Anda di halaman 1dari 14

NARATIF OGONSHOTO

PROLOG; Kawai Maru.


Tuan Kawai merupakan seorang nelayan sejak beliau berusia 15 tahun lagi. Beliau lebih dikenali
sebagai ombak gelombang Jepun dari pesisir Hakkaida hingga ke Pulau Parece Vela di selatan.
Sejak berumur awal 3 puluhan dia sudah menjadi kaya-raya. Dia juga telah menempah kapal
yang besar serta memindahkan namanya ke kapal tersebut. Tuan Kawai juga melabur besarbesaran kerana nilai ikan dan hidupan laut mempunyai nilai yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, tiada siapa yang dapat menanganinya. Kawai Maru merupakan tempat
perumahan bagi dua ratus pekerjanya. Dua tingkat daripadanya dijadikan ruang tidur manakala
satu tingkat lagi adalah untuk ruang dapur dan dewan makan. Tuan Kawai juga mempunyai bilik
khasnya yang tersendiri. Tuan Kawai dan pekerjanya berada di kapal selama 3 hingga 6 bulan
sebelum Tuan Kawai berlabuh ditempat lain. Kawai Maru juga merupakan kapal induk di pasifik
yang tidak mempunyai raja untuk menangkap ikan. Kawai Maru sering dikunjungi kapal-kapal
kecil pada setiap minggu. Sebahagian besar daripadanya adalah tangkapan daripada Kawai Maru
dan terus menjualnya ke perairan antarabangsa. Antara ikan yang sering menjadi pilihan adalah
spesies ikan merah dan juga tun. Suatu ketika dahulu, Kawai Maru pernah ke kepulauan
Ogonshoto. Menurut ceritanya, kepulauan ini ditemui oleh pelayar-pelayar Jepun. Merekalah
yang menamakan kepulauan ini adalah Ogonshoto. Sejak itu, banyak pengaruh daripada Jepun
datang ke situ. Setelah beberapa hari di Ogonshoto, mereka terdengar tentang tanggapan
penduduk terhadap raksasa lautan bernama Kawai Maru. Pada hari berikutnya, Tuan Kawai
mengambil keputusan untuk berlabuh lebih lama lagi di Tatamu. Hal ini kerana dia bimbang jika
gelombang-gelombang besar yang boleh dicipta tiba-tiba di Ogonshoto. Sekuat mana pun Kawai
Maru, dia tetap tidak akan mengambil risiko. Sejak bekerja di Kawai Maru, Kawai Maru telah
berendam di Teluk Pinavana yang sangat dalam sementara mereka bergilir-gilir ke darat dengan
menaiki bot kecil menuju ke pejabat imegresen di pelabuhan Tatamanu. Selama tempoh cuti
mereka berpecah ke darat, ada yang menuju ke Pukana di Futu-Ata dan ada juga yang menyewa
bot kecil unuk ke merentas Selat Marauka hijau zamrud dan selebihnya mereka akan bermalam
di hotel-hotel. Di Ogonshoto, bukan sahaja sekadar mengenalkan temapat-tempat yang ada disini
atau perdagangan seperti hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan. Ketika mereka sedang bergaul
dengan rakyatnya, mereka menyedari bahawa mereka sangat kaya dengan cerita-cerita yang

biasa kita dengar iaitu tentang laut. Di suatu malam, mereka teringat-ingat beberapa kisah
Ogonshoto, kisahnya berlaku selepas peristiwa tsunami yang dahsyat. Di pulau asing itulah
mereka bertemu dengan seorang nakhoda dan para pengikutnya di Ogonshoto. Semua cerita itu
dibawa sampai mereka terlena.

BAB 1: KOLONIAL.
Di Ogonshoto tidak ramai yang mempunyai nama-nama yang indah yang berasal adalah unutk
dewa-dewa. Kata orang, dewa-dewa tidak pernah merendahkan darjatnya sendiri walaupun
ketika tidur atau membuang kotoran dari perut. Tetapi presiden tidak suka dan sanggup mencari
gelaran lain. Terdapat pelbagai nama yang hodoh-hodoh dan buruk-buruk sehinggalah mereka
mendapat gelaranKolonial. Tetapi perkataan tesebut tidak pernah tercatat dimana-mana media
cetak atau pun buku-buku biografi. Disebabkan orang-orang media itu adalah kepercayaan
presiden maka mereka menyebut bahawa media-media massa ini adalah milik preiden. Sejak
kecil, presiden seperti kain putih yang tiada cacat celanya. Ketika berumur 7 tahun Malagana
selalu menghabiskan masanya di Tanjung Takatea. Malagana merupakan anak luar nikah dan
mempunyai 2 hingga 3 orang anak luar nikah. Malagana juga sudah dikenali sebagai pusat
hiburan. Ketika mereka sedang leka bermain, mereka terpandang sebuah kapal besar yang
mempunyai bendera di puncak tiang kapal. Mereka merupakan orang-orang asing daripada
Eropah. Tanpa berfikir panjang dia terus berenang ke kapal besar itu. Setelah tiba di kapal
tersebut, dia bersembunyi di antara peti-peti kayu dan perutnya mula terasa lapar. Tiba-tiba dia
terlihat seekor tikus sedang bersembunyi disitu untuk mencari makanannya. Setelah pelayaran
ke-10 Malagana telah ditangkap oleh Nakhoda. Nakhoda ingin Malagana menjdi seorang yang
pintar, dia terus membawa Malagana ke Eropah tanpa pengetahuan ibu Malagana. Malagana
dijadikan anak angkat dan diberi pengajiannya sehingga ke university. Di universiti, Malagana
diharuskan untuk membuat satu kajian. Dia ingin membuat kajian mengenai Kumpulan Haram.
Ketika di perpustakaan dia mempunyai pelbagai bahan yang berkaitan dengan kajiannya.
Malagana dapat mempelajari sesuatu yang baharu mengenai kajiannya. Setelah kajiannya di
hantar, dia memperoleh markah tertinggi. Tidak lama kemudian, dia diterima untuk menjadi
mahasiswa university. Setelah lulus di university dia mendapat tawaran pekerjaan di Eropah. Dia
ingin menghabiskan masa 2 minggu di laut sebelum memulakan pekerjaannya. Baru 3 hari
belayar, kapal mereka dipukul oleh ombak dan menyebabkan mereka hanyut sehingga tidak tahu
hala tuju masing-masing. Ribut taufan itu telah menghantar mereka ke Gunung Gora-gora,
tempat asal Malagana. Malagana terserempak dengan 4 orang yang juga berasal dari negeri itu.
Malagana mengarahkan mereka untuk mencari ibunya. Setelah menemui ibunya dia terus

melutut dan memeluk ibunya. Dia mengambil keputusan untuk tidak kembali ke Eropah. Setelah
itu, dia menyertai parti politik. Setelah 3 tahun dilantik sebagai timbalan presiden dia telah
menentukan corak dan falsafah pemerintahan. Dia tidak lagi inginkan colonial Eropah di
Ogonshoto. Tetapi ada juga yang tidak mempersetujui katanya. Beberapa bulan kemudian,
Ogonshoto mulai berubah, mereka banyak menerima bantuan dari kapitalis asing. Dalam tempoh
yang tidak lama, presiden menyedari perubahan tersebut. Mereka semakin mengerti akan
falsafah presiden. Presiden inginkan kemajuan dan kekayaan. Setelah kapal terbang berlepas,
presiden pun pulang ke istananya. Pada waktu malam, lampu-lampu perkarangan dan bumbung
dipasang seolah-olah seperti di kota kayangan. Menurut mereka, 7 keajaiban ghaib di sekeliling
istana, semuanya dibina dengan kukuh, dan tinggi agar Presiden sentiasa aman dan kekal. Istana
itu bukan sahaja merupakan kediaman seorang presdiden tetapi juga rumah seorang kolonial.

BAB 2 : JENERAL.
Seorang jeneral baru bersara daripada angkatan bersenjata. Dia mempunyai beberapa rumah iaitu
di Tatamanu, Ture dan juga di Rai-Rapa. Dia akan berulang-alik dengan mengunakan bot
lajunya. Pada hari pertama menduduki rumahnya di Ture dalam acara memuja semangat rumah
dia juga mengundang beberapa orang Jepun, wartawan akhbar yang dipilihnya. Ketika
menghadiri acara tersebut, penduduk Ture diberi penghormatan kerana telah memilih tanah timur
laut sebagai tempat tinggal mereka. Selepas upacara memuja, dia dan isterinya tidak lagi ke
Tatamanu. Rumah itu telah diberikan kepada anak perempuannya yang baru sahaja lulus dari
university Waseda. Sejak pertama kalinya, pegawai kanan mendengar berita bahawa jeneral telah
membeli sebuah rumah di Ture, salah satu peristiwa yang menyebabkan jeneral menjadi terkenal.
Kehadiran jeneral merupakan satu beban di Ogonshoto. pPegawai itu meluahkan rasa bimbang
kepada pengikutnya. Sokongan mereka cukup melegakan walaupun antara mereka bernaung di
bawah cahaya kekuasaanya. Dia selalu merasakan dialah mutiara dan satu-satunya mutiara yang
paling mahal. Tetapi kini tidak lagi, Ture adalah untuk penduduk Ture. Setelah bermingu-minggu
mereka ke kampung pendalaman, mereka memberitahu tentang kelahiran jeneral di Pukana.
Isteri jeneral berasa sedih kerana ada juga dikalangan mereka menghina ibunya. Pegawai kanan
tidak mempercayai bahawa jeneral dilahirkan di Pukana. Dengan itu, dia mahukan sesalinan
bukti. Jeneral telah melalui semua proses sebelum pertempuran Kiribati. Empat bulan sebelum
menjalankan misi itu, nama dan tempat lahirnya ditukar agar jika ditawan musuh dia akan
mengaku bahawa dia berasal dari Samoa Barat. Mujur misi Kiribati ini Berjaya. Sebulan sebeum
bersara, dia memilih Ture sebagai tempat kelahirannya. Pegawai kanan kecewa kerana nama
jeneral tidak tercatat dalam buku pendaftaran kelahiran Pukana. Sebahagian besar penduduk
mempercayai pegawai kanan bukan anak jati Ture. Ture bukanlah tempat tercantik di Ogonshoto.
Tetapi mereka memilih Ture kerana peribadi dan pimpinan politik yang lemah. Serang musuh
politik, dianggap akan mati sendiri manakala pegawai kanan hanya boleh bergerak aktif di luar
waktu pejabat.Sebaik sahaja bersara, dia menganggotai parti politik pemerintah. Matlamat
jangka pendeknya hanyalah untuk menggantikan wakil dalam pemilihan umum. Matlamat
jangka panjangnya untuk terus mendapat kedudukan dan penghormatan sebagai seorang jeneral.
Parti politik menyediakan kedudukan dan kemewahan. Oleh sebab itu, jeneral tidak menyertai.
Tuan wakil mempelawa jeneral ke restoran makanan laut di Ture. Mereka telah dilatih untuk
menetapi masa. Jeneral berpakaian kemas dan juga telah menyelitkan pistol di pinggangnya.

Kemudian mereka menuju ke pelantar restoran tersebut. Mereka pun berbual-bual. Setelah
matahari terbenam, tuan wakil pun tiba. Dia bersalaman lalu duduk. Sambil menikmati hidangan
dan berbual tentang pelbagai perkara, dia mula untuk mengundur diri daripada bidang politik
kerana merasakan dirinya sudah tua. Setelah selesai makan malam tersebut, pegawai kanan
pulang dengan gembira. Pegawai kanan telah dilantik untuk menggantikan tuan wakil. Seminggu
selepas itu, pegawai kanan tersebut meletakkan jawatan tetapi dalam tempoh itu orang-orang
kepercayaan jeneral terus berkempen. Mereka merancng untuk membina pangkalan dan
pelabuhan baharu. Empat hari sebelum persidangan komiti parti provinsi Ture mereka terkejut
besar apabila menyedari sokongan lebih memihak kepada jeneral. Mereka bermesyuarat lagi
untuk menyusun strategi. Tetapi masa sudah suntuk. Mereka hanya mampu berpaling tadah.
Peluang malam ini akan digunakan, dia akan menyatakan taat setia kepada jeneral, tetapi beliau
sudah terlalu terkenal. Dia inginkan peluang untuk mencipta namanya di Ture. Kemudian mereka
cuba untuk membunuh jeneral. Jeneral tetap tidak mengundur. Tibanya hari bermesyuarat komii
parti, jeneral secara rasminya telah menawarkan diri. Mesyuarat dipengerusikan oleh tuan wakil.
Mereka diminta untuk membuat pilihan sama ada siapa yang layak digelar pemenang. Ketika
hadirin meninggalkan bilik mesyuarat. Tuan wakil melemparkan sampul surat ke atas meja
jeneral. Setelah jeneral membuka sampul surat tersebut. Terdapat beberapa keping gambar. Tibatiba 4 orang anggota polis masuk dan menghampirinya. Jeneral telah ditangkap dan dimasukkan
ke dalam kereta.

BAB 3 : PENYAMARAN.
Tubua ialah pekan pelabuhan. Tubua terletak pada dua buah pulau di dataran Kuala Sungai.
Terdapat beberapa buah telaga air panas, airnya sejernih Kristal serta suhunya sesuai untuk orang
berendam. Orang-orang presiden merancang untuk membangunkan pedalaman Tubua.
Sekumpulan penduduk Tubua memprotes rancangan mereka. Mereka membuat sepanduk serta
suara-suara protes mereka turut disiarkan di radio dan televisyen. Walaubagaimanapun, presiden
tidak melayan mereka. Ketika presiden berangkat ke Guetemala didapati mereka masih protes
terhadap presiden. Orang-orang presiden endah akan kata-kata mereka. Pada suatu petang,
mereka semua berhenti daripada memprotes. Ketika itu, mereka terlihat seorang lelaki tua
berjalan menuju ke arah mereka. Lelaki tua itu datang kerana dia telah mendengar bantahan
daripada penduduk kampung. Ketua kumpulan protes mengajak lelaki tua itu untuk bermalam di
rumahnya. Sesudah menikmati makan malam, lelaki tua itu dihidangkan dengan minuman arak.
Pada malam itu, mereka berseronok. Lelaki tua it berkata Ogonshoto sudah melupakan adat
turun-temurun, tetapi bagi mereka dunia perlu berubah. Dalam perbualan mereka, mereka sedar
bahawa suara lelaki tua itu semakin lama semakin lain didengari. Tetapi mereka masih endah.
Perbualan di rumah itu, berlangsung sehingga larut malam. Keesokkan harinya, kumpulan protes
pun berhimpun. Jumlahnya lebih ramai berbanding semlam. Petang itu mereka berarak ke Tubua.
Setelah tibanya di Ogonshoto langkah lelaki tua itu terhenti. Dihadapan dan dibelakang mereka
terdapat trak-trak tentera. Mereka menunggu isyarat daripada lelaki tua itu. Tiba-tiba asap bom
meliputi semua kawasan. Setelah asap tersebut semakin hilang, mereka menyedari lelaki tua
tersebut telah lenyap dari pandangan mereka. Anggota angkatan bersenjata mengeluarkan gas
pemedih mata untuk menentang pihak lawan. Ketua kumpulan protes merenung wajahnya yang
telah terkena gas tersebut. Wajahnya kini semakin subur dan belum sempat dicukurnya.
Keesokan harinya, teori penyamaran di Tubua semakin merebak. Kebanyakkan bekas demostran
tidak mempercayai teori penyamaran itu. Jadi mereka terpaksa kembali ke laut dan menjadi
sebagai nelayan.

BAB 4 : AISBERG.
Angkatan pertama iaitu 7 buah kapal Berjaya menarik aisberg raksasa ke utara. Nakhoda berada
salah satu daripada 7 buah kapal tersebut dan mereka memberitahu untuk belayar dahulu
meninggalkan kutub selatan. Malam telah menjelang dan suhu terus turun tetapi aisberg masih
belum bergerak. Ukuran aisberg itu sangat luar biasa serta boleh mencapai hingga dua ratus
kilometer. Hampir pkul 9 malam, aisberg kedua bergerak dengan perlahan-lahan. Semua kapal
bekerjasama mengheret aisberg tersebut. Mereka juga memanggil pakar aisberg untuk membantu
mereka. Pada keesokan harinya, aisberg tersebut masih belum boleh dialihkan. Bagi mereka
aisberg tersebut perlu dibom sehingga berkecai. Kini para nakhoda telah menemukan penawar
kemarau iaitu aisberg. Setengah jam selepas itu, stesen radio dan televisyen menyiarkan ucapan
presiden yang gembira dan positif. Empat belas nakhoda adalah pahlawan baharu Ogonshoto.
Mereka sedang bekerja keras menarik aisberg. Tetapi ramai pihak tidak percaya dengan kata-kata
mereka. Walaubagaimanapun, ucapan itu menggembirakan penduduk Ogonshoto. Sejak berita
penarikan aisberg itu diumumkan, mereka sudah menunggu kepulangan mereka dan
mengharapkan kemunculan dua makhluk putih itu. Pada sebelah petang, beberapa orang
pentadbir sedang menikmati the petang terlihat sebuah perahu sedang belayar masuk ke selat
Marouka. Mereka baru sahaja selesai membincangkan cara untuk mendaratkan aisberg. Pada
masa yang sama, mereka juga memilih beberapa penduduk sebagai penanggungjawab untuk
mengangkat bongkah aisberg. Kedua-dua bongkah aisberg akan diletakkan di Teluk Pinovana.
Aisberg yang tiba dahulu akan dipotong dan membahagikannya kepada rakyat Ogonshoto.
Begitu juga kepada aisberg kedua dan akan membawanya ke tangki-tangki air utama. Buat
pertama kali, akhbar menyiarkan gambar aisberg yang sangat besar. Setelah seminggu
diumumkan, barulah lelaki tua itu yang berasal dari Runakita mendengarnya. Pada suatu pagi,
ketika lelaki tua sedang membersihkan satu kawasan kecil dia terlihat abang-abangnya pergi ke
Teluk Pinovana. Setelah itu, dia mula menggali kawasan kecil sedalam yang mungkin untuk
menemukan air. Beberapa hari kemudian, lelaki tua itu mula mengumpul kayu-kayu api setelah
penat menunggu hujan untuk turun. Dia masih belum mendapat bekalan air yang mencukupi.
Hari-hari yang berikutnya, dia memagari kolamnya. Aksinya itu telah dilihat oleh abangabangnya. Walaubagaimanapun, lelaki tua itu masih lagi menggali, tetapi masih juga belum ada

sebarang tanda air yang muncul. Sudah hampir 3 bulan aisberg masih lagi belum muncul. Lelaki
tua itu merasakan bahawa cerita mengenai aisberg itu tidak betul. Dia menoleh kea rah batu-batu
tungkunya, tiba-tiba ketujuh-tujuh tong airnya telah dipenuhi air. Lelaki tua itu berasa sangat
lega. Pada masa itulah, lelaki tua tersebut terlihat mata air buat pertama kalinya.

BAB 6 : PENTAFSIR

Menurut penduduk Aitu, seorang lelaki tua suka menyelam. Penduduk Aitu percaya bahawa
lelaki tua itu bukan sahaja menyelam di dalam air malahan dia meninggalkan garis pantai di
Ogonshoto. Bak kata lelaki tua itu, menyelami yang bererti kesucian dan kebenaran dalam
kehidupan Maka sebab itulah , wajah lelaki tua itu bersih dan mempunyai sepasang mata yang
jernih. Apabila lelaki tua itu mahu bertutur, dia haruslah berfikir dahulu dan barulahlah dia
menuturkan kata-kata yang penuh makna. Ada seorang penduduk Aitu yang ingin berdamping
dengan lelaki tua itu kerana untuk belajar menggunakan bahasa resi dalam kehidupan. Ada
sesetengah penduduk Aitu yang banyak belajar dengan lelaki tua itu. Resi itu telah banyak
memberikan serpihan-serpihan kehidupannya. Setelah sekian lama , salah seorang penduduk Aitu
itu belajar tentang resi dengan lelaki tua itu, kini dia bukan seorang pendamping , dia seorang
pentafsir. Dia juga mempunyai sebelas buah rumah. Salah sebuah rumah tersebut diberikan
kepada seorang resi muda. Dia hanya mengenal orang-orang Ogonshoto dari Tatamanu, Pukana,
Tubua dan Malagna. Suatu hari, penduduk Aitu bangun dari tidur dan melihat perkampungan
tersebut bertukar menjadi warna kelabu . Segala-galanya bertukar mejadi warna kelabu. Mereka
terpinga-pinga dan berasa amat pelik. Ada yang berkejaran ke sana dari ke sini. Pelbagai petanda
buruk yang terdapat di kampung Ogonshoto tersebut. Mereka tertanya-tanya adakah bencana
buruk berlaku di Ogonshoto dan menyebabkan tanda-tanda buruk dihantar ke Aitu. Seorang resi
muda melihat ahli keluarga sendiri yang mula untuk menjadi pentafsir. Sekarang Aitu jarangjarang disinggahi kapal dari Tatamanu, Tubua, Malagna atau Pukana. Resi muda tersebut pun
cuba membuat tafsiran. Apabila dia sedang membuat tafsiran, dia teringat akan resi lelaki tua
tersebut yang banyak mengajar dia tentang kehidupan. Dia teringat akan garis di pantai. Dia pun
mula mentafsir tentang semua petanda-petanda buruk yang berlaku di Ogonshoto. Menurutnya,
jika tafsirannya benar akan ada petunjuk baharu. Tiba-tiba,dia melihat ada air jernih, zamrud,
sebuah kapal yang menuju ke Aitu. Si resi muda itu pun menyelam tanpa menghiraukan kapal
besar yang sedang berlabuh di pelabuhan kecil. Suatu malam , resi muda itu mendengar beberapa
orang bercerita tentang kapal besar di Tatamanu. Kelasi kapal memberitahu bahawa sejak
sepuluh hari yang lalu, republik

Ogonshoto mempunyai seorang Presiden baharu. Namun

demikian dia teringat akan riwayat hidup Presiden yang muda dulu. Dia seorang anak pintar
yang mempunyai seorang ibu yang tua dan hodoh. Dia tidak pernah malu dengan segala
kehidupannya yang terdahulu. Peristiwa tersebut mengingatkan dia pada seorang lelaki tua yang
pernah termuat di akhbar. Perlantikan Presiden Ogonshoto juga mempunyai banyak petanda yang
buruk dan tidak buruk. Si Resi muda itu membuat tafsiran tentang Presiden tersebut. Presiden
juga pernah datang ke Aitu. Pada masa itu ada sebelas rumah di Aitu, mereka berasa bingung dan
mula mentafsir tentang ciptaan yang hidup itu. Mereka semua kurang yakin dengan tafsiran
mereka. Tiga orang sahaja yang betul-betul yakin dengan tafsiran itu. Segala tafsiran mereka
bertiga, hanya seorang sahaja yang memiliki kepala emas. Si resi muda sudah beberapa kali
menyelam untuk mentafsir segala ciptaan hidup. Orang Tatamanu ingin berjumpa dengan resi
tua. Mereka pergi ke rumah resi tua itu yang merupakan seorang pentafsir. Orang Tatamanu tidak
berpuas hati degan resi tua itu. Maka, resi tua tidak mampu berlawan lagi. Resi tua hanya
mendiamkan diri dan itulah pentafsirannya yang terakhir. Aitu dalam keadaan gelap dan kapal
layar yang membawa mayat sudah tidak kelihatan di sebelah barat.

BAB 7 : JARI
Saranan supaya raja menghapuskan orang yang dapat merugikannya itu juga
selari dengan tindakan Presiden dalam bab "Jari" yang telah mengambil tindakan terhadap
pengkritiknya. Seorang guru terpaksa memotong jari manisnya kerana itulah sumpahnya jika
artikelnya yang mengkritik kerajaan tersiar tanpa dikenakan sebarang tindakan. Pada mulanya
dia menyangka dirinya terlepas daripada tindakan lalu dia memotong jarinya, tetapi kemudian
barulah disedarinya bahawa tindakan daripada pemerintah tertimpa juga ke atas dirinya. Pada
kali kedua dia bersumpah untuk memotong jari hantunya jika cadangan kerajaan hendak
membangunkan padang golf di Kuri terlaksana juga. Pada mulanya memang cadangan itu
dibatalkan tetapi kemudian kajian semula dilakukan dan cadangan itu diteruskan, lalu guru
tersebut terpaksa memotong jari hantunya. Kritikan yang sinikal ini mempamerkan sifat lihai
Presiden kerana cadangan membuka padang golf di Kuri itu terbatal pada peringkat awal
disebabkan projeknya tidak diberikan kepada orang Presiden.

BAB 8 : KAMERA
Kisah yang dibentangkan dalam bab "Kamera" dipaparkan menurut logik cereka semata-mata, 8
tanpa mengambil kira logik realiti kerana kebolehan sebuah kamera merakam peristiwa yang
telah berlalu. Kisahnya adalah tentang seorang komandan tua yang berasa bersalah menjelang
hari tuanya kerana membunuh seorang aktivis hak asasi manusia atas perintah Presiden kerana
dibayangi dosanya itu, dia tertekan lalu membuat iklan untuk memohon maaf atas segala
dosanya. Beberapa orang dari pejabat Presiden datang dan membawanya ke tempat lain kerana
bimbang rahsia Presiden akan terbongkar. Sementara itu, seorang lelaki muda tanpa sengaja telah
mencipta sebuah kamera yang ajaib kerana dapat merakam peristiwa lampau.Daripada kamera
itu dia dapat mengetahui bahawa kematian abangnya disebabkan oleh komandan tersebut atas
perintah Presiden. Dia berhasrat membawa perkara itu kepada pengadilan tetapi hasratnya tidak
kesampaian apabila dia ditangkap atas kesalahan menggunakan kamera yang belum diluluskan
penggunaannya di Ogonshoto. Kedua-dua orang yang mahu membongkar tindakan zalim
Presiden telah menerima padah, ditangkap dan mungkin akan dibisukan sebagaimana aktivis hak
asasi manusia yang dibunuh oleh Komandan itu dahulu. Yang penting di sini, sebarang usaha
untuk menentang Presiden akan dihapuskan walaupun alasannya tidak kuat sama sekali. Sama
ada berasaskan undang-undang ciptaan baru mahupun tindakan konspirasi gelap, setiap
penentang Presiden tetap dihapuskan.
BAB 9 : BAHTERA.
Dalam bab "Bahtera" gunung-gunung berapi Ogonshoto meletup dan mengakibatkan taufan
Tsunami lalu memusnahkan kepulauan tersebut. Selain itu, seorang tukang masak wanita yang
menyamar sebagai lelaki telah mencampurkan daging manusia yang menghidap penyakit
kelamin dalam masakan kerana tidak berpuas hati terhadap orang-orang istana Presiden.
Akibatnya 12 orang-orang istana keracunan, dan ada antara mereka ingin juga menaiki bahtera
untuk melepaskan diri daripada bencana alam. Akhirnya, walaupun tidak dinyatakan, Presiden
turut terkubur di Ogonshoto, sama ada oleh penyakit yang disebabkan oleh tukang masaknya
mahupun oleh bencana gunung berapi.

EPILOG : TSUNAMI.
Ketika Kawai Maru berlabuh di perairan pulau, bahtera dari Ogonshoto telah berlabuh lebih awal
daripada mereka. Bahtera itu tidak sebesar Kawai Maru, tetapi ukurannya tetap luar biasa. Di
darat mereka bertemu dengan nakhoda dan para penumpang bahteranya, peristiwa tsunami iulah
yang mereka perkatakan. Semua cerita yang telah diceritakan, mereka tidak berasa jemu
walaupun sedikit. Tib-tiba gelombang datang dan menghancurkan pulau tersebut. Mereka cuba
menyelamatkan diri mereka daripada ditelan ke dasar lautan. Mujurlah Kawai Maru dan bahtera
itu terselamat. 10 orang penumpang bahtera telah meninggal dunia dan telah ditanam di kaki
bukit manakala yang tercedera diletakkan di wad. Mereka menyerahkan nasib mereka kepada
pemerintah laut. Sudah berminggu Kawai Maru berlabuh disitu, jadi setiap masa mereka akan
berjumpa. Dengan itulah membuatkan mereka menjadi lebih akrab. Setelah sekian lama tinggal
disitu, kebanyakkan mereka sudah semakin berumur. Kini, mereka sudah hampir berumur 80
tahun. Mereka masih ingat lagi kejadian tsunami ketika mereka berumur dalam lingkungan 45
tahun. Mereka juga tidak jemu-jemu bercerita tentang tsunami itu. Sudah berpuluh-puluh tahun
mereka tinggalkan dunia laut. Mereka juga tidak tahu sama ada tuan Kawai Maru masih hidup
atau tidak. Setelah masa semakin berlalu, mereka pun telah pulang ke kampung halaman masingmasing. Beruntunglah jika mereka mempunyai anak yang sanggup menjaga mereka atau masih
mempunyai isteri yang masih setia disisi. Ketika di biliknya,dia berasa sepi lalu dia memejamkan
mata dan teringat kembali kampung halamannya.