Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENUH :

Bismilillahirahmanirahim
Terima kasih Pengerusi Majlis,
1. Y.Bhg. Dato' Sohaimi Shahadan
Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan
Pemuda UMNO Malaysia.
2. Y.Bhg. Professor Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris
Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaya
Kepada Para Ahli Panel:3. Y.Bhg. Dato Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin
4. Y.Bhg. Datuk Edmund Santhara
CEO Masterskills Education Group
5. En Malik Abdullah
Pengarah Urusan D' Tandoor
6. Mr. Albert Chiang
Pengarah Urusan Bonia Corporation
Moderator kita yang tidak asing lagi En Syed Farradino
Omar
Astro Awani
Peserta-peserta program, tuan-tuan dan puan-puan yang
saya hormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Dan Salam
Sejahtera.
1. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan
kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana izin dan limpah
kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam di majlis
Perasmian BePU ENTREPRENEUR S LECTURES

SERIES pada malam yang berbahagia ini. Sebuah program


dialog yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi & Pembangunan
Usahawan Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah kepada Y.Bhg.
Dato' Sohaimi Shahadan, selaku pengerusi yang begitu
bertungkus lumus menjayakan program ini.
Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
2. Saya amat yakin program ini akan dapat memberi
manfaat kepada kita lebih-lebih lagi tokoh-tokoh yang
dijemput dalam forum malam ini.Kita amat mengalualukan peranan Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan,
Pemuda UMNO Malaysia dalam melaksanakan programprogram membangunkan usahawan di kalangan generasi
muda memandangkan hari ini peranan parti politik bukan
lagi sekadar berpolitik tetapi turut bersama sama
berperanan sebagai agen pembangunan masyarakat dalam
membangunkan ekonomi negara.
3. Bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
peranannya bukan terhad kepada pembangunan prasarana
dan penguatkuasaan undang-undang tetapi juga
pembangunan modal insan. Kementerian turut terlibat
sama ada secara langung atau tidak langsung dalam
membangunkan keusahawanan di negara ini.
Justeru kerjasama NGO atau badan parti politik amat
dialu-alukan.
Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
4. Dalam proses melahirkan usahawan, kita sememangnya
akui bahawa ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk
membentuk seseorang menjadi usahawan, Justeru, sudah
tiba masanya untuk kita sama-sama menggerakkan usaha
bagi memberi kesedaran kepada golongan muda di negara
betapa pentingnya kerjaya sebagai usahawan dijadikan
pilihan utama sebagai salah satu pendekatan bagi
menikmati hasil kekayaan negara.
5. Saya percaya, usahawan-usahawan yang telah berjaya
ini sudah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran
sepanjang mengusahakan perniagaan mereka. Justeru,

penglibatan para usahawan yang telah berjaya ini boleh


membantu terutama dalam konteks berkongsi pengalaman
lepas semasa memulakan perniagaan sehinggalah bergelar
usahawan berjaya. Selain itu, usahawan-usahawan yang
telah berjaya ini juga boleh berkongsi maklumat serta idea
dengan usahawan-usahawan baru tentang pelbagai
pendekatan untuk memantapkan lagi institusi perniagaan
masing-masing.
Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
6. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jelas
membuktikan peranannya membantu usahawan. Melalui
Jabatan Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab
terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pelbagai
program telah diusahakan. Ia adalah seperti:
i.) Program Latihan Keusahawan yang dianjurkan
oleh Jabatan Kerajaan Tempatan
ii.) menyediakan peruntukan khas tahunan ahli
Parlimen RM30,000 untuk mengadakan program
yang sesuai di Parlimen.
iii.) Program Local Agenda 21- Yang turut
melibatkan masyarakat setempat iaitu program
"bottom-up", atau dari
akar umbi ke atas bukan sahaja dalam
pembangunan fizikal tetapi pembangunan
ekonomi.
iv.) Menetapkan dasar-dasar dan pekeliling
kepada PBT berhubung permit perniagaan kecil
PBT (Pekeliling KSU Bilangan 3 Tahun 2008) dan
Penambahbaikan Lesen Perniagaan (Pekeliling
KSU Bilangan 2 Tahun 2008). Semua ini adalah
usaha Kerajaan untuk mempermudahkan dan
mempercepatkan urusan rakyat.
7.) Melalui pekeliling KPKT kepada PBT misalnya proses
permohonan permit perniagaan kecil untuk pelanggan
boleh dibuat secara on-linebagi PBT yang sedia ada sistem
tersebut, kaunter bergerak di tempat tumpuan ramai

seperti di pusat membeli-belah dan kaunter di PBT. Oleh


kerana aktiviti perniagaan kecil tidak menimbulkan
sebarang risiko, maka permit boleh dikeluarkan serta
merta. Bukan itu sahaja KPKT mengarahkan bayaran fi
bagi memproses permohonan permit perniagaan kecil
wajar dikecualikan
8. Semua ini menunjukkan hasrat kerajaan sesuai dengan
slogan Y.A.B Perdana Menteri 1Malaysia Rakyat
didahulukan, Pencapaian di Utamakan. Oleh yang
demikian generasi muda harus mengambil peluang ini
untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dan
perniagaan bermula dari perniagaan yang kecil
sehinggalah perniagaan yang besar.
Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
9. Cabaran bagi melahirkan ramai usahawan di negara ini
menjadi semakin hebat dengan tercetusnya krisis ekonomi
global ketika ini. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu
menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan
semata-mata, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada
usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki
daya tahan dan daya saing yang tinggi supaya usahawanusahawan kita mampu bertahan dan bersaing meskipun
berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lembap
serta tidak menyokong perkembangan perniagaan mereka.
10. Sehubungan dengan itu, kerajaan akan sentiasa
bekerja keras dan komited dalam usaha untuk
membangunkan usahawan khususnya Bumiputera supaya
lebih dinamik dan berdaya saing. Untuk berjaya, para
usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih
positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu
dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan. Ini kerana
dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan (keconomy) pada hari ini, hanya mereka yang
berpengetahuan dan bermaklumat sahaja yang boleh maju
dan berjaya.
Dato/ Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
11. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.Bhg. Dato'

Sohaimi Shahadan Pengerusi Biro Ekonomi &


Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia atas
pelawaan untuk menyempurnakan majlis Perasmian BePU
ENTREPRENEUR S LECTURES SERIES.
Akhir sekali, dengan lafaz Bismillah Hirahman Nirahim
saya menyempurnakan majlis dengan rasminya.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wasalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai