Anda di halaman 1dari 5

Tajuk : Amalan Demokrasi di Malaysia

Perkataan demokras berasal daripada Yunani, iaitu demos (rakyat) dan


krotos (kekuasaan). Keseluruhan makna perkataan demokrasi bererti
kekuasaan rakyat. Oleh itu, kerajaan demokrasi ialah kerajaan atau
pemerintahan yang dipilih oleh rakyat. Beberapa prinsip utama yang
dijadikan sebagai dasar dalam pembentukan kerajaan demokrasi adalah
seperti berikut:a) Pemerintahan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan
raya.
b) Kerajaan bertanggungjawab membentuk dan melaksanakan dasardasar negara untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan keamanan
negara.
c) Hak-hak asasi individu rakyat termaktub dan terjamin dalam
perlembagaan negara.
d) Persamaan dan keadilan dalam semua aspek seperti politik, ekonomi,
sosial dan undang-undang.
e) Warganegara yang patriotik.
f) Amalan kepelbagaian budaya dalam masyarakat.
g) Ketelusan dalam pemerintahan untuk memaklumkan sesuatu yang
benar dan tepat kepada rakyat.
Banyak negara mengamalkan sistem kerajaan demokrasi seperti Afrika
Selatan, Amerika Syarikat, Australia, India, Indonesia dan termasuklah
negara kita, Malaysia. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dengan raja berpelembagaan. Kerajaan demokrasi berpalimen
merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya.
Kerajaan yang dipilih berkewajipan menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Manakala raja
berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Amalan kerajaan demokrasi seperti ini
menjamin perpaduan, keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan negara.

Kerajaan di Malaysia sudah mentadbir negara ini selama 52 tahun sejak


merdeka iaitu Barisan Nasional. Perdana Menterinya pun daripada Barisan
Nasional. Antara perdana menteri tersebut ialah:a)
b)
c)
d)
e)
f)

Tunku Abdul Rahman


Tun Abdul Razak
Tun Hussein Onn
Tun Dr. Mahathir
Tun Abdullah Ahmad Badawi
Dato Seri Najib Tun Razak

Kesemua perdana menteri tersebut berasal dari barisan nasional dan


mentadbir negara dengan betul. Antara peranan kerajaan terhadap negara
ialah:a) Menjaga kebajikan rakyat.
b) Menjamin keselamatan rakyat dengan menyediakan balai polis dan
tentera.
c) Mengawal setiap sempadan negara.
d) Mengawal kemasukan pendatang asing.
e) Menaiktaraf infrastruktur negara.
f) Mengekalkan keharmonian negara.
g) Memelihara perpaduan antara kaum di Malaysia.
h) Mengutamakan pendidikan rakyat.

Malaysia mempunyai lebih kurang 28 juta rakyat di dalam negara ini.


Namun, apakah peranan-peranan untuk mengekalkan demokrasi di negara
ini. Antara peranan rakyat Malaysia ialah:a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Menjamin keselamatan negara dengan kerjasama semua pihak.


Mengekalkan keharmonian sejagat melalui komuniti setempat.
Menghormati kedaulatan raja-raja.
Menghormati bendera Malaysia.
Mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sentiasa mengekalkan nama baik negara.
Tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan haram.