita dan berusahalah mengatasinya.
Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwah sejati dan dengan niat kerana Allah.
Dengan demikian dapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya-mempercayai dan
tali hubungan ukhuwah dapat diperkukuhkan.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya, "Orang mukmin itu cermin bagi
saudaranya." Sabda Rasulullah s.a.w. lagi (maksudnya): Perbandingan orang-orang
mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dan dalam erti kata timbang rasa
simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota
mengadukan hal turut menangguhkan seluruh badan dengan berjaga malam dan
merasai demam.
2. Bermuzakarah
Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan
Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan
usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah dikira
"haram" menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan
penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas-batas sopan santun yang
sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang daripada semua
pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau
hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi
penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan itu, maka perkara
itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau sempat terlebih dahulu
mengemukakannya kepada pucuk pimpinan.
Jangan dibuat keputusan dengan cara terburu-buru. Tuhan mencela umat-umat
manusia yang bersikap terburu-buru dengan firman-Nya yang bermaksud: Dan

apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan
maka mereka pun terus mencanangkannya.
Setelah Allah S.W.T. mencela mereka yang berperangai begitu maka Tuhan
tunjukkan pula apa-apa yang semestinya dilakukan apabila tersua dengan suasana
seperti itu dengan firman-Nya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembalikannya
kepada Rasul dan kepada pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orangorang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya.
3. Kajian Buku

Adakan studi (penelitian) terhadap sesebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi itu
dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis.
Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti
menziarahi orang sakit; menolong orang-orang yang berhajat (walaupun hanya
sekadar kata-kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang anggota yang
tidak kelihatan bersama-sama kumpulan, menanggung bebanan anggota yang
terputus rezeki. Semuanya itu dapat menambahkan lagi tali ukhuwah dan dapat
melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.
4. Aktiviti Sokongan
Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah
mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki
gunung dan berbasikal. Kita hendaklah juga mengadakan aktiviti khusus seperti
berpuasa (seminggu sekali atau dua minggu sekali), solat Subuh berjemaah di
masjid dan qiamullail.

TEMPAT USRAH
Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di
masjid, disurau, dimusalla atau sebagainya.
PERLAKSANAAN
Usrah hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu atau paling kurang tiap-tiap dua
minggu sekali dan merupakan program tarbiyah yang tetap. Majlis usrah
dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah. Sembahyang berjamaah, berwirid,
membaca Al-Quran adalah rukun utama usrah. Sebaik-baiknya majlis usrah adalah
mengikut cara dibawah ini :
Bermula dengan sembahyang (maghrib) berjamaah Berwirid dengan Al-Mathurat
(naqib hendaklah menghuraikan Al-Mathurat dari segi makna, ayat, hikmat dan
kelebihan) Membahaskan dan mengkaji kertas-kertas kerja dan sebagainya, yang
telah disediakan oleh naqib atau naqibah.
Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan
terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-sebaiknya telah
ditentukan bahan rujukan atau teksnya. Sesudah berbincang dan berbahas dan
bertukar-bertukar fikiran dengan teliti , maka majlis mengambil satu keputusan
atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah dan ditegah
sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan.
Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat
rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu
pokok dan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka
hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab.
Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau
menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan. Sebahagian
daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkkan khusus kepada organisasi dan
hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar

negara. Usrah bersurai sesudah membaca doa rabitah, tasbih kaffarah dan
suratul Al-Ashr.
ADAB-ADAB USRAH
Diantara adab-adab usrah itu adalah seperti berikut :
1. Mengikhlas niat hanya kepada ALlah
Maksud ayat,
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah ALlah
dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan
menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang
benar".(Al-Bayyinah: 5)
Sabda Rasulullah SallaLlahuAlaihi Wassalam :
"Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap sesorang itu apa yang
dia niatkan". (Muttafaq alaih)
2. Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah
anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman ALlah Taala :
Maksud ayat,
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah engkau semua mamasuki rumah yang
bukan rumah-rumah mu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin terlebih
dahulu serta mengucapkan kepada ahlinya (orang-orang yang ada di dalam)". (AnNur : 27)
3. Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan.
Sabda Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam :
Maksud Hadis,
Dari Abu Hurairah RadiALlahu anhu bahawasanya RasulLullah SallaLlahu Alaihi
Wasallam bersabda : "Tanda orang-orang munafiq itu tiga , iaitu jikalau ia berkata ia
berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan ia khianat". Ia
menambah di dalam riwayat muslim : "Sekalipun dia berpuasa dan bersembahyang
dan mengaku dirinya orang-orang Islam". (Muttafaq alaih)
4. Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan,
bersih, suci serta sempurna.
Maksud Hadis,
Dari Abu malik Al-Asyari radhiALlahu anhu katanya : "RasululLah SallaLlahuAlaihi
Wasallam bersabda : "Bersuci itu separuh dari keimanan". ( Muslim)
Sabda Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam lagi : Maksud Hadis,
"Dari Usman bin Affan radiALlahu katanya : "Rasullullah SallaLlahu Alaihi
Wassallam bersabda : "Barangsia yang berwuduk lalu memperbaguskan wuduknya
(menyempurnakan sesempurna mungkin) makakeluarlah kesalahan-kesalahannya
sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya". ( Muslim)
Perkara ini diperlukan supaya :
Senang untuk mendirikan solat, memudahkan apabila memegang Al-Quran dan
ayat-ayatnya dalam teks usrah, jauh dari gangguan syaitan, dapat berbincang tanpa
dipengaruhinya dan lain-lain kelebihan.
5. Jika ada tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera diberitahu
kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi
tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk :
Melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja supaya naqib dan sahabat tidak
tertunggu-tunggu serta dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik.
6. Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup
untuk menunaikannya. Firman ALlah Subhanahuwa Taala :
Maksud Ayat,
"Dan penuhilah perjanjian kerana sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya". (AlIsra : 34)
***Dan hadis di dalam adab yang ke 3***
Perkara ini diperlukan adalah :

Supaya majlis usrah itu berjalan sebagaimana yang dirancang. Berlatih menunaikan
amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang lebih besar. Supaya menjadi
pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian.
Kegagalan kita berbuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada
sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan di masa akan datang.
7. Membawa dan menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan di dalam majlis
usrah seperti Al-Quran, teks usrah, buku-buku catitan, Al-Mathurat (jika perlu) dan
lain-lain yang diperlukan. Ini kerana :
Supaya majlis usrah berjalan dengan lancar. Kegagalan berbuat demikian akan
mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.
8. Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhwwah dan berkasih
sayang kerana ALlah.
Maksud Hadis,
"Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya : "Rasullullah SallALlah bersabda
bahawa Allah Taala berfirman pada hari Qiamat "Manakah orang-orang yang saling
cinta-mencintai kerana keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri
naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri". (Muslim)
9. Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan
disampaikan kepada orang-orang lainkecuali perkara yang rahsia.
Maksud Hadis,
"Dari Abu Hurairah radiALlahu anhu katanya RasulullahSallaLlahu Alaihi Wassalam
bersabda : "Barangsia yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan
di situ, maka ALlah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga".
(Muslim)
10. Duduk dengan bersopan santun. Kerana majlis itu adalah majlis zikrullah dan
dihadiri sama oleh para Malaikat.
Maksud Hadis, "Dan tunduklah sayapmu bersikap sopan santunlah terhadap orangorang mumin". (Muslim)
Sabda Rasullullah SallaLlahu Alaihi Wassallam :
"dari Abu Hurairah radiALlahu anhu dan Abu Said radhiALlahu katanya, Rasulullah
SallaLlahu Alaihi Wassalam bersabda : "Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil
berzikir kepada ALlah melainkan di kelilingi oleh para Malaikat dan ditutupi oleh
kerahmatan serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan
Allah menyebutkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni di
sebut-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat". (Muslim)
11. Mendahului majlis dengan Tahmid dan berSelawat kepada Nabi Muhammad
SallaLlahu Alaihi Wassallam.
Maksud Hadis,
"Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi SallaLlahu Alaihi Wassalam sabdanya :
"Tiada sesuatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir
kepada ALlah Taala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan Selawat
kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya.
Jikalau ALlah berkehendak , maka ALlah akan mengampunkan mereka".
Diriwatkan oleh Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan.
12. Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan , arahan-arahan dan pengajaran
dengan teliti dan tenang sambil cuba memahami, mencatit dan mengingati dengan
tepat sebelum disampaikan kepada orang-orang lain.
Maksud Hadis,
"Dari Abi Bakrah radhiaLlahu anhu dari Nabi SallaLlahu Alaihi Wasallam sabdanya :
"Hendaklah orang-orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana
sesungguhnya kemungkinan orang-orang yang disampaikan itu kepadanya lebih
hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikan".
(Bukhari dan Muslim)

13. Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang


atau setelah meminta izin naqib atau naqibah. Supaya tidak menggangu perjalanan
majlis. Supaya ada sikap menghormati naqib atau naqibah.
14. Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan
kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan
bacaan yang silap). Ini adalah kerana :
Supaya tidak mengganggu perjalanan majlis. Supaya tidak menghilangkan
penumpuan anggota usrah yang lain. Kadang-kadang naqib atau sahabat yang
sedang bercakap akan kehilangan apa yang hendak disampaikan apabila dicelah
ketika dia sedang bercakap.
15. Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar. Ini adalah
perkara yang dilarang oleh Allah Taala sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
(Luqman : 19)
16. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu
bersifat tenang dan serius. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Dari Anas radhiaLlahu anhu katanya : "SallaLlahu Alaihi Wasallam mengucapkan
sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu
kerana amat menakutkan. Beliau SallaLlahAlaihi Wasalam bersabda :"Andaikata
engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua
akan sedikit ketawa dan banyak menangis". Para sahabat RasuluLlah SallaLlah
Alaihi Wassalam lalu menutupi wajah masing-masing sambil terdengar suara
esakkannya.
(Mutaffaqalaih)
17. Jangan banyak bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti
melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Ini adalah kerana :
Supaya hendaklah bergurau di dalam perkara yang benar sahaja. Banyak bergurau
akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak
ketawa. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah kurang bermanfaat.
Maksud Hadis,
"Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali yang benar".
18. Jangan menghisap rokok di tempat diadakan majlis usrah dan kalau ditinggalkan
terus adalah terlebih baik.
Supaya tidak menggangu sahabat-sahabat yang tidak merokok. Supaya tidak
menggangu tuan rumah jika sekiranya ahli keluarga rumah itu sensitif dengan bau
asap rokok.
19. Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah
diberikan dengan jelas dan menepati syara :
Maksud Hadis, "Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak
menyoal (yang tidak berfeadah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka".
(Mutaffaqalaih)
20. Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlils kerana sesuatu keperluan. Ini
adalah kerana Keluar dari majlis tanpa izin adalah perangai orang-orang munafiq.
Maksud Ayat,
"Sesungguhnya yang benar-benar orang-orang mumin ialah orang-orang-orangrang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka berada
bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan,
mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadamu
(Muhammad).

Anda mungkin juga menyukai